Monday, July 13, 2009

Percubaan Pertama...

... aku untuk memasak 'Sotong Goreng Sumbat Kentang Dan Ayam'. Cewah.. nama gempak, macam sedappp jek kannnn... :P

Resepi aku tuntut dari sorang cikgu kat skolah aku. Nampak senang, tapi agak leceh jugak. Berjam-jam aku tunggang-langgang kat dapo nak menyiapkan haiwan nih... diselang-selikan dengan huru-hara layan anak-anak lagik. Jadik.. ok laaa kan berjam-jam tu, kalo fokus memasak jek.. kejap je agaknya... huahuahuaaa.......

Cara buatnya senang je... Inti yang nak disumbat dalam sotong tu, sama dengan inti karipap. Tau buat inti karipap??? No???... Gini...

Bahan-bahan :

Kentang
Isi ayam
Bawang besar+bawang putih => blender
Rempah kari
Daun kari

Mula-mula sediakan rempah lah. Bahan-bahan blender di gaul dengan rempah kari campur sikit air jadikan paste lah... macam nak masak kari tu...


Then tumislah seperti biasa...


Kemudian masukkan kentang, masak hingga kentang empuk,
baru masukkan isi ayam...

Sementara itu bersihkan 'mangsa' kita pada hari ini,
kepala jangan dibuang ye puan-puan...


Inilah rupanya 'inti' yang telah siap...


Kemudian sumbatkanlah inti ke dalam sotong.
Part ni yang leceh sket. Kalo sotong saiz beso, mudah sket lah.
Kepala sotong diletakkan di tempat asal, dan cucuk dengan lidi pencungkil gigi
untuk elakkan isi perutnya terburai waktu menggoreng...

Inilah rupa sotong yang telah disumbat...


Celup-celup dalam telur yang telah dipukul sampai pengsan
Dan gaulkan dengan tepung goreng ayam.
Ikut resepi guna te[ung Kentucky, tapi kedai kat umah aku ada
tepung Adabi jek, mak hantam jek laaaaa....


Pastu goreng laa kan...
Inilah rupa sotong yang dah digoreng...


TESTIMONI : Memang sedap nyahhhh... nyesal aku beli sotong enam ekor jek semalam. Si Aina pun sukak. Siap berebut ngan aku sotong yang dua ekor di atas itu... kahkahkahhhhh.... Tapi, aku rasa kalo pakai tepung kentucky lagik malatop.

Jadi kalian renung-renungkan.. dan selamat memasak... :P

J.A.K.U.N...

YERRRR... sebab kawan-kawan aku dahh pun buat liputan terkini tentang rombongan kepoci Cik Kiah ke rumah Umi Sufira. Maka aku pun selaku wartawan tak bertauliah dari Stesen My Precious Ever, pun tak ketinggalan lah nak mewar-warkan liputan aku pulak... :P

Tapi sungguh aku tak puas hati sebab liputan ini tak bergambar. Sungguh laaa encik cameraman yang aku import bersama itu tak boleh diharap. Dah aku lupa nak bawak masuk kamera, dia pun tak ingatkan... cettttt....

Minggu lepas lagi, aku dan kawan-kawan semeroyanan telah menerima sms dan email jemputan dari tuan rumah. Maka dengan berbesar hatinya, umpama ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL (Sila baca dengan tangan yang bergerak-gerak seperti KSW.. :P )

Maka seperti yang dijanjikan, setelah ber'roger-roger' dengan Mama Ealyie, maka kami pun dengan gagah-perkasanya menuju ke Bandar Putra. Sesampainya di depan umah US, anak aku si Aina leh cakap, "e'eeeeehhhh... cantiknya umah diaaaaaaa...."
Jadi US.. budak-budak memang tak pandai menipu, umah ko memanglah cantik nyahhh!!! Silalah ko abaikan, jiran-jiran ko yang dah pasang tembok tinggi-tinggi mahupun dah siapkan rumah yang berkonsepkan Bali ittew.... :D

US telah berhempas-pulas menyiapkan hidangan nasi ayam Umi Sufira Special, siap ada pencuci mulut lagik.. di samping buah-buahan tempatan, semuanya sungguh sedapppp.. Ditambah pulak kami memang dah mengosongkan perut sejak pagi lagik kannnn... ahakssss... sungguh buruk lantaksss okehhhh.... :D

Lepas acara melantak tak hengat makan-makan, apa lagi, kaum ibu pun bergossip-ria lah. Nasib baik kaum bapa boleh masyukkk berborak bersama. Dan kaum anak pun boleh layannnzzzz buli-membuli main bersama-sama. Tapi anak dara US yang cantik manis.. kakak Syaura memang pemalu lahhh... senyapp jek dia... :)

Aku nak confess lah, aku memang ala-ala jakun kagum gitteww, tengok pemandangan di depan umah US. Boleh nampak kapal terbang yang begitu bagak baru memulakan penerbangannya. Best ngko... rasa buat umah dalam airport pulakkk.... kahkahkahhhhhh.....

