Friday, December 31, 2010

A Good Start....

Permulaan tahun baru dengan tugasan baru, tanggungjawab baru dan semangat baru. Alhamdulillah... setelah pembahagian tugas diterima, nampaknya 2011 memberi saya ruang untuk menyempurnakan tugas dengan lebih teratur, insyaAllah. Memandangkan tugas-tugas sampingan adalah tidak terbeban banyak di bahu saya, dan tugasan mengajar juga adalah paling sangat-sangat kurang waktunya berbanding dengan masa lalu, saya rasa kiranya saya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap kelas-kelas yang akan saya ajar.

Selain dari menggantikan satu kelas guru yang bersalin untuk subjek Sains, saya juga diberi tanggungjawab untuk mengajar dua kelas lagi subjek Sains dan BI. Kelas-kelas yang saya dapat pun adalah atas permintaan saya dan tak disangka-sangka diberi kepercayaan oleh GPK... sangat berterima kasih kepadanya. Juga diberi pelepasan dari mengajar Tahun 6 untuk pertama kali... :)

Dengan permulaan yang saya kira amat baik dalam sejarah perkhidmatan saya setakat ini, saya berdoa semoga akan dapat mengajar dengan lebih efektif dan berdedikasi. Dapatlah kiranya saya memberi tumpuan 200% kepada kelas-kelas yang saya ajar, dari segi penyampaian ilmu, perhatian kepada murid-murid juga penyemakan buku murid.

Saya juga telah menempah ini, bagi tujuan penyemakan buku/hasil kerja murid.


Cop semakan buku murid.. sorry agak blur gambarnya.
Ada nama saya selaku Guru Subjek dan ruangan untuk tandatangan ibubapa.


Rasionalnya ialah untuk memastikan ibu-bapa juga terlibat dalam pemantauan hasil kerja anak. Walopun mungkin nanti ada jugak yang cuma bagi tandatangan saja, saya kira akan ada juga masanya untuk mereka melihat apa lah hasil kerja yang mereka tandatangan tu kan? Harapan saya juga agar ini dapat mengurangkan masalah murid tak siap kerja dan sebagainya. Kerja rumah kena ada, sebab kalo takde nanti parents jugak yang bising... hehehheeee... :)

Semoga apa yang saya harapkan untuk kerjaya 2011 ini akan dipermudahkan perlaksanaannya. Semestinya saya tidak sabar-sabar lagi hendak memulakan sesi persekolahan baru ini. Semoga ilmu yang bakal disampaikan memberi manfaat kepada anak-anak murid saya kelak... :)

Selamat kembali ke sekolah wahai guru-guru....

Opppsssssssssss sebelum tu, sebut pasal tak sabar nak ke sekolah, tengok gelagat budak-budak ni.... :P

Sape yang patut ke sekolah sebenarnya nih????
Budak kenteng tu dengan tak mandi pun sebok amik beg possing ngan kakak... :P




'Mum's cook is the best'
Model lunch box free by Sustagen... :P



Possing laaa ikut suka korang noksss... hahahhahaaaaaaaa





Ready to go.....................



Aina has started her new school yesterday. Actually for almost the whole of this month, pre-school for 5 year kids. Eh... tetibe speaking mak... muakakakkaaaaaaaaaaaaa....
Semalam kire start sesi persekolahan Aina lengkap beruniform. Hari ni pun pi skolah lagik walopun orang lain cuti sebab tadika dia KIV cuti tu until 21/01 nanti, nak cuti Thaipusam lama sket laa tu... sukati jek.. hahahahhaaaaaaaaaaaa.... Tahun baru, tadika baru untuk Aina. Tadika Pintar Bistari @ Pasir Gudang.

Budak yang frust pasal kena tinggal dengan kakak dan abahnya.... :P


Ok babes... Hari ni cuti, mari kite kemas rumah... :))



Thursday, December 30, 2010

Ting Tong....

Ooooiiiiiiii sedare... ADA KU KESAHHHHHHHHHHHHHH??????? Janji ko bahagia, aku pun bahagia kannnn.... lalalaalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Yang penting Malaysia juara.... ailebiu Fahmi team Malaysia.... *tetibe* (apa kaitan dengan statement di atas???)


