Wednesday, February 25, 2009

Tergeliat Lidah...

Hari ini raptai penuh acara Kejohanan Olahraga kat sekolah ku. Aku dengan khusyuk dan tawadduk nyer menjalankan tugas sebagai pengacara majlis.

Dengan penuh lenggak-lenggoknya aku mengacarakan majlis untuk mengumumkan acara lintas hormat dari semua kontijen... Tiba di satu perenggan....

"SETERUSNYA, PASUKAN RUMAH BIRU, YANG DIKETUAI OLEH ADIK MOHD ZUHAILY BIN ZAINAL ABIDIN, DIIRINGI OLEH ADIK PUTRA MUHAMMAD ALI REZA HAIZAT BIN ROHAIDAT SELAKU PEMBAWA BENDERA DAN ADIK SITI QURRATU AIN BTE ABD KAMAL SELAKU PEMBAWA PAPAN TANDA..."

Aku tergeliat lidah..korang rasa kenapa???? Kihkihkihhhhhhhhhhhhh.................

Tuesday, February 24, 2009

Kapufffff.............

Semalam, saya tidur di rumah saya di Seri Alam. Kalian tahu kan biasanya bila Mr Hubby tak ada, saya selalu tidur di rumah orang tua saya yang mana lebih dekat dengan sekolah. Bulan Januari, Mr Hubby dah pergi selama sebulan, maka sebulan lah saya bermastautin di rumah orang tua saya. Sekali-sekala saya pulang ke rumah untuk mengemas dan sebagainya.

Namun kali ini, Mr Hubby pergi lagi selama sebulan juga. Owhhh... kali ini, saya terasa malas nak 'pindah' ke rumah orang tua saya lagi. Jadi, sejak Mr Hubby pergi, saya lebih banyak tidur di rumah sendiri saja. Kenapa??? Ada beberapa sebab...
1. Saya kan sudah membela pokok-pokok bunga di rumah saya seperti yang telah saya kisahkan sebelum ini. Jadi..kalau saya jarang-jarang ada di rumah..semestinya pokok-pokok itu akan mamfusyyyy kelak.
2. Saya juga ingin memperuntukkan banyak masa untuk Aina bagi sesi pembelajaran santainya. Kalau di rumah emak, dia asik nak berulit dengan tok maknya saja.
3. Saya kesian kan emak. Bila di rumah emak, Aina memang asik nak tok maknya saja. Buat susu, mandi, bagi makan...segalanya...mesti nak dengan tok mak. Dengan ibu tak nak...jadi kesian emak saya penat melayan kerenah Aina.
4. Saya rasa selesa di rumah saya..bukanlah maknanya di rumah emak tak selesa..cuma..gimana yer mau diterangkan...tapi yelah...situasinya kan dah berbeza...dulu ku anak dara..sekarang sudah jadik ibu beranak dua...pastinya home sweet home...Kalian fahamkah???

Tak takut ke duk rumah dengan anak-anak je??? Ehehehhee.. Kalau dilayan perasaan takut, apa pun tak boleh buat kan? Jadi Tawakkal sajalah..insyaAllah..tak ada apa-apa....

TETAPI....

Malam semalam, lebih kurang pukul 3.30 a.m, saya tersedar dari tidur sebab terasa panas. Owhhh..kipas tak berpusing, lampu pun dah padam. Black out kah?? Saya selak langsir, tengok lampu porch jiran-jiran kiri dan kanan masih menyala. Maknanya, hanya rumah saya je terputus bekalan elektrik. Trip kah???? Saya terkebil-kebil, nak keluar bilik, saya agak cuak sebab gelap.. Lampu picit kat dalam stor agaknya. Aina di sebelah terbangun juga. Saya ajak Aina temankan saya keluar.. Owhh.. baru hari ini saya merasakan Aina dah besar dan begitu bertanggungjawab. Dia terus bangun tanpa merengek-rengek dan menemankan saya keluar tanpa rasa takut. Bravo anakku!!! Saya buka kotak fius, ye...memang trip. Saya pergi ke semua suis dan matikan suis-suis yang ada. Kemudian saya cuba on kan current balik (minta maaf..ku blasah je istilah ini...hehe)... namun masih trip lagi. Owhhh...aku buntu.. aku rasa semua aku dah matikan. Masih tak boleh. Aku mula pasrah. Aku ambil Ainin yang sudah terbangun, dan duduk di sofa tiga beranak. Blur sekejap. Nak buat macammana ni?? Mulanya aku nak buat tak tau aje. tunggu lah esok pagi. Tapi terfikir pula..ohhh..tidakkkk...nanti stok frozen EBM ku macammana??? Lepas tu..macammana nak keluar rumah?? Pagar automatik pastinya tak boleh bukak. Huhuhuuuu... sungguh celaru aku... Akhirnya aku mengambil keputusan menelefon ayahku. Nasib baik dia jawab telefon dan lebih kurang pukul 4 a.m barulah mak dan ayah sampai. Ayah panjat pagar untuk masuk. Kalian tahu...rupa-rupanya ada satu suis yang aku terlupa langsung...suis microwave ku. Ini lah puncanya..cetttt....Oleh kerana aku gabra dan fobia dengan kegelapan, aku langsung tak ingat suis yang satu ini. Kesian ayahku terpaksa datang tengah-tengah malam (ke pagi buta???). Itulah kisahku malam semalam. Membuatkan aku terfikir...memang huru-hara juga menjadi 'single-mom' nih...Tiba-tiba aku mengharapkan Mr Hubby cepatlah pulang... huhuhuuuuu

Pengacara Majlis...

