Friday, October 29, 2010

Sihir: Antara Percaya Atau Tidak

Kalut. Keliru. Bimbang.

Semoga kami diberi kekuatan untuk menghadapinya. Semoga Allah sentiasa melindungi kami dari segala kejahatan syaitan dan jin.

Saya ingin berkongsi tentang ini, tapi tidak tau bagaimana nak memulakannya. Nantilah.. bila sudah bersedia, insyaAllah akan saya kongsikan sebagai peringatan untuk kita semua.

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al-Baqarah : 255)

Thursday, October 28, 2010

Anak Bukan Bebanan

Tersentuh hati membaca tulisan kaunselor Suzana Ghazali di SINI.

Saya kongsikan di sini untuk renungan bersama

Rentetan daripada siaran semula topik Anak: Bersediakah Anda Menerima Kehadirannya?, di dalam http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/, (perbincangan asal di dalam Resipi Hidup Disember 2005), saya menerima beberapa emel bertanyakan, apakah caranya untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu betul-betul bersedia menerima kehadiran seorang anak? Rasanya, jawapan kepada soalan tersebut telah pun saya huraikan dengan panjang lebar di dalam perbincangan yang sama. Namun, jawapan yang paling penting malah lebih penting daripada huraian saya di dalam topik tersebut ialah anda menerima kehadiran anak anda dengan hati terbuka dan dengan pendirian, anak anda itu bukan satu bebanan kepada anda.

Kenapa dua cara tadi adalah cara terpenting? Ya!! Apabila anda menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menganggap anak anda sebagai bebanan, anda akan sanggup melakukan apa sahaja demi anak anda. Saya yakin, ramai ibu bapa terutama yang mempunyai anak yang berusia empat tahun ke atas, rasa tertekan atau terbeban tika awal-awal tahun sebegini. Ya lah, usia anak sebegini, biasanya dah masuk sekolah. Kalau dulu kos untuk jagaan di taska sahaja, dah dicampur pula dengan kos kelas tadika. Kalau yang bergaji dua mata tu, mungkin beban kurang terasa. Ada juga yang gaji dua mata, tapi sebelah saja yang berfungsi, tak guna juga, menambahkan sakit kepala sahaja.

Tak kiralah di mana kedudukan anda, walau setinggi mana tekanan yang anda rasai, walau seberat mana kesakitan yang perlu anda hadapi, ingatlah…. anak anda itu bukanlah bebanan kepada anda. Sebaliknya segala yang anda lakukan adalah sebagai satu tanggungjawab, malah tanda kasih sayang anda yang tidak terkira kepada anak anda itu.

Paling penting juga, jangan sampai anak anda terasa dirinya menjadi beban kepada anda. Ya! Ada tikanya kita terlalai dan tanpa sedar, kita secara tidak langsung meluahkan kepada anak-anak bahawa mereka bagaikan satu beban kepada kita. Sebagai contoh, anda mengeluh atau mendengus marah bila anak-anak minta sesuatu. Keluhan dan dengusan anda itu secara tidak langsung boleh difahami sebagai anda meluahkan isi hati anda yang menganggap anak anda adalah bebanan kepada anda.

Bukan tak boleh nak marah tapi biarlah bertempat dan kena caranya. Contohnya kalau anda sedang sibuk dengan kerja rumah dan anak anda minta dilayan, cakaplah elok-elok kepadanya, nyatakan anda perlu selesaikan kerja anda dahulu, nanti anda akan bersama dengannya melakukan aktivitinya pula. Bukannya memekik marahkan anak konon anak tak faham kekalutan dan kesibukan anda. Memang benar anak anda tak faham. Sebabnya, anak anda hanya inginkan perhatian daripada anda. Anak anda akan lakukan apa saja bagi mendapatkan perhatian tersebut termasuklah memberontak.

Teringat, semalam seorang bekas rakan sekerja menceritakan tentang kegusaran rakan sekerja barunya mengenai anaknya yang berusia empat tahun yang selalu memberontak, marah-marah, menangis dan menyepahkan barang-barang jika tidak dilayan. Tambah lagi, hanya dia (si ibu) yang ada di rumah kerana si ayah bekerja jauh di selatan tanahair. Teringat pula diri sendiri yang perlu melayan tiga anak seorang diri kini. Saya faham sangatlah keadaan rakan kepada rakan saya tadi.

