Monday, February 28, 2011

KEHILANGAN

Sape tengok Cerekarama - Mesej Terakhir, hari Sabtu lepas? Dengar tak lagu yang dok ulang-ulang masa citer tu. Saya tangkap leleh dengar itu lagu. Jenuh mak paksa pakcik gugel carik untuk mak. Jumpa akhirnya...

Mari layan jiwang bersama Firman, tajuk lagu Kehilangan....







Sapo Firman nih? Saya pun tak tau wujudnya artis Indon yang sorang nih. Rupanya dia nih one of finalis Indonesian Idol 2. Menang tak menang, acik tak tau. Tapi acik suko suara serak-serak basah dia nih...




Sental Jangan Tak Sental!!!

Orang pakai beg cap jurulatih, ko pun nak pakai jugak. Orang punye beg cantik berseri-seri, ko punye beg ada tompok-sana-kotor-sini... :(

Then sebok pulak nak beli Fabric Cleaner. Dulu harga agak murah, tapi sekarang dah naik pulak. Akhirnya cari punye cari, dapat harga yang paling rendah (antara yang lain) kat SINI. Jadi tanpa berlengah lagi, terus order.



Tapi bila bendanya dah sampai, duk terperuk dalam lemari. Tak menyempat-nyempat nak guna (Read : m.a.l.a.s).

Semalam, balik ke Seri Alam kejap dengan adik sebab nak start kereta yang dah lama tersadai. Tetiba bajet rajin terasa macam nak menyental beg-beg yang ada.


Cer perati btol-btol...
Nampak tak kesan listip kat beg tu?
Orang cium pipi, aku cium beggg?????



Kejap hado, kejap nan hado...
Tapi ada gak sikit lagi tu sbenornya... cuma dah tak nampak sangat... kan?



Sian beg Carly nih dah lama terbiar sepi sebab macam dah kusam acik tengok...
Ok mari kite sental dia....



Setelah operasi menyental...
Cukuplah sental dua nih, malas penat dahhhh acik...

P.I.C.. ko biler pulak nak sental beg???


Anyway, tetap nak promote... Coach Fabric Cleaner is a must have item for all Coach handbag's lover. Sangat bagus menghilangkan kotoran degil... :D



*Motif : bukan nak tayang henbeg yang tak seberapa tu yer korang, nak sharing kebagusan Fabric Cleaner tu jer taw!!! "Ada ku kesahhhh" kata korang :P




Friday, February 25, 2011

Barang Free

Suka kannn bile dapat barang free. Tak kesah laaaa apa benda sekalipun. Mahal mahupun murah, asal dah nama free.. memang kemain seronok menerimanya.. hahahahaaaa....



Semalam saya dapat barang free....


Yang dinantikan...
Tapi yang pasti takde beg LC dalam tu yer... hahahahahaaa



Ada member suggestkan nombor telefon saya kat Mamil Mama Club. Maka lebih kurang dua ke tiga minggu lepas, orang dari Mamil Mama Club called saya, mendaftarkan nama saya untuk join the club. Saya pun suka je... free kan, bukan ada apa-apa fees pun. Lagipun memang kalo pregnant dulu-dulu, saya cuma boleh minum susu Mamil Mama jer, susu brand lain saya muntah... uwekkkk... tak sedapppp. Pada saya Mamil Mama je yang best.

Then, bila dah register... Diorang bagilah something as a gift. Ingatkan bagi sample susu ke kannn.. Rupa-rupanya tak....



Dapat ini.... Free gift dan magazine... :)



Taraaaaaaaa... Facial Spray Evian..
Kecik comey, boleh sumbat dalam handbag..
Yang penting FREE.... :))




