Wednesday, February 2, 2011

Chamek Kopitiam...

Rakyat jelata sekitar JB mesti tau tentang kewujudan Chamek Kopitiam nih. Sejak mula Chamek Kopitiam ni dibuka, saya memang suka melepak di sini. Kedai pertamanya adalah di Pusat Bandar Pasir Gudang. Memang lokasi yang strategik gitu.

Istimewanya Chamek Kopitiam ni adalah kerana ianya merupakan 100% milik Muslim.. maknanya tak perlu nak diragui status halalnya. Jadik boleh lah nak melantak apa jua menu yang ada kat sana tanpa risau terjumpa cicak mahupun lipas sebagai resepi tambahan halal ke tak halal apa yang dimakan.

Sekarang Chamek Kopitiam dah ada banyak cawangan. Ianya dah menjadi perniagaan francais. Membanggakan sebab ini orang Melayu kita yang punya. Antara cawangan yang ada sekitar JB ni ialah di Seri Alam, Leisure Mall Pelangi, Setia Tropika, Johor Port dan BandarBaruUda. Ada satu cawangan yang dibuka di TTDI Jaya, Selangor.


Chamek Kopitiam @ Bandar Baru Uda (BBU)


Sebut pasal Chamek Kopitiam @ BBU nih, meh sini acik nak promote sket... :D

Chamek Kopitiam BBU ni terletak berdekatan dengan Mydin JB.
Sebenarnya suami saya dan dua orang geng bas sekolahnya telah mengambil-alih cawangan Chamek Kopitiam @ BBU nih. Bermula awal Januari lalu, cawangan ini dikendalikan oleh encik suami dan kawan-kawannya tu. Baru mula nak bertapak dalam perniagaan beb. Korang bagilah sokongan. Cuba-cubalah bersantap kat sana dan bagilah komen ataupun teguran membina supaya jika ada sebarang kepincangan boleh diperbaiki.

Sekarang saya sedang membantu encik suami membina blog rasmi untuk Chamek Kopitiam BBU. Alhamdulillah... dah siap lah blog tersebut. Korang boleh tengok kat SINI. Jangan lupa letak link kat blog list korang tauuu... sebab blog ni insyaAllah akan diupdate dari masa ke semasa berkenaan aktiviti-aktiviti kat sana.

Okey u ollsssss.... harap bagilah support yer, terutama yang ada kat JB. Thank you... :)



5 comments:

sisdee said...

ler..yea ke..hehehheheh..leh le bjimba ke sana hahaha..tpi dulu pernah ke sana tapi tak bape best :( (bpe byk tapi daaa) dah tukar owner maybe best nei...kang mak sampai no!!!

IntanSham said...

sisdee... u pergi dulu tu bile? btw, apa yg x bestnya? cuba u bgtau... takut gak kalo still ada mende2 yg x best tu...

maya amir said...

ooo ye ke beb? bulehlaa aku pegi sana..ko ade sana tak?

Saudah Salleh said...

oooo yang TTDI Jaya tu dekat aje dengan office, tapi belum jejak lagi kaki ini. Nak try lah.

IntanSham said...

maya, aku jarang2 p sana, sbb bwk budak2 adlh leceh.. laki aku asal wiken mmg kat sana lah. tp kalo ko nk lepak time wiken... kasik tau laaa, boley mak ke sana... :)

kak saudah... sila lah try... :)