Monday, June 20, 2011

Anak Apa Ko Ada?

Anak apa? Lelaki? Perempuan? Syukur... Bersyukurlah atas kurniaan Allah kepada kita dan pasangan. Jangan kira jantina anak. Ada orang, ada 3 anak... semua lelaki. Ada pulak yang ada 5 anak, semua perempuan. Ada yang ada kedua-duanya lelaki dan perempuan.. :)

Tapi tak kesah, anak apa yang korang ada... yang penting adalah bersyukur. Tak perlu mendabik dada dengan jantina anak yang ko miliki. Tak perlu mengata kat orang... rugi ko anak pompuan, takde anak lelaki. Atau bergurau kasar mengata susahlah ko anak semua lelaki... anak lelaki lasak tak macam anak perempuan.

Atau yang punya anak, tak perlu pulak mencanang seantero dunia betapa bernasib baiknya ko ada anak lelaki atau anak perempuan. Tak perlu ok... Syukurlah ko diberikanNya nikmat untuk memiliki zuriat sendiri.. ada orang lagi kesian, tak diberi peluang menjadi seorang ibu. Ada ko paham perasaan orang macam tu? Tentulah tak, pasal ko mahupun aku tak berada di tempat orang itu.

Apasal aku emo nih? Sebenarnya ada benda yang menyentap hati aku, bilamana ada orang cakap kat aku, "DUA-DUA ANAK KO PEREMPUAN. KO KENA CARIK ANAK LELAKI NIH. ORANG LELAKI CEMANA PUN MESTI NAK ANAK LELAKI... KANG LAKI KO KAWEN LAIN"

Ok... memang cilako btol si pemilik kata-kata itu. Ko kenapa? Bergurau? Mende lain takde nak gurau ke??? Ko hebat sangat lah sebab anak ko lelaki bukan perempuan????

Ko sedar tak, jantina anak tu bukan kuasa aku menentukan. Aku dengan laki aku cuma boleh berusaha je. Anak apa Allah nak bagi, itu kuasaNya. Kalo Allah izinkan, insyaallah ada rezeki aku. Tapi kalo ketentuanNya aku dan laki aku hanya ada anak perempuan, apa daya kami. Tak perlu ko nak mengutuk-ngutuk semata kerana aku belum ada anak lelaki. Aku dan laki aku dah cukup bersyukur sebab kami dah ada dua cahayamata... walaupun perempuan.

Tak kesah jantina anak, yang penting pelihara amanah Allah itu sebaik-baiknya. Sila jangan bergurau lagi dengan aku pasal benda ni, aku memang tak suka. Sekian, terima kasih.




Monday, June 13, 2011

Oh Seth Tan...

Sana-sini orang sebok cerita pasal abang Seth Tan ku sayang dan Nora Elena. Dekat Twitter, Fesbuk.. rata-rata asal kul 7 jer, mula laaaa status memasing berkisar tentang citer Nora Elena nih. Aku yang pada mula dah malas nak ikut drama TV 3 jam 7.00 p.m nih pun jadik terikut-ikut. Last-last dari tak pollow, tros mempollow cerita nih. Memang bahaya pengaruh rakan tak berapa nak sebaya nih... :P

Dari drama kat tv, sebok pulak memasing mencari-cari novel adaptasi kisah Nora Elena nih. Punya laaa berhantu drama nih, novel pun laku macam goreng pisang panas. Walhal novel nih dah keluar since 2007. Walopun aku kaki novel, aku memang terlepas pandang novel yang satu nih. Sebab aku kan memang jarang sangat eh boleh kata memang susah nak beli novel selain dari penulisan Norhayati Berahim dan Ramlee Awang Murshid. Kalo novel dari NB mahupun RAM, u name it... insyaAllah memang ada dalam koleksi.