Seperti nasihat saya kepada rakan saya semalam: kita perlu ingat, anak-anak adalah insan kecil yang hanya inginkan perhatian dan belaian. Setiap tindak tanduk mereka sama ada mereka menangis, menjerit biarpun tanpa sebab malah segala tingkah laku ketika melakukan apa juga aktiviti seharian, tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan perhatian daripada kita. Sememangnya jiwa kanak-kanak terlalu lembut. Mereka sentiasa inginkan perhatian. Sentiasa inginkan kita memberikan tumpuan kepada mereka. Tak mampu meluahkan keinginan mereka dengan kata-kata maka segalanya disampaikan melalui tindak tanduk mereka. Berikan tumpuan dan perhatian kepada anak anda, percayalah… sikap memberontaknya akan mulai kurang dan menghilang.

Sibuk dengan kerja-kerja rumah? Penat lepas seharian di pejabat? Seperti yang saya tegaskan di awal tadi, tanamkan dalam fikiran, anak anda bukan bebanan sebaliknya mereka adalah penyejuk hati dan minda anda. Jika itulah pendirian anda, sepenat atau seletih mana pun anda dengan kerja pejabat, sesibuk mana pun anda dengan kerja rumah, anda akan tetap mampu meluangkan masa bersama anak anda. Ibu bapa yang menghargai kewujudan anaknya akan hilang rasa penat tika berdepan dengan anaknya. Anda boleh juga libatkan anak anda dalam kerja-kerja rumah. Saya sendiri praktikkan cara ini, mengajak Ayuni dan Suhail dalam kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak malah menjemur dan melipat pakaian. Secara mudah, anda lakukan dua perkara dalam satu masa: menyelesaikan kerja anda dan melayan anak anak. Tambah satu bonus lagi: mengajar anak anda berdikari.

Ingatlah!! Anak anda tak perlukan 24 jam ataupun 12 jam masa anda dalam sehari. Mereka hanya perlukan tiga atau empat jam sehari untuk anda memberikan sepenuh perhatian, belaian dan kasih sayang anda kepada mereka. Hanya tempoh masa tersebut jugalah yang anda ada untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada mereka. Jika waktu yang singkat itu pun tidak boleh anda sediakan, percayalah… anda akan kehilangan anak anda satu hari nanti.

****Siaran Januari 2009




Tuesday, October 26, 2010

Berita Tergempar!!!

Seri Alam - Satu kejadian berunsurkan jenayah juvana telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Alam, lewat petang semalam. Dua mangsa telah dikenalpasti. Mangsa pertama yang dikenali sebagai telefon mainan dan mangsa kedua dikenali sebagai listip atau nama glamournya Cik Mek @ MAC.

Menurut saksi kejadian, mangsa pertama telah dinodai dengan kejam jayanya oleh suspek dengan menggunakan mangsa kedua. Suspek yang amat kreatif telah menggantikan crayon miliknya dengan mangsa kedua. Ketika kejadian berlaku, didapati mangsa kedua telah diculik dari penempatan asalnya dengan menggunakan barang kes berupa sebuah kerusi berwarna putih. Suspek kemudiannya telah menodai mangsa pertama dengan menggunakan mangsa kedua tanpa belas-kasihan. Kejadian dipercayai berlaku akibat dari perasaan minat suspek yang amat mendalam terhadap mangsa kedua. Sewaktu ditemui, suspek dalam keadaan panik dan terus membuat pengakuan bersalah.

Suspek kini dalam tahanan reman dan telah dijatuhkan hukuman pengasingan di dalam bilik selama 15 tahun minit di samping sesi kaunseling tanpa henti yang berterusan dari kaunselor yang meroyan akibat perbuatan suspek. Suspek dipercayai telah membuat pengakuan sumpah untuk tidak mengulangi perbuatannya dan menyesal di atas tindakannya yang terlampau itu.


Sumber dari tidak BERNAMA.



Mangsa 1...



Mangsa 2 yang parah dalam kejadian... :(



Tempat kejadian merangkap tempat asal Mangsa 2...



Bahan bukti kes...



