Ye.. Blog ini sudah lama tak berupdate.
Saya gagal dalam menguruskan masa. I am bad in time management... I should admit that.
Setelah sekian lama masa berlalu, saya merasakan saya sudah tidak mampu untuk menghadap blog sendiri mahupun blogwalking dalam tempoh masa yang panjang kerana saya sudah sedar diri. Saya sedar bahawasanya saya perlu MENDAHULUKAN YANG UTAMA....
Apa yang utama???
1. Anak-anak
Anak dah sekolah, maknanya tanggungjawab ibu dah bertambah.
Pilihlah : mau hadap lappy lama-lama atau bimbing anak belajar? Pilihan di tangan sendiri. Choose the best for you. Di tadika baru, pembelajaran Aina makin efisyen, homework bertambah setiap hari. Dia perlu saya untuk membimbing. I can't stand raising my f***ing voice to her just because could'nt pay attention in what I am doing (whatever)... I NEED to stop that. I feel that I am a bad mom if I can't sit beside her and concentrate guide her doing her homework. I feel bad when I have to divide my precious time between my kids and this damn lappy. *eh tetibe speaking inggelish? Kalo tulis BM, pesal aku rasa macam jiwang??? :P
2. Kerja-kerja Rumah
Ini memang tak berkesudahan. Kerja rumah - masak, laundry, lipat kain, kemas rumah... and whatever.... Juga membataskan masa blogging saya. Terpaksa... sebab setelah difikirkan ini juga adalah UTAMA.
3. Diri sendiri
Saya penat - I need time to rest. Ini pun UTAMA jugak kan??? :P
4. Kerja
Ye... saya ada banyak kerja (sekolah) yang tertangguh. Saya seorang cikgu, kerja 1/2 hari, tetapi bawak balik kerja ke rumah walopun tak dapat nak settlekan kat rumah sekalipun mencuba sedaya upaya. Ok ini juga UTAMA.
Jadi, selaku seorang yang FAILED pada time management. Saya harus avoid benda-benda yang tidak UTAMA. Akhirnya saya terpaksa mengakui saya terpaksa kurang berblog. Mungkin akan menulis, akan blogwalking but in a very limited time. Saya tidak lagi dapat menulis setiap hari. Memikirkan apa entri yang nak dikongsi. Tidak jua lagi dapat menghabiskan masa membaca kisah orang lain juga.
Itu saya, mungkin tak berlaku pada orang lain. Sebab saya tak mampu nak mengurus masa dengan baik.
Apapun saya akan merindui dunia blogging ini. Kawan-kawan singgahlah kalo nampak ada entri. Kalo taknak singgah pun tak apa. Sebab entah bilalah blog ni akan dapat bernyawa semula seperti dahulu. Gonna misz u olls... :)
~ Adios ~