Kat kedai-kedai buku sekitar Pasir Gudang aku carik memang sold out manjang novel 'Kasih Yang Suci' by Meen Zulaikha nih. Sampai la satu hari, member aku gitau novel nih dah ada kat Badan Book Store, Plaza Angsana. Hanya ada 200 buah. Better booking sebelum kehabisan. Maka aku pun tak berlengah lagik, zasssss call dan booking. Maka akhirnya... dapat laaa jugak aku novel yang tengah laris nih..... Baru puas hati aku.... Hahahhaaaa....


Tapi bila kat kedai buku tu, aku nampak pulak novel-novel baru writer kesayangan aku... NB. Apa boleh setakat tenung jer novel-novel tuuuu??? Dasar tamak haloba kannnn... walhal kat umah masih ada stok 5 buah novel lagik tak terbaca, namun hakak tetapppppp beli jugak novel-novel NB nihhhh...


Sejam 2.50 dan juga Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah (Gabungan NB dan Kusyi Hirdan).

Entah bila nak baca. Aritu masa jalan-jalan kat Mesra Mall, beli novel Cintamu Nadiku by Norzailina Nordin - kes boring punye pasal. Tak habis lagik, tros sambung dengan Novel Kasih Yang Suci. Jadi novel-novel lain yang blom baca, tunggu jek laaa giliran korang yer... :P

Kalo laaa agaknya novel-novel nih macam barang kemas, hagaknya dah jadik mami jarum dah haku nih.. pasal banyak giler koleksi. Pantang dengo yang baru, berebut pi beli.... Tapi nak buat cemana, memang minat sangat. Dari dulu sampai sekarang, minat yang satu nih never stops. Sangat suka tengok koleksi novel beratur cantik je dalam rak buku.

- Membaca Amalan Mulia -



Thursday, June 9, 2011

Corat-Coret Terengganu...

Sepanjang minggu pertama cuti sekolah, aku dan anak-anak telah habiskan di Paka dan Kemaman, Terengganu. Encik Hubby kan sekarang tengah ada projek kat sana, hanya hari Jumaat hingga Sabtu atau Ahad saja akan balik ke Johor. Maka terlanjur cuti sekolah, kami pun mengekor ler Encik Hubby ke sana. Tak laaa bercuti sangat pun, pasal kami duk terperap kat hotel jer, hubby lak memang kerja dari pagi sampai nak dekat Maghrib baru balik. Tapi apapun.. memang enjoy! Anak-anak pun happy ler dapat berendam dalam pool pagi-petang. :)

Aku just nak sharing info berkenaan dengan our stay di dua buah hotel yang berbeza. At first sampai, hari Ahad kami stay kat PakaResidenceHotel. Untungnya sebab aku nih government staff, so dapatlah government price. Lebih murah dari harga sebenar. Tapi sebab cuti sekolah boleh lak dia ada charge tambahan RM30... Haihhhh... Overall aku tak suka sangat dengan Paka Residence Hotel nih. Bagi aku tak best. Lagi-lagi swimming pool dia... Ada ke pool orang dewasa sama cetek dengan pool budak? Tak syiokkkk... :P

Bilik pun tak besar mana. Makanan pun so-so jer. Tak banyak gambo yang aku amik kat situ, sebab view tak berapa menarik. Ni ha.. 2 keping, gambo kat pool dan cafe dia.



Hari Rabu kami moved to AwanaKijalResorts. Ok.. Kat sini memang best teramat. Aku sangat suka. Dengan pemandangan yang menarik, pool yang best, bilik yang superb, food yang sedap.. aku rasa memang worth it laa dengan harga yang dibayar. Plus takde any extra charge sempena cuti sekolah, menjadikan ianya lebih murah dari Paka Residence. Kat sini pun aku dapat Government Price.

Ni bilik Deluxe yang kami ambil.
Ada dua katil single yang besar. Biliknya pun luas sangat.
Bathroom dia saya sangat suka.... besttttt...


Pemandangan dari bilik kami di Tingkat 7....


Pantai just kat belakang hotel...
Macam-macam aktiviti boleh buat. Untuk yang suka jet ski, boleh try...


Kawasan golf untuk yang kaki golfing...


