Monday, February 15, 2010

Melunaskan Janji...

"Kalau Aina siapkan homework cepat, nanti ibu bawak pi playland"
*
Itu janji saya pada Aina hari Jumaat lepas. Aina, bila ibu sudah berjanji, makin berkobar-kobarlah nak siapkan homework dia. Jumaat malam tu terus siap.. hahahahaaa.... Namun dia masih belum pandai menuntut janji walaupun happy bila dengo ibu nak bawak pi playland. Sabtu, sempat ke JJ Bukit Indah tapi tak sempat nak menyinggah playland sebab kedai semua nak tutup.. rasa tak syiok pulak nak berlama-lama kat sana.
*
Maka hari ini, sebab saya pun rasa boring takde ape nak buat, saya hangkut laaa kedua-dua permata hati saya ke JJ Tebrau. Sebelum pukul 12 lagik kami dah sampai. Aktiviti utama adalah bergumbira di Playland. Tema bermain hari ini adalah bermain sampai PENAT.. tapi sebenarnya, yang penat adalah saya, budak berdua tu mana tau penat... hahhahaaaa... Dah habis RM10 token yang saya beli, habis semua mainan ditunggangnya... Aina masih ada hati lagik nak ajak saya melompat-lompat main bola kat Playland tu. Haihhhhh.. tak larat mak nak ooiiiiiii... Ok ok.. jom kita makan nasik ayam dulu. Nasib baik bila dengo nasik ayam, Aina terus tuko chanel dari MAIN kepada mencekik MAKAN.... fuhhhh... lega makcik!!! :P
*
Lepas makan-makan, adalah acara untuk ibu dan anak.. errr... more to ibu sebenarnya.. hahahaaa.... Apa??? Membeli dan membelah. Segmen SALE masih ada saki-baki, maka saya menyopping baju-bajuan untuk anak-anak ajer. Sebenarnya kan, mentang-mentang laaa anak-anak saya nih pompuan, saya baru perahsan yang saya banyak beli GAUN ajer untuk diorang.. hahahahaaaa... Masa nak pi Zoo Singapore hari tu baru saya perasan, anak-anak saya nih memang banyak gaun ajer. Seluar dan blouse ada boleh dikira dengan jari. Entah kenapa bila saya beli baju anak-anak, memang suka betul beli gaun sebab gaun adalah tersangat comel rasa nak beli untuk diri sendirik. Jadi bila ada outdoor activities, anak-anak saya anggun bergaun jugak kekdahnya... kahkahkahhhhhh.... Maka misi beli-baju-anak ini hari adalah seluar dan blouse. Pun terpegang jugak selai dua gaun.. apakahhhhh??? Bila sedar diri, letak balik gaun.. muahahahaaa. Nasib baik hari nih, mission accomplished!!! Dapatlah merembat seluar dan blouse untuk si kakak dan adik serta selai bajuan untuk diri sendiri... phewwwwww... :D
*
Acara selanjutnya adalah ke kedai wajib, iaitu kedai Encik Harris Bookstore. Nak carik buku topikal assessment untuk kelas malam nanti, tapi buku yang ada adalah tidak mengancam. Tak banyak dwi-bahasa. Nak beli yang satu bahasa je karang kesian kat murid lemah... tak sesuai. Maka kensel beli lah.. nanti call supplier ajer lah suh kasik contoh buku Sains dwibahasa, kalo tak sempat nak tengok kat kedai buku lain.
*
Hari ni jugak saya sangat teruja. Sebab first time dapat ikat rambut kenteng si adik.. hahahaaaa.. Dah boleh ikat dah rambut dia. Dah boleh buat pokok kelapak atas kepala dia.. best..best.. boleh laaaaa beli sepit cute untuk adik lepas nih.
Tengok "pokok kelapak" saya....


"Pokok kelapak" sudah dibukak pasal saya rimas tengok senget-benget... :P


Sendirik punye muka tetap mau tempek jugak.. hahahhaaa.... :P

Kena tempek jugak gambo dengan adik, takut nanti adik komplen.. :P


Balik dari jalan-jalan tadi, Aina cakap "ibu, nanti abah balik kita pi mandi kolam pulak ekkkkk" oh..oh... anakku... Asal abah takde jer, kakak mintak mandi kolam.. Memang dah setting dalam kepala ke haper??? :P

**Mr hubby please take note yerrrr... :)

Saturday, February 13, 2010

Iqra'.... Bacalah...

