Tuesday, March 2, 2010

Mengapa Di Sekolah Perlu Ada Signboard???

Saya diminta clarify tentang kewujudan beberapa papantanda di sekolah-sekolah sekarang ini oleh UmmiNor @ nofaz-alin.blogspot.com
Papantanda yang dimaksudkan adalah :
*

'IBUBAPA/ WARIS DILARANG MENGUNJUNGI KAWASAN BILIK DARJAH' dan

'PELAWAT/IBUBAPA YANG INGIN BERJUMPA GURU, DINASIHATKAN BERJUMPA GURU BESAR TERLEBIH DAHULU'
*
Yelah, zaman kita sekolah dulu kan mana lah ada papantanda macam nih kan. Dolu-dolu mak pak kite kalo datang skolah, bleh redah jer jumpe anak kat kelas. Tak payah mintak-mintak izin bagai. Sekarang nih nak jumpa anak sendirik pun kena mintak izin kah??? :P
*
Owhhhh... zaman dolu dan sekarang lain u ollssss.... Zaman dolu tak ramai orang jahat. Zaman sekarang, orang jahat sangat ramai. Mak pak pun ado yang sanggup bunuh anak sendirik. Jadi papantanda melarang ibu bapa mengunjungi anak tanpa izin Guru Besar adalah sangat penting.
*
Rasionalnya....
1. Dikhuatiri ada ibu-bapa yang cuba mengambil anaknya tanpa pengetahuan ---> Ni kes-kes divorced parents lah nih. Pernah berlaku okeh kes macam nih. Pihak sekolah jugak yang dipersalahkan.
2. Dikhuatiri ada ibu-bapa yang cuba 'menyerang' murid lain ---> Ni kes tak puas hati bila anak bergaduh lah nih. Mak pak tak puas hati, direct jumpa murid berkenaan, nak marah atau lagi teruk nak 'mengajar' pulak. Haru kannnnn.....
3. Dikhuatiri mengganggu P&P murid ----> Ni kes murid-murid tahun 1 lah nih biasanya. Bila nampak mak pak, mulalah anak tak senang nak blajo. Biasanya kalo murid-murid baru, hari pertama jer parents dibenarkan melihat anak.
Kesimpulannya : untuk keselamatan murid perlunya papantanda 'IBUBAPA/ WARIS DILARANG MENGUNJUNGI KAWASAN BILIK DARJAH' diwujudkan.
*
Tentang papantanda 'PELAWAT/IBUBAPA YANG INGIN BERJUMPA GURU, DINASIHATKAN BERJUMPA GURU BESAR TERLEBIH DAHULU' pula, tujuannya untuk melancarkan P&P guru-guru. Mesti tak best, kalo cikgu-cikgu tengah syiokkk mengajor, skali ada pulak parents yang datang nak jumpa tak kiralah apapun tujuannya. Dah terganggu pengajaran cikgu, nak kena layan parents pulak. Parents ibarat customers.. perlu dilayan sebaik mungkin. Jadi lebih baik parents jumpa dengan GB dahulu kalo nak jumpa dengan guru. Lagipun kalo tak puas hati dengan cikgu pun, direct je lah buat pengaduan kat GB. GB boleh bagi jalan penyelesaian... :D
*
Sebenarnya ada banyak lagi peraturan yang perlu dipatuhi di sekolah. Semuanya telah diperhalusi dan ditimbang-tara sebaik-baiknya sebelum dimaklumkan. Apapun kesemua peraturan tersebut adalah untuk menjaga keselamatan dan keselesaan warga di sekolah.
*
Sekian pendapatan dari saya, salah seorang cikgu sekolah.... ahahhahahaaaa.... :)
*

Owhhhh... Ai Like!!!! :D

Saya sangat happy, sebab akhirnya sesuatu yang saya idamkan telah saya perolehi. Apa diaaa??? Owhhhh... bukan handbag idaman, itu entah biler belum lagik.... :P


Tapi ini......


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Header blog saya yang baru.....




Saya tempah dari Cik Jiji di triplecolourlife.com. Saya memang teringin nak mekap blog saya nih cun-cun. Tapi sayangnya saya nih tak laaa pandai nak buat sendiri, paling-paling pun mampu tuko wallpaper yang cun jer. Nak mintak tolong orang, orang pun busy.. mana ada masa nak layan saya kannn... ahakssss.... :P

Kemudian saya nampak header yang begitu menawan kalbu kat blog lailasani. Berkenan dengan hasil kerjanya, dari situlah saya temui blog Cik Jiji. Rupa-rupanya header blog yuitsumuni yang comel tu pun hasil kerja Cik Jiji jugak.

