Monday, June 22, 2009

Komen Encik Shamsul.. :P

Semalam p ke E*consave di pontian dengan Encik Shamsul dan MIL.
Sedang kami berjalan-jalan sambil membeli-belah barang-barang dapo, tetiba ternampak sepasang suami isteri. Si suami sedang menggendong baby yang aku rasa tak sampai sebulan lagik. Dan si isteri sedang menarik troli berisi barang-barang dapo. Sah lah belum abih pantang tu. Adoiii.. aku sungguh kasihan melihatnya. MIL aku pun memandang macam nak terkeluar bijik mata, dan sempat menyenggol aku seperti nak ajak aku bergosip.. Err.. sila take note, mak mertua aku memang sangat menjaga pantang orang bersalin.

Tapi aku paling tak tahan dengo komen Encik Shamsul a.k.a Encik Suami, mencuit aku sambil berbisik romantis ,
"Kesian baby tu, kecik-kecik dah kena minum susu botol,"
sambil jeling-jeling botol susu di tangan si ibu.
"Hish, susu ibu kot dalam botol tu...." aku saja cuba bersangka baik.. ahahhahaaa
"Ye ke?? Ye ke??" Encik Shamsul buat muka tak puas hati..
"Tu laaa... untung anak-anak abang tawww.. ibu dia taknak bagi susu lain," ahaaa.. sempat promote diri sendiri, in other words.. 'sila hargai bini anda yer..'

Tapi kalo aku memang tak kuasa nak bawak EBM dalam botol kalo nak jalan-jalan. Nak buat pe.. dah tentu lagik senang kalo aku selak baju dan bagi.. Lebih nyaman anak aku minum... :P

Santai...

Ini aktiviti Aina sepanjang cuti sekolah dua minggu yang lalu. Aku boleh gelarkan 'Sesi Pembelajaran Santai'. Aktiviti nih biasanya waktu pagi, time aku sibuk-sibuk masak, kemas umah dan buat segala keje yang biasa kat umah lah...

Oraittt... santai.. tengok CD 123..


Bila ada sesi nyanyian, haruslah join sekaki.. :P


Oppsss.. nampak ibu jadik 'papparazi'.. ahahahhaa


Ini pula di malam hari...
Bagi adik kelas 'tuisyen'.. hahahahaaa........


Dua minggu mengajar Aina mengenal nombor 1-10, Alhamdulillah, Aina sudah mengenal 1-10 english and BM version. Dan juga sikit-sikit 11-20.. tapi tak lancar lagik. Tak pe, yang penting 1-10 udah lulus!!! Dan seperti biasa kekdah yang mak guna, CD Brainy Baby, diikuti denganflash card... :)

Sunday, June 21, 2009

Kenapa?? Tak percaya??

Tak percaya tentang INI ?? Tak percaya bahawa yang berbentuk segiempat tepat dan berbungkus dalam daun pisang ijau itu adalah T.E.M.P.E ???

Maka lihat lah ini...

Nampak tak kegebuan tempe yang telah ku buka kainnya bungkusannya??



Dari pandangan sisi, ada iras-iras tempe tak?



Nahhh... setelah kuhiris-hiris, memang sah kan itu adalah tempe???


Ya kalian, tempe ini boleh didapati di pasar awam Pasir Gudang. Kat tempat lain aku tak pasti. Harga sebatang tempe ini tak sampai seringgit. Biasanya 5 keping tempe di jual RM 1 kan? Tapi tempe nih 80 sen ajer, if I'm not mistaken, sbb aku suka beli barang kat paso tak tanya harga, main beli jek... :P Tapi yang pasti memang bukan RM1. Jadi lebih jimat. Untuk makan dua orang sebatang tempe nih dah muai sangat. Biasa aku memang beli sekali 3 batang, sebab aku suka makan tempe goreng. Lagi satu, senang sangat nak potong dia. Nice aje potongannya dan tak messy, tak macam tempe biasa yang dibungkus pakai daun dan suratkhabar bagai.

