Friday, December 10, 2010

Kisah @ A Famosa...

Hai u ollsss... Lama tak update blog dan juga menjelajah blog orang. Hari ni, walopun agak lambat... tetap gigih buat entri cuti-cuti singkat saya ke A Famosa hari tu. Orait... layan gambo lah yer...............

- Welcome to A Famosa Resort, Malacca -


Mercu tanda A Famosa Resort...



- D'Savoy Apartment -

Kami memilih untuk menginap di D'Savoy Apartment. Memandangkan adik saya ikut sekali, maka kami menyewa apartment 2 bilik dengan harga RM 98 per person including entrance to Animal World & Cowboy Town. Tambah lagi RM 26 untuk entrance ke Water World. Jadi each person bayar RM 124. Aina dah kena bayar so... total untuk pakej kami ialah RM 496.
Sebenarnya, untuk bercuti ke A Famosa Resort ni pada saya untung ambil pakej macam kami ni. Sebab kalo amik bilik sahaja tak termasuk bayaran entrance adalah rugi. Bayaran setiap entrance kalo time cuti sekolah ni adalah mahal. Dalam RM 40++ tak silap saya untuk dewasa dan RM 30++ kanak-kanak. Kalo include sekali dalam pakej... lebih murah. Kami cuma kena tambah sikit untuk masuk ke Water World. Lagi satu, harga untuk time weekdays dengan weekend adalah berbeza. Kalo weekend ada mahal sikit. Price starting hari Selasa adalah lebih murah dari biasa. Puas hati dengan apartment, agak besar dan cantik...

Ruang tamu...



Ruang dapur. Tak de utilities, cuma ada cerek elektrik dan fridge.. Tak boleh masak kat sini


Bilik yang luas....


- The Animal World & Safari -


Kami sampai awal, dalam pukul 11 a.m. Check in adalah pukul 1 p.m. Lepas collect entrance tickets, kami keluar makan dulu, pukul 1 baru datang balik... check-in, then terus ke Animal World & Safari.
Boleh tak kalo saya nak komen Animal World nih adalah tak best. Terutama kedudukan tempat shownya. Ada banyak show yang dibuat kat sini. Ok, saya state kan waktu untuk show petang ye.. Wild Wild West Show (2.15 p.m), Multi Animal Show (3.00 p.m), Bird Show (3.45 p.m) dan Elephant Show (4.30 p.m). Saya cakap tak best, sebab ada ke patut tempat show tu jauh-jauh jaraknya dan tak tersusun. Dah ler masa show dekat-dekat. Adalah tak praktikal nak move ke satu tempat show ke satu tempat show dengan bawak budak-budak kecik. A Famosa patut revise balik kedudukan tempat show tu untuk memudahkan pengunjung pergi ke setiap show. Kami cuma sempat tengok separuh Wild Wild West Show, pastu tak kuasa nak berkejar ke Multi Animal Show pulak sebab sebenarnya kami dah sesat... tak jumpe entah kat mana tempat show tu. Tak kuasa nak carik, maka kami pun beratur naik tram untuk ke Safari. Layan Safari lagik syiokkkkk...


Wild Wild West Show yang dah tinggal separuh jalan ditonton...


Sambil merayap carik tempat show yang entah kat mana, sempat jugak laaa tengok haiwan-haiwan yang ado kat situ...


Haiwan lain malas ahhh nak tempek, tapi yang nih memang mak nak tempek pasal macam tak pernah jumpa kat zoo lain di Malaysia yang saya pi.. The Raccoon ek nama dia.. Comel tapi takut air rupanya... :P



Part yang paling best kat Animal World ni adalah Le Tour D' Safari... Sukati je bagi nama... muahahahaaaa... Memang best tour naik tram nih mengelilingi Animal World. Very the thrill u ollssss. Dengan tram yang berpagar keliling, kami round tengok haiwan-haiwan secara live. Orang yang tengok haiwan ke haiwan yang tengok orang? Pasal yang duduk dalam 'kandang' adalah orang, haiwan semua bebas... :))


In the tram...


Laki-bini sebok nak possing...


Haiwan yang bebas melepak...




Ok... cuba tengok harimau-harimau ni..
Mula-mula macam ni....



Lepas tuuuuuuu..................






