Thursday, October 1, 2009

Sangap....

Saya merasa agak sangap sejak naik cuti raya nih. Sangap berblogging. Pertamanya sebab masa berinternet sudah jadi agak limited. Hanya terhad kat skolah sahaja, tu pun kalo internet-connectionnya tak buat hal. Sejak naik sekolah nih, saya dihantar setiap pagi oleh Mr Hubby ke sekolah dan dijemput balik oleh ayahanda ke rumah mak ayah saya. Maka menetaplah saya di situ sehingga petang, menanti Mr Hubby pula menjemput saya selepas dia balik kerja. Agak huru-haralah kehidupan saya sejak akhir-akhir ini. Penattttt.. Balik rumah dah petang, nak mengurus rumah pulak, nak masak, nak itu, nak ini... hadoiiiii.. semua ni buat semangat saya merudum-rudum. Maklum dah biasa balik rumah awal, bila petang semua kerja-kerja rumah dah settle. Jadi agak mandommm jugak lah bila jadual hidup tiba-tiba berubah secara drastik.

Nak update blog pun macam tak menyempat aje. Harapkan waktu malam, tapi biasa malam dah
terbongkang awal melayan anak-anak. Setiap hari melawat blog kawan-kawan kadangkala tidak sempat meninggalkan jejak kasih

Hari ni, tengahari Hubby akan jemput saya. Kami nak pergi ke bengkel kereta untuk sign dokumen berkaitan claim. Hmmm.. baru nak sign dokumen okehhhh... nak order barang, baiki semua.. entah bila agaknya kereta nak siap. Btol-btol mati kutu saya bila tidak berkereta nih. Harap-harap sebelum deepavali siaplah cepat. Saya bercadang nak ke KL, sebab ada kawan yang kawen masa deepavali nanti. Tapi kalo kereta tak siap, tak dapatlah nak pergi...

Itulah cerita saya yang 'sangap' sejak akhir-akhir ini....


5 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Aku pun sangap jugak ni nyah....blog pun macam tak meriah jer...BTW, sian kat ko kereta tak siap lagi....aku doakan segala urusan dipermudahkan:)

Mommy Harith Hannah said...

Daku pon sangap beb! Lompat2 blog-hop, tp tak tinggal jejak. Hihi.

Semoga kereta tue cepatlah selesai urusannya. Amiin!

BTW, Intan, mengenai "projek baru" dgn kak N tue, bagaimanakah daku buleh menghubungi mu? Ader YM tak?
Nnt add daku ya : genkimomma :D

By Ticer Liza Yacob said...

oh akak tumpang kesian. sabar ye. allah tarik jap nikmat yang satu tu. kejap jer...nak bagi kita ingat kat orang susah. he he. kadang2 kite alpa. ye tak?

akak tengah beperang habiskan silibus. he he

cysev3n said...

sabar la nyah.. bak kata pak mentua aku, kita kena la selalu pandang ke bawah.. time kita rasa kita susah, ada lagi org yg lebih susah..


ingatan utk diri sendiri jugak ni.. ngeee..

/saya yg sangap jugak..

IntanSham said...

mimi.. tulah beb.. aku bersabo jek laa nih

arnie, ber ym'ing saje lah kite nanti..;p

ibu zaaz.. sama lah kak, naik cuti nih berperang nak abih kan silibus..exam x lama lagik

CY.. btollahhh... insap jugak...