Suspek UTAMA selepas diinterogasi dan dijatuhkan hukuman...






nota kaki : baru je dapat listip free, listip yang lama dinodai dengan kijamnya. Nasib baiklah listip tu memang bukan favourite acik dan dah lama tak pakai. Kalo listip baru yang free tu ataupun listip favourite acik, haruslah suspek dikenakan hukuman lebih terlampau lagik... huhuhuuuuuuu... Benci btol bila terpaksa meroyan dengan suspek!!! :(


Monday, October 25, 2010

Barang Free Memang Best!!!

Betul kan? Barang free memang best... Tak kira laaa apapun. Barang murah kalo free pun suka, apatah lagik kalo mahal. Korang setuju??????????? Kalo boleh dapat Lipstic MAC sebatang secara percuma, tak melompat lebih tinggi korang? :P

Saya baru saja dapat sebatang lipstic MAC yang berharga 50++ ke 60++ ek, acik lupo.. hahahahaaa.... Eh korang tak percaya?? Sungguhhhh... saya memang baru saja dapat lipstik MAC free.

Korang tau tak yang kita boleh redeem sebatang lipstik MAC dengan menukar 6 buah casing MAC? Maybe korang tau lah kot... hehehheee... Kepada yang tak tau, bekas @ casing jenama MAC ori bukan tiruan yang korang beli tu, jangan dibuang bila dah habis. Tak kisahlah casing lipstik, bedak, eye shadow, blusher, facial wash, make-up base.. apa sahaja... Kumpulkan semua casing yang dah kosong tu. Cukup 6 buah, korang bawak pi MAC, redeem lipstik FREE. Best kan??? Dulu saya tak tau, ada laaa sebijik dua yang saya dah buang... rugi.. rugi...

Baiklah berbalik kepada lipstik free yang saya dapat tu.. Saya memilih lipstik Amplifier Cosmo A20. Sebenarnya saya tak berapa sehati dengan lipstik MAC ni dulu, sebab saya ingatkan lipstiknya memang semua jenis kering, yang mengeringkan bibir saya jugak. Tapi rupanya MAC ada jugak range moist. Lipstik yang saya pilih tu adalah dari range moist, kalernya merupakan best seller - menurut kata S.A tu lah. Warna pilihan saya memang tak lari jauh dari lipstik-lipstik yang ada... light pink.. hehehheee... Tak bley laa warna lain, acik tak suko.. :P

Lipstik free berpossing di sisi eye shadow...


Owh... eye shadow tu tak free. Sebab eye shadow kaler pink mak dah abes, maka mak rembatlah sebijik... :)

Nak tengok kaler sebenar lipstik tersebut???? Nahhhh... tengoklah bibir mungil lagi seksi model di bawah...

*

*


*


*


Sila komen kaler lipstik saja bukan bibir tersebut.. Sekian, terima kasih.... *wink*




Friday, October 22, 2010

Tadika Oh Tadika....

Dilemma ibu-bapa zaman millenium ini bila anak-anak semakin membesar. Dilemma sungguh bila toleh ke kanan, anak si polan dah pandai membaca, toleh ke kiri anak si polan dah pandai menulis. Sungguh maju ke depan pendidikan anak-anak zaman sekarang ni. Seawal usia 3 malah ada yang 2 tahun lagi dah pandai mengenal huruf malahan ada yang dah boleh membaca juga!!! Kagum... kagum...

Hebat.... sedangkan saya dan mungkin juga anda mula kenal huruf di usia 5 atau 6 tahun. Mula membaca ketika persekolahan rasmi bermula iaitu di usia 7 tahun. Tapi, kerana zaman telah berubah.. maka kemajuan dalam pendidikan anak-anak juga berubah seadanya. Ibu-bapa sekarang berlumba-lumba mendedahkan anak masing-masing dengan pendidikan seawal yang mungkin. Stresskah kanak-kanak??? Kerana saya percaya, pendidikan anak-anak bukan bermula seawal usia 3 tahun, malahan ketika di dalam rahim si ibu lagi, maka saya juga percaya sifat anak yang bagaikan sponge - able to absorb everything. Stress atau tidak bergantung kepada penekanan kita terhadap kemajuan anak-anak itu. Jika kita menekan anak-anak untuk belajar 'kamu mesti dapat nombor 1! kamu mesti pandai membaca! kamu mesti pandai itu, pandai ini...' maka stresslah mereka. Tetapi jika kita menjadikan pendidikan awal itu sebagai learning-for-fun, maka tiadalah istilah stress itu untuk mereka. Terpulang kepada bagaimana kita mahu pendidikan awal itu berlangsung.

