Tuesday, October 27, 2009

Panggilan Hangit???

Siapa ada dengar panggilan hangit di H*ot FM pagi tadi??? Alahhhh...tentang panggilan yang dibuat kepada seorang wanita, kononnya panggilan itu datang dari Pejabat Agama berkenaan dengan permohonan suaminya untuk berpoligami. Ohoooo... bagi aku itu bukan panggilan hangit yang lawak okehhhhh... Walopun takde kena mengena dengan aku, tapi tetap menghangitkan emosi aku sebagai seorang wanita, isteri dan dotdotdot...

Eh.. kalian bayangkan ek, boleh pulak suami dia suruh itu radio hangitkan isteri dia tentang perkara sensitif yang memang betul-betul terjadi iaitu keinginan si suami untuk berpoligami. Bila aku dengar, kesian wehhh dengan si isteri tu. Suara dia dah kontrol habis dah.. sebak je suara dia tahan perasaan. Bila si isteri dah betul-betul emo, barulah dia diberitahu tentang panggilan hangit tersebut dan papppp.. terus dia letak telefon, dan tak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Poligami... apakah boleh dijadikan gurauan??? Ya aku tahu poligami memang halal di sisi agama, aku tidak menafikannya.. tetapi ianya terlalu sensitif untuk dibicarakan bagi semua (atau mungkin sesetengah???) wanita yang bergelar isteri. Malah, ustazah kat sekolah aku pun tak sanggup okehhh kalo ditawarkan dengan 'payung emas' itu. Jadikan aku tak nampak apa rasionalnya perkara poligami ini dijadikan bahan gurauan sampai ke tahap nak menghangitkan isteri macam tu. Apatah lagi, memang betul-betul si suami tu sedang ada affair dengan perempuan lain. Eh, apakah perasaan dan emosi isteri itu boleh dilawakkan untuk menjadi halwa telinga dan bahan gelak orang lain secara umum???? Beb... aku EMO.. ye memang, sebab aku kesian sangat dengo suara mangsa hangit itu. Kalo lah suami dia memang tak ada affair, okeh fine.... mungkin boleh gelak lagi lah.. tapi ni memang suami dia ada affair dan memang bercadang nak berpoligami. Kesian okehhhhh...

Kisah poligami ini memang banyak pahit dari manisnya. Harap-harap kita semua tidaklah terjerumus dalam kancah perkongsian kasih yang beronak-duri ini. Wahai para suami. (yang berpoligami)... jika kasih-sayang dan cintamu terlalu banyak, kenapa tidak kau agih-agihkan sahaja kepada anak-anak dan isterimu?? Kenapa perlu ada wanita lain untuk kau tabur kasih-sayangmu??? Oh..oh... Panggilan hangit pagi tadi memang betul-betul HANGIT!!!! Huhhhhhhhh..... :(


16 comments:

~ As ~ said...

percaya atau tidak, sy emo sangat dengar pagi tadi...tambah lg ngan nasihat pakcik yg poligami 15 tahun tu...kesian wife dia, suara pun tahan sebak, suara kecewa kata pacik tu...
skrang ni pun aku emo...

JaNnAh said...

dah dengar apa jawapan suami dia masa fbi call mintak komen?? lagi sedih tau..

salzahari said...

tak patut...tak patut..tak dgr apa FBI tepon sbb mmg x dgr era/ Hot FM. layan SInar lagi wajar! anyway, apa jwb suaminya?

Ealyie said...

cisss... aku mmg tertinggal ketapiii Thomas nie.
kalo le iteeww 'laki' aku... iskk..iskk.. i kenot imagine maa.. sampai mati le ko tak jumpe anak2..!!

DNNA said...

Cikgu Intan,

Memang sungguh tidak patut ...
Pagi-pagi lagi emosi aku dah dibakar sehingga hangit ... Sikit lagi nak rentung ...

Mcm yg ko ckp, bab poligami ni takle main2 beb ...
Sabar jer la ...

(Aiseh rakan-rakan ... aku miss tang apa yang suami dia cakap tu ... Apa yang dia cakap ek??)

Unknown said...

aku ada gak dengar tapi tak sempat dengar sampai abis komen-komen org lain. mmg bengang la weh dapat laki mcm tuh. penakut siut.

er... as, apa komen pakcik yg dah poligami 15 tahun tu? citer sikit aci dak? tang laki dia lak komen apa pulak? huish ketinggalan ketapi sungguh mak nih.