Variety of delicious food.
Tiap kali brekpes, aku habiskan masa nak dekat sejam makan semua yang ada... hahahahaa...



Ada Kids Room...
Kira kalo nak feeling-feeling honeymoon, boleh letak anak kat sini
pastu pi jalan pimpin tangan menyusuri beach, bajet romantik.... :P



Ada jacuzzi kat pool... heaven untuk berendam...


Kawasan pool sangat luas.
Yang ni area untuk kids, memang gerenti anak-anak liat nak berenti main air...


Stay kat sini dari Rabu sampai Jumaat, tetiap hari pagi dan petang anak-anak aku mandi kolam, sampai itam muka memasing termasuk muka aku skali... :P


Ada banyak sangat gambo kat Awana ni, tapi aku malas nak tempek semua. Jadik laaa apa yang ada ni. Sape yang boleh tengok kat FB aku, boleh laaa tengok semua gambo yang aku amik masa pi Terengganu ni.

Apapun, conclusion aku Awana Kijal nih adalah tempat paling best untuk stay. Aku yang duk hotel ni je pun, tak rasa boring sebab banyak aktiviti boleh buat (selain makan-tido). Kalo korang Gomen Staff lagik laa untung, sebab harga memang jauh beza lebih murah.

So kalo rasa nak pi Terengganu, stay laa kat Awana Kijal nih... memang tak menyesal. Cuma boringnya sebab agak jauh dari Kuala Terengganu. Kat sini yang dekat adalah Mesra Mall, eh tu pun dah gempak bebbbb. Aku tak kesah sangat pasal Mall, sebab tujuan datang Terengganu bukan nak shopping, just sebab nak get together dengan hubby... :D

Ok... Sekian saja kesah aku dan family kat Terengganu...


Wednesday, June 8, 2011

Private Sudah...

Assalamualaikum...

Yeayyy... akhirnya berjaya jugak ku stick to the decision - privatized my blog!!!!

Setelah ditimbangkati beberapa kali... akhirnya aku membuat keputusan ini. Susah okeh mau buat keputusan nak privatekan blog nih. Alahhh... nak ikutkan bukan glemer mana pon blog mak nih. Berapa kerat sangat yang rajin terjah blog picisan-syok-sendirik nih kan? Bajet ramai beno reader kerrrr????

Banyak sebab sebenarnya yang aku pikir-pikirkan sebelum mengunci blog ini dari bacaan umum seantero dunia. Antara yang paling tak-bley-blah bila ada anak murid aku yang advance I.T nih dah claimed yang diorang dah jumpa blog aku.

Siap tanya, "cikgu.. bila nak update blog? dah lama tak update. Saya (dan mak saya serta jiran-jiran saya) suka baca blog cikgu..." - kalo ko tak bengang???

Sumpah tak selesa langsung bila anak murid cakap macam tu hokey! Tetiba aku rasa macam nak masukkan kepala dalam cengkerang - kalo aku seekor kura-kura. Tapi aku takde cengkerang sebab aku bukan seekor kura-kura. Itu jugak antara sebab aku ilang mood nak memblog... Boring okey... bila cikgu merapu-memaki-syoksendiri dan anak murid baca. Aku rasa cam anak murid aku nanti kata - 'elehhhh cikgu nih, kemain macho kat skolah... dalam hati ada taman' - whatever...

Then aku rasa macam, tak semua orang suka (dan ikhlas) menerima apa yang dimerapukan dalam blog nih. Yelah kan... macam - kita happy, orang menyampah.. kita sedih, orang tepuk tangan. Tak paham? Takpe tak paham, takde masuk dalam exam pun stetmen nih... hehehehee

