Friday, July 17, 2009

Kronologi Seorang Ainin Sofiya...

17-07-2008... Khamis

Hari ini, Setahun yang lalu...

2pm : Hari ni, kandungan aku cukup 38 minggu. Hari ni jugak aku kena p weekly check-up kat Hospita P*enawar. Masuk je bulan Julai ni, aku memang rasa tak larat btol nak bawak perut. Baby memang dah rasa kat bawah sangat. Kawan-kawan yang seperjuangan dah bersalin minggu lepas, walhal due lagik lambat dari aku... ohhh... sangat psycho okeh membawa perut besar kat skolah nih tanpa rakan-rakan seperjuangan. Hampehnya semua orang nampak aku asik cakap ayat yang sama, "eh, tak branak lagik???" Cettttt.....
Hubby tak dapat nak teman check-up arinih. Pagi-pagi aku sempat cakap kat hubby,
"standby tau, kalo Dr suh branak, orang branak jer..." Beg baju memng dah stand-by dalam bonet.
Masuk je bilik gynae, Dr cakap, "ehhh.. u blom bersalin lagik???" cetttt..apakahhhh??? Mentang-mentang laaa dia outstation 2 minggu, dia bajet aku dah branak laaaa tu.. Tidakkkk...aku memang tunggu ko balik Dr, memang teringin beno branak ngan ko... :P
"Jom saya check, jalan dah bukak tak..."
Aku pun, baring lah menyerah perut macam biasa. Dr check scan baby dulu. Owhhh... baby memang dah engaged.. patut laaa aku rasa macam nak terkuor jer...
Dr check bukaan faraj.. ayoyooooo... sakit nyahhh...
"Jalan dah bukak 2cm nih. U bersalin lah hari ni ok?? Kalo u nak bersalin, masuk wad lah.. I pecahkan mentoban. Kalo duk umah... memang lambat lagi,"
"Hahhhh??? dah kena bersalin ke Dr??" Alamakkkk... apsal aku menggigil macam tak pernah branak nih..
"Bersalin je laaaa... jalan pun dah bukak. Call husband u ok, I prepare u masuk wad,"
"Dr... ni bersalin normal kan??"soal aku. mampos nak bayo kalo kena operation
"Yer... normal laaaa... Saya pun tak suka operation, unless terpaksa,"
"Dr... errr...takut laaaa..." bodo je aku ngaku takut depan dr...ngeee...
"Nak takut apa, anak nombor dua kan ni??" Dr Thokha sengih-sengih kambeng kat aku.. :P

Aku pun call Hubby, "abang, cepat datang.. orang nak branak nih," kataku sambil gelak-gelak.
"Serius ke nih??" hubbyku kompius..
"Yer... dr kata jalan dah bukak.. branak je laaaa...cepat datang,"
"Sakit tak??"
"Tak lagi... cepat tawwww,"
"Ok...ok abang datang skang.." daddy second time to be panik-panik sket.

Aku baru teringat lom makan lagik nih. Aku gtau nurse aku nak p makan dululah, baru admit.

4pm : aku masih kat Mc D, melantak isi perut dulu. Siap makan sundae coklat okehhh... :P
Tiba-tiba nurse call tanya jadik masuk wad tak... hahahaaaa.... Cepat-cepat aku ajak hubby blah.
Sempat singgah umah mak tengok Aina dulu. Kiss Aina... mana laaa tau tak dapat nak kiss Aina lagi... huhuhuuuu....gtau Aina, ibu nak p spital amik baby tauuu...

6pm : Admitted to ward. Terus masuk labour room. Dr check, standby malam nih induce untuk cepatkan bukaan jalan. Makanan sampai, Dr kata makanlah dulu. Lepas makan, nurse masukkan ubat berak. Terus menggelupur ke toilet.
Huhhhh... lama-lama dalam labour room nih, mak kecut perut gakkkk...

