Monday, June 15, 2009

Back To School...

Patutnya entri nih ku buat pagi-pagi, tapi tak berkesempatan. Cuti sekolah dah berakhir. Sudah tamat masa untuk syok berlengkar-lengkar macam ular atas katil pagi-pagi buta. Sudah tamat juga musim 'bulan-madu' untuk cik Ainin.. no more gantung-gantung yer adikkk..hahahahaa... Alarm dah kena kunci pukul 5.15 a.m balik. Paling lambat 5.45 sila bangun yer Cikgu Intan kalo tak, tak sempat mekap. Uhuhhuu.. memang bukan anak murid ajer yang kelat-kelat mata kat skolah, cikgu pun lebih kurang jugak.. cuma kena cover line lebey..hahahaaaa....

Jadi rutin persekolahan tetaplah berjalan seperti biasa. Tapi yang paling BEST naik skolah nih ialah... Pagi-pagi lagik, B aku dah full.. meronta-ronta minta dipam. Tudung Ariani separas dada tu pun macam tak mampu nak cover line... :P Selalu boleh bertahan sampai waktu mengepam pukul 9, tapi arini... lepas perhimpunan rasmi, pukul 8.30 aku dah menggelatat p pumping port.
Arini sebelah B aje dapat 8oz... wallaaaaaaaa kan!!! Tapi lagi sebelah kurang, 3 oz saja sebab bekerja keras malam tadinya.. Jadi total pagi 11oz...wahhhh..ini sudah macam baru naik skolah lepas bersalin!!! Yang pastinya sebab sepanjang 2 minggu bercuti, direct feeding memang sangat kerap. Aku tak pam pun, sebab permintaan si adik begitu tinggi. Manjang nak ngempeng jek.. jadi memang aku tak berkesempatan nak pam. Disebabkan itulah, hari ni production aku begitu mabeles skali... Alhamdulillahhhhh................

Wehhhh... Semalam aku stress ya amattttt... Aku baru je beli ini... Baru sangat-sangat.. Baru 2 kali pakai okehhhhh.............

Skali semalam, aku carik-carik nak pakai, tak jumpe. Dah selongkar handbag, beg mekap, laci, semua tempat lahhh.. tapi yillekkk.. Sah ilang!!! Aku syak tercicir masa aku bawak anak-anak p zoo ari Sabtu lepas, ataupun tercicir kat petrol pam masa aku nak p toilet.. huhuhuuuuu... RM63 okehhhh... Satu pembaziran yang begitu tak masuk akal. Aku stress gilorssss... Dan bila stress nih aku lagik takut.. sebab takut p buat pembelian kejadahape pulokkk.. Baru nak melaram listip baru arinih.. Sakit hati dengan diri sendiri. Sape laa gaknya yang jumpa listip MAC nih.. Laki aku kata, 'you sedekah jek laaaaaaaaaaaa'...
Sedekahhhh... yer.. aku sedekahhhh.. amik laaaaaaaaaa sapa yang jumpa.... uwaaaaaaaaaaaaaa...


Sunday, June 14, 2009

Ego????

Ego kah aku???? Ego kah kalian???? Ego kah kesemua ibu-ibu yang menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu??? Hishhh.. entah kenapa sejak membaca penulisan di satu blog, soalan itu asik bermain-main dalam pemikiran aku.

"Put behind all egoes dan breastfeedlah dengan ikhlas and with love" that's what the writer put at the end of her opinion.

Semestinya aku & all BF mommies breastfeed dengan ikhlas dan penuh kasih-sayang. Aku tidak ego. Bukan menjadi sesuatu yang perlu dibangga-banggakan apabila aku memilih untuk BF anak-anakku. Aku cuma membuat satu pilihan yang terbaik untuk anak-anakku. Aku berusaha gigih bagi memastikan pilihanku yang terbaik itu akan berterusan untuk anak-anakku. Aku tahu aku mampu untuk melakukannya walaupun perjalanannya bukan semudah yang disangkakan.