Wednesday, December 29, 2010

Entri Tunjuk Rajin...

Ha'ahhh ni entri tunjuk rajin. Pesal? Ko tak suka? Tak suka dahhhh... tak suruh ko baca punnn... Tak gheti-gheti nak blahhhh???

E'ehhhh... pesal ko emo pepagi nihhhh macikkkk??? Datang bulannnnnnn???? :))

Keji btol buat mukadimah camtu yer? Muahhahahaaaaaaa... Tak.. tak... saya tak emo. Saje carik pasal menghangatkan pagi yang dingin... cewahhhhhhhhhhhh... :P

Ok.. ni entri masak-memasak yang tak seberapanya lagik. Sebab semalam kan ujan sepanjang hari, bila ujan sejuk, bila sejuk perut pun lapo tak pasal-pasal merengek mintak diisi... Dipendekkan cerita, bila baring-baring sebelah anak-anak yang dah membuta petang semalam, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena... saya pun bangun ler. Pi dapo... jenguk-jenguk apa yang boleh dibuat untuk mengisi tembolok sendirik.


Maka terhasillah ini....
Taraaaaaaaa... merasmikan donut cutter acik... :)
Saya tak pakai resepi sape-sape, kebetulan memang ada beli tepung mix untuk donut kat kedai Bakewell aritu. Just tambah air ngan yis, uli sikit, biar naik kejap... dah boleh terap...
Ada kecik ada beso donut mak.. abaikan laa.. kata first timer kannn?? :P




Hasil dekorasi acik.... feeling-feeling macam Big Apple Donut boleyyy??? :P
Berani tunjuk 4 ketul je nih, pasal yang lain comotsss... wakakakaaaaaaaa....


Bagus jugak ada ready made macam nih untuk waktu terdesak, bila time malas tapi tekak asik nak makan, kejap je boleh siap kannnn... Tapi best laaa donut nih... Lembutssssssss jer. 500g tepung tu, harganya dalam RM 5, boleh dapat 13 ketul donut, oklah kannn. Dah buat penat-penat tapi makan seketul je sebab macam kenyang pulak... apakahhh?? Tadi kemain lapo... haihhhhhhh. Tapi bila tengok anak-anak sekali hadap dua ketul sorang, acik happy. Sambil makan, sambil puji donut sedap.. bukan diorang tau pun ibu dia blasah tepung ready made jer... muahahahaaaa.... Suka laaa budak-budak nih dapat ngadap donut penuh coklat. Diorang suka yang coklat rice dan yang colourful tu. Untuk yang penuh nuts memang khusus untuk ibu dan abah dia... :P
Eh sambil buat entri ni teringat pulak donut kuaci tu... japgi boleh bedal lagik seketul.. Korang nak? :))

Lepas tu, bila siap buat donut.. Tengok-tengok coklat ganache yang saya buat banyak beno lebihnya. Ni karang kalo bior je dalam fridge mesti last skali masuk tong sampah jer. Jadik, saya pun mula terpikir nak buat kek coklat. Pastu boleh siram itu ganache atas kek macam kek coklat tumpah ada orang tuuuuuuu. Ok... lepas Maghrib, hubby pun sampai umah dari Terengganu. Sementara tunggu dia mandi, saya sempat buat sebijik kek coklat quick mix macam resepi CikKakManis dari Parkdale tu. Aritu try kek oren dia, kali ni try kek coklat pulak... TTM, aku lom sempat nak buat tag ko nyahhh.. nanti ekkkkkk....


Sekali lagi membuat hantaran percuma secara kaki terjongket satu persatu bahan kek dalam satu bekas sehingga habis semuanya... :P
Oh ya... saya tukar secawan air dengan secawan fresh milk sebab nak abeskan fresh milk tu cepat sebelum tarikh luputnya... heheheheee



Dan terhasillah pula iniiiiiiiiii.....
Meleleh-leleh air liur korang tengok coklat ganache tu kannnn... :P





Tapi saya ada satu kemusykilan untuk ditanya kepada para chef diva sekalian. Kenapa bila saya buat kek coklat, mesti merekah macam gunung merapi? Apsal haaa??? Kalo kek lain mak buat, tak pulakkk.. hokeh jer. Apsal? Kompius mak tawwwwwwww....