Wallpaper blog yang menawan, telah saya jumpa. Saya mengidamkan header blog yang comel dan sweet dan yang penting ada gambo saya & my precious. Maka saya terus mengezasssss email Cik Jiji di triplecolourlife.com dan menyatakan ciri-ciri blog header idaman. Lalu setelah selesai berurus-niaga, maka hari ini dapatlah saya blog header baru seperti yang saya idamkan.

Cantik tak header blog saya yang baru ini??? Saya memang sangattttt suka... Saya rasa matching dengan wallpaper blog saya nih. TQ Jiji.... :D Terasa makin semangat untuk berblogging... ahahhahaaaaaa.....

Kalian, kalo kaliam berkenan dan nak menempah satu header blog yang cun, silalah roger-roger Cik Jiji @ triplecolourlife.com. Kalau kalian nak minta dia mekapkan blog kalian pun boleh... :)

** apsal ku buat link tadi semua broken??? haishhhhh... :P


Monday, March 1, 2010

Takde Keje Punye Kes...

Nih kes tak de keje lah nih... duk umah mak, mengemas (?) sana-sini, jumpa laaa khazanah album-album lama saya. Belek album pertunangan dengan Aina, dia sibuk tanya mana dia... hahahaa.. Pastu dia jawab sendiri, "masa nih Aina ikut Tok Mak balik kampung lah ibu..." masa nih ibu suci murni noksss.. mana pulak ko boleh wujud time nihhh.. :P
*
Majlis pertunangan saya diadakan pada 12 Februari 2005. Eh apa kes nak cerita pasal hari pertunangan zaman Jepun yang dah sekian lama berlalu tu??? Entri nih rasa patut buat bulan lepas, tapi.... tak terpikir pun nak buat...:D
*
12-02-2005, lima tahun yang lalu. Wowwww... sudah lima tahun majlis itu berlalu. Saya bernikah pun 2005 jugak, bulan Ogos. Hanya 6 bulan bertunang. Masa tu saya masih dalam KPLI dekat MPTI. Fuhhhh... nasib baik cepat bertunang, ramai btol yang mencari jodoh masa tu...hahahhahaaa.... mujur tak tergoda. Saya masih ingat lagi tarikh pertunangan saya adalah dekat-dekat sambutan tak berfaedah yang tak ingin saya sebut biasa diraikan masa bulan Februari. Masa tu nak beli bunga hidup punyalah hazabbbb.. Segala tok-nek bunga mahal gilorssss... huhhhh.. tak berbaloi nak beli bunga hidup masa tu. Mak saya terus decide baik beli bunga plastik yang cun-melecun kat SSF, lagi murah dari beli bunga hidup tu. Bunga-bunga tu mak saya gubah untuk hiasan sirih junjung. Eh, gubahan bunga mak saya tu masih ada tawww sampai sekarang. MIL saya letak dalam bilik kami kat kampung. Tapi sirih dan kawan-kawannya dah takde laaa. Lupa pulak saya nak snap gambo gubahan sirih junjung tu.. nanti lah len kali saya tempek kalau rajin
*
Majlis pertunangan saya memang sangattttt meriah. Saya kan anak sulung dalam keluarga, memang mak ayah saya beria-ia btol buat majlis pertunangan saya tu. Kalau nak ikutkan saya yang tak berduit sangat time tu, nak je buat simple-simple.. Tapi mak-ayah saya yang baru pertama kali buat majlis bertunang anak, memang nak buat secara meriah. Nak kata besar-besaran tu tak lah, jemput pun saudara-mara dan jiran-jiran serta kenalan rapat aje. Tapi memang serba-serbi meriahlah. Khemah memanglah wajib ada, pasal rumah kami tak beso mana pun, perlu ada khemah untuk keselesaan tetamu makan. Tapi segala hantaran, bilik menyarung cincin memang dihias rapi. Tema kaler adalah hijau pucuk pisang. Macam nak kawen pun ado... hahahhaaaa... Saya pun siap dimekapkan oleh mak andam pengantin, sewa baju lagik u ollssssss... :P Kemahuan mak-ayah, tak baik melawan cakap mak ayah kannnn saya lagilah suka sebenarnya kihkihkihhhhhhh.... :D
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tempek sekeping gambo kenangan terindah 5 tahun lalu...
*