Eh kok gini????
:P
Kata driver tram, kami untung hari ni sebab dapat tengok 'Tiger Show' secara live... :))



Sayangnya, takde 'Bear Show' pulak.. pasal bear nih bininya merajuk entah ke mana... :P


Overall Safari Tour ni memang penyelamat untuk Animal World ni lah. Nasib baik ado, kalo tak memang tak syiok masuk sini. Macam tengok animals kat zoo biasa je laa kekdahnya. Dah ler tak bersih. Eh serius laaaa... sebab saya dah pi Zoo Singapore yang memang vadevassss... saya pelik btol kenapa laa zoo-zoo kat Malaysia ni tak boleh buat maintenance yang sama macam Zoo Singapore? Dah ler haiwan nye macam idop segan mati tak mau, dari segi kebersihannya pun... out!!! Adapun sape-sape yang keje kat zoo kalo baca blog mak nih, janganlah marah komen mak nih yerrr..... Komen membina nihhh... :)


Habis tour, masuk ke Chicken Farm tengok ayam pulak laaa...



Satu-satunya show yang kami dapat tengok dari mula sampai habis ialah Elephant Show..
Best show ni sebab gajah-gajah dia memang bijak... Fun show ni okehhh... :)



Ada elephant massage hokehhh... korang berani baring tadah badan tunggu gajah tu pijak???? Memang berani ahhhh pakcik tuuu...


Possing last sebelum balik bilik...




- Nite @ The Cowboy Town -

Ok.. Malam tu, schedule kami adalah ke Cowboy Town. Lepas Maghrib, terus gerak sebab tak nak miss The Red Indian Show yang start @ 8.30 pm dan seterusnya The Carnival Show @ 9 pm. Kalo masuk ke Cowboy Town memang wajib laa tengok show-show ni. Mula-mula rasa ingatkan shownya boring. Tapi rupa-rupanya tak. Happening gitu shownya. Gambar-gambar yang kat bawah ni masa Carnival Show. Gambar red indian main api saya tak upload sebab banyak yang gelap. Tapi saya akan upload sikit kat Facebook nanti.. so korang tengok aje kat FB nanti lah... Belum add acik? Sila laa add.. Nama saya Intan Marlinda Ramli. Tapi, sila bagitau sape u yer yanggg... kang acik tak accept lak.. hehehheee..

Perarakan gajah-gajah yang bijak...


Siap ada kereta berhias jugak...



Lastly.. Fireworks yang gempakkkk...




Then kami dinner @ The Ranch Steak House yang mahal NM
Habis show pukul 10 baru dinner...


Habis dinner, round kejap kat Cowboy Town sebelum balik. Sempat jugak layan game kat fun-fair, collect point dapat hadiah key chain... :P
Balik bilik, anak-anak tak tunggu lama... terus pengsannnnn... penatttttt... :)


- Last Day @ The Water World -

Hari terakhir barulah kami main-main air di Water World. Pagi-pagi lagi dah ke sana. Cuti sekolah, Water World bukak pukul 9 a.m, kalo tak biasanya pukul 11 a.m baru bukak. Water World adalah best sebab banyak slide yang mencabar. Hubby dengan adik saya main semua slide tapi saya.. errr.... tak berani.. :))
Body slide memang acik tak main... Saya mengaku memang penakut jugak... muahahhaaaa...
Anak-anak seronok main kat child pool lah.. Nasib ada adik, boleh gilir-gilir jaga anak-anak. Time saya ngan hubby main slide, dia jadik babysitter. Time dia main slide, saya pulak jadik babysitter. Yang jadik mangsa, encik hubby... terpaksa naik slide sampai dua kali... melayan bini dan adik ipor... habis main slide... dia yang rasa pening lalat... muakakaaaaa.... Gambo kat sini tak banyak, sebab tak kuasa nak bawak kamera masa main air.. karang asik keje nak amik gambo je, tak leh nak main air sangat.

Sampai-sampai... wajib possing maut dulu laa...



Model-model swimming suit Muslimah dan tak-berapa-nak Muslimah... :P



Pagi-pagi tak ramai lagi orang dalam kolam... ini ialah Wave Pool


Lepas mandi-manda sepuas hati, kami balik bilik. Bilas badan, siap-siap dan check out.

Possing masa lunch... anak-anak dah tak kuasa nak makan, tido sebab penat...



Overall percutian singkat @ A Famosa Resort nih adalah ok-ok saja... Bagi saya, cuti-cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort adalah lebih best lagi. Sayang sangat A Famosa nih. Kawasannya besar dan cantik sebenarnya tapi maintenance adalah sangat out. Kalaulah dijaga dengan baik dari mula, tentu lebih best lagik. Apapun... pi holiday, tetap lah syiok kannnnn...

Sekian laporan saya untuk cuti-cuti @ A Famosa Resort, semoga boleh jadik panduan untuk sesiapa yang berhajat nak ke sana... :)



Saturday, December 4, 2010

Away....

