Friday, February 5, 2010

Jawapan Kepada Mana Satu Yang Sengal??...

Setelah membuat beberapa ujikaji dan pemerhatian, akhirnya saya telah dapat membuat satu kesimpulan bagi persoalan Semalam.

Mengikut pemerhatian saya, G*oogle C*hrome (GC) dan B*logspot adalah tidak sehati berdansa sejiwa. Bila saya buka B*logspot melalui GC, memang kerap sangat ianya failed to download. Tetapi pada masa yang sama, bila saya menggunakan browser tradisional I*nternet E*xplorer (IE), ternyata tiada masalah. Blog dapat dibuka dengan mudah. Nak komen pun tak ada masalah. Saya tak kata GC bermasalah keseluruhannya, sebab cuma nak bukak blog aje yang susah, tapi kalo nak bukak mukabuku ke, email ke.. okeh pulak. Hanya blog sahaja yang susah nak bukak pakai GC. Tapi kalo IE, memang tiptop... laju jer bukak. Nampaknya kalo masa GC bermasalah, saya memang kena back to nature IE.

Itulah jawapan yang dapat saya simpulkan dari pandangan mata saya yang buta rabun IT ini... :)

Pendapatan kawan-kawan bagaimana??? Setuju??? :D


Thursday, February 4, 2010

Mana Satu Yang Sengal???

Sejak kebelakangan ini, saya perahsan cun, adalah susah untuk membuka blog pujaan hati kawan-kawan, terutama yang menggunakan perkhidmatan percuma B*logspot. Bukan saja blog kawan-kawan, blog saya sendirik pun selalu susah nak bukak jugak. Loading lamaaaaaaaaaaaa.... pastu nanti dia keluar ayat "Oppss...this link appear to be broken"... macam tulah lebey kureng.

Apa ke halnye yeop ?????

Tu satu, bila nak komen blog kawan-kawan juga nak reply komen kat blog sendiri pun susah. Tak boleh nak loading page comment tu. Tension mak tawwwwwww!!!!!!!!!! Kadang pulak dah taip komen sikit punye panjang, sekali tu takleh nak submit... iskkkk... :(

Apakah masalah yang melanda ini melanda saya seorang atau kawan-kawan lain jugak yang menghadapi masalah yang sama? Eiiii... nih masalah beso nih tawww.. sama tensionnya dengan bila tunggu gaji nak masuk sebab duit dah ciput macam masa lepas raya hari tu taip-taip keje sekali tak bleh nak save... Tension kannn???

Saya cuba membuat timbang-tara, mana satu yang sengal sebenarnya???....

Apakah...
a) B*logspot?
b) Browser G*oogle C*hrome?
c) Line S*treamyx?

Sebelum nih saya pakai M*ozilla Musang Berapi, ok laaa jugak. Tapi since beralih kasih arah kepada G*oogle C*hrome nih, macam ada masalah pulak. Saya beralih arah, sebab saya ada masalah ngan si musang berjanggut berapi tu. Browser musang saya, ntah pehal ntah.. tak leh nak scroll up/down guna arrow pada keyboard tu. Bila scroll up/down dia ke atas terus atau ke bawah terus, dia tak scroll sikit-sikit.. eh paham ke tak apa maksud saya nih??? Saya malas nak attach mouse, jadik bila x leh scroll pakai keyboard maka saya adalah boring... Jadi inchi suami tersayang selaku penasihat IT saya, telah mencadangkan untuk menggunakan browser G*oogle C*hrome ini.

Cuba kalian jawab soalan saya tu.. ke kalian takde masalah langsung dalam perjalanan hidup sebagai seorang blogger-tegar ini???? :P

Sekian, terima kasih... :D


Wednesday, February 3, 2010

Bajet.. Bajet....