Yang di atas tu FREE, tapi yang di bawah ni kompem TAK FREE. Tengok jubah hitam-merah tu.. Cantik tak??? Dulu masa baru-baru kuor, harganya RM 120. Sekali tu, nih sebab nak perabih stok hagaknya, jadik RM 79.90.. After sesi tawar-menawar... dapatlah RM 75.. murah (la jugakkkk). Actually tak murah mana pun tuuuu.. sebab, saya pernah beli satu jubah, material yang sama kat Kota Tinggi boleh dapat RM 50 sajer. Haaa... tu baru btol murahhhh... Tapi tu kat Kota Tinggi. Kalo stakat nak beli jubah kat sana, membazir minyak dan tenaga jer... Kiranya harga RM 75 nih ok laaaaa. Tu pasal masa harganya RM 120, mak tak beli walopun menggelatat menahan napsu... hahahahahaaaa.. Nasib aku berjaya mengawal napsu syaitonnn masa tuuuu... Takde laaa rugi sangattttt... :P



Eh... aku pi berjalan kerrrr??? TERPAKSA pergi okehhh... Kesahnya semalam Aina ada kelas mewarna untuk replace kelas dia yang cancelled masa Raya Cina dulu. Last week dia dah ponteng sebab demam. Takkan nak ponteng lagik, rugi laaa kan? Abahnya dah ke laut semula, nak suruh atuknya hantar... atuknya ada hal lain yang lagi penting. Jadi apa pilihan yang saya ada? Terpaksalah pi hantar Aina sendiri. Then singgah ke TESCO nak amik duit sikit. Lalu depan kedai baju tu, owhhhh nampak sudah turun harga.. maka wajiblah saya rembat jugak.. :P




p/s.. malam tadi sesi mengurut lagik. Ada 1 more day to urut. Lepas urut rasa legaaaaa badan ni. Banyak angin haku nih, patot asik nak naik hangin jer... hahahhaaaaaaaa.... Apapun makcik Indon urut nih memang terbaekkkkkk.... Ely, ko bile nak urut??? :P



Thursday, February 24, 2011

Solat Dan Keguguran

Ketika saya mula bleeding, hati jadi tak tenteram, jiwa jadi kosong, fikiran langsung tak tentu arah. Pada siapa hendak mengadu? Hendak Solat mahupun membaca Al-Quran, hati jadi sangsi.. bolehkah atau tidak? Mujurlah saya ada tempat mahu bertanya. Saya tanyakan kepada ustazah-ustazah di sekolah yang tentunya lebih arif persoalan ini.

Jawapan yang diberi kepada saya ingin saya kongsikan supaya jika ada yang musykil, dapat jadikan panduan:

Menurut kata ustazah,
Masih boleh solat mahupun mengaji, kerana darah yang keluar bukanlah darah haid (kerana saya hamil) dan tidak dapat dipastikan darah apa. Namun ketika bersolat hendaklah dipastikan bahawa dalam keadaan bersih, maksudnya tukarkan pad baru yang tiada darah. Dengan itu solatlah.



Kemudian setelah selesai proses D&C, saya musykil lagi. Sudah boleh solatkah? Adakah darah yang keluar setelah D&C ni dikira darah nifas atau istihadhah? Hasil carian dan pertanyaan di google, saya menjumpai beberapa jawapan yang serupa:

1. Jika kandungan ketika gugur tidak melebihi 80 @ 90 hari, maksudnya ia masih dalam keadaan segumpal daging, tidak mempunyai sifat-sifat manusia, makanya darah yang keluar adalah dikira darah istihadhah. Dengan itu, boleh solat, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain (dalam keadaan yang bersih)

2. Jika kandungan ketika gugur telah melebihi 80 @ 90 hari, maksudnya telah menampakkan ciri-ciri manusia (telah ada kaki, tangan, kepala dan tubuh menyerupai manusia), makanya darah yang keluar adalah dikira darah nifas. Dengan itu, tidak boleh solat, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain sehingga bersih tempoh nifasnya.

** Boleh rujuk di SINI untuk jawapan yang lengkap dengan ayat Quran dan Hadis.


Dengan itu, saya harap dapatlah menghilangkan rasa musykil dan ragu-ragu di hati kita tentang persoalan ini.... Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama di masa akan datang.



** Juga tertarik dengan Punca Keguguran yang saya jumpa di BlogIni. Kredit kepada tuan punya blog. Boleh baca sebagai rujukan.