Apabila susu aku merudum, aku berusaha keras untuk memperbanyakkannya semula. Namakan apa sahaja petua atau makanan yang dipercayai boleh menambah susu, pasti akan ku cuba. Malahan aku juga mengeluarkan bajet setiap bulan bagi membeli milk booster fenugreek, bagi memastikan production susuku sentiasa maintain. Aku juga menjaga makan dan minumku, supaya susu yang terhasil untuk anakku penuh dengan khasiat dan nutrisi. Semua itu kulakukan bukan kerana EGO pastinya. Tetapi kerana itulah kasih-sayangku terhadap anakku. Yang mana aku percaya juga menjadi penyebab semua BF mommies menyusukan anak-anak mereka. Kerana kasih-sayang. Aku tidaklah mengatakan yang tidak BF anak-anaknya itu tidak menyayangi anak-anak mereka. Pastilah semua ibu menyayangi anak masing-masing kan? Cuma yang aku nak tekankan di sini adalah bukan kerana mempertahankan EGO, maka seseorang ibu itu BF kan anaknya.

Memang ibu-ibu yang BF mengharapkan agar dapat BF hingga anak berusia dua tahun. Itu semacam satu puncak kepuasan jika berjaya BF hingga ke tahap itu, yang mana aku yakin tak akan difahami oleh orang-orang yang tidak terlibat dengan BF ini. Memang nampak pelik (bagi orang-orang yang tidak BF) bila di forum rasmi BF, ibu-ibu seakan-akan seronok menceritakan sudah sampai ke tahap manakah BF journey mereka. Aku juga berbangga jika dapat menyusukan anakku hingga ke usia dua tahun. Berbangga di sini bukanlah bermaksud sesuatu yang perlu dihebahkan ke seantero dunia atau di 'show-off'kan, Tetapi berbangga dengan diri sendiri. Semacam satu anugerah yang dah berjaya dicapai, jika aku ke tahap itu. Ohhhh.. memang tak mungkin akan difahami oleh orang-orang yang tidak berada dalam dunia BF ini.

Apabila susu merudum, kenapa agaknya kita ermmm... AKU beria-ia tetap mahu menyusukan anakku?? Kenapa agaknya aku tidak menerima sahaja kenyataan susuku telah mula berkurangan dan mula memilih untuk beri FM kepada anakku??? Kenapa?? Kenapa??? Selfish kah aku???? Atau aku begitu EGO sekali untuk menidakkan kenyataan bahawa susuku telah berkurang????? NOOOOO..... Contohnya sewaktu aku BF anak sulungku, Aina.. dan kemudian di pertengahan journey kami, aku hamil lagi.. di saat dia berusia genap setahun cuma. Aku tahu susuku mula berkurangan. Dan aku tidak membiarkan anakku kebuluran ketika itu. Perlahan-lahan aku mula top up dengan FM walopun menitis airmataku melihat dia meneguk susu yang bukan susuku. Pun begitu, dia tetap ingin terus berada dalam dakapanku dan menikmati sisa-sisa susuku yang masih ada. Dan aku tetap jua memberinya bila saat dia bersamaku walopun dihalang oleh orang-orang di sekelilingku. Maka tetaplah Aina berada di atas ribaku bersama perutku yang memboyot sehingga ke saat aku melahirkan. Kenapa?? Sebab aku seorang ibu, Terasa begitu sedih dan pilu melihat anakku meronta-ronta menangis kerana tetap mahukan susuku, maka dengan itu aku tetap juga berusaha memperbanyakkan susuku walopun macam mustahil. Itu sahaja penyebabnya. Terasa sayang sungguh untuk menghentikan penyusuan tanpa ada usaha gigih untuk memperbanyakkan susuku. Selagi kedua-dua B masih mengeluarkan susu, selagi itulah usahaku itu akan kuteruskan. Selagi Allah memberi rezeki untuk anakku, selagi itulah perjalanan penyusuan ini tetap berpanjangan hingga ke suatu detik yang menentukan tiada lagi susu untuk anakku. Ketentuan dari akan Allah aku terima dengan redha. Maka tidaklah aku biarkan anakku kebuluran dengan tidak memberi susu yang lain apabila aku tahu susuku memang near to zero ketika itu...

