Thursday, June 25, 2009

Wangi...

Aku memang sangat suka beli perfume. Seingat aku, aku mula pakai minyak wangi ni ketika di sekolah menengah. Yer... kat skolah menengah dah pandai pakai perfume, maknanya dah pandai melaram lah mak nih masa tu. Masa tu, bukan boleh mintak duit terus kat mak nak beli perfume, jangan harap lah kannnn... Gigih kumpul duit belanja nak beli sendiri... :P
Perfume apa yang aku beli???? Yang ini lahhhh....

Ini perfume pertama aku, Avon Butterfly.
Sampai sekarang, aku suka baunya...
sebab begitu nostalgik bagi aku... :)


Bila aku kat U, aku masih beli perfume lagik. Kali nih, dah mula beli yang branded punye. Masa kat U kan dah ada duit PTPTN... maka, mak guna laaa sket buat beli yang berkenan di hidung...

CK ONE... Fresh baunya...
mak sangat sukak masa muda-mudi dulu...

Kemudian bertukar selera pada yang dua ini...
Moschino : Cheap & Chic

Dan ini...
Burberry Weekend

Agak lama jugak aku stick to Chip & Chic dan Weekend nih, seingat aku.. sampai aku start kerja lepas abih belajo. Sebab aku memang sangat sukak pada kedua-dua bau itu. Tapi skang, Weekend dah tak dijual lagi lorrr... huhuhuuuu... Aku rindu kat bau Weekend nih...

Ada beli ini juga...
Ralph Lauren Romance.
Bau yang sungguh sedap.. aku suka jugak...

Dan ini, juga pernah menjadi koleksi...
Estee Lauder Pleasure Intense
Tapi sebenarnya, baunya agak kureng..
Lagi sedap Pleasure yang biasa tu. Apsal ntah aku beli nihh..


Kemudian, masa bertunang, dapat ini...
Memang sedap, cepat jek abih aku pakai ... :P
Masa kawen, dapat yang ni...
Estee Lauder Intuition
Tapi kan, mak tak bape sukak bau nih sebenarnya,
sebab macam keras sket bau dia
Lagi skali aku pun tak tau apsal aku setuju beli ni.
Mungkin sebab, dapat banyak free gift masa tu kot.. hehehee

Hah... yang ini sangat best di antara yang best-best bagi aku.
CK Eternity Moment... bau dia memang btol-btol tahan 8 jam.
Aku tertarik pada baunya, bila mak aku beli perfume nih.
Aku pun beli jugak.. :P


Sekarang, ini yang aku pakai...
Hugo Intense
Dan ini... Hugo XX

Bila perfume dah habis, botol-botolnya menjadi koleksi kesayangan aku.
Sayang wooo nak buang, lagipun botolnya kan cantik-cantik.
Ini di antara koleksi botol-botol perfume aku dan hubby.
Dia pun suka kumpul botol perfume jugak...

Hah... kenapa aku buat entri Wangi nih??? Sebab bila aku belek-belek kedua-dua perfume terkini aku tu, dah nak abih. Jadi.. perfume macam kena masuk dalam list to buy ini bulan. Cuma masih blur-blur nak beli perfume apa. Aku suka bau yang fresh. Tapi adakala, bau floral pun aku suka jugak. Ada tak mana-mana perfume yang menjadi suggestion kalian? Bolehlah aku terjah kaunternya nanti... Dan aku rasa aku nak beli 50ml saja. Kalo tak nanti lambat habis, sampai aku jemu pulak... macam Hugo Intense aku tu... Lambat tul nak tunggu abih... hishhhh...


Terima Kasih Kawan!!! ;)

Terima kasih kawan!!! Sebab bagi kite pinjam ini...



Bile mood kite baik, kite sangat riang gembira bila naik ini...



Tapi kan kawan, ada orang tu kan kawan, tak boleh tengok kite riang gembira bermain.
Tengok laaaaa kawan, apa yang dia buat kat kite....


Nanti kan kawan, bile ibu kite mula bertukar menjadi
"mak lampir"...
Baru laaa dia terhegeh-hegeh nak bangun,
buat-buat nak tolak kite.... hishhhhh....
Tapi kite saja nanges lagi kuat, bior dia kena marah ngan ibu kite... hihihiiii....


Apapun kawan... kite nak cakap.. "terima kasih ya kawan!!!! " :D


To Buy Or Not...??

Asik melihat-lihat ini...


Dan tangan pun ala-ala gatal nak klik di sinun... ngehngehngehhhhhhhh..........
So.. to buy, or not..? To buy... or not??? To buy.............................. or not????


To buy..................................................???????????????

Wednesday, June 24, 2009

Alamakkk.. Terlebey Sudahhh!!!

Seminggu dua kebelakangan ini, Mr Hubby asik balik lewat ajer. Kadangkala mencecah sehingga pukul 10 malam. Dan ini amatlah membuatkan aku rasa tak senang hati. Bukanlah saja sebab boring dia asik balik lambat je, tapi.....

