Tuesday, December 30, 2008

Back To School...

Hari ni, ibu kembali bertugas di sekolah semula setelah bercuti sekian lama. Murid-murid belum naik skolah lagi tapi cikgu dah kena p sekolah, prepare utk sesi persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
Pagi, mesyuarat guru diadakan bagi membincangkan workload tahun 2009. Nampaknya workload keseluruhan belum diberi lagi. Hari ini hanya dapat tahu guru kelas dan subjek yang diajar. Alhamdulillah....ibu tak diberi tanggungjawab sebagai guru kelas dan masa mengajar ibu juga masih sedikit (hanya 17 waktu sahaja) iaitu subjek Sains untuk 3 kelas - Tahun 2, 4 dan 6. Ibu belum pernah mengajar tahun 2 dan 4, kena study lah nampaknya nih..ehheheheee...Tiada subjek elektif juga diberi kepada ibu. Ini kerana tanggungjawab ibu terhadap pengurusan data guru-guru. Kurangnya waktu mengajar, namun bebanan kerja tetap sama ye kawan-kawan..nanti ada pula yang ingat ibu makan gaji buta....hehehheheee.....;) Waktu mengajar ibu terpaksa dikurangkan kerana ibu akan selalu diperlukan menghadiri mensyuarat data di pejabat pendidikan daerah. Kalau waktu mengajar banyak, nanti banyak pula kelas yang akan ketinggalan bila ibu tiada di sekolah.
Dengan berkurangnya waktu mengajar ini juga, bermakna dapatlah ibu melakukan aktiviti pengepaman seperti biasa..Alhamdulillah...:)
Lain-lain tugas akan diketahui esok. Rasanya ada banyak perubahan dengan tugas di tahun 2008. Rasa bersemangat nak menghadapi sesi persekolahan yang baru. Nanti nak pergi cari baju baru lah....barulah lebih bersemangat ke sekolah...macam budak-budak nak naik skolah laa pulakkkk...hehehheheeeeeeee.........
Emmm....esok ibu akan menghadapi perpisahan..berpisah dengan Mr Hubby..perpisahan sementara..Hubby akan pergi offshore di Kelantan. Lama tawwww....sebulan lebih rasanya....huhuhuuuuuu...Sejak beranak dua nih, baru inilah pertama kali berjauhan dengan hubby. Aina pun dah makin besar, mesti akan selalu bertanyakan abahnya. Waaaaaa...sedih laaaa lama-lama hubby tiada...huhuhuhuuuuuuu... Sepanjang ketiadaan hubby, ibu akan tinggal di rumah emak. Hubby...ibu & anak-anak pasti merinduimu....
Ok lah..itu update untuk hari ini...kesimpulannya, ibu tak sabar nak ke sekolah semula...biar cepat waktu berlalu, cepatlah hubby pulang...(ni belum pergi lagi nih dah cakap cenggini...huahuahuaaaa...)

5 comments:

CapT said...

saye jugak akan hadapi semua nih effective 2010.. wish me luck yerr!!

::Umi Sufira:: said...

Sayangibu, baju baru mesti ada..barulah lagi semangat..tak gitu?hihi..BTW, sebulan tuh sekejap je...pejam celik pejam celik...saya pernah kena tinggal 3 bulan taww!!hihi..

sayangibu said...

CapT..siapkan diri fizikal & mental tawww...KPLI mmg mencabar..lagi2 kursus PJ..tough tu...huhuuhuu..apapun, best of luck!!!..:)
mimi...tu laa..dah lama x kena tinggal nih,almost 1 yr hubby x p offshore nih..huhuhuu

~~ciklinn~~ said...

selamat bersekolah kembali yer cikgu...

sayangibu said...

ciklinn, macih...macihhh...:)