Wednesday, October 3, 2012

Tinggal Seminggu Lagi...


Pejam celik pejam celik, tinggal lebih kurang seminggu saja lagi cuti panjang aku akan berakhir. Memang seronok sungguh bercuti panjang 3 bulan. Terasa berbaloi dapat jaga baby dari new born sampai ke usianya 3 bulan. Memang tak sia-sia aku amik cuti bersalin 3 bulan nih. Walopun lepas nih cuma ada sekali saja lagi cuti bersalin yang layak aku amik, nak dibandingkan kalo aku amik 2 bulan, aku layak amik lagi 2 kali. But who cares? Blom tentu aku rajen nak branak lagik lepas ni... Hahahaaa. Lagipun umur dah 33 ni pun terasa hazabnya mengandung, apatah lagik kalo lagi bertambah umur nanti? Takkan pulak nak branak tetiap tahun semata tak nak mengandung di usia lanjut khennnnn? Larat koooo??? Dah ler anak- anak aku nih dari yang beso sampai yang baby ( of course ler kan) memang jenis clingy dengan aku. Itu nak ibu, ini nak ibu... Semua pun ibu. Abah? Tammo... Ohhhhh... Acik penatttsssssss.... Huhuhuhuuuu.... Jangan mimpi ler nak branak tetiap tahun. Kalo boleh elak, elak... Kesian kat anak-anak gak nanti bila mak asik nak menaga jerrrrrr... -_-

Stok susu Alhamdulillah, lumayan untuk Ahmad Faheem. Dua minggu nih aku tak sempat nak mengepam lagik. Rushing dengan macam-macam. Lagipun freezer aku dah tak muat oiiii... Hajat nak mencari deep freezer pun tak kesampaian lagik sebab husband sibuk teramat! Asik balik lambat jewww... Wiken pun busy. So dua minggu nh memang direct feeding jek laaaaa. Ahmad Faheem dah dilatih minum EBM guna botol susu. Ada dua jenis botol, Tommee Tippee dengan First Year. Ikutlah nanti memana yang ko berkenan yer Ahmad. Aritu macam reject First Year, tunyang beli Tommee Tippee. Tapi last week macam tak suka lak botol TT tu... Haihhhhhhh.... Jangan ko reject EBM macam kakak Aina dulu dah ler Ahmad oiiiii... Kang saper lak nak minum EBM bebanyak dalam freezer tu??? Tapi satu yang aku prasan baby nih kalo time bebtol lapo baru dia nak minum EBM tu. Kalo tak, macam susah nak bagi. Aku berdoa biarlah dia nak minum susu nih bila aku dah start keje sok.

10 Oktober, means Rabu depan aku start bertugas balik. Separuh hati sukaaaa gak benornya. Eh dah agak letih jadik SAHM nih oiiii... Keje tak abes-abes! Memang gua respek lah kat all SAHM di dunia yang fana   nihhh. Nak urus anak-anak, urus rumah, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, itu, ini.... Serius penat. Nak list down kan keje-keje kat umah nih pun letih oi... Huhu. Jadik please lah respek para surirumah ni. Kalo tanya aku, errrr blom tentu sanggup! Kalo jadik SAHM part time tu boleh laaaa... Dah penat keje, jadik SAHM. Pastu penat jadik SAHM, pi keje lak... Macam aku la ni kan. Masa cuti skolah fefeeling jadik SAHM, abis cuti... Pi keje lak... Tu aku sanggop. Hehe... Dasarrrrr tak gheti duk umah dendiam khennnn aku nih! :p

Wokey... Stop mumbling. Orang hari rabu, buat entri wordless wednesday.. Aku buat entri wordfull wednesday.. Sukati jewww.. Haha... Adios korang! Slamat hari Rabu... :)




Thursday, September 27, 2012

Birth Story Memory

Yer.... dah dua bulan lebey baru nak citer? Tak kisah ler, janji ado.... Plus sukati aku ler khennnnn... Hahahaaaa.... 

Kesahnya bermula pada....