Bila si dia balik lambat, maka makan malam kami bersama-sama juga akan lambat okehhh... Bayangkan asik makan nak dekat pukul 10 malam. Dan lebih teruk aritu, kul 10.30 malam.

Masalah yang timbul di situ adalah, aku memang tak larat nak tunggu si dia balik baru makan. Apatah lagik, pukul 6 petang biasanya kelaparan telah mula menggeget dinding perut. Bila suapkan Aina dan Ainin makan, kadangkala terbabas jua menyuap diri sendiri... sungguh buruk lantak di situ... Nasi budak-budak pun mengundang nafsu... cissss... :P

Dan kemudian, aku akan makan juga sebab memang tak tahan lapo. Apatah lagik sejak akhir-akhir nih, aku perasan aku masak sangat sedap...kahkahkahhhh... Sebenarnya perasaan itu dikaburi oleh nafsu makan ku ya kalian...

Masalah yang paling beso adalah, bila Mr Hubby balik, dan aku menghidangkan makan malam untuknya, adalah teramat kasihan untuk membiarkannya makan bersendirian, walopun dia tak kisah. Tetapi kerana aku merupakan isteri yang setia.. maka aku terpaksa jua mengambil sepinggan nasi bagi menemankan dia makan. Jadi, kalian nampak tak apa masalah aku sebenarnya??? Yer.. aku telah menambah kuantiti karbohidrat di dalam tubuh aku. Dan lebih kronik lagik, masa makan itu lewat malam, sudah pastilah tiada aktiviti riadah selepas makan kan?? Kecuali pada masa-masa tertentu, yang pastinya bukanlah setiap hari aktiviti riadah yang itu.... :P OOOPPPPSSS .... terlebey sudahhhh!!!!!!!!!!

Jadik, perlukah aku menuduh Mr Hubby sebagai punca jarum penimbangku asyik nak bertambah ke belah kanan??? Perlukah aku nasihatkan Mr Hubby supaya jangan balik lambat atau bersedia mendapat bini yang makin MANTOPPPP???? Jadi salah Mr Hubbykah atau salah aku kah??? Aduyaiiiiiiii.... sungguhlah mak dalam dilema..... :(

Tuesday, June 23, 2009

Claim... :D

Inilah hasil 'claim' aku minggu lepas... :P


Seperti biasa nyahhh, 'claim' haruslah lebih dari yang sepatutnya... :D

Ini kire first time aku beli listip Bobby Brown nih. Testimoni aku, ku sangat sukak sebab colornya yang mabeles, tahan lama dan moist.. tak mengeringkan bibir aku. Jika nak dibandingkan dengan MAC, memang BB nih lagi best ler.. Kalo MAC, agak mengeringkan bibir sepertimana yang turut diakui oleh rakan semeroyananku. Jadi nyah sekelian, compared to MAC, better buy BB listip lah.. cewahhh.. kena saman aku ngan MAC kang.

BTW.. the color is 'sandwash pink'. Sangat cantik di mata aku. Banyak sangat kaler yang menarik di mata aku, tapi sebab claim untuk satu aje, maka satu jek laaaa yang dapek dirembat.

Pesanan pihak penaja, "Kalo ilang lagi nih, takde claim, claim yerrr..."
Hahahaaa... iyerlah Incik Suami. Ku pun dah amik iktibar dari kejadian lepas. Apapun... Tengkiu laling, lebiu... ahahahhahaaa... :P


Bulan Kelahiran & Sifat Anda...

Mungkin dah ramai yang ambil kuiz nih kat Facebook, tapi aku baru terhegeh-hegeh nak buat sebab agak mandom arinih.

Jadi resultnya seperti berikut...

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Dan aku rasa macam very near to accurate lah kesemua sifat-sifat tu dengan aku. Mak paling sukak point yang ke-7.. kahkahkahhhhh.......... :P

Monday, June 22, 2009

L.A.P.A.R

Pagi tadi, on the way ke sekolah, aku hantam setengah bungkus Butterscotch. Then masa rehat kul 10, x lapo sangat.. so aku makan yong tau fu saja. Biasa kul 10 aku mesti makan nasik or something yang berat. Kul 1 perut aku dah mendidih, kalaparan. Balik umah sambil-sambil pumping dan BF Ainin, aku makan oats. Tapi nampaknya perut aku tidak layan sama itu oats. Dia mau nasik jugak. Jadi, aku menaip sambil tahan lapo. Pasni aku nak cepat-cepat masak. Kenapa aku meleleh air liur mengenangkan asam pedas ikan parang letak bendi dan juga tempe goreng??? Terbau-bau harum bawang goreng yang ditabur atas asam pedas yang pekat itu... Oh tidak lupa telur dadar yang digoreng panas-panas.

Ahhhhh... aku gilors lapo nihhhh!!!!!!!!!!