Saya memang setiap bulan, bila gaji akan senaraikan cawangan-cawangan yang perlu diagihkan untuk hasil titik air liur peluh. Hutang-piutang, simpanan, whatever... semua harus diagihkan sama rata, sebelum melihat baki yang ada untuk saraan bulan itu. Suami kata mesti reward diri sendiri jugak bila dapat gaji, tak kisahlah beli something untuk diri sendiri atau makan-makan. Memang saya selalu BOLD kan pesanan suami yang itu dan seringkali menyalahgunakannya. Sebenarnya reward untuk diri sendiri telahpun diperolehi sepertimana KisahSemalam. Jadi patutnya kalau dah dapat reward, silalah duduk diam-diam kannnn... :P

Tapi malangnya saya telah membuat senarai keperluan (ke kehendak ek???) yang lain pula... Mau tau apa dia????????????????




1. Foundation saya sudah habis..
Hari tu saya beli MAC cream foundation,
tapi mau back to BB balik lah... :P

2. Compact powder saya nih pun nak abih!!!
Believe it or not, saya yang kuat make-up ni, guna compact nih for
almost 1 year... Walopun agak mahal, tapi tahan lama..
Berbaloi-baloi!!!


3. Haaa... yang nih pun dah picit-picit kuor angin yang banyak..
Dah kena beli baru jugak. Saya suka sangat pakai ni,
sebab make-up jadi tahan lama.
Errr... kuku pink tu bukan saya punya yer..
Makcik google punye.. :P




4. Skin Food skin care
Saya tiba-tiba terasa nak beralih angin dari
Body Shop kepada Skin Food pulak
selepas membaca EntriAhdikIni.


Sambil jeling-jeling kocek hubby pegang kalkulator, saya membuat penaakulan mantik, kamiran dan juga pembezaan... wakakkakaaa... apakah??? Nak beli semua sekaligus adalah tak sampai hati. Takut nanti ada yang menjeling manja sambil bertanya, "Ini je ke rewards you???" Ohhhh... setajam pedang pertanyaan itu, tak sanggup telingaku mendengarkannya. Sebab tu saya suka kalau si dia ada di sisi saya, maka saya akan jadi insan yang lebih berhemah lagi pemalu apabila membeli-belah. Cuba kalo dia takde, gerenti semua saya sebat sekaligus dengan alasan terapi minda, pengubat duka... bluekkkkkkkk!!!!!!! :P

Saja suka-suka tanya korang, yang mana agaknya saya nak kena beli dulu, mengikut turutan nombor??? Sila jangan kata beli je semua yer... kahkahkahhhhh... :P


Tuesday, February 2, 2010

Amukan Sang Buaya...

Memang mengejutkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sepasang buaya telah didapati mengamuk di sekitar Bandar Seri Alam. Sangat menyeramkan saya.....

*









*














*




















*























*














*





*









The Crocs...


Peliknya tiba-tiba saya kemaruk nak bercrocs. Sebab dah penat nak berheels waktu acara riadah di shopping complex, maka saya nak carik satu kasut yang tidak memenatkan kaki yang kuat merayap ini. Beli yang flat saja. Nak beli wedges, tak ada yang cun pun.. lagipun wedges pun letih jugak kalo tiba-tiba kena bawak Ainin yang tak berapa nak baby lagi tu dalam sling kannn... Itu je lah yang berkenan kat mata rabun saya nih.. heheheheee... Nak ikutkan macam tak laaaa berkenan sangat, tapi yang lain pun tak berapa mabeles, lagipun kesian kat incik hubby yang kena paksa balik cepat sebab nak ajak pi JJ Bukit Indah.. maka saya rembat jugaklah yang ni... Saya tanya hubby, cantik ke nih?? Dia kata cute... okehhh... maka sebab ai nak you pandang ai kiut jugak walopun di tapak kaki, ai amik jugaklah yang ini yer dear??? :P

Sekianlah laporan 'Amukan Sang Buaya' pada hari ini... :D

Fully Diaperless???.

Kisah potty train Aina bermula sekitar Jun tahun lepas, sebagaimana yang pernah aku kisahkan di Sini. Alhamdulillah... tidak susah nak mem'potty-train'kan Aina. Tapi, masa tidur Aina masih lagi berdiaper. Sebab saya tak konfiden tak pakaikan diaper masa dia tidur.