Usia bilakah yang paling sesuai untuk memulakan pendidikan secara formal? Atau lebih mudah, bila nak hantar anak pi tadika? Juga bagi saya ikut sukahati ibu-bapa. Anak, adalah milik Sdn. Bhd. Anak saya adalah anak saya, anak anda adalah anak anda. Sukahati saya nak hantar anak ke tadika di usia bila pun dan sukahati anda juga lah nak hantar anak ke tadika di usia bila pun. Adil kan? Tak usahlah mencebik bila dengar anak cik kak tu umur 6 tahun baru nak pi tadika. Usah jugalah meluat bila tau anak cik kak tu pulak umur 3 tahun dah kena pi tadika. Tiada paksaan... malah, tak hantar tadika pun tak apa... yang penting kena pastikan anak boleh membaca bila masuk sekolah rendah supaya tak keciciran. Kalau mampu home-school lagiiiiiii lah bagus wehhhh... Anak pandai hasil didikan ibu-bapa sendiri, haruslah berbangga!!! Saya yang cikgu ni pun tak mampu melakukannya... :)

Dah habis dilemma nak masukkan anak tadika ketika umur berapa, dilemma pulak tadika mana yang menjadi pilihan? Huhuhuuhuuu..... Ada yang menetapkan, 'anak I mesti masuk tadika kaler kuning, merah, ijo, biru...' :P
Ada pulak yang kata, 'anak I mana ada kellasssssssssss masuk tadika bantuan gomen atau yang pakai tudung/kopiah bagai... kesian budak-budak'
Apa-apa sajalah... Yang ni pun sama.. macam saya kata sukahati u olls lah.. Sdn Bhd. Pilihan di tangan masing-masing. Saya tak mau komen pilihan orang lain. Saya mau kongsikan pilihan saya sendiri untuk anak saya yang bijak lagi hebat itu (wajib selitkan ayat-ayat puji anak sendirik... muahahahaaaa).. :P

Saya memilih Tadika Addin, tadika Islamik yang tak glemer mana pun kat tempat saya. Anak saya mula bersekolah tadika pada awal tahun ini, di saat usianya baru 3 tahun 2 bulan, tak cukup 4 tahun pun.. sebab dia lahir bulan 11. Mak saya pun komen cepat sangat masukkan sekolah. Memang cepat. Sebab utama ketika itu, saya cuma fikirkan kebajikan mak saya. Ada dua orang budak kecik kat umah mak saya iaitu anak-anak saya, saya bimbang akan menghuru-harakan kehidupan mak saya. Elehhh.. kalo pikir kebajikan mak ko, apsal ko tak anto anak-anak ko ke taska jeee... ekkk???? Kalo saya hantar anak-anak ke taska, mak ayah saya akan kecik hati.. Ok, tak payah elaborate statement ini. Jadi takpelah, mak ayah saya nak jaga anak-anak saya, ok.. maka saya pun daftar lah Aina sekolah tahun ni. Jadi mak jaga dia kejap je, pukul 10.30 dah ke sekolah, pukul 2 saya balik, ambil Ainin dan kemudian Aina di sekolah. Saya pilih tadika Islamik pun ramai yang pelik, apa kes nak masukkan anak ke tadika tu sedangkan banyak lagi tadika yang glamour lagi hebat pembelajarannya yang boleh saya pilih. Kenapa? Kenapa pulak saya nak anak saya belajar di tadika yang glamour tu? Saya bukan nak suruh dia blajo stress-stress. Saya cuma nak dia happy-happy ke sekolah. Jumpa kawan-kawan, belajarlah apa yang patut, hafaz doa, hafaz surah, belajar membaca, menulis, seadanya... mengikut kemampuannya sebagai kanak-kanak yang berusia 3 tahum 2 bulan. Harapan saya tidak menggunung tinggi.

Dan ketika ini, menjelang usianya 3 tahun 11 bulan... apa perkembangan pembelajarannya?


  • Aina dah boleh menulis tanpa garisan putus-putus...




  • Tulis nama sendiri dah pass dahhh... :)



  • Ok... tak tau lah korang boleh bukak video dan audio ni ke tak.. Tapi ini ialah video dan audio Aina menghafaz surah-surah. Antara surah yang boleh dihafaz Aina setakat ini... Al-Fatihah, Al-Asr, Al-Ikhlas dan An-Nas, juga sedang dalam proses menghafaz Al-Falaq.