Apapun memang best sangatlah berkuntau di umah baru US. Thanks banyak-banyak nyahhh... Susah-susah je ko masak bagai... Nanti, haruslah aku masak-memasak untuk ko pulak yer nyahhhh... :D

Sekianlah saja saya melaporkan, terima kasih... :P

The DVDs...

Semalam balik dari menyertai RombonganKeKulai, aku singgah ke Today untuk membeli bahan-bahan basah yang dah kehabisan di rumah. Almaklum dah 2 minggu tak balik Pontian, maka stok bahan basah habislah sudah. Selesai membeli sikit lebih kureng, kami sama-sama menuju ke kedai DVD haram yang biasa kami kunjungi, sebab stok DVD kat umah pun dah yillek. Kat cni best, sebab Mr Hubby dah biasa dengan budak yang jual tu. Jadi tiap kali memborong, beli 10 DVD.. dapat free satu.

Maka inilah hasil rembatan DVD kami...

DVD pilihan Mr Hubby...
Pastinya citer-citer ganas 18SG.. :D



DVD pilihan aku...
Haruslah cerita-cerita gediksjiwang romantik... :P

Tengok btol-btol di antara citer-citer yang aku pilih tu, terselit citer Hindustan.. kahkahkahhh..
'U Me Our Hum' lakonan Kajol dan hubbynya Ajay Devgan. Ahakssss... lama mak tak layan Hindustan macam dolu-dolu. Mak carik citer baru SRK takde pulak. Citer nih, haruslah dilayan sorang ajer.... Hubby pun tak tau mak selitkan citer nih di antara DVD yang dia beli tu... :P

Hari ni aku coti sebab mak aku p spital untuk check-up, so takde sapa nak jaga budak-budak. Hari Rabu dan Khamis nanti, aku paksa Mr Hubby half-day, sebab mak-ayah aku ada kursus perdana haji.

Hari ni, lepas masak kang, bolehlah layan citer Kajol-Ajay nih kalo tak stuck depan lappy nih... :P


Friday, July 10, 2009

Mengapa Kau Hadir???..

... sesungguhnya kehadiranmu membuatkan aku di dalam dilema. Kehadiranmu benar-benar membuatkan aku mahu duduk salah, berdiri pun salah. Setelah hampir setahun kau tiada, kemunculanmu membuatkan emosiku terganggu.
.


.


.

Dan kehadiranmu jua pastinya meranapkan impian murniku untuk bersama-sama Encik Ramadhan tanpa gangguan selama sebulan.... mencik tawwww..... Kehadiranmu jua pastinya menambah liku-liku perjalananku untuk mencapai Master dan PHD. Kenapalah kau hadir sekarang?? Tak bolehkah kau tangguhkan lagi kehadiranmu??? Huhhhhh...

.... At last... after almost a year, The Red Spot wuz back!!!! Aku sangat hampa dan merasa sakit perut sekarang.... :(


Ciuman Kasih...

Sangat suka melihat gambo ini... Sejuk hati rasanya. Kalo anak-anak ibu begini selalu kan bagus.
Si adik skang dah pandai mintak adik kiss bila disuruh. Si kakak pulak dah tau adik pandai kiss, asik laaaa nak mintak di kiss pulak... Kalo adik rajin, adk layannnn, kalo tak, adik wat bodo jek.....hahahaaaaa...:P


Tapi, anak dara dua orang itu juga dah pandai gaduh berebut barang. Sampai bertarik-tarik. Dan si adik memanglah Drama Queen, sebab bila kalah, meraungnya tak hengat. Dia tau bila macam tu nanti, ibu mesti amik balik barang yang kakak amik, bagi kat dia.... hishhhhh....

Sabtu minggu hadapan adik genap setahun... cepat btol masa berlalu. Maknanya minggu depan juga aku leh dapat 1st degree in BF... YEAYYYYYYY....
Semoga niatku untuk menyambung BF journeyku ke peringkat Master dan PHD dipermudahkan olehNya....aminnnnnn..... :)

Thursday, July 9, 2009

"Perlukah berhubungan dengan kekasih lama?"...

"Perlukah berhubungan dengan kekasih lama walaupun sekarang masing-masing dah berkeluarga?"...

Tanya seseorang kepada aku.