Saya sedang dalam usaha untuk mengajar Aina mengaji. Sejak Aina mula bersekolah, saya perhatikan Aina lebih berdisiplin dalam pembelajarannya. Dia gembira belajar, itu yang penting. Saya tidak memaksa dia untuk belajar, sebab kalau saya paksa.. at the end, saya yang stress.. hahahaaa. Sebenarnya niat untuk mengajar Aina mengaji dah lama ada. Tapi entah kenapa tidak saya mulakan. Tahun lepas, mak saya ada mengajar Aina mengaji juga sikit-sikit lepas solat. Tapi bila Aina mula ke sekolah, mak tak berpeluang lagi nak mengajar dia. Dan saya tahu, saya tak boleh mengharapkan mak atau orang lain mengajar Aina untuk mengaji.
*
Maka sejak beberapa hari yang lalu, saya telah mula mengajar Aina untuk mengaji menggunakan Iqra'. Saya mengajarnya setiap kali lepas solat Maghrib bersama. Ya.. Aina sekarang dah boleh mengikut pergerakan solat dengan lebih baik berbanding dulu. Cuma bacaan masih belum boleh lagi. Alhamdulillah... berkat dia belajar di tadika Addin. Sesudah solat, Aina akan ambil kitab Iqra' dan mula mengaji. Belum banyak mukasurat pun. Saya ajar satu hari satu mukasurat aje, bergantung pada kelancaran Aina membaca. Sebenarnya, saya tak pasti apakah teknik membaca Iqra' dengan betul dan berkesan. Saya akan bertanya pada ustazah kat sekolah nanti. Atau jika ada kawan-kawan yang tahu, bolehlah kongsikan bersama.
*
Seronok melihat perkembangan Aina. Lebih menggembirakan saya adalah Aina sudah boleh menghafal beberapa doa mudah. Doa makan memanglah dia dah lancar, tapi sekarang dia sudah boleh membaca doa makan dengan tambahan pengertiannya sekali. Doa selepas makan, doa belajar, doa bangun tidur pun nampak dia sudah boleh baca. Tapi yang lawaknya, bila baca doa mesti nak kuat-kuat.. hahahaaa... Kalau kami makan di luar, sebelum makan dia mesti akan baca doa, baca sekuat-kuat tidak hokehhhh, sampai satu restoren boley dengo... hahhahaaaaa... :P
Gasaklah nakkkk... janji ko baca doa, buat benda baik takkan nak marah ye tak? Walaupun dah cakap tak payah jerit-jerit baca doa.. tapi Aina wat dunno ajer.. dah biasa kat sekolah macam tu kannn... ngeee... Memanglah itu yang saya mahu. Sebab itulah saya hantar Aina ke tadika Islamik. Biar perkembangannya di dalam didikan Islam.
*
Itu kisah Iqra'. Untuk bacaan pula, di tadika Aina gunakan siri Bacalah Anakku. Nampaknya Aina dah boleh menyebut sukukata sikit-sikit. Lancar bacaan Aina. Buku 1 dia dah nak habis nampaknya.. Alhamdulillah. Tak ada masalah untuk mengajar Aina membaca. Tak sabar saya nak tengok Aina boleh membaca. Mesti saya akan beli buku banyak-banyak untuk dia nanti. Untuk bacaan Bahasa Inggeris, saya sedang mengajar Aina phonics. Ada tak sesiapa tahu, siri bacaan Bahasa Inggeris yang manakah senang untuk ajar anak membaca.
*
Bila hubby tak ada, masa terluang saya lebih banyak lagi. Masa ini akan saya gunakan untuk mengajar Aina di rumah. Lebih seronok sebab, sekarang ni Ainin pun minat nak join kakak belajar. Bila saya mengajar si kakak, dia pun sibuk bawak buku suruh saya baca... hahahhaaa... Memang bila anak dah makin besar, ibu makin sibuk. Tapi sibuk-sibuk pun, seronok melayan kerenah anak.. betul tak?? :)


Bermula...

