Wednesday, July 8, 2009

Dan Sebenarnya.....

..... aku diserang TONSIL.


Semalam balik dari sekolah aku terus pengsan. Suhu badan meninggi, badanku bisa-bisa dan tekakku seakan berduri.

Arini, dah ok semua melainkan tekakku yang masih tak boleh menelan. Nak telan airliur pun susah. Nak bercakap pun payah. Hadoiiii kalo sakit yang melibatkan percakapan nih, memang aku kalah. Ni laaaaaa yang paling berharga bagi aku. Yelah, kalo dah cikgu tak boleh nak bercakap, nak ngajo hape pulak nyahhh ooooiiiiiiiiiiiiiiiii ???????????... :P Jadi anak-anak muridku bolehlah menarik nafas lega seminggu dua ni sebab Cikgu Intan akan kurang melaungkan suara mak lampirnya. But u don't play-play huhhhhh....?

Tadi p klinik, Dr cuma boleh bagi ubat sakit tekak, antibiotik dan ubat demam sahaja. Ubat surutkan bengkak tak boleh makan sebab aku breastfeeding. Jadi memang kena tunggu bengkak nih surut secara naturally lah. Aku tanya lama ker nak surut bengkak. Dr kata depends kat orang. Kalo berlarutan, maknanya kena operation. Nauzubillah... janganlah sampai tahap tu hendaknya.

Masalah aku skang nih, perut sangat lapo tapi tekak tak mampu nak menelan apa-apa. Rehat tadi makan mi soto, hanya mampu hirup sup, mi tak mampu nak telan....huhuhuuuuuu

Jadi kesimpulan demam aku semalam adalah kerana tonsil lah. Bukan kerana lain-lain sebab. Jadi tak payah laaaa berangan nak buat UPT kan... kahkahkahhhhhh.... :D

SERAMMM!!!!! 18SX

Kalian seram tak kalo ada orang berlainan jantina, yang bila buat discussion dengan kalian, cuba nak rapat-rapat, cakap slow-slow, ala-ala nak romantik gitu??? Lagi seram bila yang berlainan jantina tu dah kawen okehhhhh...

Pemantauan dah berakhir. Walaupun pemantauan itu sangat sukses, tapi mak sangat SERAM dengan PEMANTAU itu...
Ini bukanlah pemantauan kali pertama dengan orang yang sama, tapiiii tetap mak SERAM nyahhhh oooiiiiiiiiiiiiiiiii..............................................

Tuesday, July 7, 2009

Susulan...

Susulan dari EntriYangIni, aku dilanda penyakit baru pulakkkk....aduyaiiii....

Malam tadi dah mula sakit tekak, macam ada kulit durian dalam tekak. Nak telan liur pun susah. Tido malamku tak lena, sebab asik bangun minum air dan ke toilet. Dan pagi nih, kepala sudah mula weng. Badan pun rasa sengal-sengal. Nak flu lagikah??? :(

Kelas sangat penuh hari ni sebab ramai cikgu takde, jadi masa free kena relief pulak. Tadi pun sempat ngepam pukul 11am. Setelah B engorged macam hape. Semalam makan bendi, jadi hari ni haruslah lumayan hasilnya. Nasib baik...

Eh aku memang nak baring jek nih. Hubby ajak p klinik, ohhhh tidakkkkk... kalo aku ke klinik, gerenti dapat MC. Masalahnya esok memang tak boleh nak MC. Pemantauan PEKA hari esok. Pastu murid-murid aku ada bengkel Sains, yang wajiblah aku handle. Cikgu-cikgu pulak ramai yang tak ada esok. Huhuhuuuuu... memang tak boleh cuti beb, walopun hatiku meronta-ronta mau berehat saja esok.

Nasib baiklah bahan-bahan yang nak dipantau aku dah siapkan awal-awal. Kalo tak gerenti tak larat nak settlekan.

Mungkin badan aku penat sangat, seminggu keje takde rest. Pastu ditambah pula dengan kesakitan B ku. Waaaaa.... ku sangat unstable sekarang ini.... :(

Ehhhh... tiba-tiba aku teringat... mimpi ngeri di bulan November 2007. Aina nak masuk setahun. Aku dilanda demam yang hebat, tak baik-baik.... Rupanya... owhhhhhh... sudah ada hidupan yang menempel di uterusku. Ainin akan genap setahun minggu hadapan.
Kenapa aku membuat spekulasi ngeri iniiii???????????? Owhhhhh.... tidakkkkkk..... Tak mungkin itu berlaku, kerana aku telah memasang jerangkap samar membuatkan uang terbang melayang okehhhhh.. Kalo lah ada juga embrio yang menempel, akan ku tembak Gynae aku itu.... Hishhhh... ngeri..ngeriiii... Tak mungkin laaa... Spekulasi Bodoh jek nih... Kalian jangan terpengaruh yer... :P

Monday, July 6, 2009

The Transform... ers....

Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, aku bekerja. Yer... minggu lepas aku telah bekerja selama 7 hari... owhhhh... sangat meletihkan. Tapi.. demi anak-anak murid, ku gagahkan jua... Kelas tambahan untuk murid tahun 6 secara ekspress rakyat dah dimulakan. Kesimpulannya, umah aku pun macam dilanggar garuda, dek kerana main kemas mana yang nampak jer. Tak dapek laaa nak servis umah btol-btol. Aku tak sabo nak tunggu weekend nih, supaya aku boleh sambung pejam mata lepas subuh sampai laaaa bila aku bukak mata balik, owhhhh.. sudah terang rupanya.... huahuahuaaaa...

Aku baru jer menghabiskan program melipat baju yang menambun bagai gunung. Sedor diri nak melipat baju sebab bila bukak drawer, tengok stok-stok dalaman sudah makin susut. Dan tak sanggup laa pulak kan nak tengok cik abang membongkar kain-baju dalam bakul untuk carik stok. Nampak beno bini pemalas. Isyyy.. I bukan pemalas tawww.. I tak sempat jer... busy ngalahkan Pegawai PPD Pasir Gudang yang baru bersara :P

Sebenarnya mataku kelat-kelat, tapi gagahkan diri nak update blog pulak. Pastu ingat nak tanda kertas sket. Lusa pemantauan PEKA. Hahhhh.. cepatlah sket kekdahnya... aku tak sabo nak lepaskan pemantauan nih. Dah nak muntah ijo ngadap fail-fail PEKA nih. Selagi tak dipantau, selagi tu tak senang hati nak berblog.

Ahad lepas, sedang dalam kelas, si dia call. Tiba-tiba ajak mak p tengok wayang citer transformers. Haruslah aku meloncat kegedikans. Sebab dah lama gilors tak tengok wayang nih. Eh lama ke.. errr last tengok masa birthday aku. Hahhh lama laaa.. dah dua bulan tuuuu. Tapi aku remind si dia, kalo nak tengok kena laaa hangkut anak-anak dara skali. Takkan nak letak umah mak aku, dah laaa aku keje sampai hari Ahad.. tak patut laaa kan. Hahhhh... terkujat aku bila laki aku kata okehhhhh.. Selama nih, dia memang tammo bawak anak-anak skali tengok wayang, nak-nak si adik sebab dia kata wayang bising... tak sesuai untuk si adik. Tiba-tiba kali nih dia tak kisah pulak. Bagus.. bagusss....

Jadi menonton laa kami empat beranak, bersama-sama dengan family kawan si dia. Aku cuak jugak, takut si Ainin meragam. Dah laaa kitorang duduk kat 3rd lane okehhhh... aku rasa macam nak terkeluar robot-robot tu dari skrin. Masuk-masuk wayang, aku terus umpan adik ngan nenen. Dia bila dapat nenen.. lantak korang lah.. nak perang ker haper... memang nyaman dan tenang sungguh dia dalam pelukan aku bersama nenen tersayang. Tido dia sepanjang citer tu.. hahahahaaa... bagus, bagussss adikkkk... pasni boleh laaa ibu ajak abah slalu tengok wayang. Aina langsung laaa takde meragam. Dia suka betul.. tapi separuh jalan.. tido... nasib baik laaa ibu ngan abah derang tak bantai tido jugak... :P


Kesimpulannya memang laa best kan citer nih. Kalo tak, takkan sampai ramai gilors orang beratur nak tengok citer nih. Owhhh.. aku stop dulu, mata makin berat. Kang aku ke mana, kertas soklan ke mana, blog ke mana... caucincau... ku nak menanda kertas.... huaaarrgghhh




OUCHHHH!!!!

IT HURTSSS!!!!!!!! Hahhhh.. aku tak tau biler mulanya. Tapi aku prasan sabtu lps. My N***** sooooooo hurts!!! Aku rasa macam swelling pun ada. Nak kata luka, aku belek-belek takde pulak. Aku tak tau laaa pesal. Mungkin kah sebab si adik yang asik ngempeng tak hengat. Atau aktiviti pumping ku terlalu lama??? Memang kadang-kadang more than 20 minutes aku pam.

