Friday, January 29, 2010

Bila Anak Mencuri...

... Apakah tindakan anda???
... Mengapa anak sanggup mencuri???
... Salah siapa??? Salah didikan anda atau keadaan yang memaksa???

Bila anak mencuri, sebenarnya bukan cuma mencuri, malah bila anak melakukan apa sahaja kesalahan, pasti soalan yang bermain di fikiran adalah berantai-rantai untuk mencari punca yang satu.

Bukan, pastinya bukanlah anak saya yang mencuri.. heheheee.... Saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku di sekolah saya, yang membuatkan pelbagai persoalan bermain-main dalam kepala saya.. mengapa, kenapa dan apa???

Ada dua beradik di sekolah saya yang memang well-known dari dulu lagi bermasalah, si kakak darjah enam dan si adik darjah empat. Bukan masalah apa, masalah kewangan kerana si ayah sedang melanjutkan pelajaran, sedang buat degree di salah sebuah kolej swasta. Anak-anak ini adalah bijak, semuanya di kelas pertama. Kasihannya mereka sebab keperluan pembelajaran seringkali tidak mencukupi. Buku tulis selalu kurang. Buku kerja tambahan langsung tidak pernah dibeli. Bukan hanya pada tahun ini. Seingat saya sejak si anak bersekolah lagi. Saya mengajar si kakak sejak dia darjah dua dan tiga. Kemudian tahun ini, saya mengajarnya lagi. Si kakak adalah sangat pendiam. Kalo kena maki bebel dengan cikgu, muka dia adalah sangat innocent, macam tak ada perasaan... yang mana memang akhirnya pasti sakit jiwa bila tengok muka selamba-ya-ya-selamba-pa-pa expressionless itu. Kami cikgu-cikgu memang sedia maklum, tak perlu marah murid yang tak beli buku kerja, sebab hakikatnya bukan salah murid tapi salah ibu-bapa. Tapi kadangkala.... membebel dan guru bagaikan irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan... Namun cikgu-cikgu, dalam pada membebel, hulur jugak buku kerja untuk murid. Yer.. biasanya guru matapelajaran akan belikan aje buku untuk murid itu. Kasihan... apalah sangat hulur buku yang tak sampai sepuluh hinggit itu untuk anak murid kan??? Lagipun, tak lah ramai mana pun murid bermasalah macam tu. Biasa sorang dua ajer.

Namun si adik adalah berbeza dengan si kakak. Si adik lebih agresif dari si kakak meskipun si adik pun perempuan jugak. Nak dijadikan cerita, sorang mak budak telah datang mengadu yang buku anaknya selalu hilang. Buku tulis, dan yang terkini buku kerja. Mereka memang syak si adik ini yang mencuri buku kawannya tu atas beberapa bukti yang dilihat. Bila cikgu kelas investigate, ternyata memang betul budak tu mencuri buku kawannya gara-gara takut cikgu marah. Adapun, guru yang marah tu kebetulannya cikgu baru, tak kenal murid dan tak pulak bertanya masalah murid, atau tanya pada cikgu-cikgu lama, kerjanya nak marah ajer murid tersebut. Kami memang rasa sedih dengan situasi itu. Bukan sedih sebab cikgu baru tu, orang baru.. biasalah buat silap di sana sini. Cuma sebagai guru, haruslah up kan sikit sensitivitinya dalam berhadapan dengan murid-murid bermasalah.

Yang buat kami sedih, sebab mengenangkan nasib anak itu. Keinginan belajar adalah tinggi, tapi ibu-bapanya mengambil mudah keperluan anak-anak. Sangat kasihan. Bapa nak sambung belajar adalah bagus untuk masa depan keluarga. Tetapi janganlah sampai kebajikan anak terabai. Anak yang terdesak kadangkala melakukan perkara tanpa berfikir.

