... ya.. sepertinya saya masih dihantui oleh panggilan hangit kelmarin... :P
Sebenarnya entri ini sudah terlintas di pemikiran saya semalam, tetapi tidak berkesempatan untuk mewartakannya di sini. Errr... sebelum itu, entri ini mungkin mengandungi sepatah-dua kata yang 18SX sedikit... harap maaf... :)
Sebenarnya persoalan yang terlintas di kepala saya apabila membincangkan persoalan P.O.L.I.G.A.M.I ini adalah mengapakah suami ingin berpoligami???
Ya mengapa?? Haruslah ada penyebabnya kan. Takkan pulak secara tiba-tiba si dia mencari jodoh yang lain.
Di antara sebab-sebab yang saya bayangkan adalah mungkin kerana...
1) Isteri tidak melayani suami sebaik-baiknya (dari segi makan-minum, pakaian, sex dan sebagainya).
2) Isteri tidak pandai jaga diri - dalam ertikata lain, tidak menawan lagi.
3) Suami mempunyai kehendak batiniah yang terlalu tinggi (sampai isteri tak larat nak layan).
4) Suami memang G.A.T.A.L - tak cukup dengan seorang isteri, pantang tengok perempuan terus nak test power.
Sebenarnya ada banyak lagi penyebab yang saya bayangkan, tetapi cukuplah empat ini untuk disenarai-utamakan.
Sebab pertama dan kedua, saya letakkan isteri sebagai penyebab tercetusnya keinginan suami berpoligami. Isteri yang tidak atau kurang melayani keperluan suami zahir dan batin. Tentang soal makan-minum suami dan juga batin suami. Teringat saya pesan emak, "dua perkara penting untuk mengikat suami, perutnya dan dotdotdot" maksudnya yang gitugitulah.. Pesan emak juga, walau macammana sibuk pun seorang isteri, makan-minum suami jangan diabaikan. Biar suami makan air tangan kita, barulah ke manapun pergi, suami akan selalu ingatkan kita. Itu pesan emak saya sebaik saya melangkah ke alam rumahtangga, pesan yang saya ingati sehingga kini yang saya fikir banyak kebenarannya. Di awal perkahwinan, kebanyakan isteri berlumba-lumba menjadi isteri mithali. Segala keperluan dan kehendak suami dituruti. Namun semakin waktu berlalu, kadangkala isteri tidak lagi mengejar status isteri mithali itu. Mungkin kerana semakin sibuk dengan karier juga semakin sibuk dengan anak-anak yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ketika itu, suami sudah jatuh ke nombor tiga, mungkin empat atau entah yang ke berapa, tanpa disedari. Dan ketika itu jugalah, suami mula merasa semakin kurang dilayani, maka ketika itu jugalah ada pulak anasir luar yang menggoda maka si suami pun mulalah terdorong untuk berpoligami. Namun bagaimana pula dengan isteri yang memang perfect 100%??? Seperti seseorang yang saya kenali, punyalah baiknya.. memang tabik lah dengan layanan dia terhadap suami, sampaikan stokin suami balik dari kerja pun dia bukakkan.. punyalah baiknya layanan dia yang saya rasa tak terbuat oleh saya.. tetapi... suaminya tetap juga berkahwin lain.. Sangat simpati dengan nasibnya. Mungkin jika ini berlaku, sebab ke-4 lah menjadi penyebab utama sang suami berpoligami.
Atau mungkin juga setelah bertahun-tahun berkahwin, setelah melahirkan anak-anak seramai mungkin sepertimana kehendak suami, maka potongan badan isteri tidak lagi seperti dahulu. Juga kerana sibuk melayani kerenah anak-anak, maka si isteri terlupa untuk berhias cantik di hadapan suami. Maka kerana isteri mengabaikan keanggunan diri, mata suami mulalah melilau menjeling-jeling yang lain. Kedengarannya tidak adil, kerana si suami sering mahu isteri kelihatan menawan, tetapi suami pun alahai... boleh tahan juga serabai. Namun kadangkala, ini juga yang dijadikan sebab. Pokoknya bila hati sudah jemu, semua pun boleh menjadi penyebab. Alangkah payahnya mempertahankan keindahan berumahtangga, alangkah sukarnya menjadi isteri, segalanya perlu dipastikan sempurna, takut jika suami dikebas orang kerana kepincangan diri sendiri. Namun ada juga yang isteri bukan main cantik jelita, potongan badan mengalahkan anak dara, tetapi suami masih juga mahu buka cawangan baru. Maka dengan itu sebab ke-4 jugalah menjadi penyebab utama.
Sebab yang ketiga bolehkah diterima pakai? Adakah golongan bernafsu tinggi ini hingga seorang isteri tidak termampu melayani? Ohhh.. mungkin kalau ini menjadi penyebab, isteri tak mampu melayani kemahuan suami yang terlalu tinggi, mungkin patutlah dipertimbangkan keinginannya berpoligami agaknya.
Namun sebab yang keempat itu adalah sebab yang memang rata-rata bertepatan. Kebanyakannya berpoligami kerana sebab inilah. Sebab setakat ini, saya masih lagi belum pernah mendengar orang berkahwin lain kerana ingin membela nasib ibu tunggal. Mungkin ada, tetapi saya tak tahu. Mahu berkahwin banyak kerana mengikut sunnah nabi. Perkara yang lain apakah mahu diikuti sunnah nabi? Tepuk dada, soallah hati.
Apapun... saya merasakan saya tetap ingin memberi servis terbaik buat suami dari segi apapun jua. Supaya jika ditakdirkan Allah suami mahu buka cawangan baru, bukanlah kerana kesilapan saya. Semoga apabila saya sudah begitu sempurna menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri, maka saya tidak akan membuka ruang untuk suami saya berpaling kepada yang lain. Marilah kita bersama-sama menanamkan tekad untuk memberi servis terbaik buat suami masing-masing.. setuju??? ;)
** entri ini sekadar ingatan untuk diri sendiri... maaf jika mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya tidak berniat menyentuh perasaan sesiapa pun jua...