*
Macam pengantin kan??? Yer... memang meriah, beria-ia habesss majlis pertunangan saya dulu. Tu gambo saya dengan match-maker saya, Kak Lili yang pakai baju oren tu. Mereka tu semua SIL kepada Ella. Tersenyum lebor match-maker saya sebab berjaya mengkenenkan saya dan hubby.. ahaksss. Apapun, memang kena cakap terima kasih banyak-banyak kat dia... ahaksss...
*
Gambo ada dua album sebenarnya, tapi tak kuasa nak tempek banyak-banyak.. cukuplah sekeping buat tatapan kalian... :) Gambo bersama tunang tersayang pun ado masa tu. Tunang telah dipaksa datang oleh saya selepas majlis untuk acara bergambo curik-curik

Kalo sekarang orang tanya saya perlu ke buat majlis pertunangan beria-ia?? Maybe ada yang kata majlis bertunang tak perlu nak buat sungguh-sungguh, cukup sarung cincin aje. Tapi ada pulak yang kata, majlis bertunang kenalah buat betul-betul, sekali seumur hidup. Saya rasa terpulang pada kehendak dan bajet masing-masing. Tapi saya personally, memang dulu teringin ada majlis pertunangan, walo taklah jangka semeriah majlis yang mak ayah saya buatkan, tapi tetap inginkan majlis itu untuk kenangan diri sendiri. Rasa macam sweet je ada majlis bertunang.. heheheeee.... Impian gediks zaman anak dara.... Kalau ada majlis yang simple pun memadai buat saya. Tapi bila mak dan ayah dah buat persiapan rapi untuk majlis pertunangan, wowww.. memang rasa teruja sangat. Terima kasih mak dan ayah!!! :)

Sedar tak sedar dah lima tahun berlalu, anak pun dah dua masuk tiga, tahun depan cepat btol!!!

Eh....Majlis pertunangan kalian macammana ye??? :)


Saturday, February 27, 2010

Seksis....

Presenting my sexiest pic............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Am I???
Muncung bley sangkut hanger... :P






I love you very strong Aina...
Please lah don't make my blood go upstairs everyday!!!! :P


Thursday, February 25, 2010

KUTU???? OMG....

Akitiviti sosial di luar silibus bagi guru-guru di sekolah saya adalah memang banyak. Dan saya adalah sentiasa dipaksa berkewajipan menyertai apapun jua aktiviti yang dibuat.

Salah satu aktiviti wajib, adalah ini..............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Main KUTU...

Yer... main kutu atau undi adalah acara paling famous di kalangan kami. Macam-macam jenis kutu ada. Biar saya senaraikan kutu-kutu glemer yang telah didaftarkan sepanjang 2010 ini...

1. Kutu duit - sebulan RM 100

2. Kutu Vantage - sebulan RM 35

3. Kutu Handphone yang ada bacaan satu Al-Quran - sebulan RM 80

4. Kutu tong beras Tupperware - sebulan RM 20

Paling glemer kutu duit lah. Ada beberapa kumpulan kutu duit nih. Ada yang join sampai dua, tiga kumpulan. Tapi saya join satu jer. Tak kuasa banyak-banyak. Karang duitnya bukan dibuat simpan, dibuat enjoyyyy jer lebeyyyy. Kebanyakan diorang main kutu duit untuk buat bayo duit road-tax. Atau ada yang suka nak cop giliran time nak raya, atau nak naik sekolah untuk buat belanja anak nak sekolah. Tujuan saya????? buat meroyan lahhhh, hape lagik Entah... takde tujuan khusus lagi setakat ini. Hahahhaaaa...... :P

Kalau kutu Vantage pulak, ada dua kumpulan setakat ini. Harga satu set adalah RM 350, tak kisah lah nak set makan ke, set minum ke, set balang kuih raya ke.. Saya punya set makan. Dah dapat jugak. Rasa macam ada tayang sikit hari dulu. Set saya nih duduknya dalam almari hiasan, dan sekali-sekali digunakan bila ada VVIP datang atau dalam ertikata lain, tetamu terrrrrristimewa. Sape yang rasa-rasa datang umah saya, saya hidang guna pinggan saya tu, memang istimewa lahhhh tu... muahahhahaaaa..... Tu pun, kalo saya rajin masak lahhh.. kalo malas, nan ado lah jawapannya, sila jangan kecik ati... :D