Wednesday, February 23, 2011

Wordless Wednesday 2




*ada sape-sape boley transalate tulisan sanskrit tahap petala ke-8 nih??? :P



Tuesday, February 22, 2011

KetentuanNya

Siapalah kita untuk menghalang ketentuan dariNya. Dia yang maha mengetahui, apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Saya sudah redha menerima ketentuan itu.

Semalam tarikh keramat untuk saya dan hubby, sampai bila-bila pun mungkin takkan dilupakan. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Semalam saya D&C. Tak rasa apapun.. Sebab dibius. Tak... Saya tak sedih lagik. Tempoh bersedih dah tamat. Saya kan dah redha... Jadi takde timbul lagi soal bersedih... See I'm smiling... :D

Jadi hari ni sambung MC lagik sehingga 3hb Mac. Wahhh... lama sungguh bercuti sakit. Apa nak buat? Bukan saya mintak semua ni jadi kannn... :)

So korang yang ada pengalaman keguguran... cer citer sket apa saya nak buat nih? Berpantang berapa lama? Makan macammana? Perlu makan jamu ke? Jamu apa nak makan? Nak berurut ke tak? Haishhhhh confused sungguh saya. Mak saya pun takde pengalaman bab-bab keguguran nih, dia pun confused macam saya... heheheheeee....




Monday, February 21, 2011

Teratak Bonda...

Disebabkan masa bercuti sakit saya ini dihabiskan di rumah emak, maka saya teringin pulak nak memblog tentang kediaman mak-ayah saya nih, merangkap rumah tempat saya dibesarkan. Zaman kanak-kanak saya bukan di sini, tapi di Flat M.S.E, berdekatan dengan sekolah tempat saya mengajar sekarang. Rumah ni kami diami bila saya menginjak usia remaja, tak silap dah tingkatan 4 ke 5 ek masa tu.. lupa sudahhhhhh... :P

Rumah kos rendah dua tingkat, dulu orang panggil rumah pasang-siap atau rumah kotak. Dulu kecil sahaja. Tapi ayah renovate sikit-sikit, Alhamdulillah dah lebih selesa sekarang. Dulu ada dua bilik sahaja, tapi sekarang dah ada empat bilik.

Ni pemandangan dari belakang rumah. Tu belah atas, adalah bilik mak saya. Belah bawah tu ada buai, tempat kami lepak-lepak.


Inilah tanah belakang rumah mak. Tanah nih agak luas jugak nak sampai ke jalan besar. Tanah yang ada ni sekarang mak dan ayah buat kebun kecil. Macam-macam ditanamnya. Pokok bunga, pokok buah, sayur-sayuran, tumbuhan herba pun ada tawwww....

Nampak atap pondok tu? Siap ayah buat pondok untuk lepak-lepak. Anak-anak saya pun memang lepak kat sini time atuk nenek dia berkebun.. :)


Atuk-nenek melepak dengan cucu-cucunya...




Close up sikit... :)
I love u mak & ayah!!!



Sarang burung tempua pun ado bergayut kat pokok duku nih..



Ni antara sayur yang ditanam. Bendi. Dulu lagi banyak sayur, ada kacang panjang, sawi... tapi masa cuti sekolah panjang hujung tahun lepas, ayah dan mak balik kampung, jadik sayur yang ada tak disambung-tanam lagi.



Pokok keladi... menunggu masa untuk diambil isinya




Sape tau ni pokok apa???? Ni salah satu tumbuhan herba yang ada...



Mak memang banyak tanam tumbuhan herba macam lempoyang, serai wangi, sirih, dan macam-macam lagik lah. Bila saya bersalin, senang... mak amik je yang ada belakang umah tu untuk buat mandi herba dan bertungku. Sape kata duk umah taman tak boleh berpantang cara tradisional??? :P

Mak jugak memang sukak benau dengan bunga, nak-nak bunga orkid. Saya pun sukak jugak, tapi sukak tengok aje ler... mak kata kalo dia bagi orkid ni kat saya... gerenti mamfussss... sobsobbb... :P

Ni antara orkid yang tengah berbunga sekarang.. Banyak lagik sebenornye tapi tak berbunga pulak time nih... Geram tengok bunga-bunga nih... Bila laaa haku nak berbakat dalam seni menanam bunga macam mak nihhhh?????







