Monday, December 7, 2009

Hati Seorang Ibu..

`Hati seorang ibu adalah sangat rapuh. Rapuh, fragile - seumpama 'nice to see nice to hold, once broken considered sold' atau kalau boleh ditafsirkan 'kalau pecah, lu pikirlah tanggunglah sendirik!!!'

Ohhh... sebenarnya saya bukanlah mau mengadu-domba tentang ibu saya. Semestinya tiada kisah berjauh hati antara ibu dan saya sekarang ini, ibu saya kan sedang beribadah nun jauh di mata. Namun saya masih bersetuju bahawa hati ibu saya juga adalah fragile.

Kenapa ye??? Kadangkala sebagai anak, kita telah berusaha melakukan yang terbaik supaya tidak mengguris hati seorang ibu. Apapun jua keputusan yang ingin dibuat, jika melibatkan ibu, biasanya dilakukan seumpama 'menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak berserak'. Sulit, penuh berhati-hati. Namun kadangkala dalam kehidupan sehari-hari tanpa sedar kita mengguris hati seorang ibu. Oh ohhhh... payah benarkah menjadi seorang anak yang baik??? Dan sukarkah menjadi seorang ibu yang memahami??? Apatah lagi, apabila kita... telah berkahwin. Menjadi seorang isteri atau seorang suami. Pastinya keadaan lebih sulit lagi. Dalam sesetengah situasi, bagaimana ingin menjaga hati pasangan di samping tidak mengguris hati si ibu??? Susah kannnn?? Keinginan sendiri adakala terpaksa diletakkan jauh dari keutamaan dek kerana memikirkan keinginan orang lain, ibu dan mungkin pasangan sendiri.

Ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku... Ibu memang ratu hati. Kalau kita ada suami, pastinya suami kita tak boleh menjadi 'ratu' hati, melainkan menjadi 'raja' di hati... Tapi kalau suami??? Ibu ratu hati... isteri??? Jadi ratu kah jua?? Bolehkah ada dua ratu dalam satu kerajaan hati??? Macammana pula kalau suami yang ada dua, tiga, empat isteri... dah berapa banyak pulak 'ratu' hati... oh ohhhh... lagilah pening jadik suami. Tapi bukan nak cerita soal suami di sini. Soal ibu.. :D

Kadang-kadang kita susah nak faham mengapa agaknya seorang ibu begitu sensitif, begitu rapuh hatinya. Mengapa bila si anak sudah berpasangan, kadangkala ibu lebih cenderung berjauh hati dengan si anak. Apakah kerana apabila anak telah berpasangan, si ibu merasakan kasih-sayang si anak sudah berkurangan untuknya? Tidakkah ibu sedar bahawa kasih-sayang anak tak pernah berkurang untuk ibunya, seumpama air sungai yang mengalir. Oh oh... tolak tepilah anak-anak yang memang nyata mengabaikan ibu dan melebihkan pasangan kannnn... Berpasangan adalah fitrah kehidupan bila anak meningkat dewasa. Kalau anak tidak berpasangan bila tiba masanya pun ibu akan risau tak menentu kann...

Baru-baru ini saya mendengar keluhan hati seorang ibu. Ibu siapa biarlah rahsia, yang mungkin tahu simpanlah sahaja... (bunyi macam pantun dua kerat pulak)... :)

