Yer.... dah dua bulan lebey baru nak citer? Tak kisah ler, janji ado.... Plus sukati aku ler khennnnn... Hahahaaaa....
Kesahnya bermula pada....
12 Julai 2012
- Hari ni (37 wks, 4 days), memang ada jadual check up. Aku tros inform skolah aku mc hari ni.
- Dalam kepala memang dah bajet Dr Thokha akan advice untuk bersalin. Dalam kepala jugak rasa nak bersalin je sebab memang dah tak larat nak bawak perut.
- Dalam pukul 12 jumpa Gynae, tros dia buat V.E, dah bukak 2cm katanya. Tros dia suggest check in labour room, get ready untuk bersalin.
- Aku & hubby setuju je sebab memasing dah mentally prepared hari ni nak bersalin. Kitorang cakap nak pi lunch dulu then baru check in petang.
- Kuor spital tros call ayah bagitau aku nak masuk spital petang kang untuk bersalin. Aina & Ainin memang dah ada kat umah ayah.
- Kitorang balik umah jap, prepare apa yang patot then tros pi lunch kat Mc Donald, large set bersama air coke untuk aku, bajet dalam pantang kang x dapek nak bermekdi bagai... :p
- Tengah makan dapat call dari Hospital Regency tanya jadik tak aku nak check in, opkos ler jadik... Sabau ler, tengah makan nih.. Haha
- Lepas makan, dalam pukul 3 lebih tros check in. Aku tros masuk labour room, salin baju bagai sementara laki aku pi register & letak barang dalam wad.
- Dalam pukul 4 pm dah start pasang CTG kat perut monitor heartbeat baby. Actually masa ni aku memang dah ada mild contraction. Memang dah seminggu pun ada mild contraction ni. Jap ada jap ilang.
- Dalam pukul 6 pm, start drip induce. Contraction geli-geli pun bermula. Masa ni masih macho lagik, no hal lah contraction geli-geli nih.... Hahhahaaa
- Dalam pukul 7 lebey, mak mertua aku sampai, dihantar oleh adik ipar aku. Start tu mak mertua aku dan suami aku lah meneman aku dalam labour room.
- 9 pm Dr Thokha datang pecahkan ketuban, maka battle pun bermula. Ok masa nih, memang contraction comes tak bagi can punya... Bagai nak tercabut pinggang aku. Mulut memang tak berenti mengucap, berzikir bagai. Mengadoi sakit pun tak berenti jugak... Huhuhuuuuu...
- Masa tu bukaan dalam 4 ke 5 cm which is aku rasa bila laaaaaa nak sampai 8cm nih? Sakit memang dah tak tertanggung. Midwife cina ni asik suggest aku amik epidural sampai naik rimas lak aku. Aku gigih tak nak epidural, 2 kelahiran sebelum aku mampu je bertahan tak amik epidural, why not now? Tapi at last aku bersetuju gak amik pethadine untuk save energy masa push nanti. Tak nak jadik kes Ainin, sampai masa push aku dah lost energy, tak mampu nak push sampai terpaksa vacuum lama sangat, lonjong kepala si Ainin masa keluor... Sian anak aku.
- Midwife jab pethadine kat belakang, tak lama lepas tu aku mula lalok. Pethadine ni buat aku lalok & boleh rest masa contraction takde. Tapi bila contraction datang, still aku boleh rasa.
- Dalam pukul 9 lebih mak ayah aku datang dengan Aina. Ainin tak datang, dah tertido katanya.
- Dalam pukul 10 lebih jugak mak ayah aku balik. Masa tu aku memang dah sakit tak hengat dahhh..
- Aku tros bertarung sakit yang tak bley nak diceritakan sampai la dalam pukul 11.30. Masa ni memang dah rasa nak push sesangat dah tapi terpaksa tunggu Dr Thokha datang labour room.
- Dalam 11.45 Dr Thokha dah standby depan aku. Maka acara push-mengepushpush pun bermula lah.
13 Julai 2012
Fakta:
- Dah masuk 13 Julai, dalam 15 minit gak aku push, at last Dr Thokha decided vacuum jugak sebab kepala baby tak centre maka susah nak keluar.
- 12.15 a.m, akhirnya lepas Dr vacuum sikit, dengan skali push, maka keluar lah buah hati ketiga aku dan suami.
- Memang terasa hilang segala sakit yang maha dahsyat, bila baby dah keluar. Lebih membuatkan sakit hilang bila Dr bagitau.... "its a boy!". Syukur tak terhingga, dapat juga aku hadiahkan zuriat lelaki untuk suami.
Berat baby: 3.15kg , Panjang baby: 49.5cm , Ukurlilit kepala : 35cm
Lahir pada: 37 minggu,5 hari.
- Lepas tu, sementara baby dibersihkan, aku pun sila lah redho dijahit oleh Dr. Yerrrr.... Dah anak 3 pun kena jaet gak... Gara-gara masa Dr tak bagi push, aku pi push dengan gagahnya, maka hambeklah ko cik V terkoyak, siap aku leh dengo lagik bunyik praaakkkkkk gittew... Ohhhh sungguh ngerissss....
Ok... Rasa dah jotes down everything yang termampu aku recalled. Semoga boleh jadi rujukan diri sendiri di masa akan datang. Sekian, terima kasih.... :)
- Lepas siap jaet, baby diberi pada aku untuk first breastfed. The most precious moment masa nih. Holding my baby in my arms and fed him... Indah sungguh... He sucks like a pro... Good boy!
3 comments:
salam...
tahniah yer akhirnya dpt gak hero idaman...
p/s:lama tak update mesti tengah manjakan baby boy baru yer :)
Ummimiqdad.. Thank u.. Alhamdulillah, syukur sesangat. Mmg now busy, bukan dgn baby je... Maklum la anak makin ramai.. Hehe
Ina.. Akan datang??? Apakah??? Hahahaaa
Apakes laaaa haku pi jadik cik anon nihhh... Kahkah
Post a Comment