12 Julai 2012
  • Hari ni (37 wks, 4 days), memang ada jadual check up. Aku tros inform skolah aku mc hari ni.
  • Dalam kepala memang dah bajet Dr Thokha akan advice untuk bersalin. Dalam kepala jugak rasa nak bersalin je sebab memang dah tak larat nak bawak perut.
  • Dalam pukul 12 jumpa Gynae, tros dia buat V.E, dah bukak 2cm katanya. Tros dia suggest check in labour room, get ready untuk bersalin.
  • Aku & hubby setuju je sebab memasing dah mentally prepared hari ni nak bersalin. Kitorang cakap nak pi lunch dulu then baru check in petang.  
  • Kuor spital tros call ayah bagitau aku nak masuk spital petang kang untuk bersalin. Aina & Ainin memang dah ada kat umah ayah.
  • Kitorang balik umah jap, prepare apa yang patot then tros pi lunch kat Mc Donald, large set bersama air coke untuk aku, bajet dalam pantang kang x dapek nak bermekdi bagai... :p
  • Tengah makan dapat call dari Hospital Regency tanya jadik tak aku nak check in, opkos ler jadik... Sabau ler, tengah makan nih.. Haha 
  • Lepas makan, dalam pukul 3 lebih tros check in. Aku tros masuk labour room, salin baju bagai sementara laki aku pi register & letak barang dalam wad.
  •  Dalam pukul 4 pm dah start pasang CTG kat perut monitor heartbeat baby. Actually masa ni aku memang dah ada mild contraction. Memang dah seminggu pun ada mild contraction ni. Jap ada jap ilang.
  • Dalam pukul 6 pm, start drip induce. Contraction geli-geli pun bermula. Masa ni masih macho lagik, no hal lah contraction geli-geli nih.... Hahhahaaa
  • Dalam pukul 7 lebey, mak mertua aku sampai, dihantar oleh adik ipar aku. Start tu mak mertua aku dan suami aku lah meneman aku dalam labour room. 
  •  9 pm Dr Thokha datang pecahkan ketuban, maka battle pun bermula. Ok masa nih, memang contraction comes tak bagi can punya... Bagai nak tercabut pinggang aku. Mulut memang tak berenti mengucap, berzikir bagai. Mengadoi sakit pun tak berenti jugak... Huhuhuuuuu... 
  • Masa tu bukaan dalam 4 ke 5 cm which is aku rasa bila laaaaaa nak sampai 8cm nih? Sakit memang dah tak tertanggung. Midwife cina ni asik suggest aku amik epidural sampai naik rimas lak aku. Aku gigih tak nak epidural, 2 kelahiran sebelum  aku mampu je bertahan tak amik epidural, why not now? Tapi at last aku bersetuju gak amik pethadine untuk save energy masa push nanti. Tak nak jadik kes Ainin, sampai masa push aku dah lost energy, tak mampu nak push sampai terpaksa vacuum lama sangat, lonjong kepala si Ainin masa keluor... Sian anak aku.
  • Midwife jab pethadine kat belakang, tak lama lepas tu aku mula lalok. Pethadine ni buat aku lalok & boleh rest masa contraction takde. Tapi bila contraction datang, still aku boleh rasa.
  • Dalam pukul 9 lebih mak ayah aku datang dengan Aina. Ainin tak datang, dah tertido katanya.
  • Dalam pukul 10 lebih jugak mak ayah aku balik. Masa tu aku memang dah sakit tak hengat dahhh..
  • Aku tros bertarung sakit yang tak bley nak diceritakan sampai la dalam pukul 11.30. Masa ni memang dah rasa nak push sesangat dah tapi terpaksa tunggu Dr Thokha datang labour room.
  • Dalam 11.45 Dr Thokha dah standby depan aku. Maka acara push-mengepushpush pun bermula lah.

13 Julai 2012
  • Dah masuk 13 Julai, dalam 15 minit gak aku push, at last Dr Thokha decided vacuum jugak sebab kepala baby tak centre maka susah nak keluar.
  • 12.15 a.m, akhirnya lepas Dr vacuum sikit, dengan skali push, maka keluar lah buah hati ketiga aku dan suami.
  • Memang terasa hilang segala sakit yang maha dahsyat, bila baby dah keluar. Lebih membuatkan sakit hilang bila Dr bagitau.... "its a boy!". Syukur tak terhingga, dapat juga aku hadiahkan zuriat lelaki untuk suami. 
                   Fakta:
                    Berat baby: 3.15kg , Panjang baby: 49.5cm , Ukurlilit kepala : 35cm
                    Lahir pada: 37 minggu,5 hari.
  • Lepas tu, sementara baby dibersihkan, aku pun sila lah redho dijahit oleh Dr. Yerrrr.... Dah anak 3 pun kena jaet gak... Gara-gara masa Dr tak bagi push, aku pi push dengan gagahnya, maka hambeklah ko cik V terkoyak, siap aku leh dengo lagik bunyik praaakkkkkk gittew... Ohhhh sungguh ngerissss.... 
  • Lepas siap jaet, baby diberi pada aku untuk first breastfed. The most precious moment masa nih. Holding my baby in my arms and fed him... Indah sungguh... He sucks like a pro... Good boy! 
 Ok... Rasa dah jotes down everything yang termampu aku recalled. Semoga boleh jadi rujukan diri sendiri di masa akan datang. Sekian, terima kasih.... :)

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday


For him...