Berhadapan dengan situasi begini, amat menyentuh hati saya. Membuat saya berfikir, dalam apapun keadaan, keperluan dan kebajikan anak-anak adalah yang paling utama. Anak-anak adalah amanah, mengabaikan anak-anak bermakna kita sudah menjadi tidak amanah. Bila anak mencuri... memang akan terkena tempiasnya kepada ibu-bapa. Sama-samalah kita menjaga amanah yang telah dikurniakan kepada kita ya kawan-kawan...


Thursday, January 28, 2010

Telah Sampai...D

Keterujaan saya adalah memuncak bila parcel yang saya nanti-nantikan telah sampai hari ini di sekolah. Tak sempat-sempat nak tunggu balik, saya dah bukak parcel tu.


Dan... Jeng.. Jeng... Jenggggggggg!!!!!!!!


*



*




*





*




*




*


Inilah diaaaa.......

Novel Ranting Cinta Si Plato, karya terbaru Pn. Norhayati Ibrahim
&
Setulus Cinta, hasil Pn. Norhayati Ibrahim



Pertama kali membeli novel secara online. Saya beli dari SINI. Sebenarnya saya beli online sebab tak sabar menunggu novel baru Kak Yati sampai di Johor. Memang kalo novel-novel baru nih lambat nak sampai sini. Jadi beli online adalah solutionnya. Lagi pulak postage fee adalah percuma wehhhhh!!!!!!!! :D

Tapi... oleh kerana kesengalan saya, yang waktu order tu tak check buku yang dah ada, maka inilah yang berlaku......

Rupanya mak dah ado Setulus Cinta tuuuuuu... :P


Saya memang tak ingat langsung yang saya dah baca cerita nih. Saya baca sinopsis cerita nih masa nak order online tu, terus rasa best citer nihhhh.. Terus jer order... hahhahaaa... Padan muko mak cikkkkk!!!!!

Tapi tak apalahhhh ada dua pun sebab novel yang baru saya dapat ni ada ini.......

Ekslusif tandatangan Kak Yati.... :)


Saya memang minat habis dengan Kak Yati. Saya tahu Kak Yati pun selalu baca blog saya... Terima kasih kak sebab sudi baca bebelan saya yang selalu merepek nihhh.. hahhahaaaa.....
Saya pun suka baca BLOG KAK YATI. Saya suka tengok telatah anak Kak Yati yang sangat comel itu... teringat saya pada Aina, sebab mereka sebaya.. :)
Lagipun bila membaca kisah Kak Yati di blognya, terasa dekat dengan penulis kesayangan saya ini... :D

Inilah antara koleksi novel Kak Yati yang saya ada...



Setelah saya semak-semak, saya nak senaraikan balik novel-novel Kak Yati yang saya belum ada lagi untuk rujukan diri sendiri lain kali nak order, check dulu!!!

1. Dia Lebih Mengerti
2. Andai Semalam Ku Miliki
3. Bunga Kasih
4. Hati Yang Luka

Novel-novel ini bakal saya order online aje dari Kak Yati nanti... :)

Siapa antara kalian yang suka novel Kak Yati, sila angkat tangannnnn!!!!!!!! :D


Wednesday, January 27, 2010

Sibuk...

Saya sibuk, dateline untuk update data makin hampir, jadi mesti siapkan cepat sebelum hujung bulan ini. Waloupun sibuk, masih sibuk-sibuk jugak nak menulis sebaris dua ayat dalam blog.. hahahahaaa....

Siapa lagi yang sibuk?? Anda sibuk jugakkah??? :)

Saya yang sibuk;

Tuesday, January 26, 2010

Pre-Holiday...

Tajuk tak bley blah, pre-holiday lah konon... mungkin lebih klasik baik kalo letak tajuk Sehari Di Temasik... :P

Konon nak update semalam, tapi tak sempat nak letak watermark pada gambo. Weekend lepas, kami sekeluarga menghabiskan masa sehari di Singapore, lebih tepat di Zoo Singapore. Yer...rakyat jelata di Johor adalah sedang berkabung, tetapi saya berseronot-seronot berjalan pulakkk??? Bukan tidak menghormati, tetapi dah lama merancang nak bawak anak-anak ke sana, sejak hubby di Qatar lagi kami dah plan.. maka harus pergi jugak kelmarin. Lagipun hubby akan ke Qatar semula tak lama lagik... huhuhuuuuu... Takut tak sempat pulak kalo bertangguh..

