Tempat yang berbeza...tetapi konsepnya tetap sama... MEMBELI dan BLAH.... ;p
Dan juga..................
Ini...
Dan juga ini... *yeay*
Eh...? Tiba-tiba ada ini...???...
Dan juga ini????....
Aku memang tidak dapat menahan hati kalo melihat karya 3 penulis di atas itu. Norhayati Berahim, Lily Haslina Nasir dan juga Ramlee Awang Murshid (ai loikeeee!!!!)
Aku memang suka sangat novel Melayu penulis-penulis tersebut. Tidak dapat menahan hati dari membelinya. Karya Ramlee Awang Murshid terbaru..Mukhlis MIKHAIL baru aje di pasaran. Lama juga ku tunggu-tunggu. Ini satu-satunya penulis thriller melayu yang aku sukai.
Ermmm... Dan HM Tuah Iskandar??? Saat rajin membaca Mingguan Wanita suatu ketika dulu, memang suka ikuti penulisannya. Dan saja-saja merembat dua koleksi motivasinya.
Entah bila akan habis semuanya. Aku masih lagi sedang berusaha menghabiskan Novel 5 tahun 5 bulan karya Hlovate yang ku pinjam dari adikku dan juga cerita Adam hasil Ramlee juga..Novel lama yang masih belum sempat ku baca, baru ku miliki dalam koleksi.
Jadi kesemuanya masih elok bersampul plastik. Biarlah sementara menghiasi kutub khanahku sehingga tiba masanya untuk kukhatamkan.... :)
*gambar ihsan google image*
Apapun...terima kasih kepada semua yang begitu generous memberi hadiah. Ku sangat menghargainya. Ada lagi sesiapa nak bagi hadiah??? Hahahaaaaaaa....
Asik dapat hadiah dari orang...bile pulak aku nak bagi hadiah??? Hmmmm...akan difikirkan nanti....;)
Sejak akhir-akhir ini, Aina selalu minta saya pakaikan dia dengan "CD adik" setiap kali selepas mandi. Dia akan cakap, "nanak pakai pampersy.. nak pakai CD adik"
Dan sudah beberapa kali jugalah aku terpaksa memakaikan dia CD Ainin. Muat-muat ajelah CD coolababy itu dengan Aina. Apakah Aina juga hendak ber'CD'an?? Owhhh..aku tidak bersedia hendak mengCDkan Aina kerana aku berniat hendak potty trainkan dia cuti sekolah dua minggu nanti.
Aina juga sejak akhir-akhir ini, asyik nak tido dalam baby cot adiknya baby cot dia sebenarnyalah masa dia baby dulu..ahaksss
Sudah beberapa malam dia tido dalam baby cot itu, mengambil alih tempat Ainin. Sekarang Ainin berpeluang tido bawah tiak ibu sebelah aku. Aku dan En Abah sudah tentu senang hati sebab katil menjadi semakin luas untuk kami...ahahhahaaa.... Apakah Aina sudah bersedia untuk tido berasingan dari kami??? Aku rasa, mungkin ada baiknya kalo aku cuba try test asingkan dia tido di bilik lain... Aina pun dah tak bangun malam minum susu. Aina sudah nampak seperti bersedia tetapi.... bersediakah aku???? uhuhhuhuuu............... Mak aku kata dulu, aku mula tido bersendirian ketika umur 3 tahun. Aina belum cukup 3 tahun. Tapi sebenarnya umur berapa yang sesuai untuk anak tido berasingan dari parents ye??? Kalian bagaimana? Bilakah mula mengasingkan tempat tido anak???
Cantik takkk???????? Emmm... Korang...cuba korang teka baby cumil dalam gambo tu Aina Suraya kah atau Ainin Sofiya???? hehehehee..........
P/s..eh..korang nampak ke kesan paint tu??? Kalo tak nampak, klik kat picture kasik beso lah yer...:)
Kenapa Ainin Sofiya layak untuk menang???
Syarat-Syarat & Checklist Untuk Baby Cute Contest...
1. Add @ Link MamaAqish di blogroll/bloglist anda. ----> DONE!!!
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower MamaAqish -----> DONE!!!
3. Gambar yang dihantar mestilah merupakan gambar Baby anda yang Latest sekali.... --->DONE
4. Sila hantar hanya sekeping gambar sahaja.... ---> DONE
5. Sila nyatakan ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest??? ---> DONE
6. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Untuk pemilihan pemenang nanti... ----> DONE
7. Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada BlogIni.
8. Hadiah untuk pemenang ialah sehelai tight yang boleh dipilih sendiri dari website http://tightforbaby.blogspot.com/ & hadiah akan dihantar melalui pos sampai ke depan pintu rumah @ pejabat...
9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:
1) Baby Name 2) Age 3) Mothers' name 4) Add & no phone ( easier for me to contact ) -------> DONE
*** Many thanks to SitiLina, sebab kerana setelah menerjah ke blognya lah, ku tahu ada ini contest... :)
*** Ermmm...kalian...sila jangan muntah kerana ku memuji anak sendiri tinggi melangit tak hengat yer...adapun ini untuk penyertaan contest...ahahhahaaa..
Ni pula puteri kedua saya..Ainin Sofiya Bte Shamsul. Gambar ni, freshly outside my womb. Perhatikan segalanya masih mengerekot youuuu...kepalanya lonjong sebab kena vacuum..hehe
Rule #2:
Letakkan butir ini :
First Precious...
Nama penuh : Aina Suraya Bte Shamsul
Nama Panggilan : Aina/Kakak
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 13 November 2006
Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru
Berat Lahir : 3.16kg
Cara Kelahiran : Normal-Breech
Second Precious
Nama penuh : Ainin Sofiya Bte Shamsul
Nama Panggilan : Ainin/Adik
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 18 Julai 2008
Tempat Lahir : Hospital Penawar, Pasir Gudang
Berat Lahir : 3.14kg
Cara Kelahiran : Normal-Vacuum
Rule #3:
apakah harapan korang pada anak ini..
Harapan untuk kedua-duanya, pastilah supaya menjadi anak yang bijak, beriman, hormatkan orang tua..dan segala harapan yang baik-baik untuk Aina dan Ainin...Aminnnnnn
dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?
Jadi apa???? Ibu tak menentukan apa yang Aina dan Ainin nak jadi nanti, cuma harapannya biarlah mereka memilih masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insyaAllah
Rule terakhir....
Mau tag siapaaaa???
Silalah buat....
Rozamimie
Ely
Cik Yan
Cik Fid
Mummy Dasy
Mama Zety