Ok sekian entri tunjuk rajin dari saya yang memang rajin. Ada korang kesahhhh??? :P



Tuesday, December 28, 2010

Putih Itu Suci...

Bila selak-selak kain baju-bajan dalam lemari, saya dapati blouse-blouse yang saya ada adalah sangat berwarna-warni. Biru, merah, hijau... ohhh sungguh colourful, malah hitam pun ada. Tapi rupanya saya tak ada selai pun blouse berwarna putih polos. Tiba-tiba hati terasa macam, cun jugak kalo ada blouse kaler putih nih walopun saya tau memang susah nak jaga. Tapi ai tak kesah, Vanish kan ada.... :P

Hasil bantuan pakcik google image, saya dapat beberapa helai blouse yang cun di mata saya...


Owhhhh... cuba lihat blouse nih. Sangat suci dan sweet sangat apatah lagi jika berpinggang ramping dan berperut 'flat' macam tu. Tapi... bila renung perut sendirik... sobsobbbbb... :(

Apapun, ai like this blouse... Cuma AWASSS!!! Jangan pakai ini ketika makan roti canai di kedai mamak. Dikhuatiri lengan baju akan tercelup ke dalam kuah kari mamak tersebut.. :P



Blouse ni pulak nampak simple tapii sweet gitu... maybe sebab amoi tu yang sweet.. :))
Tapi saya suka sebab ianya labuh menutupi pinggul... :)





Ok tu antara blouse yang saya dapat gugel. Cantik di mata saya. Teringin pulak carik-carik selai blouse putih yang sesuai untuk saya. Nanti boleh jalan-jalan cuci mata lahhhh...

U olls ada ke blouse kaler putih? :)



Monday, December 27, 2010

Berakhir Sudah....



Hmmm... cepat sungguh masa berlalu, pejam-celik-celik-pejam, dah nak abih cuti sekolah. Walopun ada lagi seminggu cuti sekolah, tapi cuti untuk cikgu-cikgi macam saya ni berakhir sudah. Hari ni dengan rasa masih liat-nak-pi-keje-sebab-syiok-duk-menembam-kat-umah-lama-lama penuh semangat waja, saya ke sekolah. Hari ini akan diadakan mesyuarat pertama untuk kerja-kerja saya yang menurut perintah,suka tak suka ko kena buat pembahagian tugas bagi tahun 2011. Tak sabar jugak nak tau apakah tugas yang diberikan atas batu jemala patik, kelas mana yang nak diajar, subjek apa yang bakal disempurnakan pengajaran dan pembelajarannya. Hari ini akan terjawablah segalanya. Mengikut perbincangan dengan pihak atasan sekolah, atas permintaan diri sendiri maka saya diberi pelepasan mengajar tahun 6 untuk 2011... yeayyyyyyyy!!! Dapat laaaa rehat setahun kot.. :)

Tapi ada tugas besar sudah menanti saya. Saya telah dicalonkan atau lebih tepat lagi telah dilantik memegang jawatan selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan di sekolah. Hambikkk ko... Besar bebanan tugas itu bagi saya yang pengalaman baru berapa tahun laaa sangat nih. Antara tugasnya merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah. Apatah lagik awal tahun 2012 nanti, GB kami bakal pencen. Maka kena laa organize majlis perpisahan bessar-besaran untuk dia. Lama lagi??? Tak.. percaya laaaa... tak kan lama tempoh setahun tu. Redho jek laaaaaa nokssss.... Suka tak suka terima jek laaa yer. Buat laa apa yang termampu... huhuhuuuuu... *tetibe stress*


Dalam pada saya yang excited jugak nak mengajar semula, ada orang tu pun sibuk nak prektis-prektis jadik teacher okeyyyyy. Tengok gelagat 'cikgu' terlampau ni dan anak muridnya yang sangat laaaa menurut perintah... :P



Sesi P&P sedang berlangsung dengan jayanya...