Pukul 9pm waktu Qatar dan 2am waktu Malaysia nanti, si dia akan menaiki bot ke tengah lautan. Semoga selamat... semoga dirinya dilindungi Allah... Aminnn...
Dan rindu pun bermula juga... sobsobbbb.....


Friday, February 12, 2010

Susah Jugak Rupanya...

Saya sudah hampir tiga tahun tak mengajar English. Masa tahun pertama posting (2006) dulu aje kena ajar English year 2. Tapi bila tahun ini kena ajar balik, saya memang lah macam budak baru belajar mengajar. Setelah dalam zon selesa mengajar subjek Sains sahaja, yang mana kalo masuk kelas tak prepare pun boleh mengajar, tapi kali ini tidak lagi. E'ehhhh... apa kelassss ko nih???? Ngajo BI budak darjah dua pun susah beno kerrrr???????? :P
*
Dulu masa saya ngajo, ngajo yang ringan-ringan ajer. Sebab masa tu soklan peksa pun masih lagi setakat padan-padan gambar & perkataan, kaler-kaler dan sebagainya yang mudah-mudah.
Tapi, rupanya... itu masa tahun 2006. Sekarang ini rupa-rupanya soalan BI murid tahun dua tak main dah padan-padan, kaler-kaler tu hokehhhhh... sekarang nih (sejak setahun lepas), ketua panitia saya bagi garis panduan soalan BI murid tahun dua adalah mengikut format seperti kertas BI UPSR. HAAAAAA??????????? Cikgu yang nak terkucil dulu sebenarnya... wakakakaaaa... Sebab kali ini, baru ujian 1 dah ada bahagian membina ayat. Ada paper 1 & paper 2. Paper 1 adalah 40 soalan objektif yang mana meliputi grammar dan comprehension (menjawab soalan berdasarkan teks). Paper 2 adalah soalan merangkumi transfering information into table, arranging sentences, build sentences & completing text. Berformat, cuma kena rendahkan level berdasarkan tahap murid tahun 2. Yang paper 2 tu saya sedikit risau, sebab kalo budak lemah, matilah nak jawab hokehhhh.... huhuhuuuu
*
Membina ayat adalah contohnya macam:
*
- birds - flying
*
Jadi ayat sepatutnya adalah : ' The birds are flying '
*
Senang??? Memang senang kalo tahap penguasaan grammar murid sudah mantop. Tapi ada murid yang masih lagi kompius nak guna 'is' atau 'are'. Sedangkan masa tahun 1 diorang dah belajar. Kebanyakan murid masih menjawab 'The birds IS flying'.
*
Sepatutnya soalan pertama dalam paper 2 adalah membina ayat berdasarkan gambar. Contohnya bagi gambo orang tengah main bola, dan murid bina ayat. Tapi saya minta ketua panitia permudahkan untuk ujian pertama ini. Saya minta untuk buat menyusun perkataan untuk membina ayat. Nasib baik dia bagi, tapi dia kata next time kena follow format macam tu. Next time is next time, yang penting sekarang inilah.. :P
*
Saya sudah membeli beberapa buku grammar. Walaupun nak ajar murid tahun 2 ajer, tapi saya rasa saya sendiri perlu memantopkan penguasaan grammar saya yang tak lah mantop sangat pun. Tapi, the best part is.. saya suka, sebab kalo tak mengajar BI, saya tak amik kesah pun grammar saya... hahahhahaaa.... Kiranya sambil mengajar, saya pun belajar jugak.. :)
*
Saya tak taulah sekolah lain macammana. Ada ke mana-mana cikgu yang baca blog saya nih? Kat sekolah u olls sama tak format soalan dengan sekolah saya? Atau mana-mana mommies yang ada anak darjah dua... sama tak ekkk???
*
Tujuan saya buat entri ini adalah sebagai peringatan kepada saya (dan kawan-kawan)... walaupun akan datang no more Math & Science in english, tapi anak-anak masih perlu dimantapkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris juga sejak peringkat awal lagi... setuju????