Seorang ibu yang meluahkan rasa hati apabila si anak yang telah berkeluarga mengambil keputusan ingin berpindah, dari tinggal dengannya kini ingin hidup sendiri atas sebab karier si isteri. Setelah sekian lama, dari baru kahwin hingga beranak satu tinggal bersama si ibu yang keseorangan. Kini akhirnya si anak mengambil kata putus ingin hidup sendiri. Keputusan sudah dibuat, tak perlu dibincangkan kerana si anak pun tahu jika dibincangkan pastinya si ibu tidak bersetuju. Mendengar keluhan si ibu, hati saya menjadi sayu. Memang sedih mengenangkan luahan hati si ibu yang bakal kesunyian. Membayangkan kalaulah kita suatu masa nanti, sudah tinggal seorang, pastinya merasa sunyi. Kasihan memang kasihan. Tetapi memikirkan pula dari pihak si anak (dan menantu), saya pun tak pernah terfikir mahu tinggal bersama mertua. Realiti kehidupan. Sukar untuk membayangkan diri hidup bersama mertua, kalau tinggal bersama ibu sendiri pun sesudah kahwin, saya rasa ermmmm... perlu berfikir berkali-kali, apatah lagi ibu mertua. Bak kata orang 'jauh bau wangi, dekat bau tahi'. Saya memahami rontaan hati seorang isteri yang harus tinggal bersama mertua. Apatah lagi jika mertua adalah bukan tipikal mertua moden. Ya mungkin tidak semua.. mungkin ada yang senang sebumbung dengan mertua, tidak saya nafikan. Apabila saya mendengar luahan hati si ibu, apalah daya saya. Saya hanya mampu mendengar, dan memujuk hati si ibu. Tidak mungkin saya menabur minyak ke atas bara. Tak pasal bara akan menjadi api yang marak pulak nantinya. Bermula dari si anak meluahkan keinginan hati untuk berpindah, si ibu sudah mula menjadi makin sensitif. Berjauh hati. Tidak lagi mahu berbual mesra dengan si menantu seperti dahulu. Lebih banyak menyendiri dan berdiam diri. Kini, saya perhatikan apapun tindakan si anak dan isteri mengundang sendu di hati si ibu. Oh ohhhh... saya harap keadaan itu tidak berlanjutan. Semoga si ibu redha dengan keinginan si anak. Anak-menantu zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Anak menantu zaman sekarang ada keinginan sendiri yang tak mungkin boleh dibendung dan dihalang-halang.

Itulah... hati seorang ibu, serapuh kristal. Saya mengharapkan suatu masa nanti bila masa itu tiba, semoga Allah memberikan saya hati yang waja. Semoga saya redha selalu terhadap anak-anak dan menantu. Semoga saya menjadi mertua yang moden dan memahami. Masa saya jadi mertua agaknya mesti saya dah jadi Pegawai di Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah atau paling tidak pun mesti dah jadik Guru Besar Cemerlang yang dah nak pencen masa tu kan.... *mode berangan*...hahahhahaaa..

Err.. kalau saya dah pencen pun masa tu, mesti saya tengah senang hati makan duit pencen dan bersenang-lenang dengan duit KWSP suami saya yang banyak itu (abang... duit KWSP you, you serah kat ai... duit pencen ai kita buat makan sama-sama okehhhh???? Baik bijak kan ai....?). Jadi masa tu mesti saya kurang masa memikirkan tentang anak-menantu. Saya juga rasa masa tu, saya mesti dah pi Haji, buat Umrah pun dah banyak kali. Ermmm... saya rasa saya nak ajak suami saya round the world lah, melancong sana-sini. Masa tu anak-anak kan dah ada hidup sendiri, ibu dan abah bolehlah honeymoon semula. *mode berangan lagi*...

Tapi yang pasti... saya berdoa agar masa tua saya tidak dihabiskan sendirian. Biarlah saya dan suami menutup mata bersama-sama. Saya tidak mahu dia pergi dahulu sebelum saya dan saya pun tak mau pergi dahulu sebelumnya sebab dia nanti jadi duda pencen yang kaya-raya, nanti dia kawen lagi... u susah-senang dengan ai masa muda-muda, u asik tinggalkan ai dengan anak-anak je sebab kerja, pastu bila dah pencen, u dah banyak duit, ai mati u kawen lain...ai tak rela youuuuu!!! Biarlah kami sehidup semati. Biarlah juga saya menjadi mak mertua yang tidak fragile... Aminnnnn.................. :)


** Saya sayang mak dan mak mertua saya. Saya sayang mak saya sebab dia telah melahir kan dan membesarkan saya dengan kesempurnaan. Saya sayang mak mertua saya sebab dia telah melahirkan dan mendidik anaknya dengan begitu sempurna hingga kini anaknya itu telah menjadi suami yang terhebat dan terbaik untuk saya... Terima kasih untuk kedua-dua mak saya... :)


** Eh eh, hari ni kan entri saya ni banyak btol peribahasa, tiba-tiba saya terasa macam satu tangan sedang memegang mikrofon dan satu tangan bergerak ke atas, ke bawah... :P



Saturday, December 5, 2009

Penyejuk Jiwa...

