Tuesday, January 12, 2010

Bila Dipanggil Bertugas Di PPD...

... saya adalah sangap... *sigh*

Kerja banyak adalah tidak mengapa, tetapi sebab tak ada wifi, maka rasanya adalah seumpama makan lauk tidak bergaram atau minum kopi tidak bergula atau seumpama makan ayam Nando's tanpa sos peri-perinya atau lebih kasihan lagi seumpama makan Prosperity Burger tanpa sos lada hitamnya atau... errr cukuplah contoh setakat itu, nanti takut-takut ada yang meleleh air liur pulak di pagi-pagi hari... :P
Pokoknya ianya serba kekurangan untuk seorang Blogger tegar seperti saya ini. Apatah lagi nanti bila balik, saya dapati saya sudah ketinggalan begitu banyak entri kawan-kawan.

Ya, saya dipanggil bertugas di PPD semalam dan hari ini. Macam bagus??? Tak payah kagum, dipanggil bertugas di PPD adalah untuk membantu menaip data guru-guru KPLI yang baru ditempatkan di daerah Pasir Gudang. Seramai 300 lebih orang semuanya, dan seramai 3 orang guru data yang malang terpilih telah dipanggil untuk melakukan tugasan tersebut. Maka seorang kena buat 100 lebih data guru. Mata adalah berpinar menatap data-data tersebut. Patut sampai pukul 5, tapi semalam pukul 2 kami dah mintak balik. Wehhh penat okeh, duduk menaip data sambil bergossip secara non-stop. Jangkaan hari ini kami akan habis lebih cepat, sebab dah tak banyak yang nak ditaip. Harap-harap macam tulah bolehlah meronggeng selepas ini

Errr...adapun ini adalah scheduled entri saya, supaya kalian blog saya tidaklah kesunyian tanpa saya di sisi...ayat jiwang tak pasal-pasal :P

Nota kepala lutut : Semalam Cucu Betong dah habis, hari ni boleh layan Rapunzel Mayang Mengurai pulak..


Saya Yang Sangap Menurut Perintah:

Saturday, January 9, 2010

Latihan Mingguan...

Ya, sekali lagi ingin menempek catatan tentang Aina. Ada yang ingin muntah??? macamlah anak ko sorang yang pi sekolah. Jangan laaa.. Layankan aje lah si ibu yang kemaruk dengan anaknya yang baru sekolah nih... :P

Kan hari tu saya kata Aina tak ada homework?? Saya ingatkan memang tak ada homework untuk minggu-minggu awal persekolahan Aina. Tapi rupanya saya silap. Rupa-rupanya homework harian memang tak ada, tapi homework dikumpulkan untuk hujung minggu. Setiap hari Jumaat, cikgu akan bekalkan Latihan Mingguan sebagai homework.

Maka petang tadi, setelah melihat mood Aina bersedia untuk belajar, maka saya ajak dia siapkan homework. Ya.. mood anak adalah penting. Kena pastikan dia gembira untuk buat homeworknya, kalo tidak gerenti ibu yang meroyan.. hahahhaaa... Malam tadi dia sudah siapkan latihan mewarna dengan Acunya.

Maka dengan ini, saya dengan poyonya bangganya mempersembahkan hasil kerja homework Aina yang pertama...memang tak bley blah
Adapun, saya sangat gembira sebab Aina yang buat kesemuanya, saya hanya teman dan pantau sahaja sambil hulur-hulur kaler apa nak guna... :D


Sungguh abstrak cara Aina mewarna.
Pada pandangan saya, hasil kerja Aina adalah seindah ciptaan
Leonardo Dicaprio Da Vincci.... :P


Yang ini mula-mula dia tak nak buat,
tapi saya pujuk suruh guna colours, baru dia seronok... hehehee
Ibu jadi tukang hulur colours apa nak guna...



Oh yang ini buat separuh, penat, buat lain dan sambung... :P
Sekali lagi ibu jadik tukang hulur colours...


1 guitar...


Aina tanya, "Ibu kenapa one banyak sangat ni,
bile nak buat two pulak???" ngeeeee... :P


Anak murid yang tekun...


Tengok mulut dia muncung, masa ni dia bebel,
"Dah, dah... ibu jangan kacau, ibu pergi amik gambo Aina, cepat!!"