Tetapi, sudah empat malam Aina tidur tanpa diaper. Bermula dari malam pertama, saya terlupa nak pakaikan dia diaper. Dan saya kagum bila dia langsung tak pee. Wahhhh.... clap!! clapppp!!! Saya terus puji-puji dia dan bagitau Aina, budak bijak tak pakai diaper malam-malam tauuuu... Dan Aina kemudian bersetuju terus tak payah pakai diaper waktu tidur malam lagi. Maka sudah empat malam dia tidur tanpa diaper. Tapi, tengah malam saya tak kejut dia pun. Sebab bila saya kejut, memang dia tak nak bangun. Yang pastinya sebelum tidur, saya akan suruh dia pee dahulu. Saya bertawakal sajalah mintak-mintak Aina tak terbabas di tengah malam.

Sebenarnya training Aina tido-tanpa-diaper ini sedang elok pulak seiring dengan training Aina berpisah tempat tidur dari saya dan hubby. Selama nih kan kami berempat berhimpit-himpittido sekatil. Sejak seminggu lepas, saya dah letak satu tilam kat bawah. Berpisah tempat tido, bukan berpisah bilik. Aina (dan kadang-kadang Ainin pun) akan tido atas tilam tu. Tapi kalo Ainin tido dengan kakak dia, bila tengah malam mesti bangun carik nenen saya jugak... :P
Bagusnya Aina nih kalo dah tido memang susah nak terjaga. Jadi bila dah lena kat tilam tu, memang sampai ke pagi laaa. Apapun lapang sikitlah katil kami sejak akhir-akhir ini.. Taklah ada orang tu sakit-sakit pinggang tido statik sampai pagi sebab anak-bini dah conquer katil...wakakkaaa... :P

Kalau betullah Aina akan berterusan diaperless di waktu malam, syukur Alhamdulillah. Senanglah poket abah hati ibu dan abah. Wahhhh.. diaper langsung tak payah belilah nampaknya sebab adik pun pakai CD kannnn... Susu adik memang tak pernah beli sejak azali... Tinggal susu kakak sajalah. Aina pun nampak macam dah kurang sikit minum susu. Biasa beli 2 tin untuk sebulan, lately nih dah tinggal setin ajer... Maybe sebab dia makin kuat makan. Petang-petang pun dah pandai request goreng itu-ini untuk dia dan saya melantak makan.

Budak bertuah yang sampai sekarang pun saya suka gomol... :P


Cuma satu saja, saya sedang mencari-cari waterproof bed pad untuk buat alas tilam Aina sebagai langkah berjaga-jaga. Saya masih belum sempat survey kat Jusco.. ada ke ekkk??? Saya try carik online, macam tak jumpa. Kalau ada sape-sape tau boleh beli kat mana sekitar JB nih atau dekat online, mintak tolong bagitau yerrrr??? TQ u ollssssss.......... :D




Saturday, January 30, 2010

Saya adalah sedang...

...bersiaran dari rumah baru adik saya, Inchi' suami sedang tolong pasang kipas dan buat wiring. Kesian ye abang, public holiday kena keje.. tak pe, nanti kita suruh Lia belanja nasik ayam penyet yang best tu ekkkkk???

Saya gigih menghapdate data EMIS, pasal ini hari dateline.. uwaaaaa.... lom siap lagik nihhhh.... Kenapa ku jadik tak efisyen tahun 2010 nihhh??? Insapppp... insapppppp....

Komen tak sempat nak reply ye kawan-kawan. Saya siapkan keje dulu, kang baru reply....


Friday, January 29, 2010

Bila Anak Mencuri...

... Apakah tindakan anda???
... Mengapa anak sanggup mencuri???
... Salah siapa??? Salah didikan anda atau keadaan yang memaksa???