Penyejuk jiwa yang lara... :P




Pembelian terakhir 2009...
(tawun depan kita buka buku baru ye yangggg???) :D

Thursday, December 3, 2009

Apabila Berjalan Bersama Anak-Anak Dara...

Anak dara yang mana? Anak dara saya yang dua orang itulah... :D

Hari Ahad, Isnin dan Selasa yang lepas saya telah melakukan aktiviti berjalan-tak-hengat bersama anak-anak saya. Bermula dari hari Ahad, menunaikan janji main Playland pada Aina, bersambung pula dengan misi mencari kasut idaman pada hari Isnin dan Selasa. Dah jadi macam hari-bersama-Jusco pulak sebab tiga-tiga hari pi Jusco sekitar Johor Bahru. JJ Tebrau City-JJ Permas Jaya-JJ Bukit Indah-JJ Tebrau City balik (sebab membooking kasut)

Tapikan, sungguh saya berjalan dengan derang yang baru berusia tiga tahun dan setahun lebih tu, tapi best laaa. Alhamdulillah anak-anak saya behave. Orang pandang saya macam gigih bangat bawak anak-anak kecik bershopping... hahahhaaaa... Tapi sungguh laa Aina dan Ainin seronok berjalan-jalan macam tu. Saya pun tak sangka yang derang tak meragam, tu yang sampai tiga hari berjalan je keje tu... :P

Saya membayangkan kalaulah anak-anak dara saya dah besar lagik, mesti lebih best bershopping dengan derang... Haiiii... cepatlah beso anak-anak, bley jadik teman ibu sokmo... :P
Untung ada anak dara nih... hahahhahahaaaa....

Dan Si Aina lagik best (best kerr???), sekarang tiap-tiap pagi bila saya mandikan dia, dia ada soalan WAJIB tanya.. "Lepas ni kita nak p Jusco ke ibu???"
Wakakakkakaaa....... Hambik ko, dia macam dah setting p ke Jusco tu sebagai acara rutin laaa pulakkkk... :P

Apapun yang saya nak simpulkan kat sini, bestlah jalan ngan anak-anak dara saya... muahahahhaaaaa.................


Wednesday, December 2, 2009

Wajib Tonton...

Kan saya dah kata saya dah beli banyak DVD untuk ditonton. Antara yang saya dah khatamkan ialah The Proposal dan Jennifer's Body. The Proposal memang lawak dan best. Jennifer's Body kureng, entah kenapa macam tak bape nak paham.

Tapi saya nak bagi two thumbs up untuk filem ini.... "My Sister's Keeper", lakonan Cameron Diaz. Tak pasti kalian dah tengok ke belum, tapi saya lom jumpa review dari siapa-siapa lagi setakat ini (ke saya yang tak perasan??) Tak kisahlah, saya nak review gak pasal cerita ini memang best sehingga menusuk naluri keIBUan saya. Cerita kekeluargaan dan berjaya membuatkan saya menangis teresak-esak depan lappy... huhuhuhuuuuu... Saya memang over-emo, orang lain mungkin tak nangis macam saya. Lagipun tengok sorang-sorang, anak-anak pun dah tido, haruslah tak de cover-cover nak nanges... :P