"What is this?" tanya si cikgu
"Horshhhh (horse)" jawab si anak murid... :))


Tu keje anak-anak dara saya di waktu malam. Lepas saya main-main flashcards tu dengan diorang, mesti diorang akan main sesama sendirik. Ok.. gasak... saya bior je diorang main flashcards tu, sebab kad tu memang tahan lasak. Jadik tak risau rosak ke hape. Lagipun diorang dah dipesan supaya jaga bebaik sebelum ibu korang bertuko menjadik mak lampir terlampau. Oh gambar di atas tu sebenarnya masa saya tengah sibuk lipat kain baju yang membukit, tapi diorang sebok jugak nak ajak main kad... haihhhhh.... maka saya bagi je lah flashcards animals untuk diorang main sesama sendiri. Biasanya mula-mula si kakak akan jadik cikgu, adik jadik anak murid. Pastu tuko pulak.. adik jadik cikgu, kakak jadik anak murid. Eh dah macam role-play pulak... :D

Biasanya sesi P&P itu akan berakhir dengan si adik-melalak-pasal-kena-bambu-ngan-cikgu-garang... wakakkakaaaaaaaaaa... Ye lah, si adik tu mana laaa boleh nak concentrate lama-lama, tapi si kakak pulak bila adik dah mula hilang tumpuan dia marah, siap piapppppppppp budak kenteng tu. Maka bila adik dah melalak, berakhirlah sesi P&P tersebut kerana tetiba mak lampir pulak yang menjelma.. :))

I love the flash cards. Saya memang suka sangat main flash cards tu dengan anak-anak saya. Biasanya secara santai je kami main. Sambil lepak-lepak, saya akan main dengan diorang. Tak lama mana pun. Sebab toksah mimpi laaaa nak ajar diorang lama-lama, eh anak saya laaa... anak orang lain saya tak tau pulak kan berapa lama boleh. Walaupun tak lama, saya pastikan setiap hari mesti ada sesi main flash cards dengan diorang. Biasanya kalo untuk flash cards ni, terutama yang baru, saya cuma akan main 5 kad aje dengan diorang. Motif utama nak diorang kenal dengan setiap gambar. Tapi kalo semua gambar diorang dah kenal, saya akan main semuanya.

Ni antara koleksi flash cards yang saya ada. Semuanya saya beli dari zaman Aina kecik lagi, kecuali yang First Words Discovery Cards tu. Yang tu the latest one, baru je saya beli bulan lepas. Eh sebenarnya kan, tiga je yang saya beli. Nature Discovery, Animal Discovery dan First Words tu je yang saya beli. Yang Read At Home, Number Cards (yang kaler merah) dan number cards yang gambo ginger bread tu hadiah dari seorang ibu bekas anak murid saya, yang memang baik dengan saya... Kak Wati namanya. Ada lagi 2 sets flash cards yang Kak Wati hadiah kat saya masa dia nak pindah KL hari tu. Dia beli untuk ajar anak-anak dia masa kecik, now anak-anak dia dah sekolah semua, so dia tak guna lagik, jadik dia prezen kat saya... Thank you kak.. You are so kind... (macam laa dia baca blog saya)... :)


Saya suka flash cards series Baby Einstein nih, sebab gambo-gambonya beso dan colourful. Kad-kad dia pun keras dah tahan lasak, tak risau laaa kalo budak-budak main. Eh, saya memang tak DIY flash cards yer... pasal saya M.A.L.A.S... hahahhaaaaaaaaaaaa... Bagusnya kalo orang rajin DIY kad-kad nih. Tapi ai memang tak ghajin ler nak DIY nih tu pasal duhet ko habes je kannnn... :P

Eh tadi kan saya macam stress citer pasal sekolah kan, tetibe ilang stress pulak bila citer pasal flash cards nih... muahahhahaaaaaaaaaaa.... Apapun korang, selamat hari Isnin yer... keje rerajin, jangan asik fesbuk dengan baca blog jer...:))

Oh ya, pesanan untuk sesiapa yang sudah mengulor secara terlampau pada hari Jumaat lepas, sila lah insaf dan siapkan keje anda sebelum anda dikejekan.... wakakakakaaaaaaaaaaa............... Adiosssssssssss.. :)



Cantik....