Ni bunga-bunga yang lain pulak. Ntah banyak benau spesis bunga kat belakang umah mak-ayah saya nih. Ada yang saya tak tau pun ntah spesis hape. Kalo amek semua kang, abih kodak dennnn... eh??? Hahahhahaaaaaa.....



Lagi sebatang pokok betik yang berbuah. Tinggal sebijik je buah dia ni.. :)


Itulah kebun kecik mak-ayah saya, tempat diorang menghabiskan masa yang ada. Sejak ayah pencen, makin giat diorang berkebun. Memang agaknya bila dah tua-tua suka berkebun ekkk? Masa muda sibuk bekerja macam ayah saya nih. Bila sekolah bermula, mak-ayah saya berkebun kat kebun kecil nih.. Tapi nanti bila musim cuti sekolah, diorang akan balik kampung menguruskan kebun kelapa sawit pulak... :)

Wokeyyyy... penat sudah mak upload gambau, gigih buat entri nih di hari Sabtu, tapi publish hari Senin. Kata blogger tegar kannnn??? Dah.. mak nak pi tengok industan kat TV2.. tataaaaaaaaaaaa.....



Saturday, February 19, 2011

Sayur Betik Muda...

Korang pernah makan sayur betik muda? Ni makanan orang-orang lama nih. Orang dulu-dulu kan semua benda jadik lauk. Tapi memang sedappppp. Untuk orang yang 'tolak batu dengan kayu' macam saya nih... semua benda sedap yer... hahahahhaaaaa.... :))

Bila duduk umah mak, macam-macam makanan yang sendirik malas mau bikin sedap terasa-rasa kat tekak. Bila duk tengok buah betik bergayut-gayutan kat pokok-pokok belakang umah mak, mula laaa saya rasa nak makan sayur betik muda nih.


Watak utama haruslah sebiji betik muda yang comel....



Yang ni second heroin, tanpanya tak bermaknalah watak utama di atas... :P



Sagat betik muda tersebut halus-halus



Close up sikit....


Kemudian sediakan bahan-bahan tumis :

- blend bawang putih + bawang merah + lada cili (ikut suka nak pedas ke tak)
- tumbuk ikan bilis pecah-pecah
- tumis bahan blend bersama ikan bilis
- perisakan dengan sedikit garam
- masukkan betik yang dah disagat halus tadi bersama sedikit air
- masak hingga betik lembut, rasa masin ok ke tak... siap untuk diserakahkannn... :P



Inilah ghopenye Sayur Betik Muda tuuu...
Makan dengan nasik panas-panas, aduyaiiiiii.... memang sendapppppppp!!!!!



Kat belakang umah mak-ayah saya ada laa sedikit tanah sekangkang kera. Alahhh... rumah taman kannn.. beso mana lah tanah terlebih. Tapi kira untung tawww ayah saya ni beli umah zaman dulu, sebab saya rasa tanah belakangnya tu agak luas jugak. Cuba carik rumah-rumah sekarang? Ado dapat tanah belakang luas macam tu? Nan hadoooo.... Beli umah mahal pun, tanah belakang nak main teng-teng pun tak boley hokeyyyy... hahahahahaaaaaa....

Jadik kat belakang umah ayah saya tu dah dibuat kebun. Nanti lah next entry saya akan citer pasal kebun kecil mak-ayah saya yer... :)



Ni salah satu pokok betik yang ayah tanam...
Muai makan betik nih... sangat subur



Pekebun berjaya.. heheheheee
Pokok betik yang ni kecik-kecik dah berbuah tawww... :D



Okeyyyy.... sekian dulu cerita pasal betik.. nanti sambung pasal lain pulakkk.... :D




Friday, February 18, 2011

Yang Mana Satu???

Awal persekolahan dah buat sesi bergambar. Bagus btol TadikaPintarBistari nih...

Lagi best bila rekod bacaan anak serta aktiviti kat tadika, everything di'upload' di laman web utamanya. Senang nak tau progress anak dan lain-lain.