Hai u olls... Mak sekeluarga akan bercuti-cuti sebentar. Bermula hari ni ke Pontian, ada kenduri kawen, esok petang lepas attend satu lagi kenduri kawen kat Kluang, chow ke Muo. pulak.. balik kampung.. sebab mak ayah saya ada kat sana, lama tak jumpa diorang... rinduuuuu.. Aina-Ainin pun da rindu kat tok ayah dan nenek diorang. Lepak sehari kat Muo.. Selasa akan ke sini untuk cuti-cuti singkat kami.......................


A Famosa Resort, Melaka...


Will update later.. see u ollsssssssssssss yer.... bubbyeeeeeeeeee... :)




Thursday, December 2, 2010

Biler Malas...

Bila malas nak masak dan berjuta kali malas nak jalan-jalan carik makan, maka ini lah yang terhasil...

*

*

*

*

*

*

*

*
Air tangan orang malas...
Nasi Briyani dan Rendang Da
ging...


Eheh... Menu malas ke tu??? Amboiiiihhhh... poyo ke hape ko nih??? :P

Hmmmm... btol... saya masak tu semalam. Semalam adalah hari penat dan malas saya. Pagi saya pi swimming, continue kelas swimming yang tergendala sebab adik saya masuk U aritu. Then lepas kelas, pi temankan adik carik proper baju renang Muslimah. Yang dia ada tu, bukan complete set of Muslimah's. Btw.. Kat Arena ada sale u ollsss... untung adik saya. Dapat laaa less 20%, untung laaaa dari masa saya beli dulu.

Ok berbalik kepada menu semalam. Jangan susah hati bila malas masak. Semuanya jadik semudah ABC dengan adanya resepi rahsia saya ini................

*

*

*

*

*

*
Taraaaaaaaaa... Perencah Nasi Briyani Maggi dan Pes Rendang Daging ADAMI...



Menjadikan kerja memasak time malas menjadi superb mudah. Follow je arahan pada bungkusan, gerenti jadik dan menjilat jari. Korang ingat mak terer sangat ke nak masak nasi briyani??? Siapa kata orang yang tak pandai masak tak boleh prepare menu yang bombastik dan sedap??? Memang penting laaa perencah segera nih ada dalam stok barang dapo. Kalo time terdesak-terdesak, boleh jugak guna.

Saya jugak buat kerabu udang dan tomato untuk menggantikan acar timun.................



Memandangkan saya tak minat langsung pada acar timun mahupun apa jenis acar sekalipun. Tapi makan nasik beryani, kalo takde lauk tambahan yang masam-masam sikit, macam tak syiok gitu. So.. keluarkan apa yang ada dalam fridge... Maka terhasillah kerabu udang yang mebeles!!! Tak matching dengan nasik beryani?? Ahhhh... gasak.... Yang penting seisi rumah suka... :D

Ok.. caucincau duluuu.. jap lagik mak ada swimming class lagik. Eh korang.. mak dah boleh berenang tawww... best..besttt... ahahahhaaaaa.... babai u ollsssssss.... :)



Wednesday, December 1, 2010

Entri Syiok Sendirik...

Wehhh.. Muntah laaa korang baca blog mak cuti-cuti skolah nih. Balik-balik tayang gambo makanan.. Balik-balik buat entri syiok sendirik bajet terer masak.. Tapi nak wat camno.. katanya banyak masa lapang kannnn... Pastu tembolok asik nak mencekik itu ini jer kannn.. Redho jek laaa korang yer noks??? :P

Ok... sebelum meneruskan penjelajahan korang kat entri nih, ada baiknya korang sarung wig kaler blonde dan tuko contact lens kaler biru.. pasal semenjak dua menjak nih, mak rasa tekak mak dah western terlampau. Apa kes ntah rasa malas nak makan nasik. Bukan ler berdiet... korang tengok ler apa yang mak masak lately nih, ada ke ghope orang nak berDIET??? Nan ado kannn... Menambahkan lemak lagik ado... :P

Jadik u olls yang mak kasihi sekalian... ada pun tujuan entri pada hari ini dipublishkan adalah untuk mewar-warkan apa yang mak masak semalam yer.

Menu semalam adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............................


*



*


*


*


*
Makaroni goreng...