Kadang bila aku menaip, aku rasa tak free.. walaupun ni blog aku, patut ikut suka aku lah nak story pasal apa kannn? Kadang ada masa... cerita aku terbatas. Ada ayat yang aku taip-taip, aku backspace... taip-taip, aku delete... pasal aku tak konfiden dengan penerimaan orang pada apa yang aku taip. Entah siapa yang baca blog aku kan? Buat kata pertama kali seseorang tu terjah, rasa annoyed dengan cerita aku, tak pasal dia nyampah dengan aku secara tiba-tiba. Kesian aku (dan dia). Sok-sok anak dia syok kat anak dara aku yang anggun lagi berbudi-bahasa, dia tau aku pulak blogger yang dia nyampah tu, dah satu hal.. cinta terhalang tak pasal-pasal... Ok nih dah merapik... hahahhaaaa... :P

Bila dah private ni, aku rasa lebih konfiden. Sekurang-kurangnya, aku tau siapa yang baca blog aku nih. Kalo korang menyampah pun.... gasak korang laaaa... sapa suruh bagi emel suruh aku invite???? Menyesal? Hah.. sila tinggal komen suruh aku delete korang pulak (kalo brani)..... Hahahhahaaaaaa.... :D

Eh best lah dah private blog nih... aku rasa cam nak lompat-lompat freely... Yeahhhh...

Lagi satu, ramai opismate serta kengkawan lama yang dah tau blog aku nih, which is I tak berapa gemor. Kang aku nak ngumpat diorang citer aku stress ke, aku tak puas hati ke... dah terbatas kannnnn... :)

Hari tu aku kata, aku tak punya masa nak berblog kan... Sekarang aku dah ada sedikit masa lah untuk dicilok bagi tujuan berblog. Sebab, my dearest hubby sekarang nih keje kat Terengganu. Hanya weekend je balik rumah. Jadi, aku tak perlu nak terkejar-kejar sangat dengan urusan rumahtangga. Kalo masak pun takyah nak beria-ia. Masa aku sekarang banyak yang aku boleh luangkan dengan anak-anak aku. Jadi aku rasa ada juga ruang untuk aku bernapas menaip sepatah dua kata untuk blog aku ni. Ok lah kannn.. :)

Ok... kalo nak susun ayat cerita kenapa aku privatekan blog nih, sampai muntah ijo korang baca kang. Cukup-cukuplah tu. Yang pasti aku happy dengan keputusan aku nih. InsyaAllah aku akan cuba update setiap hari, so korang boleh laa rajin-rajin terjah... heheheeee.... Apapun sampai bila aku nak private pun aku tak boleh nak kata. Mungkin selamanya... mungkin tidak.. mungkin bila dah rasa bosan... aku open balik ke.. tapi tu mungkin bila aku dah pencen kottt... Tak tau lah... bergantung pada gerak hati aku...

Tata u ollsss... Thank you for offering yourself to read this blog... And please read it at your own risk... Sebarang kecederaan hati dan perasaan adalah tanggungjawab sendiri... Sekian, terima kasih... I love youuuuuuuuuuu olllllsssssssssssss... Adiossss... :)




Monday, June 6, 2011

I Think....

I think... mood blogging ada sedikit mari. Tapi... aku rasa mau privatekan saja blog ini. Blog ini pun entah ada yang mau berkunjung atau tak. Kalo aku menulis kat blog, kisah merapu aku yang sebelum-sebelum nih pun banyak yang disalah-ertikan oleh sesetengah orang. Orang yang tak kenal diri aku yang sebenar... mesti menyampah baca kisah rapikan aku sebelum nih. Orang yang kenal pun ada gak yang nyampahhhh kannnnnnn.... hahahhahaaaaa..... Walopun aku rasa macam nak kata "ada aku kesah ko nyampah ke tak"... tapi untuk mengelakkan bertambah banyak dosa aku dan juga orang lain, baek laaa aku private kan sajer blog ini. Then, untuk yang rasa masih nak follow... take it on your own risk!!! :P

Ok... jadik, kalo rasa masih nak baca kisah hidup aku.... sila tinggal email untuk diberi salinan kunci umah... :)

Anyway, it may takes time for me to private this blog. Thank you untuk yang masih nak pollow blog mak.. Love u ollssss.... Truly, I miss blogging... :)