Kejohanan Olahraga Kali Ke-17 sekolahku akan diadakan pada hari Khamis, 26 Februari 2009. Hari ini, dari pagi guru-guru dan murid-murid sibuk membuat raptai bagi hari kejohanan itu. Aku diberi tugasan sebagai Pengacara Majlis bersama dengan seorang rakanku.

Ini merupakan kali ketiga aku diberi tanggungjawab besar mengendalikan majlis yang besar di sekolahku. Kali pertama sewaktu Mesyuarat Agong PIBG pada tahun 2007. Kemudian Kejohanan Olahraga Kali Ke-16, tahun 2008. Dan kali ini, sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama. Menjadi seorang pengacara majlis memang seronok pada peringkat awalnya, kerana kita tidak dibebani langsung dengan lain-lain tugasan melainkan memberi sepenuh tumpuan untuk mengendalikan majlis kelak. Namun jangan berseronok-seronok terlampau, kerana perlu diingat, berjaya atau hambarnya sesuatu majlis itu adalah bergantung kepada si pengacara majlis.

Sebagai pengacara majlis, aku perlu memastikan teks pengacaraan mestilah taily dengan tentatif program. Ayat-ayat teks tersebut juga mestilah disusun atur supaya indah dan teratur bacaannya. Intonasi suara juga perlulah seiring dan sesuai dengan majlis yang sedang dikendalikan. Pengacara majlis juga perlu mengawal kegugupan sewaktu mengendalikan majlis tersebut. Owhhhh.... sebenarnya aku gigil juga setiap kali mengendalikan majlis ini. Acara yang besar seperti ini, pastinya bukan cuma dihadiri oleh guru-guru dan muri-murid sekolahku malahan, tetamu jemputan khas, dan ibu-bapa. Jika ada kesilapan aku mengacarakan acara ini, pasti akan memalukan pihak sekolah dan akan menjadi sebutan orang. Jadi tidak boleh ada silap sebolehnya kerana kelancaran acara ini terletak di atas batu jemala ku...huhuhuuuuu....

Selepas ini aku akan menaip teks untuk hari kejohanan tersebut yang telah ku draftkan sebelum ini. Kalian wish me luck okehhhh.... *wink*

Monday, February 23, 2009

It Starts With The Letter I...

Thanks CIKYAN coz mengetagku... mmg susah laa wat tag nih,namun ku gigihkan jua membuatnya...

The rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

What is your name: Intan

Four letter word: Idol

A boy's name: Irfan

A girl's name: Isha

An occupation: Imam (ni dah jadik pekerjaan kan??)

A color: Indigo

Something you'll wear: Indigo-Shirt (bulihhhh?? hahahhaaa....)

A food: Ikan goreng

Something found in the bathroom: I-Pod nano...(sapa punye bathroom ada nih angkat tangan...hahhahahahaa)

A place: India

A reason for being late: I sangkut dlm jem tadi...(huahuahuaaa)

Something you'd shout: I love you (kejadahnyerrr?????? ko ingat citer industan ke??)

A movie title: I-Robot

Something you drink: Iced-blended

A musical group: Indigo

An animal: Ikan

A street: I-street

A type of car: Integra (tiru iszan nihhh..sungguh ku buntu okehhh)

The title of a song: Intanku Kesepian.... (I likeeee!!!!)

HUHUHUHUUUU...Buntu hokehhh..siap Oxford Advanced Learnears Dictionary kat sebelah nihhh....

Mau tag siapa??? Okeh silalah bloggerz yang tersenarai dalam blog list haku tu buat yer..sapa2 yang dah buat...kire selamat lahhhh...

Barney Theme Song...

Barney is a dinosaur from our imagination
And when he's tall,he's what we call a dinosaur sensation
Barney's friends are big and small,
they come from lots of places
after school they meet to play and sing with happy faces
Barney shows us lots of things
Like how to play pretend
ABC's, and 123's
And how to be a friend
Barney comes to play with us
Whenever we may need him
Barney can be your friend too
If you just make-believe him!
Ini request dari Aina semenjak dua menjak nihhhh... Bila tiba mood dia suh aku nyanyi..memula nyanyi lagu "Yaaa..OOO" a.k.a Old Mc Donald, pastu...lagu Ba Ba Bek Cipp...pastu Tinkle Tel Tarr...dan pelbagai Nursery Rhymes lagik..semuanya aku layannnn...penat gak buat konsert nih rupanya yer...nasib baik pitching mak tak lari..almaklum lah setakat nursery rhymes kannn...hahahahhaaa..... Tapi last-last dia mintak lagu Barney...OMG...ibu tak hapal laaa yanggg...huk alohhh korang tau..dia bantai nangis nak Barney gak...Aku cuma ingat baris pertama jek..aku blasah baris pertama pastu just humming saja ikut irama dia..nasib baik acceptable..siap suh nyanyi byk2 kali...letih hokehhhh layan anak dara aku nihhh..
So ari ni teringat nak tanya kat pakcik google senikata Barney, okeh..pasni aku hapal k...boleh lahh jadik lagu wajib untuk next konsert aku nanti. Ada sapa-sapa yang berminat nak join konsert aku nih?? sila bagi email untuk pembelian tiket yer...kihkihkihhhhhhhh

Kisah Kek Batik...