Jadi untuk yang tidak menyusukan, jangan berkecil hati dengan keobsesian para BF mommies ini. Mungkin di mana-mana blog penyusu TEGAR atau forum penyusuan susu ibu, para BF mommies ni kelihatan begitu 'agresif' sekali mempertahankan BF journey mereka. Anda yang memilih untuk tidak menyusukan, dan tidak berminat langsung untuk mencuba menyusukan anak, stay away from this group... Tak perlu jengah langsung mana-mana blog atau forum yang terlibat dengan penyusuan tegar ini sebelum anda merasakan mereka begitu annoying. Let them be.. biarlah KAMI dengan dunia indah kami ini, yang mana hanya kami yang mengerti. Janganlah anda bimbangkan anak-anak kami. Aku rasa belum ada antara kami yang membiarkan anak-anak kami mati kebuluran lantaran mempertahankan BF journey kami. Belum ada lagi.. dan rasanya tak mungkin akan ada anak yang mati kebuluran sebab ibu tak nak bagi FM kerana tetap nak bagi BM.. So pleaseee.... Let us be..

Dan kita, para BF mommies... teruskanlah perjuangan kita dengan penuh keikhlasan dan kasih-sayang. Tidak ada keegoan dalam dunia BF. Mungkin kalo ada pun cuma ketegaran.. :D
Errr... dan sila pastikan anak-anak anda tidak 'kebuluran' lantaran ketegaran kita semua... :P

BTW... no offense.. Kalau ada yang terasa hati, ampun-maaf dipinta....


"Breastfeeding is the best choice BUT the choice is yours!!!"

Friday, June 12, 2009

Lucky 41!!!

Itulah saja tahap kemampuanku..
Dah try beberapa kali pun.. itu jugalah angka yang keluar. Lucky 41!!! If less than that... kahkahkahhhhhh...

41 perkataan

Speed test



**Tag ini dari Mommy H&H... Arnie.. mak kalah 6 ngan ko nyahhhh... :P

Simple... :)

Inilah terung bakar dan air asam. Hidangan yang simple sangat tetapi sedap dan berkhasiat. Idea terung bakar nih datang dari adik aku dan juga Mr Hubby. Sebab aku bosan makan sayur-sayur yang bergoreng nih.
Macammana aku bakar terung??? Aku belah dua terung, pastu letak je atas frying pan. Bila dah kecoklatan, palingkan. Pastu tutup api...siap!!! Lebih baik guna terung yang comel-comel, toksah panjang sangat. Terung di bawah adalah dari kebun mak aku... sungguh aku tak sabar nak tunggu hasil kebun sendiri.. :P


Okeh.. semalam ada yang bertanya macam mana aku buat lempeng kelapa. Sebenarnya aku amik resepi dari CikLola , cuma aku tambah sket je. Resepinya gini...

Bahan-bahan :

2 cwn tepung gandum
3 cwn air masak
1 biji telur
2 sudu kecil minyak masak
garam secukup rasa

==> Bancuh kesemua bahan di atas , aku guna blender, senang sket...

- Kemudian campurkan 1 biji kelapa (guna kelapa yang muda lebih sedap, kalo tak belasah jek..)
ke dalam bahan-bahan yang dah dibancuh tadi.
- Now bolehlah canai di atas frying pan. Biasa aku guna satu senduk lebih untuk satu canaian...
- Ikut suka nak garing mana... dah siap
- Boleh dimakan bersama sambal tumis, kari atau asam pedas...

Sekian... :)

Thursday, June 11, 2009

Oh Asam Pedas...