  • Aina sudah lancar beberapa doa ringkas, doa sebelum-selepas makan (semestinya), doa belajar, doa untuk ibu-bapa dan doa menaiki kenderaan.
  • Aina sudah tahu tertib solat, juga tahu jumlah rakaat setiap solat.
  • Aina sudah mengerti tentang aurat.
  • Aina sudah tahu tentang dosa, pahala, syurga dan neraka.
  • Aina sudah tahu nama hari dan bulan (termasuk bulan Islam mengikut turutan)
  • Aina sudah lancar membaca. Buku Bacalah Anakku ada 8 siri dan Aina sudah masuk buku ke-7... (Siapa kata Tadika Islamik tak mampu mengajar anak-anak membaca?)
Itulah setakat yang terlintas di pemikiran saya. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat. Apalah yang saya harapkan dari seorang kanak-kanak seusianya? Apa yang dijangkau oleh Aina pun bagi saya sudah lebih dari apa yang boleh saya fikirkan. Mungkin ada kanak-kanak lain yang lebih hebat darinya.. saya tahu, tapi untuk saya itu sudah cukup hebat buat anak saya. Saya tidak hairan dia boleh membaca dengan lancar, tetapi sejuk hati dan perut saya mendengar dia menghafaz surah-surah ringkas dan juga doa-doa. Baru surah ringkas, agaknya bagaimana perasaan ibu yang mempunyai anak seorang tahfiz ye? Subhanallah....

Bukanlah saya nak meninggi diri, menunjuk-nunjuk kehebatan anak saya, tidak.. itu bukan niat saya. Cuma saya nak membuat kesimpulan di sini, bahawa di mana pun anda hantar anak anda bersekolah atau pada usia berapa pun anak anda memulakan pembelajarannya.. bukanlah persoalan utama. Percaya pada kemampuan dan kebolehan anak kita. Sentiasalah berdamping dan membimbing anak kita. InsyaAllah... anak umpama kain putih, kita yang mencorakkannya. Anak yang bijak di mana pun dia berada pasti akan menyerlah jua.

Dalam dunia yang tanpa sempadan ini, asas Iman perlu dipupuk dalam jiwa anak-anak. Tak guna jika anak hebat membaca, mengira, boleh speaking omputih sampai kita pun tak paham, tapi suruh baca doa makan pun tak tau, suruh baca Al-Fatihah pun tergagap-gagap. Saya merasa berdosa jika gagal menerapkan kehidupan Islamik dalam diri anak-anak saya. Anak adalah amanah Allah, mampukah saya menunaikan amanah ini dengan baik jika saya hanya sibuk menyuruh anak membaca, menulis, mengira dan menghafaz phonic? Mampukah saya membiarkan anak saya berjalan di atas garis yang lurus dalam dunia yang mencabar ini jika keimanan dalam dirinya adalah senipis kulit bawang? Semoga saya berjaya membentuk amanah Allah ini menjadi insan solehah...

Anda bagaimana? Tepuk dada, tanya iman... :)

Renung-renungkan... dan selamat mendidik..


Tuesday, October 19, 2010

Hidup Terasa Begitu Bermakna Bila.....

Sejak akhir-akhir ini, hidup terasa begitu bermakna bila adanya ini..............................

*


*


*


*


*

Tempat sidai baju bertutup di belakang rumah...


Dengan itu.....
  • acik buleh menjemur baju tak kira waktu, siang, malam, ujan, panas... bila-bila pun boleh!
  • acik tak payah lagi berebut-rebut berlari nak angkat baju bila hari ujan!
  • acik boleh tinggal je baju berjemur masa pi keja, balik keje baju dah kering!
  • acik boleh sukati bila masa nak angkat baju, ikut rajin.. malam sidai, esok kering dah angkat. Ikut malas, angkat laaa bila-bila pun... :P
  • laman umah acik lapang laaa sikit tanpa hiasan baju-bajuan bergantung.
  • acik tak perlu malu-malu cover line nak jemur baju-bajuan dalaman.. *wink*
  • acik tak payah sibuk-sibuk nak tutup aurat masa nak jemur baju pasal jemur kat belakang umah yang bertutup.. :)
Owh.. pokoknya acik memang sangat suka dengan tempat sidai baju baru acik nih. Hasil idea encik suami dalam projek reno umah aritu. Sangat efisyen untuk isteri yang femalasy berkerjaya seperti acik nih...