Alkisah aku membuat kek batik semalam sebagaimana yang aku war-warkan dalam entri semalam. Dan kerana aku ini isteri 'solehah'...maka aku telah mengirim kek batik itu kepada Mr Hubby melalui email...apekah???!!!

Dan hari ini, Mr Hubby telah menelefonku...mengatakan bahawa kirimanku telah sampai dengan selamatnya..dan dapat lah dia menjamu mata. kemudian dia kata....
"Tengok kek batik tu, abang baru teringat janji nak p survey oven kan masa abang balik hari tu??? tak sempat kannn...sorry ekkk??? Nanti laaa kite p okey"
Owhhh..apakahhhh??? Sungguh aku tak de niat pun nak memperingatkan dia tentang janji manisnya yang nak ajak aku survey oven masa dia balik hari tu... Aku pun tau masa dia balik ari tu,memang full ajer schedule dia. Lagipun bajet dia pun dah p membetulkan cermin tingkap kereta yang pecah hari tu serta mengganti tayar kereta yang aku lenjan ke hulu-hilir itu..jadi tak sampai hati pulak nak ingatkan dia pasal oven tu.

Sebenarnya...masa Mr Hubby pergi offshore first trip tempoh hari, aku ada mengura-urakan kat dia untuk membeli oven yang double grill supaya dapatlah aku buat kek cekelat, cheese kek dan lain-lain. Aku siap promote lagi geng-geng blog yang asik buat kek...(siapakah itu??? kihkihkihhh...) Dan Mr Hubby telah pun bersetuju dengan syarat kek aku nanti mesti lah sebest secret recipe (mencabar aku lah nih kekdahnyer...cettt...).

Jadi tunggulah dia pulang nanti...kalo tak ada aral..boleh lah aku mengendeng-ngendeng sebijik oven double grill untuk menyemakkan dapur aku yang kecik comey ittew...;p

Hajaba VS Munawwarah...

Diam tak diam sudah 3 helai tudung Hajaba yang aku beli. Dua helai jenis yang labuh dan sehelai lagi jenis pendek. Aku sebenarnya amat berkenan dengan tudung Munawwarah, semenjak di perkenalkan oleh mama Ealyie (beb...kenapa laa ko sering menjebakkan aku ke kancah yang tak berapa nak sihat nihhh ekkkkk..kihkihkihhhhh), namun niat aku untuk memiliki Munawwarah masih lagi belum tertunai kerana mana laa nak carik Munawwarah kat JB ni kan?Dalam pada itu, aku rasa memang best pakai tudung jenis ini. Tanpa sengaja masa berjalan-jalan kat Plaza Angsana, aku termasuk kat Butik Hajaba. Jadi, aku pun telah merembat tudung kaler kuning ini....

Aku beli yang labuh sebab lebih sesuai untuk ku pakai ke sekolah. Aku tertawan dengan tudung ini kerana amat mudah dan ringkas. Juga mempercepatkan masa bersiapku.

Kemudian aku beli yang pendek ini...

Untuk ku pakai jalan-jalan carik pasal atau bile malas nak gosok tudung p skolah, aku blasah je yang pendek nih..hehhehee..Memang best lagi kurasa pakai tudung nih sebab aku akan sentiasa maintain kemas bile bawak Ainin dalam sling. Tak laaa aku berubah jadik ibu yang serabai dengan tudung senget sebelah bile pakai sling...;) Yelah kannn...bawak anak, bawak anak jugak, tapi ibu tetap laa nak melaram....kihkihkihhh...

Kemudian baru-baru ini, masa berjalan-jalan dengan mak aku kat angsana, aku terbeli lagi satu tudung....

Alasannya..aku punye tudung bawal ijau, batunya dah banyak yang tanggal.

Jadi, kesimpulannya aku dah ada 3 helai..kebarangkalian menambah bilangannya lagi amatlah besar. Aku selesa dengan design Hajaba ini. Namun...aku masih lagi menyimpan keinginan memiliki Munawwarah. Dan aku juga telah berjaya memujukpaksakan Mr Hubby supaya bawak aku ke KL cuti sekolah bulan 3 nanti. Konon-kononnya nak melawat kawannya yang baru dapat baby..tapi niat sebenar aku pastilah nak ke Kedai Munawwarah...hihihiiiii.... Harap-harap, bolehlah aku melaram Munawwarah pulak nanti...wahahahhahaaaaa