"Patut ke kalau kita bagi nombor telefon kepada kekasih lama jika diminta?" sambungnya lagi.

Aku terdiam. Spontan aku jawab, "TIDAK"

Mungkin ada orang yang berpisah secara baik, tidak ada rasa benci dan dendam. Mungkn ada pula sebaliknya. Mungkin ada yang kenal dengan pasangan kekasih lama masing-masing dan telah menjadi kawan. Mungkin pelbagai lagi situasinya yang berbeza-beza. Tetapi jika bertanyakan pendapat aku... Jawapan paling ikhlas yang boleh aku beri adalah seperti di atas, "TIDAK, TIDAK DAN TIDAK"

"Kenapa?? Takut cinta lama berputik semula???"

Bukan itu persoalannya. Tapi yang pasti don't ever strarts the fire. Untuk apa si kekasih lama mencari nombor telefon kita? Ikhlas? Sekadar bertanya khabar? Ohhh...itu tidak perlu sama sekali. Pastinya dia ada beratus-ratus orang kawan dan saudara-mara untuk ditanyakan khabar, mengapa pula nak bertanyakan khabar sang kekasih lama.
Aku memang tak nampak langsung apa rasionalnya di situ.

Hanya kita yang tahu sejarah kisah lama antara kita dan si kekasih lama. Kisah-kisah indah mahupun tidak, semestinya tidak ingin kita ingati lagi. Apatah lagi tidak sesuai langsung dengan status diri terkini. Apakah boleh kita tutup kotak fikiran tanpa mengingati langsung apa-apa momen yang pernah kita lalui bersamanya suatu masa dahulu, apabila kita bercakap atau bertemu semula dengan dia??? Lebih baiklah tidak bercakap atau bertemu langsung pada aku.

Kemudian cuba tanya diri sendiri, tidak terasa apa-apakah jika pasangan kita diketahui berhubungan semula dengan kekasih lamanya? Tak kiralah sape yang memulakan dulu. Kalo aku... owhhhh tidakkkkk!!!! Mak tak rela nyahhhhhhh.... Mau meletup perang donia ke-3. Mak memang kuat jeles, tak tau laaaa u olls... :P

Jadi kalian...silalah jawab persoalan di atas seikhlasnya... Tepuk dada, tanya hati.... :)

Wednesday, July 8, 2009

Akhirnya...

...berakhir jua isu PPSMI. Akhirnya semua akan berbalik kepada asal menjelang 2012 nanti.

Well... apa komen aku??? Ahhh.. watpe nak komen panjang-panjang kannn. No effect at all, keputusan sudah dibuat. Yang memang sokong, bolehlah bertepuk tangan. Yang tak setuju... duduk diam-diam ajer. Jangan nak wat satu lagi piket pulok.

Aku... SUKA dan TIDAK SUKA.

SUKA sebab.. makin mudahlah keje aku mengajo. Takyahlah nak fenin-fenin pale mengajo dan memahamkan murid dalam Bahasa Inggeris. Semoga mereka akan lebih mudah absorb ilmu yang aku sampaikan.

TIDAK SUKA sebab anak-anak aku nanti akan belajar lebih banyak Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Maka aku kena lah double-up kan English skil aku untuk mengajar anak Bahasa Inggeris. Juga aku perlu berusaha lebih keras supaya anak-anak aku boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Seorang cikgu Bahasa Melayu kat sekolah aku cakap, dia susah hati kalo Sains/Mate ditukar kembali ke BM, kerana... melalui pembelajaran Sains/Mate dalam BI inilah, anaknya lebih banyak belajar BI. Kalo kat umah.. memanglah lagi susah nak ajar anaknya BI sebab dia sendiri pun memang tak pandai BI. Kesian jugak dengo kan...
Untuk parents yang menguasai BI, mungkin tak terasa sangat, sebab still boleh train anak-anak di rumah. Tapi kalo anak-anak yang parentnya memang mother-tongue sokmo??? Hanya waktu belajar BI kat kelas jek laaa cakap BI kot.. tu pun kalo bercakap lah...
Lagik satu.. tak dapek laaaa aku nak poyo-poyo speaking LONDON kat skolah depan anak-anak murid aku... uwaaaaaaaaaaa... sedihhh tawwwwwwwwwww... jahat tawww derang nih.. :(

Entah yer...pendapat masing-masing...

Hmmmm... Cikgu-cikgi sila lah reshuffle bajet kalian menjelang 2012 nanti sebab elaun BISP rasanya mungkinlah akan ditarik balik kan??... hahahhaaaaa... Mak tak sedih sangat sebab 5% jer... Yang 10% tu...huhuhuuuuuu banyak kannnnnn??? Efek belanjawan tu... :P