Ok ceritanya tentang Cameron Diaz (CD) yang ada 3 orang anak. Anak pertamanya dyselexia (spelling???), anak keduanya leukimia dan anak ketiganya sihat walafiat. CD peguam berjaya yang sacrificekan kerjayanya untuk menjaga anaknya yang sakit tu. Dia memang buat apa sahaja untuk selamatkan anaknya. Anak dia sakit sejak kecik lagi. Then Dr suggest, satu cara nak survive ialah dengan ada anak lagi sorang supaya boleh diambil cord blood cell, air tulang belakang dan ntahapehape lagi untuk selamatkan anaknya tu. Kiranya sebagai DONOR utama lah untuk si anak yang sakit. 1st child tak boleh tolong sebab tak matching. Dia dan suami pun sama. So CD pun extremely nak anak lagi, terus setuju untuk buat IVF sebab nak pastikan anak tu matching segalanya ngan si kakak. Suaminya mula-mula macam tak setuju sebab rasa macam tak betul je buat gitu, tapi CD memang sanggup buat apa saja untuk si anak. CD memang terlalu protective untuk si anak yang sakit, sampai anak dia yang dyselexia tu pun dia tak amik kisah sangat.

Then bila si adik lahir, sejak kecik si adik dah jadi DONOR untuk kakak. Apa sahaja. Darah, sum-sum tulang, itu, ini... memang kesian. Alasannya, untuk tolong si kakak. Kemuncaknya bila Dr minta si adik dermakan satu buah pinggang sebab si kakak dah tak berdaya nak terus buat dialisis, masa ni si adik dah besar sikit. Si adik rasa tak adil untuk dia. Dia yang sihat kena korban banyak untuk kakaknya yang memang tak boleh nak sembuh lagi. Hidup dia akan jadi risky sebab medication yang dia lalui. So dia decide nak saman mak ayah dia. Dia jumpa sorang famous lawyer untuk bawa kes ni ke tengah. Dan bermulalah kucar-kacir dalam family tu....

What happens next??? Kalian tengok sendirilah, kalo citer sampai habis kang tak best pulak. Tapi ni pun saya dah citer banyak.

Cuma cerita nih buat saya terfikir. Memang lumrah seorang IBU akan buat APA SAHAJA untuk anak. Apatah lagi anak yang menderita sakit macam tu. Si ibu akan berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan si anak. Tapi kalau saya terpaksa memilih di antara dua orang anak, saya tak akan mampu untuk membuat pilihan.... Sebab saya mahukan kedua-duanya... Kalian bagaimana???


GeMuK???

Saya gemuk tak??? Kahkahkahhhh.. apa punya soalan. Bila saya tengok cermin, saya rasa saya telah diselamatkan oleh ketinggian saya yang agak tinggi. Kalau saya rendah, saya mesti sudah nyata kelihatan gemuk. Lagi satu bergantung pada baju yang saya pakai. Ada baju yang menampakkan saya GeMuK, ada baju yang menampakkan saya tak GeMuK... eh APAKAHHH??? :P

Saya merasakan saya telah semakin 'berisi' @ chubby sekarang, berbanding semasa saya baru habis berpantang anak kedua kira-kira setahun yang lampau. Sebelum pregnant anak kedua, berat saya adalah 55 kg, berat akhir ketika pregnant waktu itu adalah 65 kg, kemudian bila saya habis berpantang turun sehingga 54 kg.. Wowwww!!!!! Saya sangat takjub ketika itu. Macammana saya boleh turun sampai kurang dari berat asal sebanyak 1 kg??? Diet???? Owhhhh tidakkkkkk.... Saya tidak diet semasa berpantang. Saya sungguh ber'hidung kembang' waktu itu, sebab bila saya naik sekolah balik, semua orang tegur akan kekurusan saya.. wahhhh... sungguh rasa nak terkoyak kain baju kurung yang saya pakai waktu itu. Bangga siotttt... Si ibu beranak dua, orang cakap kurus.. mau tak bangga??? Kahkahkahhhhh....... :P

Sila lihat menu saya selama berpantang 44 hari yang sangatlah buruk lantaknya...
- Sarapan pagi 8 a.m : Nasik + lauk-pauk orang bersalin + air milo + air rebusan ubat periuk
- Pukul 10 a.m : Biskut wholemeal Jacob + air milo 3 in 1
(wajib sebab saya mesti lapar lagi masa nih)
- Lunch 12 p.m : Nasik lagi + lauk-pauk orang bersalin + air putih
- Tea time 3 p.m : Biskut wholemeal Jacob + air milo 3 in 1
- Dinner 6 p.m : Nasik lagi + lauk-pauk orang bersalin + air putih
- Malam bila-bila suka : Biskut Wholemeal Jacob + air milo 3 in 1
** Setin biskut Jacob tu boleh tahan seminggu lebih saja, saya memang tak jemu mengudap biskut tu bila-bila masa sampai abih pantang... :P