Tadi kan aku beritau yang si adik tak mau berenggang dari aku sampai dah pukul 12 pun aku lom masak-masak lagik. Perut aku memang udah mintak diisi ketika itu. Nak memasak jam tu gak, haruslah aku sumbat telinga aku dengan kain dek kerana Ainin pastinya akan melalak tak hengat punye. Lalu tiba-tiba aku teringat Mr Hubby pernah beritau aku tentang gerai asam pedas yang sangat wallaaaaa sekitar Johor Bahru, dan juga pernah meng'offer' nak bawak aku Add Imagelunch kat situ sebab kedai tu memang bukak waktu lunch je. Lantas aku pun menelepon Mr Hubby mengingatkan tentang janji-janji manisnya offernya itu. Nasib baiklah dia tak busy nak ke mana-mana, lantas sudah pasti diikutkan jugak tekak bininya ini... :P
Aku pun memang nak rasa jugak kehebatan asam pedas itu.

Maka tengahari tadi, kami suami-isteri lunch di Gerai Asam Pedas Kak Zee (Bawah Pokok). Ermmm.. 'bawah pokok' tu trademark gerai tu masa sebelum berpindah ke gerai yang baru nih, dulu gerainya kat bawah pokok je. Lokasi gerai ini adalah berhadapan dengan simpang nak masuk ke Taman Istimewa, Johor Bahru. Ada pelbagai jenis asam pedas disediakan. Asam pedas ikan pari, ikan merah, kepala ikan dan beraneka lauk-pauk disediakan. Memang sedappp sangat asam pedasnya, sebab tulah ramai yang berkunjung ke gerai ni di waktu tengahari. Tapi aku tak dapat nak amik gambo, sebab sibuk dengan si kecik aku tu... lagipun perut dah lapo. Bila nasik dah ada depan mata.. yang ingatnya makan ajer lahhh.. :P

Balik dari makan, aku berkobar-kobar nak masak asam pedas jugak. Asam pedas ikan parang. Aku nih bukanlah terer masak sangat pun. Toksah lah nak dibandingkan dengan mak mertua mahupun mak aku sendirik.. :P Tapi aku blasah jek. Janji laki mak boleh telan nyahhhh. Semalam seseorang bertanyakan pada aku macammana nak masak asam pedas. Dengan sukacitanya aku tempelkan juga cara-cara masak asam pedas mengikut kekdah yang biasa aku buat.

Bahan-bahan :

1 labu Bawang besar/5 biji bawang kecik + 3 biji bawang putih + sedikit halia + sedikit kunyit + segenggam lada kering ========>> KISAR LUMAT
Air asam jawa
Sesudu kecil lada hitam kisar
Ikan
Garam secukup rasa
Bawang kecik + Bawang putih ===> DIHIRIS NIPIS

Cara-cara :
- Tumis bawang-bawang yang dihiris hingga kekuningan (err.. sebenarnya, ini untuk kes-kes rajin dan anak tak menangis..sempat lah nak buat bawang goreng... kuikuikuiii)
- Angkat bawang yang telah garing tadi
- Tumis bahan-bahan kisar
- Tambah lada hitam
- Tumis kesemuanya hingga garing dan pecah minyak.
**Untuk yang kompius pecah minyak tu cemana, tengok gambar nih...
Nampak lada dan minyak macam terasing dan lada macam 'berbiji-biji'.. Hah.. paham ke tak?


- Kemudian masukkan air asam jawa, sebanyak mana nak buat kuah, tunggu hingga mendidih.
- Masukkan ikan.
- Biar kuah dan ikan mesra dan mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa.

Kuah asam pedas sedang mendidih...

- Bila kuah dah agak-agak pekat, bolehlah masukkan bendi, atau tomato atau daun kesum ikut suka.
- Tunggu seketika biar sayur lembut, padamkan api.
- Bolehlah taburkan bawang yang digoreng tadi ke atas asam pedas anda... Siappp!!!!