Possing sikitttt!!!!!!!
I love you so much Aina!!!!.... :)


Aina sangat gigih. Patutnya worksheets nih dia habiskan dalam masa dua hari, tapi petang tadi dia habiskan semua. Saya takut dia penat dan bosan, suruh dia sambung malam tapi dia kata takpe..takpe Aina nak buat, tak siap lagi nih. Errr... sebenarnya saya yang dah penat... wakakakakaaa... :P
Tapi saya tak boleh tinggalkan dia buat sorang. Saya mesti nak duduk jugak tengok dia buat.

Eh, saya baru sedar.. rupanya bila anak dah bersekolah, maknanya saya sudah kena tambah beberapa slot di dalam jadual saya. Slot teman anak buat homework dan juga slot menguruskan pakaian, peralatan dan beg sekolah anak. Oh tak lupa, saya kena basuh kasut sekolah anak jugak... hahahahhaaa.... Nampaknya saya benar-benar sudah menjadi ibu yang lengkap. Saya kata lengkap sebab sudah ada bahagian menguruskan perihal sekolah anak. Tapi sebenarnya belum lengkap lagilah... Sebab belum menguruskan anak masuk asrama, anak masuk U, anak kawen, anak nak beranak... amboihhhh... saya sudah betul-betul pandang ke depan... kahkahkahhhhhh.... :P

Kesimpulannya perjalanan sebagai seorang ibu is a very long way to go.. maybe it will be a never ending story. Namun segalanya telah bermula, dan setiap saat adalah sangat indah dan bermakna. Sesungguhnya saya sangat bertuah kerana menjadi seorang ibu. Anda bagaimana?? Setuju kan??? Setiap momen bersama anak-anak adalah terlalu manis dan mengujakan... :D

Friday, January 8, 2010

Ibu Yang Excited...

...Sayalah tu, ibu yang excited melihat perkembangan anak sendiri. Menghantar anak ke sekolah memang sesuatu yang amat mengujakan bagi saya. Apatah lagi bila anak saya menunjukkan tingkah-laku positif sejak dihantar ke sekolah. Ye.. saya tahu memang baru beberapa hari Aina ke sekolah. Masih terlalu awal untuk dinilai. Masih lagi dalam pemantauan saya. Namun melihat dia gembira dan teruja dengan pembelajarannya, turut membangkitkan keterujaan saya juga.. ayat tak bley blah :P
Eksaited wehhh bila anak suka belajar, sape yang tak eksaited kannnn... hehehheheeee...................... :D

Beberapa hari ini, balik aje dari sekolah, inilah kerja Aina........................



.


.


.



.




.




.

Tekun berlatih menulis ABC...
disamping ibu yang tekun berblogging..kahkahkahhh

Kat umah Tok Mak, takde kerusi-meja untuk Aina menulis,
duk bersidai kat katil dengan meja kecik pun jadik... :P


Bila dah nampak ibu amik gambo, mulalah bagi pose muka comel.. ahaksss


Bila dah penat pulak, mulalah melepek macam nih..
Sempat senyum sebab tau ibu sibuk amik gambo... :P


Buku menulis ABC Aina...


Buku menulis ABC itu bukanlah homework sekolah dia. Buku tu dah lama saya beli, sejak Aina sibuk nak main tulis-tulis. Tapi Aina tulis ikut suka hati dia. Tak ikut turutan pun. Kalau dia rasa nak tulis A, dia tulis A. Lepas tu karang tulis K pulak. Mula-mula dulu, susah jugak dia nak mengkoordinasikan tangannya untuk ikut garisan putus-putus tu, tapi lately nih Alhamdulillah dia dah pandai mengikut garisan putus-putus tu dengan lebih sempurna... :)

Nampaknya setakat ni, Aina belum ada homework lagi. Sebenarnya bila Aina balik dari sekolah, saya lebih suka dia berehat, tido sekejap. Tapi nampaknya Aina lagi suka berehat time dia tengok cerita Cucu Betong.. hehehheeee

Tadi saya tanya dekat Cikgu yang mengajar Aina, Aina macammana kat sekolah, nakal ker suka kaco orang ker kepoci ker... heheheee... Tapi cikgu dia kata Aina tak nakal, Aina baik kat skolah.. dan yang lagi best cikgu dia kata Aina cepat tangkap apa yang cikgu ajar, cikgu suka ajar dia.. Alhamdulillah...... bersyukur saya dengar cakap cikgu tu. Semoga Aina berterusan macam tu. Semoga Aina akan jadi lebih bijak hendaknya... :D