**STICKY ENTRY!!! PLEASE SCROLL DOWN FOR THE LATEST ONE, TQ... :D


Cantik.... gambar yang cantik menterjemahkan segalanya kan? Sape yang tak suka tengok gambo cantik-cantik. Nak-nak bile tengok gambo diri sendirik yang tetibe jadik bertambah jelita seperti saya di dalam gambo.. uhuk uhuk.... :))

Saya belum pernah buat outdoor photography. Tapiii u ollssssssss... saya selalu dapat menempekkan diri sendirik dalam gambo-gambo hasil air tangan seorang kawan saya yang kini berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Memang cun habesss gambo-gambo yang dia amik. Macam berseri-seri mak tengok muka mak dalam gambo-gambo tu... ker haku yang perahsan

Cuba u olls tengok... cantik kan gambo-gambo nihhhh........................

During gathering ASPURI 1 @ New York Hotel JB...


@ my friend's house after the NY gath....




Get together during my friend's son birthday...
The photographer was in pink tudung...



@ our friend's wedding day...




Cantik kannnn??? Berseri-seri tawww muka masing-masing. Saya pun berminat nak buat family outdoor photography dengan dia... Mesti best ada gambo yang cantik-cantik macam ni.

So u ollsss... yang staying @ Johor espeacially nya... kalo berminat nak guna khidmat member saya ni boleh laa contact dia....

Elly h/p : 016 7159800

Atau boleh emel dia di : ellydin79@yahoo.com (ym: ellydin79)

Boleh juga jalan-jalan tengok hasil kerjanya yang kreatif di http://photozsensor.fotopages.com/

Ok.. sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya di petang Khamis yang mulia ini.... :)


Friday, December 24, 2010

Congratulation!!!!




Tahniah untuk MIO dia atas kelahiran baby boy nya yang kedua pada jam 12.09 tengah malam tadi, secara normal. Pukul 3 pagi tadi mak dapat sms dari dia... Terkejut mak hokehhh..... ahaksss....

Anyway... enjoy your breastfeeding and confinement moment. Take care & get well soon!!! :)




Thursday, December 23, 2010

Potong Stim...

Potong stim btol.. bila ai nak projek je... ada yg kacau.. asal nak projek je, ada yang terbantut... mencik tawwwwwww... Kalo macam ni, bile laaa projek ai nak sukses? Bile laaaa projek ai nak jadik sedap, lazat dan nikmat macam projek OrangTu.

Ehhh cop... apsal ada orang senyum simpul di depan skrin tu? U ollss tauu ke projek apa yang ai cakap nih. Tak baekkk tawww kalo bersangka buruk. Blog ai ni suci murni. Takde 18sx punye citer... :))

Ini bukan projek kamasutra terlampau yer ahdik-ahdik... Ni projek membusungkan perut juga menambahkan lemak... hahahahaaaaaaaa....

Kesahnya semalam tetibe craving for This. Mula laaa carik seafood pelbagai. Beria ke paso nih semata nak carik sotong dan kupang.. sebab udang ada stok. Sekali.. potong stim btol, merata pusing kat paso... Kupang, nan ado... haihhhh... hampa... keciwa... Tapi tetap kuteruskan perjuangan. Balik umah, tros bersilat kat dapo. Prepare semua bahan. Pastu bukak kabinet carik spagheti. Haihhhhhhhhh... Lagi sekali potong stim!!!... Spagheti udah tinggal seciput sajorkkkk... Hampa lagik. Rasa macam baru je beli, tp da tinggal sikit banget rupanya...sobsob... Takpe laaa, korek punye korek jumpe pasta nih jer... apakenama pasta nih, mak lupa... wakakaaaa.. Maka jadik laaaa seafood pasta yang tetap tak kena di tekak mak. Orang nak spagheti... huhuhuuuu





Pastu... tak tau ler apakes haku terlebey rajin semalam. Tak cukup mempasta... tetibe gediks jugak nak try KekNi pulak. Sebenonya dah lama tak membaking, maka bila tengok bahan dah ada semua... maka tanpa segan silu, ai pun membuat hantaran percuma secara kaki terjongket satu persatu bahan kek dalam satu bekas sehingga habis semuanya. Eh... macam pernah ku baca ayat itu, tapi di mana yaaaaa?? :))


Bahan-bahan kek setelah hantaran percuma dibuat....


Akhirnya..... setelah berpeluh ketiak membuat servis berganda terhadap bahan-bahan tersebut, maka terhasillah iniiiiiiiiiiiiiii....


My first Moist Orange Cake...