~Umi.Sufira~ said...

Yer...aku jugak hangin...aku siap berdebat2 bagai dalam kereta sampai laki aku tadah tangan dia ala2 microfon nak 'alan'kan aku la tuh.....Cis bedebah sungguh mainkan bini dia macam tu rupa..perkara betul lak tu...radio pun perlu tapis mana yang sesuai mana yang tidak untuk kes hangitkan orang ni..tak gitu?

MS said...

walau pun ku tak mendengar panggilan hangit tumpang berbulu gak ni

dioarg ni nak buat hangit ke rentung ke.. tapis la topik huh

iena hamdi said...

mmg kurang ajar...

Mommy Harith Hannah said...

Owh, spt Ely, aku tertinggal ketapi gak...

CIk Intan atau CIk As, apekah komen pakcik tue?

Panasssssssssssss....

IntanSham said...

Alaaa As... aku cuma sempat dengo sampai wife dia letak tepon jer, sbb pastu dah sampai skolah..apa pakcik tu ckp beb?

U.N... yg tu pun mak x smpt dengo. tanya kat hubby tp ulasan dia sangat lah x memberangsangkan..pasal malas nak dengo emo mak agaknya..apa yg hubby dia komen ek?

Sal.. kena tanya umi nawfal

Ely... mmg beb.. geram aku mendengonya

DNNA.. samalah aku pun x dengo sampai abih..tp mmg hangitttttt

ZZ.. kena tanya As ngan umi nawfal nihhh

US.. laki haku pun x koser nak dengo aku bebel... tp mmg x ptt kan buat panggilan mcm tu...mengongggg

MA.. derang mmg kan, lg suka topik2 hangat dan sensasi nih

kak iena.. setujuuuu...

Arnie..aku x dengo abih, kena tanya as..;p

Unknown said...

aku pun dgr gaks and aku sama mcm ely.. sampai mati laaa ko jgn harap dpt jumpe anak.. jantan keparat!!!!

By Ticer Liza Yacob said...

memang panggilan yang tak patut disiarkan. kalau benda tak betul, nak dimain2kan ok la gak. tapi benda betul. tak de la namanya panggilan hangit. bodoh betul jantan bernama laki dia tuh.

ade ke laki dia bagi jawapan? rasanya tak de. bila fbi call si laki suh pujuk si isteri, dia pujuk. lepas tu la baru fbi dapat kontek semula dengan si isteri. si fbi pun tak sangka benda tu betul. si isteri bila dapat tepon balik, tak banyak cakap. tapi dia tak berapa setuju la pasal dia tak kenal pompuan tu n laki dia pun tak bawak pompuan tu jumpa dia lagi. cuma fbi mintak izin untuk dapatkan komenpendengar pasal masalah tu sebab tu la dia keudarakan juga panggilan hangits itew.

tak sempat nak dengar komen2 pendengar.hu hu

IntanSham said...

CapT... Btol beb... aku pun setujuuuuu...

Ibu zaaz..Ohoooo... macam tu ek? kesian kan wife tu... sedih tul dpt laki yg keparat mcm tu

m-i-o said...

itu namanya panggilan bengkekkkk..!

sib baik mak tak dengar. kalo mak dengar, jam tu gak pegi tepon kasik letup sket.

memang la poligami tu topik sensasi. tp sensasi utk org lelaki aje (dan isteri muda). utk org perempuan, nak pulak yg dah berderet2 anak - topik tu menyakitkan hati.

kenapa poligami jadi isu sensitif?

sebab pada awal perkahwinan, selalunya dibina dengan susah payah. suami mula pasang angan2 bila hidup dah mula senang, anak2 dah mula besar. sebab tu jadi lupa zaman susah payah yg ditempuh dengan isteri pertama dulu.

ini dengan isteri muda, sedap2 jek semua dah ready, siap sedia utk dinikmati. banyak cantekkk?

eh, apakehe mak tetiba emo nih :P

IntanSham said...

beb.. btol.. kalo bercerita pasal yang satu nih, haku pun tetiba boleh tuko mood dari begini :) kepada... :(
hehehhee