Cuba teka mana satu Aina Suraya...?


Progress Aina juga amat memberangsangkan... Syukur Alhamdulillah.... :)



Thursday, February 17, 2011

Perpisahan Demi Perpisahan....

Kesedihan yang saya alami bertambah lagi dengan berita tergempar yang melanda di sekolah saya semalam. Pagi-pagi lagi dah dapat telefon dari salah-seorang cikgu di sekolah saya, mengkhabarkan bahawa seramai 6 orang guru telah tersenarai dalam program 'Re-deployment Guru'. Ada nama yang telah pun diduga dan ada juga nama yang tak disangka-sangka terpilih. Meskipun saya tidak terlibat dalam pertukaran tersebut.. namun hati tersangat sebak dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang boleh dikira rapat dengan saya di sekolah. Selak-selak gambar di FB, dapatlah saya beberapa keping gambar kenangan bersama mereka yang tidak bernasib baik itu.



Kak Ma.. yang duduk di sebelah saya.
Baru je naik cuti bersalin hari Isnin, hari ni dapat berita sedih.
Kak Ma yang paling rapat dengan saya, kawan bergaduh, bergurau, meluah perasaan...
Memang sangat terasa jika dia tak ada.. saya pasti akan sangat merindui akak... :(



Zakiah... Sama-sama posting di SKPG 2 pada tahun yang sama...
Teman bergurau dan bercerita, duduk pun sebelah saya di bilik guru...
Nanti kosonglah meja di sebelah saya... huhuhuuuuuu... :(



Kak Za, yang bertudung pink... sama-sama mengajar Sains
Teman bergurau dan bertukar ilmu... mesti sangat rindu akak... :(




Kak Ani yang duduk no 3 dari kiri (bertudung krim)
ustazah senior di sekolah saya.. selalu menjadi tempat saya merujuk hal-hal agama....
Kak Ani yang peramah dan baik hati... :(



Din, yang tak bercermin mata
Guru baru di sekolah kami, rajin bergurau dan peramah...
Mesti terkenang-kenang pada gurauannya... :(


Dan ada seorang lagi, Nizam - guru B.I tapi tiada gambarnya dalam simpanan.

Lebih sedih lagi kerana saya sedang M.C sekarang. Manakala mereka sudah melapor diri, Isnin depan akan bertugas di tempat baru sedangkan saya masih bercuti. Semestinya bila saya sudah bersekolah semula, mereka semua telah tiada lagi di SK Pasir Gudang 2. Sangat sedih mengenangkan. Semalam berbual dalam telefon dengan Kak Ma, kami berdua menangis bersama... Tabahlah hati, relakan pemergian mereka demi kepentingan perkhidmatan.

Selamat berkhidmat di sekolah baru kalian semua. Kami pasti merindui kalian.... *sedih lagi*


Wednesday, February 16, 2011

Wordless Wednesday 1

Lupakan yang sedih-sedih....

Cheer up...



Video ni dah lama dahhh.. masa sebok-sebok musim banjir aritu.. nih baru nak upload

Tuesday, February 15, 2011

Tabah Dan Redha...

Salam Maulidur-Rasul untuk semua. Semoga hari ini membawa keberkatan untuk kita semua.

Sekian lama tak bersiaran di blog nih, macam-macam yang tak terduga dah berlaku kepada saya. Maybe ramai readers yang dah baca status di Facebook saya yang agak mandom lately nih. Mesti ramai yang tertanya-tanya. Mungkin ada jugak yang dah mendapat jawapannya. Hari ini saya diberi kekuatan untuk menzahirkannya di dalam blog ini sebagai rujukan dan kenangan.

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Musibah dan dugaan dariNya melanda saya dan suami. Dalam pada keriangan dan kesyukuran menerima rezeki zuriat dariNya, dalam sekelip mata turut diberikan ujian untuk kami.

Ceritanya bermula Ahad (13 Feb 2011) lalu, oleh kerana dah berjanji nak bawak anak-anak bersuka-ria di Playland maka kami pun menghabiskan masa di Playland Jusco Tebrau bertemankan ely dan anak-anaknya. Sesudah puas menghabiskan masa di sana, baliklah kami ke sarang masing-masing.