Tengok.. banyakkan makan??? Memang... sebab saya sangat lapar masa berpantang. Lepas tu, sangat senang hati sebab mak saya jaga saya dengan begitu baik... makan saya memang special delivery kepada saya kat bilik sebab rumah mak saya dua tingkat, jadi mak saya tak bagi saya turun naik tangga. Eh saya bukan mengada yer... saya kalau boleh malas nak menyusahkan mak saya, tapi mak saya memang jenis kuat berpantang.. maka saya kena follow aje lah. Nak berpantang sendirik??? Kalo nak tengok mak saya merajuk, buatlahhhh.... Huhuhuuuu... tiba-tiba saya rindu kat mak saya... emo... dushhhhh..... Sekeh pale sendirik

Sepanjang berpantang, saya memang 24 jam (kecuali masa mandi) berbengkung tradisional yang panjang berjela tu, kalo tak mak saya sekeh pale saya. Berurut, bertungku, bertangas, mandi air rebusan daun, pakai param, pakai pilis, berstokin... u name it.... eh semualah yang tradisional tu memang saya WAJIB buat atas arahan big bosses. Kenapa BOSSES??? Sebab baik mak saya, mak mertua saya dan SUAMI saya semuanya bersekongkol mengarahkan saya berpantang secara tradisional, jadik macammanalah saya nak mengelat??? Pakaian saya pulak haruslah kain batik yang diikat kuat-kuat dan t-shirt sahaja. Masa tulah kain-kain batik saya berkhidmat untuk negara saya 24 jam, kalo tak jangan harapppp!!! Saya memang tak keluar berjalan langsung sepanjang 44 hari itu. Suami saya tiba-tiba jadi kejam tak ingin bawak saya keluar ke mana-mana walaupun saya merengek-rengek manjer kat dia... kahkahkahhhh.... Jadi saya memang kerja belek baby, pam susu, tengok TV, tido dan blogging saja sepanjang tempoh itu. Memang berehat sungguhlah saya. Ehhh... ni cerita pasal berpantang ker, pasal keGEMUKan nihhhhh??? Kahkahkahhhhhhh.... Takpe, takpe, semua ni berkaitan.

Melihatkan menu makanan saya, jadual berpantang saya, kalian percaya tak saya boleh turun sampai 54 kg??? Memang macam tipu je kannnn... Tapi saya tak tipu. Memang itulah hasilnya. Perut saya lepas cukup 44 hari tu, bukak bengkung... wahhhhhhhhhh slim world u ollssssss!!!!!!! Pelikkan??? Macammana boleh kurus macam tu walhal boleh dikatakan macam makan-tido je keje??? Saya rasa saya boleh turun berat macam tu adalah sebab saya aktif BREASTFEEDING baby saya masa tu. Lagi satu saya rasa berbengkung membantu saya mengempiskan perut. Bukan bengkung moden yer.. bengkung tradisional yang berjela panjangnya, yang kalo ikat memang nak kena diri diam-diam.. bengkung mak saya tu.. :P

Itu kenangan indah masa baru habis pantanglah setahun yang lalu.

Sekarang berat saya sudah naik sehingga 57 kg... huhuhuuuuuuuuu... saya sangat ngeri. Perut saya pun tidak sekempis-lepas-bukak-bengkung-tu lagi. Ada lemak-lemak terkumpul di sana-sini.