9pm : Start induced. Aduyaiiiii... masa nih dah start sakit. Huhuhuhuuuuu... SAKIT!!! SAKITTT!!! SAKITTTTT!!!! Sakit setengah jam sekali. Mak ayah aku boleh melawat lagik aku time tu. Cuak mak aku tengok aku menahan sakit. Adik aku pun datang melawat.. wahhhh ramai tul teman aku dalam labour room. Hubby balik mandi-manda kejap sementara ramai yang temankan aku.

10pm - 11pm : Aku masih lagi menahan sakit, sakit dah datang 15 minit sekali pada jam 11pm tu. Dr tak masuk lagi sebab ada patient kat klinik dia lagi. Moral of the story, lain kali pilih hari yang dr takde klinik...
Jalan dah bukak 7cm. Nurse slowkan volume induce. Aku dah takleh nak pikir apa, hanya menahan kesakitan hinggalahhhhh.....

...To be continued....


Thursday, July 16, 2009

Resepi Kebab Daging Blackpepper Sukahati

Di atas permintaan peminat Umi Sufira, maka kutempekkan jua resepi kebab daging blackpepper yang aku bikin untuk dinner malam tadi.

Bahan-bahan :

Roti pita (boleh dibeli di Tesco, Giant atau yang sewaktu dengannya)
Mayonis
Sedikit minyak masak untuk menumis
Daging cincang RAMLY
1/2 batang carrot dihiris nipis
Bawang besar sebiji - dihiris nipis
Bawang putih 2 ulas - dicincang
Lada hitam yang dikisar - ikut suka tahap kepedasan
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air - untuk melembutkan daging
Garam secukup rasa
Gula pasir sesudu

Cara-cara:

- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih yang dicincang.
- Setelah naik bau, masukkan bawang besar, tumis hingga agak-agak layu
- Masukkan daging cincang, gaul bersama bawang dan biar hingga air daging kering
- Masukkan lada hitam, sos tiram, garam dan gula
- Masukkan juga air sedikit, untuk melembutkan daging cincang
- Setelah daging agak-agak dah lembut, masukkan carrot
- Bila daging dah masak, carrot dah lembut, tutup api

- Potong dua roti pita yang berbentuk bulat itu.
- Sapukan mayonis ke dalam roti pita
- Masukkan daging black pepper ke dalam roti pita
- Panaskan guna microwave atau atas non-stick pan
- Sedia untuk dibaham... :P


Mudah ajer kan resepi dia... Lagi best sebab boleh letak daging banyak-banyak dalam roti... yummmyyyyyyyyyyyyyyyy......... :D

Wednesday, July 15, 2009

Yang Tertunggak...

...bukanlah bil telefon, bil air mahupun apa jua bil yang ada.
Tetapi ini....

*



*




*



*


*


Kebab daging bersama thousand islands.. :P
Patutnya campur mayonis, tetapi rupanya mayonis udah kehabisan...
Makan malam kami malam ini. Sepatutnya menu ini dibuat semalam,
tetapi lamb chop lebih menggoda tekak.

Owhhhh... bukan itu sahaja.. salad semalam masih ada lagi,
juga ku goreng wedges sebagai peneman kebab dan salad.

Esok akan masak nasik pulak. Ada ikan pekasam dalam fridge yang sudah
melambai-lambai aku. Tekak aku yang sedang makan kebab,
terasa kelemak-masinan ikan pekasam ittew.

E'ehhh.. nape tekak aku nih larung sungguh semenjak dua menjak nih ekkkk....:P

Sekali lagi kawan-kawan.. sila jamu mata.. jemput..jemput...

Tak Ada Tajuk... :P

Hari ni dan esok mak dan ayah aku menghadiri kursus perdana haji kat Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Bermakna... tak ada siapa lah yang nak jaga Aina dan Ainin. Hmmmm... aku memang kompem laaa takleh nak coti. Jadik cikgu nih bukan senang-senang nak amik coti. Lagi pulak Isnin lepas aku dah amik MC.