Pukul 6 pagi saya dah bangun. Prepare sandwich dan barang-barang yang nak di bawa. Then pukul 8 lebih kami dah gerak. Singgah ke rumah ella-sham dulu sebab hubby nak pinjam GPS. Memang best laa ada GPS nih, tak sesat langsung. Membuatkan saya telah tolong listkan GPS dalam wishlist Mr Hubby jugak... :P
Dalam pukul 10 kami dah ada kat Cosway. Nak lepas Imegresen Malaysia tak susah sangat, lalu-lintas adalah lancar. Tapi Kat Cosway agak slow moving.

Jammed @ Cosway...



Pukul 11 dah sampai kat Zoo Singapore. Wehhh... tak jauh sangat lah dari Johor. Lepas je Cosway dah sampai. Bukan Aina dan Ainin je yang seronok. Saya pun suka giler.. hahahahaa...

Zoo Singapore adalah sangat BESTTTTT!!!!!!! Two thumbs up!!! Memang cantik sangat, nampak hidup, haiwan-haiwan dia pun memang terpelihara - bersih dan sihat. Kawasan dalam zoo adalah sangat bersih dan indah. Saya tak jumpa langsung sampah bukan dalam zoo jer, kat luor pun sama. Memang Singapura negara yang bersih.. sangat respek hokehhh!!!

Harga masuk, kami ambil package yang sekali dengan tram dan boat ride - Dewasa 23.36SD (RM 55.60) dan kanak-kanak di atas 3 tahun 11.68 SD (RM 27.80). Memang agak mahal lah untuk nak masuk zoo, tapi memang berbaloi sebab sangat puas hati. Ada macam-macam aktiviti kat dalam zoo. Setiap bahagian ada show, kemudian setiap kali feeding time, pengunjung boleh tengok dan ada penerangan.. interesting!!! Kawasan zoo nya memang luas dan setiap inci kawasan zoo dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kat sana tak ada seekor haiwan pun yang macam hidup-segan-mati-tak-mahu macam kat satu zoo tu.., boleh katakan semua haiwan adalah sihat dan aktif. Kami naik bot dulu, jalan, kemudian bila penat naik tram, jalan lagik dan naik tram lagi.

Cerita banyak pun tak guna, kalian layanlah gambo yang banyak nih sampai muntahhhh.... :P


At the entrance...





Feeding time!!!...




The Animals...
Blue Hippo..

"Lipennnn..." Kata Ainin... :P


The crocs...



Lawak rambut(?) kuda nih... :P


The lazy kangaroos... :P


The White Tiger...
Harimau ni yang dulu ada kes makan orang tu...


The Giant Tortoise...



Menuju ke bot...


On the boat...


Beatiful sceneries...
Cantik kannn???? :)


During the show..
Susah nak tengok Mat Saleh kena 'buli' macam nih... :P


Our moments... :)



Apapun memang seronok lah kat sana. Anak-anak pun excited. Saya memang kagum. Rasanya zoo-zoo kat Malaysia patut buat macam Zoo di sana. Setakat nih, saya rasa zoo Melaka ok lah jugak. Saya tak tau Zoo Negara macammana? Maybe orang KL bulih bagi review. Hubby kata kami patut memantau melawat Zoo Negara pulak nanti, nak tengok best ke tak.. :P

Lepas dah penat jalan habis pusing satu zoo, dalam pukul 4 lebih gitu.. kami pun bertolak ke Orchard Road untuk sesi cuci mata. Dari satu kompleks ke satu kompleks kami terjah. Kami tidaklah bershopping, tapi survey-survey harga wishlists sahaja. Nanti nak compare harga dengan price kat negara sendiri, kalo lagi murah maka bolehlah membuat 'come back' ke sini... :P

Nite view @ Orchard Road...
Berlatarbelakangkan shopping complex yang ada butik LV