Dan


Creamy Pumpkin Soup ala Secret Recipe with Baguette imported from Tesco


Makaroni goreng tu takyah citer laa kan. Korang lagik terer membuatnya. Yang saya nak citer pasal Pumpkin Soup tu. Slalu saya dan hubby makan pumpkin soup nih kat SR jer. Hubby memang dah lama suruh saya google resepi pumpkin soup ni dan buat. Selaku bini mithali konon, setelah sekian lama hubby suruh buat sampai dah tak koser nak suruh lagik, akhirnya saya gigih menggoogle resepi pumpkin soup nih. Senang jugak nak buat rupanya, cuma perlu masa lebih sikit untuk renihkan sup tu.. kalo nak masak yang cepat dimasak, sedap dimakan.. ermmm... bolehlah masak megi sajork, pada saya nih bukanlah menunya.

Resepi asal saya amik kat SINI. Kira resepi yang tu lah paling senang dan paling cun gambonya best saya tengok antara banyak-banyak yang ada. Tapi saya ada ubah sikit-sikit ikut sukahati saya.

Untuk kegunaan masa hadapan, ini resepinya.

Bahan-bahan :

3 sb canola/olive oil
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
750 g labu (dipotong kecil-kecil)
1 sk serbuk kari Alagappas (kalo nak pedas, letak lebih)
1 cawan stok ayam (saya leburkan seketul kiub ayam dalam secawan air)
1 cawan susu segar
1 sk serbuk lada hitam (ni saya tambah sendirik)
Herbs - oregano, basil, rosemary (sukahati saya lebur semua yang ada)

Metodologi :

1. Rebus labu hingga empuk
(resepi asal tak rebus dulu, saya rebus dulu untuk senangkan keje).
2. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang hingga layu di hujung mekar
3. Masukkan serbuk kari dan kacau rata
4. Masukkan air stok ayam dan biar mendidih
5. Masukkan labu yang telah empuk dan kacau rata, biarkan mendidih
6. Masukkan susu, perlahankan api, kacau dan biar hingga pekat
(yang ni amik masa lama sikit)
7. Tutup api, biarkan sejuk seketika dan blender hingga semua labu hancur dan likat.
8. Masak semula di atas api perlahan, tambah sedikit air jika terlalu pekat dan masukkan herbs dan lada hitam.
9. Sedia untuk dihidang bersama baguette... :)
** saya ada belen batang celery dalam fridge, maka saya hiris nipis dan masukkan dalam soup.


Tak susah mana kannn??? Tapi kalo order je kat SR memang laa lagik senang kannn... hahahaaaaaa... Sesekali (ye ke sesekali???) layankan laaa tekak hubby. Macam TTM, katanya ado ilmu-penunduk-suami , hahhh... TTM, mak pun adooooo.... Sebab mak nih blom berkeyakinan tinggi lagik nak mencuba ilmu-penunduk-suami yang ko berikan tu walopun susuk ko masih ada bawah jambatan dekat umah mak, makanya... mak cubalah masak yang diingini oleh sang suami, semoga ini boleh menjadi ilmu-penunduk-suami versi diri sendirik.... :))

Suami kata of course laaa sedap. Berani kata tak sedappp???? Tak pasal kena tido luor kang... dah ler, malam tadi ujan... sejukkkkkkk... rugi kalo kena tido luor kan bang??? Eh? Over nampak statement ko??? :P

Ok.. sekian entri syiok sendirik saya hari ini.... babaiiiiiiiiiiii... :)


Tuesday, November 30, 2010

Suka... Suka... Suka...

Saya suka btol bila dapat tau kedai bakewell tempat saya shopping barang-barang baking ada jual banyak spices yang di-pek semula...


Macam ini... Oregano


Oregano, 10g baru RM 2.90. Kalo beli kat yang brand Mc*Cormick ke hape... sebotol dengan berat yang sama dan tentu RM 8 lebih kan? Kalo yang ni, boleh laaa buat refill. Jimat.. :)
Macam-macam jenis spices lagik ada kat sana... tapi semalam saya beli oregano jer, sebab oregano saya dah licin. Pasni boleh laaa borong spices lain pulak. Tak payah dahhhh beli brand Mc*Cormick tuuuu... :P


Misi memenuhkan botol selepas ini..... :D


Haihhhh... kedai Bakewell tu memang berhantu laaaaaaaaaaaa... Saya bajet nak beli mozarella cheese je semalam. Tapi bila masuk, penuh sebakul barang-barang saya borong. Hadoiiii... acik dah tak boleh masuk kedai tu lah, asal masuk je... memang macam-macam nak beli. Tengok tu best, pegang nih best... Apa kes????