Maka setelah diperbincangkan... Encik Abah lah yang kena beralah. Terpaksalah Encik Abah mengambil half day arini dan esok. Dan aku perlulah mintak balik skolah pukul 1, sebab tengahari Encik Abah kena masuk opis pulok.

Pagi ni bangun, dah pesan kat Encik Abah schedule anak-anak hari ini.
- Abah, Ainin minum dalam pukul 8.30 ke 9 ke tawww.
- Abah, nanti pukul 12 bagi derang makan... semua dah siap, tinggal abah panaskan je.
- Abah, nih baju-baju budak-budak ni tawww...

Jadi, semua memang dah well-prepared untuk Encik Abah dan anak-anak nya. Semoga bila aku balik nanti semuanya sihat-sejahtera. Tapi, memang kena set-up dalam kepala, kalo umah porak-peranda biarkan saja.. :P

Terima kasih yer abah.... nanti ibu bagi upah... kuikuikuiiiii... :D


Tuesday, July 14, 2009

Mari Menambah Kalori... :P

Hari ni dari pagi lagi aku dah terbayang-bayang apa yang nak dimasak untuk dinner malam nih. Pagi tadi aku sempat menyumbat belen inti sotong semalam dalam roti pita untuk breakfast. Jadi roti pita masih ada lebih lagi. Terasa malas pulak nak makan nasik malam ini. Dekat anak tekak dah terbayang-bayang keenakan kebab daging blackpepper bersama mayonis... nyamnyammmm... Jadi confirmlah itu yang akan aku masak malam ini untuk hidangan buat suami terchenta... :P

Maka balik dari menghantar laporan data ke PPD, aku terus singgah ke T*ESCO. Setelah pusing sana pusing sini, mencari bahan-bahan yang diperlukan, aku singgah ke bahagian frozen untuk mencari daging cincang. Tapi aku ternampak lamb chop black pepper yang begitu menggiurkan di antara stok-stok daging yang ada. Ewahhhhh... tekakku sudah mula menelan liur. Terasa-rasa pulak enaknya rasa manis-pedas daging kambing black pepper melalui tenggorokku.. sungguh buruk lantak di situ. Agak lama jugak aku merenung kambing itu. Menimbang-nimbang jumlah kolesterol mahu beli atau tidak... Dan akhirnyaaaaa............................................

*


*


*


*


Inilah dinner kami malam ini....
Lamb chop black pepper with wedges and caesar salad...


Sila bayangkan kalori yang berebut-rebut amik tempat dalam perutku.. :P



**Errr... Esok malam ajelah buat kebab daging black pepper tu yer... :P



Special Entry To Mama Ealyie...



Di hari yang berbahagia ini, aku ingin mengucapkan Happy Birthday kepada Mama Ealyie sempena hari ulangtahunnya yang ke .................. ???? .................. biarlah rahsia... :P

Bebs.. Semoga ko mendapat keberkatan di dunia dan akhirat, semoga ko dikurniakan kebahagiaan, murah rezeki dan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Dengan bertambahnya usia, aku doakan agar ko menjadi the best mama untuk anak-anak ko.

All the best bebe............... :)

Bertahankah???

Semalam petang aku menghabiskan masa menonton citer Hindustan, U Me Aur Hum. Dah lama tak layan citer syahdu tangkap leleh macam nih. Dah lama jugak tak menatap wajah peberet mak, si Kajol nih. Kali nih bergadingan dengan husbandnya.