Saya memang tidak diet atau bersenam. Saya makan tak hingat apa sahaja, memang saya kuat makan. Saya selalu lapar. Saya tak berani nak berdiet sebab saya menyusukan anak. Saya takut susu saya berkurangan kalau saya diet bersungguh-sungguh. Bukan saya nak bagi alasan BF penyebab saya kuat makan. Tapi memang saya tak berani nak kurangkan makan selagi saya menyusukan. Cuma apa yang saya boleh buat ialah, saya tidak makan tak tentu hala di antara waktu makan yang sepatutnya. Tapi bila waktu makan, saya bedal betul-betul.

Saya harap usai tempoh penyusuan genap dua tahun pada bulan Julai 2010, saya boleh mula berdiet atau dalam lain perkataan mengurangkan berat badan saya. Saya harap paling tidak pun saya mesti dapat berat 55 kg walaupun itu bukanlah berat ideal saya kalau mengikut BMI. Sebab apa??? Sebab saya tak mahu kalau saya mengandung lagi nanti, saya mula mengandung dengan berat 57 kg (atau lebih) kemudian naik pulak lagi 10 kg... silap-silap kalo turun balik pun lepas bersalin, tak boleh nak cecah 55 kg. Dan nanti 55 kg itu akan jadi kenangan terindah sahaja.. huhuhuuuuu... Eh kenapa nak 55 kg? Taknak lagi kurang dari itu ke?? Entah, saya rasa 55 kg dah ok lah bagi saya, tak nampak kurus sangat atau gemuk sangat, lagipun suami saya tak suka kalo saya kurus sangat, tak best nak peluk agaknya.. auwwwww... Ye ke yanggg??? Jadi lepas bulan Julai 2010, saya kira-kira saya ada tempoh 4 atau 5 bulan sahaja untuk menjejaki 55 kg itu sebelum saya bersedia untuk mengandung lagi. Saya bercadang untuk mengandung lagi pada bulan Disember 2010 supaya saya boleh bersalin pada September 2011 kerana saya bercita-cita nak bercuti panjang sampai 4 bulan (2 bulan cuti bersalin + 2 bulan cuti sekolah). Baikkk punya planning... kahkahkahhhhhhhh.... Tapi bulan September 2011 tu bulan puasa ke tak ek? Kena check balik, kalo bulan puasa, kena ubah sikit.. kalau boleh saya tak nak beranak time bulan puasa...

Kenapa saya buat entri ini ye??? Sebab kan.. saya terjah-terjah blog orang ramai yang sedang berusaha menurunkan berat badan dengan macam-macam cara. Saya jadik rendah diri sebab saya takde langsung usaha menurunkan berat badan ketika ini. Maka saya kaji-selidik diri saya. Maka terhasillah entri yang agak merapu ini... muahahhahahaaaaaaaa.........

Kalian yang sedang menurunkan berat badan walau dengan apa cara sekalipun, saya ucapkan good luck, semoga berjaya. Saya suka dengar cerita kaedah menurunkan berat badan ini. Saya belum bersedia lagi.. Tunggulah bila saya dah tak menyusukan anak lagi nanti.... :D



Tuesday, December 1, 2009

Mana Mau Pigi Daaa????

Hmmm... apa aktiviti ini hari???

- Ngadap lappy sepanjang hari???

- Menonton DVD???????

ATAU....

- Merambu ke Jusco lagi?????????

Saya sudah melakukan pemantauan secara besar-besaran di Jusco Tebrau City dan juga Jusco Permas Jaya. Semuanya adalah untuk mencari kasut Scholl idaman.. tapi dua-dua tempat tak ada saiz 6... apakahhhhhhhhh???????????????

Dalam kepala hotak, terasa nak p Jusco Bukit Indah pulak. Berbaloi-baloikah kalo ke sana? Sebab agak jauh jugak. Hubby cakap semalam, kalo suka sangat, booking jek laaa dulu kat Scholl yang dekat.

Hmmmm... ke Bukit Indah atau booking saja yerrr???? Hmmmmm.... ???



Monday, November 30, 2009

Bercuti Dari Menjadi Seorang Isteri...