Persoalannya sampai hari nih sakit lagi. Kedua-dua belah lak tu. Waktu adik nak memulakan nenen, atau pam, huhuhuuuuu...mengerekot jari-jemari dan seluruh anggota tubuh aku menahan sakit. Dan akibatnya, dek kerana concern pasal sakit, hasil pam terus tinggal 2oz... mamfussyyyyy... makin laaaa kerap aku ngepam nak cukupkan supply. Aiyoooooo...berapa lama lagi nak tahan sakit nih... Apa aku nak buat beb???? :(

Friday, July 3, 2009

Pertandingan Koir

Pertandingan Koir Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan telahpun berlangsung dengan jayanya semalam di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang. Biarpun terdapat sedikit kepincangan di sana-sini, namun aku sangat lega sebab semuanya dah berakhir. Mengendalikan suatu acara di peringkat kebangsaan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia memerlukan persediaan rapi dari sudut mental dan fizikal. Apatah lagi ketika itu, ramai pegawai dari pihak kementerian pelajaran yang menghadiri pertandingan itu. Apapun tak payahlah aku nak ceritakan mana-mana yang pincang itu. Ini merupakan satu pengalaman besar untuk aku. Semoga menjadi permulaan untuk pengalaman yang lebih besar dari ini... insyaAllah.

Sebelum apa-apa haruslah enterprem dulu perkenalkan MC of the day..
bersama Tuan Guru Besar... :D


Tak dapat berkoir, possing depan stage pun jadik ler...


And here goes the contestants...

Wakil dari Johor
Lagu : Jalur Gemilang & Medley Mama Mia


Wakil dari Kedah
Lagu: Perwira & Seiring dan Sejalan


Wakil dari Kelantan
Lagu : Malaysia Tanahairku & Nyalakan Tekad


Wakil dari Kuala Lumpur
Lagu : Tanah Pusaka & Man In The Mirror


Wakil dari WP Labuan
Lagu : Dirgahayu Tanahairku & Bersatu Selamanya


Wakil dari Melaka
Lagu : Selamat Pergi Pahlawanku & ABBA Forever


Wakil dari Negeri Sembilan
Lagu : Selamat Pergi Pahlawanku & Medley Melayu


Wakil dari Perak
Lagu : Jalur Gemilang & One Night Only


Wakil dari Perlis
Lagu : Putera-Puteri & Warisan


Wakil dari Pahang
Lagu : Tanahairku & Medley Jellicle Cat/The Lion Sleeps Tonight


Wakil dari Pulau Pinang
Lagu : Selamat Pergi Pahlawanku & Come Where The Lilies Bloom


Wakil dari Sabah
Lagu : Jalur Gemilang & Somebody To Love


Wakil dari Sarawak
Lagu : Tanah Pusaka & Phantom Of The Opera Medley


Wakil dari Terengganu
Lagu : Malaysia Tanahairku & Tanya Sama Itu Hud-Hud


Wakil dari Selangor
Lagu : Malaysiaku Gemilang & Leave No Song Unsung Medley



Apapun.. I really enjoy it!!! Sangat best!!! Wakil dari negeri-negeri serata Malaysia sangat hebat belaka. Mak kagum nyahhhhhh....

Mula laaaa menyesal apsal masa muda-mudi dolu tak join koir skolah...huhuhuhuuuuuu.....

Errr... pemenangnya ku tak tau, sebab tak datang masa acara penutup malam semalam. Maklum mak jadik MC untuk pertandingan saja. Penutup, orang lain. Tapi... rasa-rasanya, kalo tak Sabah, Sarawak kot. Haku memang minat tul koir dari Sarawak tu. Meremang bulu kaki roma mak masa derang nyanyi lagu Phantom of The Opera tu.. malatopppp nyahhhhh...

Itu aje lah laporan dari pertandingan semalam tu u ollssss....

Errr... Putrajaya last minit tak datang.. orang-orang Putrajaya tau tak apsal derang tak datang??? :P

Our Beautiful Moment...

Our beautiful moment...

Only us... in our own world




Hmmmmmmm......

Soooooo heaven....... :)


Errrrr... ni bukan entri LUCY yer.... Just sharing the beautiful moment that's only BF mommies will understand.... :D

Sapa setuju angkat tangan... :P