Haaa... Kutu handphone yang ada bacaan ayat-ayat suci sebuah Al-Quran nih, memang istimewa. Kutu nih baru aje ditubuhkan hasil ajakan GPK Kokorikulum saya dengan memaksa saya menjadi MAK KUTU tersohor tak pasal-pasal... wakakkakaaaa.... Handphone nih harganya RM 400. Sebulan akan ada dua orang yang dapat. Giliran saya bulan depan.. yeayyyyyy.... Apakah motif beli handphone nih?? Sebab handphone saya asik mampos ajer tak pasal-pasal. Kata Cik Puan Zufa, handphone Sony Ericsson memang berkonsep energy saving. Tapi, apa kes nak energy saving, dah tentu handphone adalah benda paling penting dalam kehidupan. Nak-nak bagi saya yang suami jauh di mata dekat di hati nih. Kalo time dia call, handphone saya tengah off... kan ke sedeyyyy tuuuuu... Haishhhh... geram tawww saya. Maka saya memang nak carik handphone lain. Kebetulan grup kutu ini ditubuhkan pada bulan ini, maka saya pun join. Motif lain adalah pandang ke timur hadapan, nanti kalau saya preggy lagi, bolehlah saya kasik baby dalam perut saya dengo bacaan ayat-ayat suci Al-Quran 24 jam bila-bila masa sahaja... :)

Dan terakhir sekali kutu tong beras Tupperware. Hahhhh.... kutu yang nih memang tak tercapai dek akalku. Biasa, kitorang buat kutu untuk beli barang-barang Tupperware. Tapi kali nih all the Cik Kiahs, nak beli Tong Beras Cap Tupperware. Seperti biasa, walopun tak tercapai dek akalku, nama saya tetap tersenarai... hahahhahaaaa.... Laki saya geleng kepala bila saya bagitau yang saya main kutu tong beras. Jangan risau abang, duit-duit kutu semuanya saya tak mintak duit abang... :P

Dan tujuan saya buat entri merapu pasal kutu nih adalah, untuk menayang TONG BERAS TUPPERWARE saya... hakhakhakkkkk. Saya baru dapat hari nihhh... Memang syiokkkkk... Tapi nampaknya, tong beras nih terpaksa KIV dulu penggunaannya pasal dapur saya sedang bercuti.

Dengan menggunakan tong beras Tupperware ini, sudah pastilah nasi yang saya masak akan bertambah sedapppppp. Maka kalo cuma lauk goreng telur pun, terasa sangat sedap makan nasik... :P

Tengok kotak dulu...



Presenting my new kitchen gadget....

Tong Beras Tupperware...

Sekarang saya tengah termenung pikir, kat manalah saya nak letak tong beras nih. Takkan nak simpan dalam kabinet.. tak glemerrrr youuuu!!!!! Apakahhhhhhh???? :P Saya kena re-organize susunan barang atas kabinet dapo nampaknya bagi meletakkan tong beras mahal nak mampos Tupperware nih... :D

Dan akhir sekali, saya tempekkan wajah-wajah suci guru-guru SK Pasir Gudang 2, yang mostly menjadi ahli-ahli KUTU.....

Cuba teka, mana Cikgu Intan??? :P





Latihan Membina Ayat...

Arahan : Lihat gambar dan bina ayat yang bersesuaian dengan gambar.
*
*

*
*
*
1. Ini adik saya.
*
*
*
*
*
2. Kami berdua sangat comel dan manja macam ibu kami.
*
*
*
*

*

3. Kami suka bergurau-senda bersama-sama.

*

*

*

*

*

4. Bila saya baik hati, saya peluk adik saya dengan penuh kasih-sayang.

*
*
*
*
*
5. Bila hati saya geram, saya peluk adik saya secara terlampau seperti gambar ini.

*

*

*

*



6. Adik saya sudah lari sebab malas melayan saya. :P


Sekian, latihan membina ayat dari kelas Cikgu Intan.
Terima kasih... :D




Wednesday, February 24, 2010

Karangan Susu Sedap...