Kat atas siling tu, guna siling cerah macam ni supaya cahaya matahari tetap masuk dan keringkan baju. Takde masalah baju bau masyemmm... :)


Ok.. tetiba ngantuk.. nak tido... acik publish entri ni kul 8 pagi hari Selasa... :D




Monday, October 18, 2010

Seronok sangat ke???

  • Seronok sangat ke bila nak dating dengan pakwe pun kena sembunyi-sembunyi?
  • Seronok sangat ke bila nak bertelefon dengan pakwe pun tak boleh main ikut suka hati?
  • Seronok sangat ke nak jumpa pakwe bila-bila masa pun susah?
  • Seronok sangat ke bila dating dengan pakwe, ada hati yang menangis?
  • Seronok sangat ke bila percintaan mendapat tentangan hebat banyak pihak?
  • Seronok sangat ke bila menerima kasih-sayang dari seorang yang tak layak dan tak sepatutnya memberikan kasih-sayang itu?
  • Seronok sangat ke dapat perhatian dari seseorang yang bergelar suami orang dan ayah orang?
  • Seronok sangat ke bercinta dengan SUAMI ORANG?????????
SERONOK SANGAT KE HA??? SERONOK SANGAT KEEEEEEE???!!! :(

Pernah tak ko bayangkan kalo bapak ko buat mak ko macam tu?

Pernah tak ko bayangkan kalo ko ada laki, laki ko bercinta dengan orang lain?

Pernah tak ko bayangkan betapa hancur dan sedihnya hati seorang perempuan bernama isteri bila suaminya main cinta dengan orang lain? Sedangkan kalo boipren kena rampas pun dah rasa macam nak mati, macammana kalo laki????

Pernah tak ko bayangkan betapa ko dah menghancurkan kegembiraan dan keharmonian hidup orang lain?

Pernah tak ko tengok anak-anak kekasih pujaan hati ko tu? Pernah tak ko bayangkan betapa ko dah merosakkan kebahagiaan anak-anak kecil itu?

Pernah tak ko merasa berdosa merampas cinta suami orang?

Mungkin ko tak dapat rasa semua tu sebab yang terbayang dalam kepala ko adalah betapa indahnya hidup bila dapat suami yang kaya, yang ada rumah besar, kereta besar, duit banyak. Tua pun takpe... laki orang pun takpe.. janji idop ko senang ye tak?



**Nota kaki : adapun entri ini takde kena-mengena dengan hidup tuan punya blog.. cuma sedikit emo mengenangkan kisah seseorang yang dikenali... Semoga beliau tabah menghadapi dugaanNya....

Tuesday, October 12, 2010

Kini Baru Ku Mengerti...

Tajuk macam tajuk lagu. Kalian semua tau tak, kini barulah saya mengerti kenapa zaman saya muda-muda dulu, saya tengok mak saya beria-ia kumpul duhet, sanggup bayo bulan-bulan untuk nak beli Tupperware lah, set pinggan mangkuk lah. Dulu zaman mak saya yang glam ala-ala Corell tuuuuu, brand Arcopal lah. Rasa banyak mak-mak dulu yang ada set Arcopal bunga biru nih. Masa tu memang tak paham langsung apa kes laaa mak haku nih sanggup kumpul duhet beria-ia nak beli mende-mende tu. Yelah kan, mak saya bukan keje pun, tapi keinginan tetap ada. Jadik bila ayah bagi duhet bulanan tu, mesti dia akan masuk tabung dia sikit. Bila cukup duhet, ada je lah set yang dia borong... :)

Tapi bila saya dah kawen, dah ada umah sendiri, dah ada anak-anak, barulah saya paham mengapa. Sebab saya kini pun dah memasuki fasa itu atau dalam ertikata lain, saya sedar saya telah mula masuk era makcik-makcik tinggal tak join geng mensyuarat tingkap jer... :P

Bermula dengan join kelab KUTU Tupperware di sekolah, yang melayakkan saya memiliki dua set tupperware yang lumayan, juga tidak lupa kutu tong beras Tupperware yang best. Kemudian terjebak pula dalam kelab KUTU Vantage yang kini menjadi hiasan almari ku.