Tempe ini sangat praktikal. Sila dapatkan di pasar awam yang berdekatan, jika ada. :P


Thursday, June 18, 2009

Haruan Makan Anak...

Masih ingat lagi dengan entri YangIni , berkenaan dengan kisah anak-anak yang mempunyai masalah keluarga dan membawa kepada masalah kehadiran di sekolah.

Hari ini, aku mendengar satu berita yang menggemparkan. Berkenaan adik-beradik yang berempat itu. Mereka ini bolehlah aku andaikan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Kasihan sungguh. Menitik airmata aku mendengar nasib malang anak-anak ini. Sudahlah kekurangan kasih-sayang, tidak dipedulikan oleh ibu dan ayah dan yang paling malang, salah seorang antara mereka telah menjadi mangsa nafsu-buas-binatang si ayah. Aku rasa nak maki hamun aje jantan bergelar ayah anak-anak itu. Memang celakalah jantan s*#% itu. Si kakak yang hanya berusia 14 tahun telah menjadi mangsa rogol si ayah. Arrghhhh....... setan kan??? Dalam pada asik tak ada kat umah, sempat pulak melempiaskan nafsu serakahnya kepada si anak. Tak tahu lah dah berapa lama keadaan itu berlaku. Dan tak pasti apakah hanya si kakak yang menjadi mangsa. atau si adik yang darjah 4 itu pun sudah digodam sama. Keji sungguh jantan itu!!!! Dan si anak itu pula memang benar-benar malang, bukan hanya dibebankan dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya sepanjang ketiadaan si ayah yang keji itu, malah bila dia pulang, dipaksa pula menjaga nafsu-serakah-setan bertopengkan manusia itu pula.

Kes ini diketahui oleh GB aku, hasil siasatan kejiranan di kawasan perumahan kanak-kanak tersebut. Terbukanya kisah tragis ini apabila si anak membuka rahsia kepada kawan baiknya, dan si kawan menceritakan kepada keluarganya. Masalahnya, si anak setelah dipujuk enggan membuat laporan polis. Dan tindakan yang dilakukan pihak kejiranan tersebut adalah dengan melaporkan kepada ibu si anak. Dan mujurlah si ibu masih lagi ada rasa keibuan, telah mengambil keputusan untuk menjaga semula anak-anaknya. Maka anak-anak itu akan berpindah semula mengikut si ibu. Aku amat berharap si bapa tiri sudi menerima anak-anak itu, dan tidak pula menjadi haruan yang seterusnya.

Kata GB aku, agaknya sebab itulah si jantan tu asik berkahwin-cerai, semua bekas bininya tak kuasa nak melayan serakah jantan celaka itu. Owhhhh.. aku sungguh marah okehhh. Kalo boleh aku nak sumbat jek jantan tu dalam penjara. Biar dia kena hukum sebatan dan dipenjarakan. Benci sungguh aku pada manusia bertanduk macam nihhhhh!!!!!!!!!!!! Terkutuklah engkau wahai manusia yang tak bertanggungjawab!!!!!!!!!


Wednesday, June 17, 2009

Apa Nihhh????


Kalian tau tak... Apa nihhhh??????? :P



Tuesday, June 16, 2009

Hikayat Sebuah Perchentaan...

Kalian... Sesuatu itu kan, kalo dah ditakdirkan menjadi hak milik kita, walobagaimanapun... walau ke mana jua ia pergi, pastilah akan kembali jua ke pangkuan kita... Percayalah... Seperti mana aku mempercayai pertemuan semula di antara aku dan si dia. Mungkin chemistry di antara kami begitu kuat sekali. Mungkin si dia merasakan keluh-kesah kerinduan dan duka-nestapa aku meratapi kehilangannya. Mungkin si dia juga merasa rindu untuk membelaiku.. merasai sentuhan mesraku, lantaran dia juga berusaha mencari jalan pulang bagi mendapatkan aku.