Tengok... saya dah beli nihhhhh....
Ntah bile nak guna agaknya... hahahhaaaaa...
Tak kisah laaaa... janji dah ado kannn..
:P


Semalam tengok member tayang gambo blueberry cheese cake kat FB, saya jadik terliur sendirik. Memang tak boleyyy blahhhh.. mesti nak buat jugak sebijik untuk melunaskan napsu serakah sendirik... hahahhaaaa

Taraaaaaaaaaaaa... Blueberry Oreo Cheese Cake...
Enak dimakan begitu saje...
:P



Dalam perjalanan menuju perut.....


The best part is saya tak guna Philadephia Cheese. Semalam SA kat kedai bakewell tu suggest guna brand lain. Dia kata ramai orang beli. Harganya.. for sure lagi murah dari Philadephia Cheese. Tapi actually, kat Bakewell tu, harga Philadephia Cheese 500g pun dah murah... RM17.50 compared to T*esco... 250g dah RM 10.50.. kalo 500g dah RM 21. Apa kes haku siap buat kira-kira kat sini???? :P
Tapi brand baru nih, 500g baru RM 13. Manyak mulahhhh mehhhhh.... :)
Dan yang penting, rasanya sama sedap dengan kalo guna Philadephia Cheese tu.
Tapi kannn... saya lupa ahhhh apa nama brand nya... muahahahahaaa... nanti bila ingat saya update yer... :P

Hmmmm... nampaknya masa lapang saya akan dipenuhi dengan acara menggemukkan diri sajorkkkk lahhhhhhhhhh.... *pengsan*




Monday, November 29, 2010

Pecah Rekod!!!

Pecah rekod btol saya sekeluarga minggu ini, bila menonton 3 movies kat wayang berturutan dalam masa seminggu!!! Memang sebelum ni tak pernah tengok banyak-banyak movies dalam tempoh masa seminggu. Biasanya, sejak beranak-pinak nih.. paling terer pun sebulan sekali jer pi wayang. Tapi hagaknya sebab ujung-ujung tahun ni kan banyak movie yang best-best, ditambah pulak sesi outing kami yang takde hala-tujuan.. maka ke wayang lah jawabnya... Yang paling best sebab Aina dan Ainin boleh behave sampai cerita abes... :)


Sesi wayang-wayang kami dimulakan dengan cerita ini pada Ahad minggu lepas...
Harry Potter & The Deathly Hallows....
Siri Harry Porter memang laaa terbaek kannn.. :)



Next movie on last Friday... Rapunzel
Best... Best... Best...
Anak-anak dara saya haruslah sangat suka... :D



Akhir sekali semalam kami tengok ini... Unstoppable
Movie yang ni lebih kepada melayan napsu mak-pak... hahahhaaaaa
Anak-anak boring tengok citer ni, tapi layannnnn jugakkkk...
:P
Memang menyenakkan perut ahhh citer nihhh, saspennnn sampai abessss...
Siap audience ada yang terjerit-jerit... over ko!!!!
:P


Ok... tu ajer kisah wayang-marathon kami. Korang dah tengok ke citer-citer tu??? Selamat hari Isnin u ollsssssssss... Keje leklok... mak masih terbongkang nihhhh.... muakakakkaaaaaa


Friday, November 26, 2010

Hobi Lama...

Hobi lama yang tak pernah luput dalam diri saya............ Novel... Novel... Novel... Dulu lagi dahsyat, pantang nampak novel baru kat kedai, penulis entah sape pun saya bantai beli, pastu tersadai tak abes baca pasal boring... :(

Sekarang saya memilih-milih penulis. Yang WAJIB baca, Norhayati Berahim (NB) dan Ramlee Awang Murshid (RAM). Hanya beli novel mereka.

Terkini, saya sedang habiskan pembacaan novel Hujan Pun Menari hasil karya NB. Tengah beria menunggu hasil terkini RAM yang katanya terbit bulan Disember. Hari tu ke kedai buku, rasa nak beli novel lain.. untuk bekalan masa cuti nih. Belek punye belek, saya ambil ini.................. Dua novel lain Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul dan Sesuci Kasih Seorang Isteri - Dzie Tyea. Tak pernah baca karya penulis tersebut, tapi sebab tajuknya macam best, saya grab sajer.. harap tak menghampakan. Pun entah bila nak mula baca, sebab tengah asyik layan Hujan Pun Menari. Saya tak mampu habiskan cepat, sebab buku NB ini saya 'mamah' setiap perkataan. Tak ada satu perkataan pun yang saya tinggal... heheheheee... :)



Then jumpa pulak DVD Ustaz Kazim. Selalu dengo kat You Tube je, tapi sebab jumpa satu rak penuh DVD dia, makan saya pun beli jugak. Best... Ceramah Ustaz Kazim, semuanya best kan.. :)



Ok.. sekian laporan ini hari ................. :)