Inilah hasil asam pedas ikan parang mak. Seperti biasa, untuk presentation yang lebih menawan, haruslah mak alihkan dalam mangkuk yang tidak comot... :P


Kalian, yang mana orang Johor atau orang Melaka.. atau orang mana pun?? Ada tak kekdah membuat asam pedas yang lebih kick lagi??? Haruslah kongsikan bersama dengan mak... :D

Sekian.. Jemput makan kalian... :D

*** Psstttt... kalian, dah macam jadik blog masak-memasak jek blog haku semenjak dua menjak nih. Bajet ko pandai masak sangat ker intan wehhhh???????? :P

Macammana laaaa...

Hai laaa adikkk... macammana laaaa ibu nak buat keje hari ni kalo adik asik melekap kat ibu macam niiiii...............




Jam dah pukul 12, aku tak masak-masak lagik.. bubur si kecik nih pun tak jerang lagik. Kalo dah kejenya nak melekap ngan aku jek, cemana laaaa aku nak bersilat kat dapo. Kena tinggal melalak. Ari ni pulak, si kakak tak ada. Kalo ada leh gak memain ngan dia kejap. Sudahnya memang dia asik nak bergantung ngan aku jek laa. Aku ada beberapa agenda yang lom dapat dibuat ari ni...
- Masak
- Basuh tudung-tudung
- Cuci porch
Tapi nampak gayanya.. mungkin masak aje yang dapat buat kot.. huhuhuuuu.. Tadi dia tido atas pangku aku.. nak dekat sejam lebih. Aku letak atas katil.. bingkas je bangun... hadoiii laaaaa....

Jadi untuk sesiapa yang ternanti-nanti entri masakan aku beserta gambo yang menggiurkan (ko pikir ada kerrrr???).. harap maaf... mungkin tak dapek den nak menempek gambo arini. Cumanya, menu hari ni... asam pedas ikan parang campur bendi, terung bakar dan air asam LAGI .

Tapi apapun.. untuk tak menghampakan kalian.. aku tempek jugak laa gambo brekpes yang ku pikir masih mampu melelehkan air liur kalian.. Lempeng kelapa bersama sambal tumis ikan bilis.
Presentation harus lah dahsyattt walopun rasa dia lom pasti sedapppp... ikut tekak aku, haruslah aku cakap sedap... kahkahkahhhhhh.....


Aina & Potty Train Lagi...

Sambungan dari EntrikuYangIni. Dah seminggu lebih aku mem'potty train' Aina. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan aku sendiri tak sangka semudah ini. Sepanjang potty-train hanya dua kali saja dia terbabas, macam yang aku citer dalam entri di atas tu. Lepas aku mengamuk for the second 'accident', hah.. no more terbabas lagik... :D

Dia pun dah pandai rasa macam mana nak terkencing. Everytime bila 'rasa' itu datang, berebut dia bagitau aku. Dan aku dah ajar sekali untuk dia uruskan diri dalam toilet..
daripada buka sluor-buang air-cebok-lap-pakai sluor. Kira dah perfect lah. Aina memang budak bijak. Cakap pun dah macam-macam pandai.. mesti laaa senang je nak latih untuk yang satu ini. Jadi adegan aku mengusung mop tak lah lama sangat berlangsung.

Malam atau bila dia tido, aku still pakaikan diaper. Tapi dah dua tiga hari nih aku tengok bila bangun, diaper dia masih kering macam dia tak kencing langsung masa tido. Bila dia bangun dia berebut nak p toilet.. taknak kencing dalam diaper. Tapi aku still tak berani untuk tak pakaikan dia diaper lagik. Buatnya kang terbabas... satu keje aku meroyan nak basuh tilam... :P

Tapiiii... Aina masih belum mahu poo dalam toilet. Dia tau bila nak poo, tapi still mintak diaper.. tak nak p toilet. Takpe lah... satu-satu lah kan.. Dia dah pandai pee kat toilet pun dah syukur.. hehehee........ :P