Puas hati saya bila saya telah mendapat idaman hati untuk melicinkan perjalanan projek malam hari saya. Memang projek ini selayaknya saya buat di waktu malam sahaja, ketika sudah bersedia hendak tidur. Suasana yang dingin gelap-gelita memang membuatkan saya amat memerlukannya. Dialah yang saya harapkan menemani kesunyian di saat saya hendak melayan mata untuk belayar ke lautan sepi. Saya harapkan dengan keberadaannya di sisi saya, tidaklah saya sukar lagi hendak melelapkan mata. Ehemmmm.... anda pikir apa tu??? :P
Dia yang saya maksudkan adalah ini.................................................
*
*
*
*
*
*
*
'Kekasih Gelap' saya yang terkini....
Energizer Booklite...
Memang sudah lama saya mengidam nak carik booklite nih. Sebab selalu kalo saya nak tido, saya mesti nak membaca. Bila tak tutup lampu, anak-anak pun susah nak tido. Dalam bilik kami memang tak ada lampu tido pun, sebab saya tak suka langsung ada cahaya waktu nak tido. Lagipun, Mr Hubby selalu marah kalo saya guna lampu tido untuk nak baca buku. Makin rabun saya jadiknya nanti.
Saya pernah terbaca kat blog Cik Fid dan Kak Norhayati Berahim pasal booklite nih, tapi asik terlupa je nak beli. Namun semalam saya telah berjaya mendapatkannya di Jusco Tebrau dengan harga RM24.90. Jadi dengan gembiranya tido malam saya semalam adalah bertemankan si dia yang baru. Best sehhhh.. punya jakun, tiba-tiba jadik tak mengantuk pulak.. wakakakkaa... Sekarang saya tengah habiskan novel Ranting Cinta Si Plato.
Semalam jugak saya dah beli Bumble Bee Waterproof Badpad di Mom's Care dengan harga hanya RM38.30. Harga asal RM47, ada 20%... berbaloi-baloi... :D