Wednesday, February 10, 2010

TAK SUKA!!! TAK SUKAAA!!!!!!

Ku ada meeting PIBG hari ni pukul 5pm. Haihhhhh... tak sukak btol lahhhh kena meeting petang-petang macam nih. Besok lakiku nak berangkat, ku tak balik-balik umah lagik sekarang. Nih meeting kompem abih pukul 7. Nak monteng, tak bleh pasal dah dua kali meeting mak escape... huhuhuuu... :(

Ni lagi spuloh minit nak kul 5, tapi ku masih sempat update blog sambil nenen adik. Adik pun macam tammo lepas ibu pi jer... Huhuhuuuuuu.... :(


SESUNGGUHNYA saya-tak-suka-kena-keje-sampai-petang.. :(

Tak Sempat-Sempat....

Tak sempat-sempat saya nak mengupdate blog. Agak mandom, kekeringan idea. Kerja pun macam banyak ajer. Internet kat sekolah pulak macam biskut, kejap ada kejap takde. Sekarang ni asik balik petang sebab ada training olahraga untuk murid-murid. Bila balik, memang dah lepak. Tak larat dah nak bukak lappy. Bila balik lambat, nak berulit dengan hubby anak-anak lagi. Tak suka betul kena balik petang, kesian anak-anak yang dah biasa tengok saya balik cepat. Nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat jugak. Saya rindu nak berblogging sebenarnya.

Esok hubby dah nak ke Qatar semula. Tinggallah kami anak-beranak lagik... huhuhuhuuuuuu.... Nampaknya kami terpaksalah 'beraya' sendirian minggu depan. Baru berangan nak berjalan-jalan lagi cuti panjang Raya Cina, nampaknya... meroyan dengan adik-adik sendirik je lahhhh... :P
Harap-harap hubby tak pergi lama sangat kali nih. Sebulan lebih kot... Sebulan lebih tak lama??? Tak lama sangatlah untuk orang yang dah biasa kena tinggal macam saya nih. Tapi mak ayah dah ada, tak lah saya boring sangat kan.

Itu sajalah update hidup saya yang huru-hara terkini... :D

Monday, February 8, 2010

Projek Malam Hari...

Puas hati saya bila saya telah mendapat idaman hati untuk melicinkan perjalanan projek malam hari saya. Memang projek ini selayaknya saya buat di waktu malam sahaja, ketika sudah bersedia hendak tidur. Suasana yang dingin gelap-gelita memang membuatkan saya amat memerlukannya. Dialah yang saya harapkan menemani kesunyian di saat saya hendak melayan mata untuk belayar ke lautan sepi. Saya harapkan dengan keberadaannya di sisi saya, tidaklah saya sukar lagi hendak melelapkan mata. Ehemmmm.... anda pikir apa tu??? :P

Dia yang saya maksudkan adalah ini.................................................


*



*




*



*



*




*



*



'Kekasih Gelap' saya yang terkini....
Energizer Booklite...


Memang sudah lama saya mengidam nak carik booklite nih. Sebab selalu kalo saya nak tido, saya mesti nak membaca. Bila tak tutup lampu, anak-anak pun susah nak tido. Dalam bilik kami memang tak ada lampu tido pun, sebab saya tak suka langsung ada cahaya waktu nak tido. Lagipun, Mr Hubby selalu marah kalo saya guna lampu tido untuk nak baca buku. Makin rabun saya jadiknya nanti.

Saya pernah terbaca kat blog Cik Fid dan Kak Norhayati Berahim pasal booklite nih, tapi asik terlupa je nak beli. Namun semalam saya telah berjaya mendapatkannya di Jusco Tebrau dengan harga RM24.90. Jadi dengan gembiranya tido malam saya semalam adalah bertemankan si dia yang baru. Best sehhhh.. punya jakun, tiba-tiba jadik tak mengantuk pulak.. wakakakkaa... Sekarang saya tengah habiskan novel Ranting Cinta Si Plato.

Semalam jugak saya dah beli Bumble Bee Waterproof Badpad di Mom's Care dengan harga hanya RM38.30. Harga asal RM47, ada 20%... berbaloi-baloi... :D