Dan aku juga, perlu redha. Walaupun perpisahan sementara kami begitu menguji kesabaranku. Namun, ia membuatkan aku mengenal erti sebuah perhubungan. Perhubungan yang penuh ranjau dan duri. Perhubungan yang bukan sahaja memerlukan pengorbanan masa, malahan wang ringgit jua. Namun itulah.... kalau hati sudah jatuh cinta... apa bentuk pengorbanan pun, sanggup dilakukan. Kerana pengorbanan yang dituntut itu begitu besar, maka aku harus meredhai walau apapun keadaan si dia. Walaupun si dia tidak lagi seperti saat mula berada di sisiku. Harus aku redha, kerana siang dan malam aku sering berdoa agar kami dipertemukan semula walau apapun keadaannya. Sungguh aku tidak mampu merelakan si dia menjadi milik orang lain, biarpun aku telah pun menjadi milik orang. Tamakkah aku kalian? Berdosakah aku mengharapkan sebuah pertemuan????

Namun.. biar apapun yang kalian jangkakan.. aku tetap ingin agar kalian menjadi saksi pada pertemuan ini. Biarpun kalian akan memandang serong kepadaku. Namun kerana di sinilah tempatku meluahkan rasa.. maka kalian saksikanlah.......... Pertemuan semula aku dan kekasih gelapku................

.
.
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.
.

.
.

.
.

.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
..
.

.
saspenkahhhh???? :P

Ya kalian, takdir telah menentukan pertemuan semula aku dan listip Mac ku ini...huhuhuhuuuu... Sungguh syahdu sekali saat aku bertemu dengannya. Di mana?? Kat depan umah mak aku... Tadi masa amik anak-anak aku balik, aku ternampak sesuatu yang kehitam-hitaman terselindung di sebalik pasir berdekatan dengan tayar kereta aku. Menjerit-jerit aku penuh excited sampai ayah aku jadik panik...kahkahkahhhh.... Baru aku ingat, sebelum p zoo memang aku singgah umah mak aku. Napelah aku tak teringat nak listkan umah mak aku sebagai 'the crime scene'... huhuhuuuu

Tapi kan kalian.. si dia telah cacat sedikit. Mungkin kena lenyek ngan tayar keta aku sendiri atau keta sape pun jugak. Kalian tengok laaa..dah bercalar-balar. Pastu kemek pulak tu dan mengakibatkan ianya tak boleh dipusing lagik... Argghhhhhh....

Tapi isi dalamnya masih elok sangat. Tak ada pasir pun yang masuk.. Alhamdulillah. Walopun tak boleh pusing, aku still boleh guna lip brush untuk pakai listip nih. Namun begitu, sebabkan mak dah buat claim barang hilang dengan Mr Hubby, mak tetap jugak tak akan kensel..kahkahkahhhhh... Tetap akan beli sebatang listip lagi ujung bulan nanti.. cumanya, dapatlah beli kaler lain kankankannnnnn... Perlu ker mak kensel kalian?? Perlu ke????? :P


Monday, June 15, 2009

Pandanglah..Lihatlah..Macam-Macam Ada...

Semalam dapo aku bercuti. Memang bila weekend, aku mengisytiharkan hari bercuti untuk dapo dan aku sebagai D.O @ Dapur Officer. Lihat ini.. sungguh clean & clear kan suasana dapo aku bila hari cutinya tiba... :P


Dan hari ini aku kembali menjalankan tugas sebagai D.O biarpun tugas tetap dan berpencenku sebagai Cikgu Bedah, telah kembali berlangsung.

Aku menjadi D.O sambil bersilat dengan budak ini....