Serius, belum pernah seumur hidup buat kek oren nih. Suka giler bila dapat resepi senang macam yang TTM bagi tu. Sedap kek ni, moist. Sebijik kek di atas, separuh sudah disedekahkan kepada orang-orang bertuah yang terpilih. Separuh lagik buat minum petang semalam... Licin habesssss... Aina dan Ainin makan banyak... sukaaa giler diorang. Ah yer laaa... memang laa, anak mana yang tak suka mak dia masak kannnn... :P
Rasa nak buat lagik laa kek ni, pasal tak puas mentekedarah... kahkahkahhhhhhhh

Anyway, thank you very much topsyturvymum for the recipes. Berasap-asap dapo mak semalam hasil pengaruh ko nokssssssssss.... :)

U olls try laa kek oren nih, sambil pejam mata pun boley buat pasal senang NM... heheheee

Tuesday, December 21, 2010

2 years 5 months Journey...

She's getting bigger now.... Dah 2 tahun 5 bulan. Cepat btol dia membesar. Jom tengok gambo angel saya yang sorang ni ....





@ this age... Pencapaian terbaekkkk Ainin ialahhhhhhhhhh.....

- pandai bercakap dengan jayanya. Ramai tak caya dia baru 2 tahun lebey, sebab ayat-ayat bombastik dan very the jelas yang disebutnya.... :)

- udah tak BF lagik. Tapi masih rindu nenen ibu. Selalu kalo nak tido, mesti nak kena peluk rapat-rapat ke dada. Tengah-tengah memain kadang, datang kat ibu.. kiss2, peluk-peluk... Ainin kata.. "nenen nak bagi baby"... :P

- udah diaperless di waktu siang. Yeayyyyy... akhirnya setelah 3 minggu, dia berjaya tak pakai diapers lagik. Dah pandai bagitau bila nak ke toilet. Sepanjang cuti ni saya dok trained dia. Yang ni kena thanks to my little helper.. si kakak, yang sangat-sangat bertanggungjawab memastikan Ainin ke toilet bila tiba masanya. Sangat senang bila ada Aina, Ainin cakap je nak ke toilet.. Aina yang kalut suruh dia bukak seluar dan bawak ke toilet. Bila Ainin dah pee dalam mangkuk toilet keciknya, si Aina akan terlompat-lompat happy... "Ibu tengok adik dah kencing!!!".. muahahaaaa... lawak sungguh. Tak paham apakes dia suka btol tengok Ainin berjaya pee... :))

- udah belajo tido sendiri kat bilik dengan si kakak. Yessss... Ainin dan Aina dah mula diasingkan tido dari ibu dan abah. Walopun tengah-tengah malam dedua kadang-kadang pindah, tapi ok laaaa kan untuk permulaan ni... :)

- udah boleh kira 1,2,3 sampai 20... juga udah boleh A,B,C... Z walopun kadang ada tersilap-silap sikit... hehheheeeeeee

- udah boleh baca doa makan, surah Al-Fatihah sikit-sikit. Doa makan clear. Surah, tak berapa sangat... tapi dah boleh dengo bijik butirnya lah.

- udah tau aturan wuduk... walopun tak ler particular sangat, tapi tau ler mana satu kena basuh dulu. Juga dah tau pergerakan solat... Alhamdulillah.

Banyak milestones Ainin yang dipengaruhi oleh si kakak. Kena berterima kasih pada Aina, sebab Aina banyak ajar Ainin buat itu, ini. Seronok tengok bila Aina ajar Ainin... sebijik macam cikgu Intan mengajo dalam kelas... hahahahaaaaaaaaaaaaaaa

Itu jer yang terlintas dalam kepala saya sekarang ini. Kena chow sekarang, nak amik Aina balik sekolah.. Bye u ollssss.................... :)



Sunday, December 19, 2010

Happy Birthday Song




Its his birthday today. Happy 36th birthday darling... semoga bahagia selalu di sisi kami dan dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Sayang abang sangat-sangat... mmmuuuaahhhssss....


Birthday prezzie in advance... :D




Darling... kite tunggu 1st January nanti, kalo ada rezeki... you boleh redeem the best belated birthday prezzie ever after.... *wink*

Tempek sikit gambo birthday boy yang menjadi pujaan hatiku sepanjang hayat.... my soulmate, my housemate, my roomate, my bedmate.... ahakssssssssssss...............




