Friday, October 28, 2011

Pintar Bistari's SOpen Day

Hari ni Open Day di Tadika Pintar Bistari. Semalam result exam akhir Aina dah diupload kat website.

Result Aina... :)



Syukur ada peningkatan result Aina berbanding pertengahan tahun hari tu. Walopun kedudukan dalam kelas still sama tapi peratus dan jumlah markah meningkat. I'm proud of you girl! Aku harap kejayaan dia kali nih akan jadik pencetus semangat dia untuk terus berjaya. Bukan cuma pencetus semangat untuk dia malah aku jugak. Supaya aku tak terleka dari membimbing dia belajar. Aina pun happy sangat sebab aku kata ni hasil usaha dia tekun study masa nak exam hari tu.

Cikgu Aina pun tak ada apa-apa komplen. Alhamdulillah Aina tak de apa-apa masalah kat sekolah. Semoga berterusan sampai bila-bila sikap dia nih.

Belek-belek kertas ujian dia, aku terkesima sungguh tengok hasil colouring Aina untuk kertas Pendidikan Seni nih ...

Rasa nak prem.... hahahahaaaa



Gambar kelas Aina. Comel-comel semua....
Tengok muka perahsan 'DIVA' anak aku.... hahahahaaa.....



Sebab aku promise dia untuk bagi hadiah kalo result dia bagus, maka aku belikan dia set Lego yang tengah SALE kat Toys R' Us. Dah lama dia mengendeng nak Lego nih tapi aku wat donno.

Aku memang tak belikan anak-anak mainan sangat. Boleh kira dengan jari mainan diorang, espeacially yang pricey. I feel kedekut nak spend duit untuk mainan. Tapi kalo buku-buku memang aku x kesah. Diorang pun dah terbiasa macam tu. Mainan yang best hanya akan aku beli sebagai hadiah samada birthday atau achievement diorang.

Muka happy dapat hadiah...
Adik tompang happy sebab boleh ngendeng menan kakak... :P



Nice creation... :D


That's the story for today. Now waiting for Hari Anugerah Kecemerlangan Aina on 13 Nov 2011.. it's on her birthday... very meaningful! :D






Thursday, October 27, 2011

Laundry... Laundry....

Bila balik dari jalan-jalan, mende paling berchenta nak buat ialah L.A.U.N.D.R.Y.

Ada sape-sape yang tak setuju dengan aku? Rasa semua orang pun sama. Unpacked tak jadik masalah sangat sebab semua baju yang dibawa dah masuk kategori - kena cuci.

Ni laundry sesi 1. Penuh dah ampaian aku yang tak berapa nak luas nih.... Another session dalam mesin tengah dicuci.



Ini pula menanti hasil laundry sebelum berjalan. Sebakul penuh tahap nak muntah, menanti untuk dilipat...



Lepas siap laundry baju-bajan, haku nak buat laundry tudung-tudung pulak. Rasa chores hari ni memang laundry semata.

Alang-alang dah mencuci begitu banyak, aku ingat nak bukak kedai dobi arini. Ada sape-sape nak aku mendobi? Meh anto umah aku.... Harga boley runding... Hahahahaaa....

Ok... mesin kat belakang dah menjerit suruh aku sidai baju pulak..... Tata... :D



Kembali

Kejap jer dah hari Rabu. Masa untuk balik ke pangkal jalan. Keseronokan bermalas-malasan di bilik ber-aircond 24jam jua dah berakhir. Keseronokan berkubang dalam swimming pool tiap pagi dan petang pun dah tamat tempohnya. Mari kita pulang yer anak-anak... Ada rezeki, abah bawak kita datang lagi... Semoga semakin murah rezeki abah hendaknya.. Amin.. :)

Sebelum balik, sempat possing di lobby hotel. Ainin yang tengah cranky time ni tak nak pandang camera.. Rugi ko dikkk..Haha..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 25, 2011

We Are Here Again...


... at Awana Kijal Resort & Spa, Terengganu from last Saturday till tomorrow. Following hubby again. We loveeee to be here. The room, the view, the food, the pool... everything are superbbbb!!! Plus 1 week Deepavali holiday should not be wasted, no? Being here with family - a complete family - is the best for us.... :)


Rindu...

Rindu nak merapu kat blog sendiri. Tapi tiap kali bukak page posting nih, jari-jemari kaku nak menaip, kepala otak tetibe tepu nak citer apa. Maybe ini yang dikatakan 'Writer's Block'

"Writer's block is a condition, primarily associated with writing as a profession, in which an author loses the ability to produce new work."

Macamlah ko jadikkan penulisan itu sebagai 'profession' kannnn??? Gasakkkkkk.... muahhahahaaaaaaa..... Tapi memang dah lama sangat aku tak menulis (menaip) luahan hati kat sini. Last entri pun bulan 7, macam dah berjaman. Rasa dah takde sape pun sudi nak singgah sini dah, lagi pulak now blog dah berkunci. Gerenti orang pun fedap datang blog yang penuh dengan habuk dan sawang. Asal datang kena kibas-kibas sebab banyak sawang... :P

Apapun sepanjang aku tak bergiat aktif dalam arena penulisan blog ini (ayat x bley blahhhhhh...), aku tetap aku... eh? Maksud aku, aku tetaplah macam ni. Takde apa yang berubah, masih blom ada rejeki menambah apa-apa yang patot ditambah.. hehe..

Ok lah... I'll be back later, mumbling about my life. Thanks u olls yang (masih) sudi nyinggah.