Nampaknya di musim cuti persekolahan ini, saya bukan hanya bercuti dari mengajar, malahan saya juga telah mendapat cuti dari menjadi seorang isteri, kerana Mr Hubby tercinta telah pun pergi merantau ke Qatar sebagaimana yang telah saya kisahkan semalam. Cuti panjang pulak tu, melebihi dari cuti panjang saya dari mengajar. Memang cuti betullah saya kali nih. 3 bulan merupakan suatu tempoh yang amat panjang bagi yang tidka biasa ditinggalkan, tetapi bagi yang telah biasa ditinggalkan tempoh masa 3 bulan itu akan berlalu dengan cepat. Bagi saya yang telah biasa ditinggalkan, insyaAllah 3 bulan itu akan cepat berlalu.

Bila menyebut tentang 'bercuti dari menjadi seorang isteri' ini, ianya membuka ruang untuk saya memberi lebih banyak waktu untuk diri sendiri. Saya tidak lagi terikat dengan tugas-tugas rutin seorang isteri. Memasak, mengemas dan lain-lain lagi tidaklah menjadi tugasan paling top dalam list 'what to do' saya. Saya boleh berulit dengan anak-anak saya tanpa perlu menyesakkan fikiran dengan segala kerja yang tertunda. Lebih nikmat lagi, percutian ini membuka ruang untuk saya mendekatkan diri dengan Tuhan. Apabila berjauhan begini, saya akan lebih dekat denganNya, memohon perlindungan untuk suami saya, juga perlindungan untuk anak-anak dan diri sendiri. Terima kasih untuk Kak N di atas ingatan itu.

Apapun kehidupan perlu diteruskan. Petang semalam saya telah membawa anak-anak berhibur di Playland JJ Tebrau. RM10 saya laburkan membeli token untuk Aina dan Ainin main sampai puas. Jenuh jugak nak habiskan 10 token itu. Nasib baik ada adik-adik saya yang menemani kami. Lepas bermain di Playland, saya melakukan aktiviti terapi minda yang seterusnya iaitu SHOPPING!!!! Ahahahhaaaa.... macam dah lama aje rasanya tak bershopping. Shopping untuk diri sendiri dan anak-anak. Tapi saya terkilan lah, saya ada mengintai kasut idaman untuk dipakai ke sekolah di School Scholl, tapi tak ada size lah pulak... huhhhh... tak apalah, nanti saya akan cari di kedai School Scholl yang lain.

Esok saya sudah ada perancangan. Saya nak ke pejabat pos, mengepos trial pack yang telah ditempah. Kemudian saya nak ke Shaklee lagi, kerana ada tempahan baru untuk trial pack tetapi trial pack saya sudah kehabisan. Saya rasa bermurah hati nak teruskan pemberian 'gift' lagi kepada pembeli trial pack. Kemudian saya rasa nak ke JJ Permas pula nak cari kasut idaman saya. Harap-harap ada size di sana. Saya ada beli 6 DVD baru, esok saya nak menonton DVD kalau ada masa. Cewahhhh... masa saya yang banyak itu pun macam tak cukupkahhh????
Ya... saya memang perlu menyibukkan diri, kalau tidak memang saya akan meroyan keseorangan.... hahahhaaaa.... Eh, saya sudah subscribe Broadband Weekly dari C*elcom, sebab saya perlu bersiaran secara langsung dari rumah mak saya. Mak saya kan sudah pos dua bekas besar air zam-zam dari Mekah. Dia kata ada saru kotak lagi on the way. Mak saya kata, ada jubah-jubah untuk saya dan adik-adik serta barang-barang perhiasan yang saya tak tau apa dia. Wahhhh...tak sabar nak tunggu nih. Saya juga sedang menanti satu lagi barang yang amat mengujakan untuk saya... tak sabar btolllll.... :P

Oklah.. dah jauh saya merapu pagi-pagi buta nih.... Apasal saya tak tidur ni?? Eh saya bukan tak tidur, saya dah tidur tadi, tapi terbangun balik sebab teringat nak buat entri untuk kalian lah, esok takut tak sempat. Lagipun saya baru berjinak-jinak dengan dunia masakan di Cafe World dah berapa kali dapo saya berlangau akibat saya terlupa.... hahahhaaaa.......... :P