Dia melalak-lalak di ujung kaki aku. Tapi bila aku halakan kamera kat dia, dia boleh sengih dan posing pulak. Sungguh giler kamera anakku ini.. seperti diriku jua... :D
Dan Perhatian untuk Umi Sufira & Mama Ealyie!!! Aku pun ada si kenteng jugak.. mungkin kita patut mengadakan 'Persatuan Budak Kenteng' yang dipengerusikan oleh Mama Ealyie. Aku dapat jadik AJK makcik kepoh pun jadiklah..kahkahkahhhhhh...

Hari ini aku memasak dua jenis sup. Sup ikan parang peberet Mr Hubby dan sup ikan tenggiri untuk adik Ainin.

Ini sup ikan parang yummyyy!!!
Hubbyku memang sangat suka makan sup ikan. Tetapi dia tak suka aku guna sup bunjut yang dijual di pasaran. Dia lebih suka aku buat sendiri. Cara aku buat sup ikan parang ini senang sahaja, okey puan-puan.. sila ambil pen dan kertas sekarangg.. I nak bagi u'olls secret recipe lagi...

Bahan-bahan:

ikan parang - 2 keping
bawang merah & bawang putih - dihiris
bawang merah, bawang putih, halia - dikisar @ ditumbuk lumat
kayu manis, bunga lawang dan sahabat-sahabatnya - untuk ditumis
serbuk lada putih - sesudu kecil
serai - dititik
air diamond - untuk buat kuah
garam secukup masin rasa

Cara-cara:

- Goreng bawang-bawang yang dihiris - angkat
- Guna minyak goreng bawang tadi untuk tumis kayu manis, bunga lawang etc hingga naik bau
- Tumis pula bawang-bawang yang ditumbuk/dikisar hingga masak
- Masukkan serbuk lada putih dan serai - kacau rata
- Masukkan air, ikut banyak mana nak buat kuah
- Biar kuah mendidih, masukkan garam
- Masukkan ikan, tunggu ikan masak kemudian tutup api
- Taburkan bawang goreng tadi di atas sup yang telah masak
- Sila buat sambal belacan, sebab makan sup sedap ngan sambal belacan, ya kawan-kawan

Okeh tamat kisah sup ikan parang. Ini pulak sup ikan tenggiri untuk adik Ainin...

Sejak akhir-akhir ni, Ainin tak bape suka makan bubur yang aku gedebushkan segala isi kandungan didalamnya sekali (ikan,sayur, etc..) Jadi sekarang aku akan buat sup ikan/ayam/udang campur segala sayur-mayur. Hari ini aku buat sup ikan tenggiri + tahu + baby carrot + tomato + kentang. No SALT yer... Kemudian, aku akan asingkan bahan-bahan tersebut dan sejukkan. Setelah itu aku akan cincang guna mincer dan jadi seperti ini...

Esok aku akan bawa ini yang dicampur di dalam nasi lembik. Dan bila tiba waktu makan Ainin, mak aku akan panaskan nasi lembik itu, ditambah sedikit kuah sup ikan tadi. Dan akhir sekali taburkan pula ini....

Serbuk ikan bilis untuk memberi sedikit rasa bagi menggantikan garam..



Maka jadilah seperti ini... hidangan istimewa untuk adik Ainin...

Bukan saja adik Ainin yang suka, si kakak pun nak mengendeng sama. Jadi biasanya memang aku bawak lebih untuk kakak. Kalo tak si adik dapat makan sikit ajer.. :P

Oh ya kalian, kalian cuba lihat ini.... Suatu adegan yang tidak ingin anda lihat. Please don't do this at home... *wink*

Ini adalah senario yang biasa berlaku di petang-petang hari ketika saya memasak sambil berinternet.. kahkahkahhhhhh... Obsess sungguh kannnn.. Ini gambar petang tadi, ketika saya memasak sambil YM'ing bersama Mama Adib... :D

Sila abaikan suasana porak-peranda dapo saya. Memang ketika saya bersilat di dapo, suasananya agak huru-hara...