Singapore memang menarik untuk dilawati. Itu baru pi ke zoo dia, kalo dapat jalan ke Pulau Sentosa, haruslah lebih syiokkk lagik.. :)

Cuma... errrr... ada dua perkara, makan adalah mahal gilors... kami makan KFC untuk 2 orang adalah sama dengan harga makan SR kat Malaysia.. huhuhuuuuu... Semalam pertama kali makan aiskrim Cornetto yang giler mahal, nak dekat RM 10 satu... Kata hubby beli masa F1 pun baru lima hinggit... wakakakakaaa... :P

Satu perkara lagi, surau dan masjid adalah sangat susah mau jumpa. Tak macam kat negara sendiri, kat mana-mana pun ada surau/masjid.

Kalau berpeluang, bawaklah anak-anak berjalan ke sana. Syiokkkk u ollsssss... :P



Thursday, January 21, 2010

Selesai Sudah Langkah Kedua...

Kesinambungan dari LangkahPertama saya, maka haruslah ada Langkah Kedua.

Langkah kedua adalah, booking tiket flight ke destinasi idaman. Maka malam tadi, Mr Hubby telah membuat online-booking... thank you darlingggg!!!

Alhamdulillah, acara menempah tiket telah sukses. Lega bila dah confirmkan booking. Maka, dengan ini selesai sudah langkah kedua....................

*



*



*


*


InsyaAllah, dengan keizinanNya, maka kami akan bercuti-cuti ke sana sekitar bulan Jun nanti. Harap-harap tiada apa yang menghalang. Tiket dah bayar wooooo.... :P

Dan yang lebih menarik lagi, UmiSufira and family akan menyertai holiday ini... yeaayyyyyy.... Setelah sekian lama merancang keluarga percutian ini, akhirnya kami benar-benar akan melaluinya. Sesungguhnya mak dan Mimi adalah sangat excited!!!!!!!!!!! Tak sabar nak tunggu bulan Jun nanti. Lepas nih tido malam kami bermimpikan pulau nan indah sokmo lahhh... wakakakakaaa...

So the next steps will be, organizing what should be done there. Ada sape-sape nak join kami di sana??? Masih sempat nak booking tiket nih.. :D

Saya adalah di awang-awangan ketika ini......... wakakkakakaaaaaaa.......... :P


Wednesday, January 20, 2010

Laga, Melagakan, Dilagakan???

Laga adalah kata kuncinya, bila ditambah imbuhan Me dan Kan dah membawa maksud satu perbuatan dan bila ditambah pula imbuhan Di dan Kan, maka akan adalah yang menjadi 'mangsa' di situ... errrr... faham ke? Saya bukan cikgu BM, tapi sibuk nak terangkan jugak... hahahhaaaa....

Tetapi hari ini saya bukan nak buka kelas Mari Belajar Bahasa Melayu di sini. Cuma saya nak berkongsi sesuatu yang menjadi kemusykilan sejak akhir-akhir ini.. Senario yang saya sering lihat atau dengar adalah senario melagakan dan juga dilagakan.

Saya harap kawan-kawan blogger bukanlah insan yang tergolong dalam 'melagakan' itu. Sedihnya, bila saya sejak akhir-akhir ini banyak mendengar kisah kawan-kawan saya dilagakan sesama sendiri oleh orang yang dikenali. Tak dapat dipastikan apakah motifnya. Sampai ke sudah memang tak paham, kenapa orang ini sanggup melaga-lagakan orang-orang lain.