Dan baru-baru ini, entah kenapa tertawan betul dengan set spices Tupperware nih.....

Koleksi terbaru makcik...


Juga yang terbaru, bekas bawang kaler merah tuuuu....
Yang kaler ijo tu, makcik dah lama beli.. isi bawang besar.
Kaler merah nun saiznya lagi besar, buat isi lada kering.
Kaler tak sama, sebab sekarang kaler merah je yang ado...



Lepas tuu....


Orang sibuk ber'corell', makcik pun nak jugak...
Aritu, ada member jual pinggan nih dapat 6 bijik, harga murah.
Tak kesah laaa corak zaman batu biler, makcik sebat ajerrr... :P




Sekarang....


Makcik mengidam set-set di bawah ini.....

Yang ini cun...


Yang nih pun menyentap jiwa....

Yang nih pun makcik tak bley tahannnnnn..... :P



Ketiga-tiga set di atas adalah dalam pertimbangan makcik, yang mana satu nak dirembat. Memandangkan harga yang ditawarkan adalah sungguh menggiurkan, maka mulai minggu lepas makcik terpaksa duk dendiam kira duhet dalam tabung ayam... :))

Pihak yang bertanggungjawab menjerumuskan makcik dalam kancah pinggan-mangkuk di atas nih, sila duk dendiam... muakakakakkaaaaa.....

Sesungguhnya seksa zahir-batin bila era makcik-makcik mula menguasai diri makcik.... :P



Monday, October 11, 2010

OMG!!!

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa............. sekian lama tidak bersiaran, kini ahkak kembali nak memeriahkan suasana dengan gossip-gossip terhangat dan panasssssssssss!!!! :))

Raya dah berlalu kan u ollssssss... kejap jerrrrrrrrrrrr.... Boleh dikatakan memang mabuk makan sajorkkkk sepanjang musim Raya kali nih, open house bermula setiap Jumaat hingga ke Ahad setiap minggu. Sampai ke Sabtu lepas pun (walo Syawal dah abesss) pun ada lagi jemputan makan-makan nihhhh. Anyway terima kasih banyak-banyak di atas undangan. Ahkak tak buat pun open house nih, pasal takde satu hari pun yang sempat nak diselitkan. Weekends semua full, weekdays... errrr... idak ler larat ahkak nak open house.

Hari tu kan u ollsss.. laki ahkak bawak balik satu gajet yang sungguh menyentapkan jiwa raga ahkak tawwwwww. U ollssssss nak tau apa????

ini diaaaaaaa.............


*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*

Ni haaaaaaaaaa.....


Ahkak sentap sengsorang bila menjejakkan kedua-dua kaki ke atas mende tu. Ahkak memang dah lama tak timbang berat nih, seingatnya sebelum puasa dulu ada laaa. U ollsss tau, apsal ahkak sentappppppppp??????? Sentap laaaaaaa pasal ahkak nampak mende nih duk blinking nombor nihhhhhhhh 58.8 kg.... :(

Ahkak rasa nak guling-guling bila tengok nombor tu u ollsssssss.... Giler sentap hokeh, cuba u olls bundarkan kepada nombor yang hampir... berapa??? Yer pandai.... 59.
Okey, sekarang cuba u ollss bundarkan pulak angka tersebut kepada nombor yang hampir sekali lagik... berapaaaaaaa??????????? Yerrrrrrr betullllllll... u olls memang bijakkkkkkkkkk, saper cikgu Matematik u olls nihhhhh??? :P

Dengan ini u olls ahkak dengan sedihnya, setelah ahkak melakukan kamiran ke atas nombor nombor di atas itu, maka dengan ini ahkak mengumumkan berat badan ahkak sekarang nih dah menghampiri 60 kg !!!!!!! Kesian kannnnn... Ahkak sangat rasa down tawwww u ollsss... Tu pasal ahkak lama tak update blog.

Ni semua gara-gara asik makan, makan dan makannnnnnnn sajer sepanjang Raya. Ahkak kan u olls, bukan laaa nak berat kurang dari 50 kg. Tak punnn... Ahkak cuma nak maintain 55 kg jerrr. Kalo berat 55 kg tu dah cukup perfect laaa bagi ahkak dengan ketinggian bak model ahkak nihhhh. Lagipun KALO akak preggy lagik, tak ler teruk sangat ahkak nak turunkan berat badan balik lepas bersalin nanti.

