

Ni anak Mahani, namanya Nini bersama anak aku lah..Aina. Petah btol si Nini nih. Dia gtau kat aku, "Auntie, kite nak jadik Princess Barbie.." wahahahhahaaa......
Wokeh ni lah member-member aku.. Yang rambut pendek sebelah aku tu, Siti Zubaidah..tengah pregnant first baby 8 bulan. Sebelah dia Erni, pun tengah pregnant tapi anak ketiga, 3 bulan. Sebelahnya Mahani bersama anaknya. Dia ni pun cikgu macam aku, mengajar di KL. Erni dan Siti Z masing-masing di Johor lagi.
Mungkin kalo lebih ramai lebih seronok. Apapun..we all have fun juga malam itu. Tak sangka masing-masing dah jadik mak orang....hehheheheeeeeee....
Set yang saya ambil, lebih kepada mind games. Ada 4 set, Set buku Disney Words, Set Fun Thinkers, Set Logico Primo dan Set Logico Piccolo. Set buku tu tak mahu saya kisahkan di sini. Yang menarik minat saya sehingga saya membeli set grolier ini ialah 3 set yang lain itu.
Ini set Fun Thinkers. Set ini mengandungi 10 buah buku (yang satu tak di snap pulak..)
Ada Mathematic, level 1-3 seperti gambar di bawah.....
Juga ada English, level 1-3 juga...............Fun Thinking Skills, level 1-3 juga.....
Untuk peringkat usia Aina, bermula dengan Level 1 dahulu semestinya. Macammana nak guna set Fun Thinkers ini? Set ini dibekalkan dengan Match Frame seperti di bawah ini. Buka Match Frame ini pada mukasurat buku yang hendak digunakan. Contohnya untuk mengenal huruf. Penggunaannya seperti di bawah...........
Dan setelah selesai, terbalikkan Match-Frame tadi. Owh..lupa nak cakap, di belakang nombor itu, fremnya berwarna ye. Jadi boleh periksa betul atau tidak jawapan dengan membandingkan warna-warna yang tersusun mengikut gambar warna di atas mukasurat buku tersebut.
Memang banyak sangat aktiviti yang boleh dimainkan di dalam set ini. Malahan, ianya sesuai sehingga ke peringkat sekolah rendah nanti. Untuk peringkat usia Aina Set Fun Thinker ini paling sesuai digunakan.
Seterusnya set Logico Primo. Set ini bersesuaian di peringkat usia seawal 3 tahun sehingga ke peringkat sekolah. Set ini juga mengandungi Math, Language dan Thinking Skill. Ada sepuluh set dengan 16 kad aktiviti setiap satu set. Satu kad ada 2 aktiviti yang berbeza (depan dan belakang kad).
Bagaimana menggunakan Logico Primo ini?? Set ini disertakan Button-Frame seperti di bawah ini. Pilih satu kad aktiviti dan masukkan ke ruang kad pada Button-Frame tersebut. Cara penggunaannya seperti di bawah....
Akhir sekali set Logico Piccolo.... Set ini mengandungi 20 set kad aktiviti. Setiap satu set mengandungi 16 kad aktiviti. Satu kad ada 2 aktiviti yang berbeza (depan dan belakang kad). Di dalam set ini ada Math - 8 level (merangkumi counting,addition,subtraction,multiplication dan division), Language- 4 level (merangkumi verbs, nouns dan sentences) dan Brain Development aktiviti - 8 level. Sama seperti Logico Primo, set ini dibekalkan dengan button-frame, tetapi buttonnya lebih banyak, seperti di bawah ini. Set ini sesuai untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.Harga keseluruhannya ialah RM1938 untuk bayaran tunai. Jika ansuran tambah hampir RM600. Ya memang mahal kawna-kawan. Bagi saya, setelah dipertimbangkan sedalam-dalamnya, barulah saya mengambil keputusan untuk membelinya. Amat berbaloi membelinya kerana penggunaannya sehingga ke peringkat sekolah kelak. Ini merupakan sebahagian kecil investment saya bukan hanya untuk Aina, tetapi untuk semua anak-anak saya. Bagi saya sangat berbaloi membelinya JIKA saya menggunakannya sepenuhnya. Kalau saya tak menggunakannya semaksimum mungkin, pelaburan saya sebanyak RM1938 itu, ibarat suka-suki buang duit dalam longkang sajalah....uhukkkksss.... Jadi semestinya saya akan menggunakannya dengan maksimum. Saya sudah merangka-rangka sesi pembelajaran yang akan saya adakan untuk Aina. Semoga pelaburan saya ini tidaklah sia-sia.
Oh ya??? Kenapa ye agaknya saya beria-ia membeli set yang mahal ini??? Kawan-kawan...ini bukanlah kerana saya banyak duit yang tak tau nak buat apa yerrr... Bukan sama sekali. Saya membelinya kerana saya ini seorang yang tidak kreatif (walaupun saya seorang cikgu). Saya tidak mampu mencipta alat bantu mengajar sendiri yang menarik untuk anak saya. Tidak mampu bukan sahaja kerana ketidakkreatifan saya, malahan juga kerana masa saya yang terhad. Masa kerja saya memanglah separuh hari, namun kerja seorang cikgu tidaklah habis setakat pukul dua sahaja ye. Jadi saya memang memerlukan sesuatu yang cepat dan mudah untuk saya gunakan ketika mengajar anak saya. Saya mahu sesi pembelajaran anak saya berlangsung di dalam suasana yang menarik supaya dia selaku kanak-kanak yang lebih gembira bermain, dapat belajar dalam permainannya. Kawan-kawan pastinya punyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak kan.. Jika sudi, kongsi-kongsikanlah...mungkin boleh menjadi panduan untuk saya.
P/S...Adapun N3 ini bukanlah entri menunjuk-nunjuk yer...sekadar berkongsi sesuatu yang menarik bagi saya... Bagi orang lain saya tak tahu lah...:D Peace.......
p/s nih bukan tpt mengular ye kawan-kawan...tempatku mengepam saja.. ehehheheeee
Mau tag siapa???
Okes...insan-insan yang bertuah terpilih itu adalah...
1. Mama Ealyie 2. Ciklinn 3. Mama Zety 4. Sha @ mamadhea
5. Mimielola
Dalam dukungan ayah masa birthday party yang pertama...isap puting okehhh...:D
Daku dan emak sewaktu usiaku 6 bulan....mentang-mentang anak sulung,manje nak berdukung je ekkkkkkkkk...;p
Jalan-jalan di taman ketika usia lima bulan....
Yang ini puteri-puteriku...Aina & Ainin, yang mana satu macam ibu masa baby dulu yerrr??