Errr... tapi hari ni kan, ayah saya hantar dia. Tiba kat skolah, dia nanges nak shushu... kihkihkihhhhh... Nasib laa kejap je, bila cikgu pujuk dia dah okeh balik. Sebenarnya kan.. saya lagi respek lah kat cikgu tadika. Sebab sekarang nih, kalo budak darjah 1 dah tak ramai yang nanges-nanges kat skolah, tapi kalo budak tadika memang kompem ramai yang nanges. Jadi memang cikgu tadikalah yang lebih penyabar sebenarnya..heheheee.. :)

Thursday, January 7, 2010

Celakalah Engkau Wahai Penipu!!!

Apakah perasaan korang kalo membayar satu perkhidmatan dengan harga RM150, kemudian korang dapat tau bahawa sebenarnya perkhidmatan serupa itu adalah RM40 sahaja. Dan kemudian, dek kerana sakit mata melihat hasil kerja perkhidmatan itu yang macam hampeh, maka korang pun terpaksa pejam mata untuk mencari kedai lain bagi membaiki 'hasil kerja' tersebut dan dikenakan pula cas RM150 lagik. Sedangkan kalo korang terus jer ke kedai yang lain itu, korang takyah laa bayar sampai RM300. Means that kalian dah buta-buta ditipu RM150..

That's what happened to me yesterday. Tak payah tanyalah perkhidmatan apa yang aku buat tu.. Yang aku nak bebelkan di sini ialah, kekesalan aku sebab si penipu yang celaka itu adalah orang Melayu. Konon-konon aku ni malaslah nak p carik kedai Cina, takut kena tipu satu.. lagipun kedai Melayu tu bapak aku kenal owner dia. Rupa-rupanya bangsa sendirik lagi kaki penipu. Memang sumpah tak ingin lagik aku ke kedai tu. Aku berdoa bungkuslah perniagaan engkau wahai penipu, supaya engkau tak boleh menipu orang lain lagik. Kalo tak bungkus pun, semoga Allah membalas perbuatan keji engkau itu. Tak dapat balasan di dunia, di akhirat esok engkau tanggunglah!!! Aku tak akan halalkan satu sen pun duit yang engkau kelepet itu. Inilah masalah bangsa Melayu. Macammanalah berniaga nak maju. Tentu arah kena tipu dengan bangsa lain, kalo dengan bangsa sendiri lagi sakit hati. Istighfar dalam hati, memang bukan rezeki aku 150 tu, tapi aku memang sakit hati beno kena tipu dengan bangsa sendirik yang haku kenal pulak tu. Memang S***

Yer... aku tulis entri pakai 'aku' sebab aku sangat hangat hati sekarang ini... :(



Wednesday, January 6, 2010

Macam-Macam Dari Kedah...

Masa cuti sekolah hari tu, mak mertua saya ke Kedah ikut akak ipar saya balik kampung suaminya. Seperti biasa, kalo balik dari sana mesti macam-macam yang mak mertua saya bawak balik. Antara yang saya kompem pasti pesan bawak balik untuk saya adalah ini...

Ikan pekasam


Ikan pekasam goreng yang sedap tak hengat...
Saya tengok gambar nih sambil meleleh air liuq...


Ikan pekasam nih kalo makan dengan nasik panas, pergghhhhhhh.... sungguh laaa menjilat jari. memang boleh menambah dua-tiga kali.. lupa terus pada perasaan sumpah-tak-nak-makan-nasi-banyak-lagik. Kat Johor nih susah nak carik ikan pekasam macam nih. Kalo ada pun tak sama macam ikan pekasam dari Kedah nun. Kalo laaa Kedah tu dekat, mau saya ulang-alik borong ikan pekasam.. hahahahhaaaa............

Lagi sedap makan ikan pekasam tu, bila ada padanan lauk-pauk macam nih...........

Ikan cencaru masak singgang.
Ini ikan baru naik dari laut, memang terasa manis ikannya bila masak singgang.
Anak-anak saya laju jek makan kalo saya masak singgang nih... :)


Asam pedas ikan tenggiri...