Nampaknya ahkak kena turunkan 3.8 kg lagik u ollsssssss untuk mendapatkan berat ahkak semula. Banyakkkk hokehhhhhh 3.8 kg tuuuuuu. Bukannya ahkak nih ghajin nak bersenam ke hapeee... Bersenam atas katil.. errr maksud ahkak T.I.D.O ghajin lerrrr... :P

Jadik biler ada cita-cita nak turunkan berat badan tu, yang terlintas di dalam kepala ahkak, tindakan pertama ialah TIDAK MAHU MAKAN NASI DI WAKTU MALAM lagikkk. Makan nasi akan digantikan dengan buah-buahan atau lauk-pauk sahaja. Suci murni kan niat ahkak?? Tapi, selaku isteri dan ibu solehah statement poyo NM.. walopun tak nak makan nasi, tetaplah jugak kena masak-memasak nasi dan lauk-pauk untuk santapan suami dan anak-anak. Abes tu u ollss... aritu ahkak telah masak salah-satu lauk favourite ahkak ni lagik......

Kerabu sutun...


Cuba u olls pikir, sedap ke kalo makan macam tu jek u ollsss??? Kalo tak kena dengan nasik, mana best makan kerabu nih u ollssss??? Apatah lagik, mak ahkak masa tu bekalkan pulak lagi satu makanan favourite ahkak, sambal sulur keladi. Pengsan ahkak kalo tak dapat makan nasikkkk dengan lauk-pauk tu tawwwwww. Jadik u ollllsssssss... Cemana ahkak nak turunkan berat badan u ollsss???? :(

Ni gambo terkini ahkak u ollsss.... U olllssssssssss jangan terpedaya dengan gambo tu, sesungguhnya ketembaman dan lemak-lemak tepu ahkak telah berjaya disembunyikan oleh teknik pengambilan gambar dan jugak tudung baru ahkak yang cantik warna baju tu u ollssssss... Lepas nih memang ahkak akan beli baju kaler itam je laaa jawabnya.... :))



Apa??? Korang tak percaya??? Memang laaa kan, cerita kemain lagik ahkak nih pasal berat naik, tapi tayang gambo yang 'langsing'.. keji sungguh kannnn. Ok, tak caya korang tengok gambo nihhhhhhhhhhhhh..................

*


*


*


*


Hahhhh... tengok muka ahkak yang dah makin tembam, dagu berlapis, dengan lengan dah macam lengan A*wie.... bergambo pulak sebelah ella yang slim tu... makin terserlah ketembamanku... lain kali tammo bergambo sebelah ko laaaa babe huhuhuhuuuuuuuuuuuuuu... Ni semua salah tukang amik gambo tu laaaa, u sengaja sabotaj ai kan bang??? *salahkan orang lagik*. Now percaya tak ahkak dah membuyung menembam??? :(

Sekian lah u ollsss, sembang ahkak yang tengah sentap nih u ollsss. Terima kasey laaaa u ollssss sebab sudi lapangkan masa di pagi Senin yang hening nih untuk baca rapikan ahkak yang PMS nihhhh.. I love u ollssss very the strong... :)



Monday, October 4, 2010

Fakta Bukan Auta....

  • Saya kering kontang idea, tahap tandus untuk create entri baru.
  • Saya rasa masa untuk saya mengadap lappy juga amat terhad sekarang nih.
  • Kat skolah saya dah tak boleh online sebab modem sekolah rosak sejak sebelum Raya.
  • Kat rumah saya tak menyempat-nyempat nak duduk dengan heaven depan lappy... :(
  • Last entri 22 September, maknanya dah 11 hari saya tak update blog.
  • Dah 11 hari jugak saya tak baca btol-btol blog kawan-kawan.
  • Tengok.. saya nak buat fakta pakai point form nih pun nak kena hantuk kepala kat dinding, pikir mau taip apa.
  • Apakah ini petanda berakhirnya keserasian dunia blogging dan saya?
  • Saya rindu nak baca blog kawan-kawan.
Fakta yang terakhir yang ingin saya tahu.....

  • Korang rindu saya tak??? =======>>>> Soalan poyo macam bagussss... :P