Kadang-kadang manusia nih pelik.. kenapa saya kata pelik??? Sebab sengaja membuat huru-hara dan kacau-bilau pada kehidupan orang lain yang tenang dan sejahtera. Kalau macam gitulah kan, apakah lagi motif yang boleh dilihat selain dari sakit hati melihat ketenangan hidup orang lain??? Mungkin lah kannn.. bila kehidupan sendiri adalah tidak tenang, maka tak senang hati jugak tengok orang lain hidup tenang, jadi apa yang boleh dibuat.. kasik huru-hara sedikit kehidupan orang. Sedangkan kadang-kadang kita bukan tahu di sebalik tabir kehidupan orang lain. Mungkin orang lain bukan macam kita yang segala dalam kain pun nak heboh kat orang lain. Mungkin ada orang, masalah dalaman lebih suka disimpan seorang tak perlu nak berkongsi-kongsi dengan orang lain. Jadi tak perlulah nak rasa sakit hati bila tengok orang lain macam tenang jer kehidupannya. Setiap orang pun ada masalah betul tak? Cuma macammana cara kita handle masalah itu saja yang berbeza-beza. Lagi satu, kadang-kadang laman rumah orang memang nampak berseri-seri, tapi laman rumah kita nampak macam tak best.. anggap saja itu ilusi optik.. hehehheheee...

Saya harap orang yang suka melagakan orang lain ni, bertaubatlah. Uruslah kehidupan sendiri, tak usah sibuk-sibuk dengan urusan orang lain. Kenangkanlah kebaikan seseorang itu. Itu lebih baik dari menyimpan rasa sakit hati dan dendam yang tidak berkesudahan...

Kalian pernah tak berhadapan dengan situasi sebegini.. menjadi mangsa dilaga-lagakan tanpa diduga???????


Ku Mahu Jua...

Sejak semakin bijak nih, adik asik nak berebut barang dengan kakak dia. Apa sahaja yang kakak punya, dia nak jugak. Kalau mood kakak baik, kakak tak kisah apa yang adik nak. Tapi kalo kakak tuned mood kedekut dia, maka akan berlakulah sesi berebut barang yang akan berakhir dengan tempikan mak lampir yang meroyan sungguh membingitkan telinga yang mendengar.. :P

Lately, ini yang menjadi rebutan si adik dan si kakak... botol air Barbie kakak....

*


*


*


Saya beli itu di kedai mainan kesukaan ramai masa sibuk-sibuk shopping barang keperluan si kakak nak bersekolah. Si kakak kan sibuk verangan nak jadik princess.. maka barangan dia semuanya haruslah bercirikan princess - pink dan ada perempuan cantik.. ikut perangai sapelah nihhh??? Semuanya harus ada ciri-ciri itu, beg sekolah, pencil box, storybooks, etc... Layan jek laaaa... :D

Dan si adik memang cukup berkenan dengan botol air kakak tu. Sebab utama adalah botol air tu ada tali, dan dia suka nak sangkut dekat leher dia sambil jalan ke hulu ke hilir. Korang bayang kalo time dia sangkut botol air tu, si kakak berebut nak, dia tarik botol tu... aiyyooo sungguh horror okehhhhhhhhh...tu pasal mak lampir menjelma. Botol air yang adik punya, dia taknak dah pasal tak ada tali... huhuhuuuu

Lalu, misi saya yang seterusnya adalah mencari botol air bertali untuk si adik pulak. Saya dah ulang kedai mainan kesukaan ramai itu dua kali masa hubby tak ada, tapi kehabisan stok di sana. Maybe sebab ramai budak perempuan comel yang nak botol air princess tu.. hahahhahaaa.... Pergi kat kedai-kedai lain pun tak jumpa.

Hari tu, kami ulang sekali lagi ke kedai mainan kesukaan ramai itu. Fuhhhh... Alhamdulillah, ada.. Tetapi, masalahnya memang lah ada yang princess tu, tapi bukan jenis straw, tapi jenis lain yang memang tak sesuai untuk adik. Botol air bertali yang ada straw adalah jenis-jenis karakter Spiderman dan Transformers, mana matching dengan adik comel saya itu.

Namun kami memang kena jugak beli satu untuk adik. Maka... kami terpaksalah pilih yang ini.....

*

*

*

*


Bob The Builder adalah lebih 'lembut' sikit dari Spiderman dan Transformers. Bila bagi kat adik... fuhhhh... nasib baik adik suka ajer. Yang penting ada tali untuk gantung kat leher... hahahhahaa.. Nasib baiklah adik belum mabuk princess macam kakak. Settle satu perkara... :P

Adik dan kakak pujaan hati ibu dan abah... :)