Tak lupa ulam daun selom makan dengan
sambal belacan G-Tra.. :D


Sebenarnya ada satu lagi benda yang sedap dari Kedah, tapi saya lupa nak amik gambo. Kuah rojak kacang Mak Bee. Potong buah jambu, nenas, kedondong, makan dengan kuah rojak nih... aduyaiiiiiii... meleleh air liur mak wehhhhhhhhh..... Kalo lah suami saya tengok entri saya nih, pasti dia meloncat-loncat nak balik jugak.. pasal dia asyik komplen kat saya makan di platform Qatar sangatlah tak sedappp... balik-balik kari, kari, kari.. almaklum tukang masak orang Pakistan. Baliklah cepat yangggg.. nanti ai masakkan sedap-sedap untuk you... :D

Eh agaknya laa kan, kalo laaa saya duk Kedah, makin bulattt lah saya........ hahahahaaaa............ :P

Tuesday, January 5, 2010

Aina Suraya Ke Sekolah...

Pukul 11.30 pagi semalam, saya menghantar Aina ke Tadika Addin. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aina yang dari malam sebelumnya macam tak lena tidur kerana excited nak ke sekolah. Saya pun sama excited dengan Aina. Berbakul-bakul pesanan yang saya bagi kat Aina. Jangan kacau kawan, jangan nakal-nakal, jangan buat bising, jangan tu jangan ni... Tu tak termasuk pesanan nak buang air cakap kat cikgu, siap practice ayat-ayat nak mintak izin ke toilet... wakakkakaaa............. Tidak lupa pesanan saya supaya Aina tak menangis, sebab nanti lepas hantar ibu nak balik sekolah ibu, nak jaga anak murid ibu pulak.

Tiba di tadikanya, Aina saya bawa masuk ke kelasnya. Masa kami sampai tu, tak ada lagik budak perempuan lain. Ada 3 orang budak lelaki aje masa tu. Saya ingat saya nak tunggu laaa dia dalam sejam ke. Sekali tu Aina boleh cakap, "Ibu pergi laaa balik sekolah ibu,".. erkkk... bertuah btollll, langsung tak heran kalo saya tinggalkan dia... :P
Tapi bagus jugak, tak laaa saya pening kepala nak tinggalkan dia. Buatnya dia melalak taknak kena tinggal, haru jugakkk... :D

Ready to school...



Aina @ classroom...


Pukul 2.30 petang, saya jemput dia balik. Soalan standard adalah, "hari ni cikgu ajar apa". Maka Aina pun mulalah membuat laporan. Selain dari apa aktiviti dia kat sekolah, Aina jugak cerita pasal kawan barunya Sofia yang menangis nak ibu dia... hahhahahaaa.... Itu yang dia duk ulang-ulang cerita sampai saya pun hapal... :P

Apapun, first day at school, nampaknya memberangsangkan. Semoga berterusan begitu hendaknya. Semoga Aina rajin dan bijak belajar. Memang excited kan bila anak dah mula bersekolah. Ini baru sekolah tadika, kalo sekolah betul nanti haruslah lebih excited, lagi pulak bila anak masuk sekolah tempat sendiri mengajar.

Hari ni Aina ke tadika naik van transport, semoga tak ada apa-apa masalah. Tak sabar nak jemput dia balik nanti, nak dengar pulak apa cerita dia untuk hari ini... :)

Monday, January 4, 2010

Permulaan 2010...

Hari ni hari pertama kembali ke sekolah mengajar. Dah lama bercuti, hari pertama ni memang penuh dengan semangat baru. Excited nak memulakan sesi P&P 2010. Semoga semangat ini akan berterusan sehingga ke akhir tahun.

Untuk 2010, saya dipertanggungjawabkan mengajar subjek Sains tahun 6 dan 4, juga subjek Bahasa Inggeris tahun 2. Wahahhahaaaa... kembali mengajar BI!!! Dulu masa baru posting tahun 2006, saya memang mengajar subjek ini untuk tahun 1 dan 2. Kemudian tak ajar lagi. Nampaknya 2010, saya sekali lagi diberi kepercayaan mengajar BI. Masa bagi jadual waktu, GPK saya agak risau saya menolak... Tapi saya tak kisah, kalau tahap 1 saya masih ok sajer. Lagipun manalah saya boleh nak menolak, minor subjek masa di maktab dulu memanglah BI. Cikgu opsyen BI kat sekolah saya pun memang kurang, so kenalah terima jugak. Apapun.. sebenarnya saya suka jugak mengajar BI, sebab saya boleh improve my language... :D

Saya juga sangat suka sebab tahun ini masa mengajar saya kurang dari tahun lepas.. Alhamdulillah. Semoga masa free yang ada dapat saya berblogging manage dengan lebih baik lagi. Tersenyum sampai ke telinga saya tengok jadual waktu saya. Hari Jumaat je yang agak banyak kelas, tapi takpe sebab Jumaat balik pukul 12. Dalam kepala saya sekarang, sudah mula nak letak slot mengepam, menanda buku, meng'update' blog data dan macam-macam lagi dalam jadual waktu yang free itu.