*
Ini susu sedap saya. Susu sedap saya tersangatlah sedap. Susu sedap ini adalah hasil dari ibu saya yang sedap. Saya minum susu sedap setiap hari. Tiap-tiap hari, bila ibu saya pergi sekolah dia akan bekalkan saya dengan susu sedap ini. Susu sedap saya sangat lemak berkrim disukai ramai. Susu sedap saya kaya-raya dengan segala zat dan nutrisi yang tiada bandingan. Ibu saya sentiasa pastikan susu sedap saya penuh dengan khasiat. Sebab itulah ibu saya bersusah-payah makan makanan yang berzat dan juga ambil macam-macam vitamin dari Shaklee. Semuanya untuk susu sedap sayalah!!! :)
*
Saya sudah minum susu sedap ini selama satu tahun tujuh bulan. Ibu saya kata saya ada lagi lima bulan untuk minum susu sedap. Tapi saya buat-buat tak dengar, sebab saya rasa saya nak minum susu sedap ini sampai saya besar macam ibu ke titisan terakhir. Sebab itu bila ibu saya tanya saya nak adik tak, saya jawab "nanak", sebab saya tau siapa yang jadi adik, dia yang dapat susu sedap ibu... :P
*
Susu sedap ini sangat enak diminum dari botol susu first year saya. Kalau dapat minum terus dari ibu saya, owhhhhh... saya sangat speechless, kesedapannya lebih menusuk qalbu. Bila ibu saya bagi saya minum susu sedap, ibu saya akan peluk saya dan belai-belai saya. Saya rasa sungguh heaven di situ. Saya terasa bonding saya dan ibu teramat kuat sekali sama macam masa saya tinggal dalam perut ibu dulu.
*
Saya sungguh bangga dapat minum susu sedap dari ibu saya. Walaupun ramai orang yang cakap saya 'tak malu' asik minum susu sedap ibu, tapi ada aku kesahhh??? saya tak kisah pun. Saya rasa diorang semua jeles pasal saya dapat minum susu sedap, tapi diorang tak dapat minum susu sedap.. betul tak??? Lagipun saya minum susu sedap ibu saya, bukan saya mintak susu sedap diorang semua atau dari ibu orang lain. Saya bangga sebab ibu saya tau apa yang terbaik untuk saya. Ibu saya memang bijak macam saya... Eh... ke saya yang bijak macam ibu saya??? Ape-ape aje lah Cik Yan janji saya dan ibu saya bijak... :D
Saya rasa siapa yang dapat minum susu sedap dari ibu dia semuanya bijak... kankankannnn....
*
Sekarang ni, bukan tok mak saya aje yang pandai sediakan susu sedap untuk saya minum, tok ayah saya pun sudah expert. Tok ayah saya sekarang sudah take over penyediaan susu sedap untuk saya minum sebab tok mak saya sibuk masak dan bergossip bercucuk-tanam. Abah saya pun expert macam tok ayah saya jugak. Bila abah saya ada dan dia kena jaga saya, dia pandai sediakan susu sedap untuk saya. Seronok betul bila dah ramai yang pandai sediakan susu sedap saya. Ibu saya pun senang hati bila nak tinggalkan saya pergi meroyan kerja. Abah saya pula senang hati sebab selamat poket dia tak payah beli susu tin yang tak sedap tu untuk saya.
*
Tapi saya kesiankan kakak saya. Dia terpaksa minum susu tin tak sedap sebab saya. Saya akan kenang jasa kakak saya. Dia berkorban untuk saya. Ibu saya kata, dulu masa saya belum keluar dari syurga, kakak saya pun minum susu sedap ibu saya. Tapi bila saya dah keluar, kakak saya tak mau lagi minum susu sedap ibu saya, dia bagi saya aje yang minum. Baik betul kakak saya. Sebab tu lah saya tak kisah kalau kakak saya buli-buli saya. Apa sangatlah kena buli dengan kakak saya yang comel tu, berbanding dengan pengorbanan yang kakak saya buat untuk saya?? Lagipun kakak saya buli-buli manjer je... Jadi saya kenalah tahannnn... Saya sayang kakak saya.
*
Saya rasa sampai sini dulu lah karangan susu sedap saya. Tadi ibu saya suruh buat tidak lebih dari 100 patah perkataan sahaja, tetapi saya sudah merapu berjaya buat beratus-ratus patah perkataan. Ibu saya kata motif dia suruh saya buat karangan ini sebab, ibu saya dah lama tak cerita pasal penyusuan susu sedap dan satu motif lagi ialah sebab ibu saya sibuk jugak nak update blog dia setiap hari walopun idea sudah kering-kontang.
*
Di sini saya nak mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang sentiasa buka brestoren dia 24 jam, 7 hari seminggu... Ibu memang best!!! Saya juga nak menyeru kepada semua ibu-ibu di dunia supaya memberikan susu sedap @ susu ibu kepada anak-anak mereka. Majulah susu ibu untuk anak-anak!!!
Sekian, terima kasih... :D
Hasil nukilan;
Ainin Sofiya Bte Shamsul.