Bila anak mencuri, sebenarnya bukan cuma mencuri, malah bila anak melakukan apa sahaja kesalahan, pasti soalan yang bermain di fikiran adalah berantai-rantai untuk mencari punca yang satu.

Bukan, pastinya bukanlah anak saya yang mencuri.. heheheee.... Saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku di sekolah saya, yang membuatkan pelbagai persoalan bermain-main dalam kepala saya.. mengapa, kenapa dan apa???

Ada dua beradik di sekolah saya yang memang well-known dari dulu lagi bermasalah, si kakak darjah enam dan si adik darjah empat. Bukan masalah apa, masalah kewangan kerana si ayah sedang melanjutkan pelajaran, sedang buat degree di salah sebuah kolej swasta. Anak-anak ini adalah bijak, semuanya di kelas pertama. Kasihannya mereka sebab keperluan pembelajaran seringkali tidak mencukupi. Buku tulis selalu kurang. Buku kerja tambahan langsung tidak pernah dibeli. Bukan hanya pada tahun ini. Seingat saya sejak si anak bersekolah lagi. Saya mengajar si kakak sejak dia darjah dua dan tiga. Kemudian tahun ini, saya mengajarnya lagi. Si kakak adalah sangat pendiam. Kalo kena maki bebel dengan cikgu, muka dia adalah sangat innocent, macam tak ada perasaan... yang mana memang akhirnya pasti sakit jiwa bila tengok muka selamba-ya-ya-selamba-pa-pa expressionless itu. Kami cikgu-cikgu memang sedia maklum, tak perlu marah murid yang tak beli buku kerja, sebab hakikatnya bukan salah murid tapi salah ibu-bapa. Tapi kadangkala.... membebel dan guru bagaikan irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan... Namun cikgu-cikgu, dalam pada membebel, hulur jugak buku kerja untuk murid. Yer.. biasanya guru matapelajaran akan belikan aje buku untuk murid itu. Kasihan... apalah sangat hulur buku yang tak sampai sepuluh hinggit itu untuk anak murid kan??? Lagipun, tak lah ramai mana pun murid bermasalah macam tu. Biasa sorang dua ajer.

Namun si adik adalah berbeza dengan si kakak. Si adik lebih agresif dari si kakak meskipun si adik pun perempuan jugak. Nak dijadikan cerita, sorang mak budak telah datang mengadu yang buku anaknya selalu hilang. Buku tulis, dan yang terkini buku kerja. Mereka memang syak si adik ini yang mencuri buku kawannya tu atas beberapa bukti yang dilihat. Bila cikgu kelas investigate, ternyata memang betul budak tu mencuri buku kawannya gara-gara takut cikgu marah. Adapun, guru yang marah tu kebetulannya cikgu baru, tak kenal murid dan tak pulak bertanya masalah murid, atau tanya pada cikgu-cikgu lama, kerjanya nak marah ajer murid tersebut. Kami memang rasa sedih dengan situasi itu. Bukan sedih sebab cikgu baru tu, orang baru.. biasalah buat silap di sana sini. Cuma sebagai guru, haruslah up kan sikit sensitivitinya dalam berhadapan dengan murid-murid bermasalah.

Yang buat kami sedih, sebab mengenangkan nasib anak itu. Keinginan belajar adalah tinggi, tapi ibu-bapanya mengambil mudah keperluan anak-anak. Sangat kasihan. Bapa nak sambung belajar adalah bagus untuk masa depan keluarga. Tetapi janganlah sampai kebajikan anak terabai. Anak yang terdesak kadangkala melakukan perkara tanpa berfikir.

Berhadapan dengan situasi begini, amat menyentuh hati saya. Membuat saya berfikir, dalam apapun keadaan, keperluan dan kebajikan anak-anak adalah yang paling utama. Anak-anak adalah amanah, mengabaikan anak-anak bermakna kita sudah menjadi tidak amanah. Bila anak mencuri... memang akan terkena tempiasnya kepada ibu-bapa. Sama-samalah kita menjaga amanah yang telah dikurniakan kepada kita ya kawan-kawan...