Tahun ini juga, sekolah saya mendapat 6 orang guru baru. Ada yang fresh from oven maktab, ada yang baru bertukar dan ada yang naik pangkat. Alhamdulillah. Ramai guru baru, bermakna makin berkuranglah masa mengajar kawan-kawan. Tahun lepas masing-masing stress dengan jadual waktu yang padat. Tahun ini bolehlah bernafas sikit... :D
Bukan itu sahaja, bebanan tugas pun makin berkuranglah juga. Taklah sorang cikgu sampai 2,3 jawatan penting kena handle. Best.. best...
Yang lebih best dapat cikgu opsyen Kemahiran Hidup dan Muzik. Cikgu lelaki pulak tu. Semua orang suka sebab sekolah saya ni memang ketandusan cikgu lelaki. Lepas nih tak laaa cikgu perempuan sibuk tertonggeng-tonggeng terhegeh-hegeh kat dalam bengkel Kemahiran Hidup. Juga tak laaa budak-budak bosan belajar Muzik, sebab dah ada guru opsyen Muzik yang semestinya terer.. :)
Yang pasti awal-awal ini, sibuk sikitlah saya meng'update' data guru-guru baru.
Saya rasa saya nak cuba buat scheduled entri untuk blog, lagi senang. Tengoklah macam mana... :P

Oh... hari ini juga saya nak hantar Aina pergi tadika. Nasib baik lepas rehat sampai balik saya free hari ni. Sesi Aina pukul 11.30, bolehlah saya mintak izin GB keluar sekejap karang. Excited jugak nihhh... hahahhahaaaa....

Saya dapat offer ajar Sains kat satu pusat tusyen. Menarik jugak.. boleh masyukkkk lebih sikit. Mula-mula rasa macam nak ajer. Tapi bila pikir-pikir balik.. owhhhh... saya tak mampu. Sebab, seminggu ada 3-5 kali kelas waktu malam. Maknanya hari-hari saya nak kena keluar malam, tinggalkan anak-anak saya. Nanti bila suami saya dah balik, mesti terkejar-kejar nak dinner lagi, nak ke pusat tusyen lagi, silap-silap tak dapat nak dinner sama-sama. Suami saya pulak tu bukannya jenis yang punctual pukul 6 dah sampai umah. Lagipun, Aina dah start sekolah. Bila masa saya nak mengajar Aina pulak? Bila masa pulak nak tolong tengokkan dia buat homework??? Petang??? Petang dah sibuk nak masak, buat kerja-kerja umah bagai.. Malam je lah waktu yang sesuai untuk belajar bersama Aina. Nanti sibuk nak ajar anak orang, anak sendiri tak terajar. Tu belum kira masa yang saya nak kena spend untuk murid-murid Tahun 6. Jadi memang tak boleh lah saya mengajar tusyen. Duit banyak mana pun tak ada maknanya, kualiti bersama keluarga lebih utama.. betul tak???? Rezeki yang ada pun dah mencukupi. Sebab tulah saya memang tak nak mengajar tusyen walaupun jiran-jiran saya selalu tanya. Bagi saya, kalau saya nak kerja dari pagi sampai ke malam, baik saya kerja kat kilang je... Eh, tu pendapat peribadi saya saje ye, lain orang lain pendapatnya. Mungkin orang lain boleh mengurus masanya dengan lebih baik lagi walopun mengajar tusyen. Saya memang time management selalu terkehel.. hehehehee

Oklah, cukup-cukuplah untuk permulaan 2010 ini. Nampaknya ini entri pertama saya di tahun baru. Kalian ceria-ceria selalu yer. Semoga kita semua berjaya mencapai kualiti dalam kehidupan kita...

Last but not least (dah macam karangan surat kiriman pulak nih), I like this quote... :D


Agree???...