Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan & Aina...

Aina belum pernah lagi dilatih berpuasa penuh. Tahun lepas hanya terdaya puasa separuh hari je. 

Tapi tahun ni, aku dan hubby bersetuju cuba melatih Aina berpuasa penuh.

1 Ramadhan - GAGAL!!!
Pukul 3pm Aina merayu lapar kat Tok Ayah, Tok Ayah pulak memang kesian benau kat cucu... takde pujuk-pujuk, tros kasik Aina makan. Aku & hubby pulak ke hospital tengok Ahmad Faheem yang admitted for jaundice. Balik-balik dapat tau dah selamatttttttttt berbuka puasa anak aku. Geram pun hado... tapi apo nak dikato? Sabo jek laaaaaaa..... 

The next day, aku berazam nak kuarantin Aina duk bertapa dalam bilik dengan aku jer. Jangan bagi dia melepek depan Tok Ayah mahupun Tok Mak. Atuk nih kan tipikal sayang cucu terlebeyyyyyy.... Cucu pulak kalo depan atuk memang drama queen no 1!!! 

Alhamdulillah... 2 Ramadhan berlangsung dengan jayanya! First time Aina berjaya berpuasa penuh. Memang dia ngadu lapo, haus... tapi aku motivate dia. Pujuk... tabur janji manes sket... Alhamdulillah dia dapat berpuasa penuh.

3 Ramadhan - Aina start ke tadika. Risau jugak kalo dia keletihan. Tapi syukur, kawan-kawan sekelas dia pun berpuasa. Jadi dia takde komplen lah apsal dia kena puasa, ada kawan tak pun. Tengok dia pun tak lah nampak letih tak bermaya bila balik sekolah. So aku assume ok lah. Namun kuarantin tetap on. Layannnnn je dia dalam bilik. Bukakkan upin ipin lah, boboiboy lah kat You-Tube. Pastu suruh dia nap sampai pukul enam. Ainin pulak kalo tengah makan diharamkan tayang depan Aina. 

Sampai ke hari ini, 5 Ramadhan... syukur Alhamdulillah, Aina masih berpuasa penuh. Harap-harap kekallah sampai ke hujung Ramadhan. 

orang puasa yang kepenatan

Sekian cerita Ramadhan si Aina....
Aku masih tak dapat buat lagi cerita dalam labour room sebab gambo-gambo hangat semasa kejadian masih dalam henpon suami. Nanti lahhhhh... :)

Selamat berpuasa semua... :)


Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah... Cubaan Memblog Semula... :)

Walopun roh memblog sudah lama terkubur, tapi ku gagahkan jugak untuk hidupkan balik roh memblog nih. Tak kisah laaa ada ke tak yang nak menyinggah blog bersawang nih... eh ni bukan tahap bersawang, dah macam umah tinggal pun hado... hahahahaaaa.. Tak pe, yang penting, ada sesuatu untuk dibaca di kemudian hari nanti. Plus aku dah open blog balik. Koser dah berprivacy2 nih. Dah ler serupa umah tinggal, lagik ada hati nak private? Hahahahhaaaa... *gelakkan diri sendirik*

Syukur Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 9 bulan dah berakhir. Last entry blog nih aku announce tentang kewujudannya dalam rahimku. Dan entry kali nih, syukur lah... dia telah berkembang menjadi insan yang selamat ku lahirkan pada Jumaat, 13 Julai 2012 jam 12.15 a.m.


Akhirnya, berakhir penantian nak dapat baby boy! Syukur usaha dan doa kami dimakbulkan Allah jua. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh penyejuk hati ibu & abah.... :)

Inilah dia hero pertama kami....

Nama pun dah dipilih. Ahmad Faheem Bin Shamsul. Maksud nama Yang Terpuji, Yang Memahami. InsyaAllah.... Semoga nama yang dipilih memberi impak yang baik untuk dirinya... Amin.


Permata Hati Kami....
Seluruh keluarga memang menantikan kehadiran permata hati kami ni. Almaklum dah agak lama jugak aku tak ada baby baru. Empat tahun dah tak beranak kecik... Hehe... 

Ok... Cukuplah dulu berkisah kali nih. Nanti aku citer pulak kisah kelahiran Ahmad Faheem sementara semuanya masih segar dalam kepala... :)

Selamat berpuasa untuk semua!!!! Maaf zahir batin...