Wednesday, September 1, 2010

Terliur....

Dah lama saya terliur mengidam nak makan kerabu. Tengok kat blog Kak Sally, asik bikin kerabu aje. Tapi saya tak ngidam kerabu mangga... yang ku idamkan hingga meleleh air liur adalah ini.....................

Kerabu Sotong....


Resepi asal saya cilok dari myresepi.net. Tapi saya ubahsuai seperti biasa ikut apa yang ada dalam peti ais.

Bahan-bahan :
  • Sotong (semangkuk - direbus dahulu)
  • Cili Padi - 5 hingga 10 biji
  • Bawang besar - 1 biji (dihiris-hiris)
  • Limau nipis - 2 biji (diperah, ambil jusnya)
  • Daun Ketumbar
  • Tomato - 1 biji (dihiris-hiris)
  • Kacang Panjang - sesuka hati
  • Garam - 1 sk
  • Sos ikan - 2 sb
Cara-Cara :
  • Campurkan semua bahan-bahan bersama sotong yang telah direbus.
  • Gaul rata dan sedia untuk dimakan
Senang giler buat kerabu nih. Mula-mula buat, macam banyak sangat. Sekali dah makan... mak ooiiiii macam tak cukup u ollsss.. walhal kami laki-bini jer yang makan. Anak-anak kompem tak makan sebab pedas. Kalo tau, mak abiskan jer stok sotong yang ada... :P

Korang try laaa buat, sedapppppppppppppppp tawwww.... Saya nih rasa nak buat lagik jer.


2 comments:

Sally said...

emm boleh buat gak ni..ada sotong sikit dlm peti ais ..rasanya nak kena campur dgn timun dan tomato lebih sikit sebab cik sotong ada 2 jer..hheh

Sayang.Ibu said...

ltk kacang pjg sedap kak sally...nyamnyammmmm