Thursday, December 16, 2010

Layannnnnnnnnnn....



Testing...testing...

Sebenornya mak try upload video direct dari you tube. Jakunsss katanyaaaaaa... :))

Semalam layan lagu-lagu kak Gee nih. Lagu-lagu kak Gee nih memang jadik peneman zaman muda saya, jiwang kannnnn...

Especially lagu Kau Merubah Segalanya.. seingat saya, masa saya sekolah rendah dah ada lagu nih. Dan jangan tak tau u ollsss... mak pernah masuk pertandingan nyanyi masa sekolah rendah dulu, nyanyi lagu nih tawwwwwww.... nyanyi atas meja kantin lagikkkkk... dapat no 3... Nasib masa remaja takde AF, kalo tak mesti mak pun geletis nak jadik retis... kahkahkahhhhhhhh....

Okehhhh... tataaaaaaaaaaa.... Nak layan jiwangsss lagi.... :P


She Is Ready To Go....

Yesterday was her first art class. She was so excited to go and have fun there... :)

My little princess, Aina...




Sebagaimana yang saya nyatakan semalam, saya telah mendaftarkan Aina di Global Art Class di Seri Alam. Dah lama sebenarnya saya survey tentang art class untuk Aina nih, tapi asik bertangguh je nak daftarkan dia.

Akhirnya Isnin lepas, saya gigihkan jugak diri untuk mendaftarkan dia ke sana... :)

Why art class??? Kenapa ye??? Sebab saya nak dia join sesuatu yang menyeronokkan. Dia sangat suka mewarna. Budak-budak dan kaler... memang sinonim kan? Ada ke budak yang tak suka kaler? Alang-alang dia tengah excited mewarna, kenapa tak saya hantar dia untuk belajar mewarna dengan kaedah yang betul. Harapan saya semestinya supaya dia tak lah mewarisi DNA saya yang sangat buta seni.. kasihan sungguh kalo melihat hasil seni saya zaman sekolah dulu. Sungguh terlampau... :(
Lagipun mengikut apa yang saya baca, art class akan dapat membantu anak mengembangkan kreativitinya dan melatihnya lebih berdisiplin.

Art class ni bukanlah semata belajar mewarna je.. ada jugak handicraft (clay-art) sebulan sekali. Untuk peringkat usia Aina, mula-mula akan diajar menguasai teknik mewarna menggunakan pensil warna.. kemudian bila dah master, baru guna crayon dan seterusnya belajar melukis, juga menguasai pastel colour. Step by step... Apapun kelasnya tak stress.. enjoy je.. :)

Semalam kelas pertama Aina. Saya sangat excited bila mendengar komen teacher Aina. Sesuatu yang saya tak sangka-sangka, yang mungkin saya sebagai ibu Aina pun terlepas pandang...

Mau lihat hasil kerja Aina yang pertama??????????



*


*


*


*
Taraaaaaaaaaaaaa......


Tengok dua bijik epal tu. Kedua-duanya Aina yang kaler.

Komen teacher Aina ... "She is so unique!!!"
Mula-mula epal yang pertama dia hanya beri Aina warna merah dan minta Aina warnakan satu arah dan tidak keluar dari garisan.. ok... done!
Epal kedua dia beri Aina kesemua pensil warna dan minta Aina sambungkan dotted-lines, kemudian warnakan macam epal pertama. Tapi Aina nak warnakan epal itu warna-warni. Kata teacher tu, dia belum pernah jumpa budak yang tetap warnakan gambar apple colourful macam tu. Ok colourful... tapi Aina gunakan kesemua 36 warna yang ada satu-persatu dan mengikut aturan kedudukan pensil warna itu dari kiri ke kanan. Dan jugak boleh perhatikan warna-warna dia tak keluar langsung dari border... walaupun tak searah.
Selama satu setengah jam, Aina duduk diam kat tempat dia dan mewarna. Aina sangat unik bagi teacher tu sebab dia tak macam kanak-kanak seusia dia yang pernah dia ajar... Aina sangat fokus, sangat teliti dan tahu apa yang dia nak. Kellasss anak mak kannnn... hahahaaaa.. kat umah boleh tahan tak reti duk diam, kat sekolah memang ko jadik sangat sopan santun ye noksss... sabau jek laaa... :P
Tak ada masalah dengan 'kekreatifan' Aina tu... mungkin akan susah sikit nak ajar dia mewarna dengan satu warna.. tapi yang pasti Aina mesti akan suka mewarna ikut tone warna nanti.