Sepulangnya saya ke rumah, anak-anak pun dah tido, maka saya angkat lah sorang demi sorang masuk rumah. Then saya ke toilet, OMG... I was bleeding!!! The blood was so fresh-red coloured macam darah period. Saya dah menggigil satu badan. Am I losing my baby???? tu je yang terlintas dalam otak saya. Then I made a few calls here and there, asking what should I do. Memang cuak sebab hubby pun takde - offshore, couldn't call him at all. Malam tu saya tak ke mana-mana since the bleeding was stop.

Isnin (14-02-2011), early in the morning I found that I'm still bleeding. Still fresh and red as before. Actually I couldn't sleep well the night before, thinking of what will happened next. So I've decided to go to see my Gynae @ Regency Specialist. My father sent me there then I asked him to go back coz Aina was at school then who will take care of her. I made appoiment but unfortunately, at 10 a.m, the Gynae had an operation to be done. They (still) asked me (eventhough I've told the nurse that I am pregnant and bleeding) to wait until 12.30p.m. OMG... I was alone there and confused.... Then, I drove to the nearby Klinik Wanita & Kanak-Kanak. The doctor checked me and diagnosed something that really out-of-mind. She said that I might be had an ectopic pregnancy with cyst in my womb!!! DANGGGGGG!!!!! Again I was so down... Is it true? But she asked me to go for further check-up with speacialist to confirmed. My UPT Test was clearly positive but she said she couldn't see any sac in my womb, so she thought that its might be an ectopic pregnancy syndrome.

I need to go to my Gynae again to double-checked and confirmed it. I called the hospital and confirmed the very suitable time for me to come, as I'm sick of waiting ALONE!!! The hardest thing is when I have to face it all alone without my dear hubby and that's really make me cry a lots. But luckily, Allah tu maha mendengar lagi maha pengasih... suddenly hubby called, saying that he was onshore to standby for another trip to offshore. Luckily I can talk to him and ask him to come A.S.A.P. Thank you Allah.....

2 p.m : I was there @ the Regency Hospital, waiting for my turn. Thanks to ely, Thanks babe, sebab temankan aku masa tu if not, mesti aku dah meroyan menangis sorang-sorang kat sana, really appreciate that!!!

My turn comes at almost 3 p.m. Telling Dr Thokha about my problem (and complaining about how the staff entertained me). Then he examined me, not only with scan but together with the camera 'inside' me. He confirmed that I had a normal pregnancy. No such thing as the ectopic pregnancy. The 'baby' is still there (as you can see below) :


Can you see the black-spotted there? It is the 'baby' in the right place... Alhamdulillah....


BUT!!!!! Why I am keep on bleeding??? Dr said it is the sign of miscarriage - which is called the Threatened Abortion. I have the sign, but the baby is still there. However in the age of 5wks++ , he couldn't find any heartbeat but he can't confirmed that the 'baby' is gone. Maybe it's too early to detect or maybe it's gone. He gave me an injection to strengthen my womb and prescribed me with the hormone tablets. I had 1 week mc, from yesterday till the next Monday. I need to be totally bed-rest at home, praying for a miracle. Dr advise me not to put on much hope till the next check-up that will be on the next Monday. If there is still no heartbeat and no development of the fetus, so I have to let it go.... So sad.... And I can't help myself to cry over it for the whole night yesterday.

But today, I know, I need to take it positively. If the baby is for me and hub, so it will be there. If not, Allah knows what is the best for us. He definitely knows!!!

Saya harus Tabah dan Redha pada segala ketentuanNya....


Oh ya... Saya tak rasa apa-apa sakit walaupun keep on bleeding tapi malam tadi dan pagi ni, saya ada rasa slightly pain macam rasa time period tu. Dr kata kalo sakit sangat @ keluar darah berketul kena pi hospital... now I'm still waiting for that sign. If not... Let's wait till Monday.

Thank you friends for all your says and doa trough the FB/sms/calls. Really appreciate that... Thank you again....


~ Wassalam ~


**About the Threatened Abortion :