Thursday, May 30, 2013

Budget Cuti-Cuti Tioman


Jumaat lepas aku bercuti ke Pulau Tioman bersama-sama seluruh keluarga aku. Percutian 4 hari 3 malam. Ini kali ketiga aku ke Tioman. Memang tak pernah jemu ke sana sebab Tioman memang bestttttt! 

Kali ni aku menginap di Johan's Resort, Kampung Air Batang Chalet (Kg ABC). Rombongan kali ni seramai 9 dewasa, 2 kanak-kanak, memang kira fully organized oleh aku dengan bantuan adik aku. Jenuh survey dan booking sejak bulan 3 lagi. Sebab nak pi time cuti sekolah, memanglah kena booking awal. Mula-mula dapat di Kg Juara, tapi tetibe masa nak bayar deposit, owner tu kenselkan sebab kata dia dah tima booking company lain... Suckkkssssss lahhhhh! Last-last dapat Johan's Resort ni, bila nego harga bagai, puas hati.. Tros bayo deposit.

Kat sini aku catatkan bajet utk holiday dengan jumlah 9 dewasa, 2 kekanak untuk panduan korang yang mungkin berniat nak bercuti ke Tioman. 

1. Ferry two ways :  RM 750 (Dewasa RM35, Kanak-kanak RM30) - naik di Jeti Tanjung Gemuk.
2. Quad Rooms sharing (3 rooms) : RM 1350  (RM 150/room/night)
3. Snorkeling : RM 850 (RM 85/pax)
4. BBQ : RM 300
5. Meals for 4 days 3 Nights : RM 900 - meals tidak diuruskan oleh resort, tapi dia tolong bajetkan RM300 untuk sehari. Ok gak gini, boleh try mana2 restoren yang ada ikut selera memasing.

TOTAL : RM 4150

Bos resort ni (Encik Johan) mintak RM 500 deposit, balance bayar masa datang. Cuma duit feri aku bayar sendiri kat Jeti, tapi En Johan dah bookingkan feri siap-siap sebelumnya. Duit makan aku pegang sendiri. Cuma bayar duit bilik, snorkeling & BBQ je lah pada En Johan tu. Senang berurusan dengan En Johan ni. Tak banyak citer. 

Cumanya, kalo korang mengimpikan resort yang sangat selesa, high class maybe this is not for u olls lah. Resort Johan ni selesa tapi bukan kategori high class. Yang penting toilet dia bersih.. Haha. 

Untuk aku yang sebelum ni pernah menginap kat Berjaya Apartments di Kampung Salang & Sun Beach Resort di Kamung Genting, opkos lah Berjaya Apartments yang paling best penginapannya diikuti Sun Beach Resort. Kira Johan's Resort ni jatuh no 3 lah. But still ok lagi pada aku dengan rate biliknya. Yelah kita pun kalo ke pulau kejadah nak duk memerap dalam bilik sangat kan? Bilik untuk tido di malam hari jer. 

Ok itulah bajet yang dapat aku bentangkan untuk reference korang. Aku akhiri dengan ucapan I Love Tioman! Hahahahaaaa.....

Adiossssssss......


Monday, April 8, 2013

Kemho Bersama Anak Teruna

Tempek sekeping muka sendiri bersama boifren baru. Sorrylah, boifren agak moody sket time ni.. Hehe

Sweet Potato Puree



Makanan pertama untuk Ahmad Faheem adalah sweet potato a.k.a keledek jepun. Faheem mula diperkenalkan kepada makanan ketika berusia 5 bulan 2 minggu. Almost 6 bulan.

Cara nak buat sweet potato puree ni mudah je. Almaklom kalo susah, aku pun x kuasa nak buat yer... Hahahaaa... Biasanya sebatang macam ni boleh dapat stok puree untuk 6 hari. Sebab awal-awal masa tu Faheem makan sekali je sehari.

Cara-cara :

- bersihkan keledek dan kukus/rebus sampai lembut.
- kupas kulitnya dan potong kecik-kecik
- blend dengan air masak. Kuantiti air tu agak-agak laa ikut kelembutan puree yang korang nak. Macam aku memang tak nak puree tu lembek sangat sebab nanti nak campur denganEBM masa bagi makan. So sedang-sedang jek la lembutnya.
- dah siap puree simpan dalam bekas kecik-kecik untuk frozenkan.

Ok lah next time aku sharing camne nak prepare stok frozen puree pulak.

**INFO : nutrition in sweet potato; full of vit A, C, B6 & E. Good source of phosphorus which supports the growth of bones & teeth.

Till then... Babaiiii....

.

Sunday, April 7, 2013

New Gadget

Kelahiran baby kali ni, aku banyak beli gadget yang baru. Macam-macam aku beli, macam laaaa baru nak ada anak sorang, walhal dah anak ketiga, entah ada ke tak bab baru lepas ni. Tapi yelah.... dulu tak berpeluang nak beli sebab bajet tak berapa nak ada dan tak berapa mudah nak online shopping. Now terlebih celik IT (konon). Bahaya u ollsssss.... Semua aku nampak, semua aku nak! Gatalllllllll jerjari-jemari nak klik icon 'add to cart'. Tapi memang aku tak nafikan lah, memang aku beli je. Kadang husband tak approved pun aku bantai beli.... Dasarrrrrrr bini degil kannnnnn! Tak dapat bajet dari laki, sanggop pakai bajet sendirik! Ampun bangggggg... Tak baik kedekut untuk anak... LOL

Antara gadget yang tak menyesal langsung aku beli ialah Baby Bullet, untuk prepare baby food. Best gilorrrr... Haha

Dapat pulak buku resepi baby food.... Mak sukaaaa u ollsssss.... Hihi... Nanti aku sharing resepi baby food yang dah aku buat untuk Ahmad Faheem okehhhh....

Till then... Babai

Wednesday, January 16, 2013

The Life Cycle of A Butterfly...

Dari ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelongsong,
Tiba masa kepompong pecah,
Jadilah rama-rama yang indah....