Citer dia memang sedih lah..tipikal hindustani movie kan. Tapi kisahnya memang membuat aku tersentuh. Kisah seorang isteri yang tiba-tiba menghidap Alzheimer. Tiba-tiba si isteri mula terlupa tentang dirinya. Sedihnya masa tu dia preggy. Doktor nasihatkan supaya gugurkan kandungan sebab membahayakan keduanya namun suami-isteri itu masih bertahan. Ada sedikit part yang ala-ala Beautiful Minds, di mana si isteri letak anak dalam bath tub, penuhkan air dan kemudian terlupa. Selamba tinggalkan anak dia sampai lemas. Nasib baik suaminya balik, kalo tak mati baby tu. Yang menyentuh hati macammana si suami yang merupakan Doktor Sakit Jiwa, yang selama ni menasihatkan orang lain menghantar pesakit ke rumah sakit jiwa, tetapi bila dia menghadapinya, macammana susahnya dia nak buat keputusan untuk menjaga orang yang paling dia sayang itu atau hantar saja ke rumah sakit jiwa.

Kisah ini membuatkan aku tertanya-tanya..agaknya bila ketika kalo kita diuji dengan penyakit yang berat macam ni atau yang lebih berat lagi... Nauzbillah... apakah mampu pasangan kita bertahan menjaga kita? Atau jika sebaliknya, bertahankah pula kita menjaga pasangan kita? Akan tabah dan sabarkah kita? Kalau dah tua, lainlah cerita kan..hukum alam memang perlu dilalui. Ini kalau kita di usia muda? Dengan nak membesarkan anak-anak lagi.. Besar dugaannya kan....?

Aku ada melihat kes-kes sebegini... kisah kawan sendiri. Yang seorang ini... isterinya disahkan menghidapi kanser payudara. Belum ke tahap kena buang, tapi perlu menjalani kemoterapi beberapa kali. Dan si isteri ku lihat sudah sangat lemah. Tubuh yang segar-bugar dan sihat dah jadi kurus-kering. Anak-anak sedang membesar. Si suami begitu gigih menguruskan rumahtangga, menjaga si isteri penuh ketabahan dan anak-anak. Tak pernah ku dengar dia mengeluh walaupun di dalam hati Tuhan saja yang tahu. Riaknya pun tidak berubah, masih seperti dulu. Kalau orang tak kenal, pasti tak tau pun dia sedang ada masalah yang besar begitu.

Kemudian satu kes lagi si suami yang sakit. Sakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang bersatu. Seminggu, 3 kali kena cuci buah pinggang. Keluar masuk hospital itu dah menjadi perkara biasa. Si suami sampaikan nak memandu pun tak boleh. Si isteri pula tidak bekerja. Mujurlah ketika senang, mereka beringat. Dengan kewangan yang ada bolehlah menyambung hidup. Si isteri gigih menguruskan anak-anak yang masih bersekolah, rumahtangga dan si suami.

Gigihkan??? Aku membayangkan kalau aku ysng sakit, macammana pilu hati aku melihat suami mengambil-alih tempatku dalam rumahtangga. Sedang aku lemah tak berdaya. Sudahlah tak mampu untuk memberi layanan untukny. Melihat pula dia menjagaku. Kemudian, merenung pula wajah-wajah mulus anak-anakku. Sungguh kasihan... ibu sudah tak mampu menjaga mereka lagi. Apalah dayaku ketika itu nanti???

Sesungguhnya aku merasakan itulah puncak segala kesabaran. Suami dan isteri hubungannya bukan setakat di atas kertas atau hubungan jasmani. sahaja Suami-isteri, bila sudah memeterai perjanjian hidup bersama, maka segala susah dan senang harus ditempuhi bersama. Ujian akan datang pada bila-bila masa. Perlu bersedia mental dan fizikal. Semoga saat-saat jerih dan perih itu, kita tidak melaluinya bersendirian. Semoga kita akan setia menemani dan ditemani. Semoga kasih-sayang yang kita jalin bersama pasangan akan tetap berbunga walaupun musim kemarau tiba. Mungkin ketika itulah kita dapat merasai makna perkongsian sebuah kehidupan yang sebenar. Wahai isteri... wahai suami... tabahlah dikau menghadapi musim kemarau yang entah bila datangnya....

Sekadar ingatan untuk diri sendiri, juga kawan-kawan yang sudi berkongsi rasa. Owhhh... kenapa sebak pulak aku rasa?.... :(