Boba 3G SSC


Tweet... :)








P/S Bought from  http://www.facebook.com/mamapandastore
      Very good price she offered. Thank u Rayhanna.. Love it so much!



Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan & Aina...

Aina belum pernah lagi dilatih berpuasa penuh. Tahun lepas hanya terdaya puasa separuh hari je. 

Tapi tahun ni, aku dan hubby bersetuju cuba melatih Aina berpuasa penuh.

1 Ramadhan - GAGAL!!!
Pukul 3pm Aina merayu lapar kat Tok Ayah, Tok Ayah pulak memang kesian benau kat cucu... takde pujuk-pujuk, tros kasik Aina makan. Aku & hubby pulak ke hospital tengok Ahmad Faheem yang admitted for jaundice. Balik-balik dapat tau dah selamatttttttttt berbuka puasa anak aku. Geram pun hado... tapi apo nak dikato? Sabo jek laaaaaaa..... 

The next day, aku berazam nak kuarantin Aina duk bertapa dalam bilik dengan aku jer. Jangan bagi dia melepek depan Tok Ayah mahupun Tok Mak. Atuk nih kan tipikal sayang cucu terlebeyyyyyy.... Cucu pulak kalo depan atuk memang drama queen no 1!!! 

Alhamdulillah... 2 Ramadhan berlangsung dengan jayanya! First time Aina berjaya berpuasa penuh. Memang dia ngadu lapo, haus... tapi aku motivate dia. Pujuk... tabur janji manes sket... Alhamdulillah dia dapat berpuasa penuh.

3 Ramadhan - Aina start ke tadika. Risau jugak kalo dia keletihan. Tapi syukur, kawan-kawan sekelas dia pun berpuasa. Jadi dia takde komplen lah apsal dia kena puasa, ada kawan tak pun. Tengok dia pun tak lah nampak letih tak bermaya bila balik sekolah. So aku assume ok lah. Namun kuarantin tetap on. Layannnnn je dia dalam bilik. Bukakkan upin ipin lah, boboiboy lah kat You-Tube. Pastu suruh dia nap sampai pukul enam. Ainin pulak kalo tengah makan diharamkan tayang depan Aina. 

Sampai ke hari ini, 5 Ramadhan... syukur Alhamdulillah, Aina masih berpuasa penuh. Harap-harap kekallah sampai ke hujung Ramadhan. 

orang puasa yang kepenatan

Sekian cerita Ramadhan si Aina....
Aku masih tak dapat buat lagi cerita dalam labour room sebab gambo-gambo hangat semasa kejadian masih dalam henpon suami. Nanti lahhhhh... :)

Selamat berpuasa semua... :)


Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah... Cubaan Memblog Semula... :)

Walopun roh memblog sudah lama terkubur, tapi ku gagahkan jugak untuk hidupkan balik roh memblog nih. Tak kisah laaa ada ke tak yang nak menyinggah blog bersawang nih... eh ni bukan tahap bersawang, dah macam umah tinggal pun hado... hahahahaaaa.. Tak pe, yang penting, ada sesuatu untuk dibaca di kemudian hari nanti. Plus aku dah open blog balik. Koser dah berprivacy2 nih. Dah ler serupa umah tinggal, lagik ada hati nak private? Hahahahhaaaa... *gelakkan diri sendirik*

Syukur Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 9 bulan dah berakhir. Last entry blog nih aku announce tentang kewujudannya dalam rahimku. Dan entry kali nih, syukur lah... dia telah berkembang menjadi insan yang selamat ku lahirkan pada Jumaat, 13 Julai 2012 jam 12.15 a.m.


Akhirnya, berakhir penantian nak dapat baby boy! Syukur usaha dan doa kami dimakbulkan Allah jua. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh penyejuk hati ibu & abah.... :)

Inilah dia hero pertama kami....

Nama pun dah dipilih. Ahmad Faheem Bin Shamsul. Maksud nama Yang Terpuji, Yang Memahami. InsyaAllah.... Semoga nama yang dipilih memberi impak yang baik untuk dirinya... Amin.


Permata Hati Kami....
Seluruh keluarga memang menantikan kehadiran permata hati kami ni. Almaklum dah agak lama jugak aku tak ada baby baru. Empat tahun dah tak beranak kecik... Hehe... 

Ok... Cukuplah dulu berkisah kali nih. Nanti aku citer pulak kisah kelahiran Ahmad Faheem sementara semuanya masih segar dalam kepala... :)

Selamat berpuasa untuk semua!!!! Maaf zahir batin...