Saya rasa kelas ni akan menyingkap satu-persatu karakter Aina... and I am so excited to know more!!! Whatever it is... Aina, I'm proud of u my dear.... :)

** Just for note :
Untuk pendaftaran Aina di Global Art Class ni, total bayaran ialah RM 362 including:
1. Yuran bulan pertama - RM 70
2. Workbook - RM 45
3. Registration fee - RM 50
4. Deposit - RM 70
5. T-shirt - RM 28
6. Apron - RM 16
7. Bag - RM 28*
8. Pensil warna 36 btg - RM 17*
9. A3 Folder - RM 26
10. HB pencil* + eraser* - RM 2
11. Handicraft (clay-art) - RM 10
(Yang bertanda * adalah optional)

**Yuran bulanan ialah RM 80 sahaja...


Wednesday, December 15, 2010

Sibuk Ke???

Sekembalinya saya dari bercuti (ayat tak bley blahhhh), saya rasa agak sibuk. Dengan itu blog adalah terabai sekejap. Tapi masih curik-curik masa blogwalking kat blog kawan-kawan. Kalo sempat tinggal jejak, saya tinggal...

Macam sibuk benau je??? Kata cuti skolah.. apa aje laaa yang ko sibukkan labuuuuuuuu???...
Hmmmmm.... Masa lapang sudah menjadi tak berapa lapang. Sebab menguruskan persekolahan Aina. Tahun depan, saya tukarkan Aina ke tadika lain sebab saja nak tuko angin.. heheheheeee..... Then kat tadika baru nih, ada pra-tadika untuk murid 5 tahun sepanjang Disember ini. Motif untuk membiasakan anak-anak yang belum pernah bersekolah. Tapi Aina dah pernah sekolah. Motif saya hantar jugak... biarlah... at least terisi jugak masa dia. Lagipun bukan lama mana... sehari 2 jam je.

So keje saya hari-hari ialah. Bangun, prepare breakfast - yang ni wajib, sebab sekolah Aina tak sediakan makan, jadik kena bawak bekal untuk dia. Then bagi anak-anak dan laki makan. Then siapkan anak-anak. Pukul 8.45 biasanya berdezuppp ke Pasir Gudang (PG), which is about 15 minutes to reach there. School Aina starts at 9 am. Then sementara tunggu Aina balik, saya merayap-rayap sekitar PG atau lepak umah mak saya.. malas nak balik Seri Alam. Pukul 11 fetch Aina, balik... baru laa ada masa lepak sikit. Atau kemas-kemas dapo yang tak sempat nak kemas pagi tu. Then, kena pulak masak-masak untuk lunch... Gitu gini... fuhhhh... memang full hari-hari saya... :)

This week, daftarkan Aina ke Art Class... nanti saya citer pasal tu di lain entri...

Di samping short (shortkah?) update mak this morning, saya nak tempek skali brekpes pagi nih. Inspired by my friend.. Ann, yang makan ini @ Thristle Hotel, PD. Dia kata simple menu ni cost about RM30++.. Tapi buat sendiri?? Saya tak kira, yang pasti murah laaa pasal banyak bahan yang memang ado kat dapo den.

Bahan-bahan...
Baguette, Tuna Mayo, Garlic Spread and Shredded Mozarella


Cara-cara...
Sapu garlic spread, then tuna and lastly taburkan cheese.
Bakar dalam oven bersuhu 200 degree selama 10 minit.



Regunya ialah potato salad.
Potato salad : rebus kentang sampai empuk, gaul dengan mayo & thousan island
Sprinkle sikit oregano (kalo takyah pun takpe)
Sedap dimakan dan sangat mengenyangkan okehhhh...
:)



Ok... got to go... dah pukul 8.10 a.m, tapi anak-anak dan diri sendirik pun lom mandi. Chiow frenzzzzzzzzzzz.....