Tuesday, November 25, 2008

Mengapa Tidak???...

Seseorang telah bertanya kepada saya..
Mengapa saya begitu beria-ia memberi susu ibu kepada anak saya? Mengapa saya sanggup membazirkan duit membeli pam yang mahal untuk mengepam susu?? (membazirkah??) Kemudian sanggup pula mengeluarkan duit membeli supplement untuk menambahkan susu. Mengapa pula saya sanggup korbankan masa terluang saya di sekolah untuk mengepam,sedangkan jika saya tidak mengepam saya boleh menghabiskan masa tersebut dengan melakukan kerja-kerja lain atau paling tidak pun berehat dan bergossip ria (relevankah???). Sedangkan menurutnya lagi, dengan keadaan kewangan saya dan suami, dia merasakan saya tidak ada masalah langsung untuk membeli susu formula untuk anak saya. Tak perlu bersusah payah menyediakan stok dan bekal untuk anak saya.
Kawan-kawan..soalan berbau provokasi ini telah ditanya kepada saya apabila dia membaca blog saya ini, tentang penyusuan susu ibu yang giat saya lakukan untuk bayi saya, juga tentang pam Ameda yang telah saya beli khusus untuk menjayakan penyusuan ini dan jua tentang pengumpulan stok yang gigih saya lakukan untuk bekalan di masa akan datang.
Seharusnya saya tidak perlu bersusah-payah menjawab soalan berupa provokasi ini yang datangnya dari seseorang yang sentiasa menganggap menyusukan bayi dengan susu ibu adalah menyusahkan dan leceh. Bagaimanapun saya tetap menjawabnya, manalah tau persepsinya akan berubah dengan kenyataan saya nanti.
Jawapan saya...
Mengapa tidak??? Mengapa saya mesti memberikan susu formula untuk anak saya walhal saya tidak tahu kandungan sebenar dalam susu tersebut. Saya ingin melihat anak saya membesar hasil dari susu ibunya,yang saya berikan kepadanya. Saya tidak kisah memperuntukkan wang untuk membeli pam mahupun supplement asalkan saya boleh memberi anak saya khasiat terbaik yang dia patut dapat dari ibunya. Saya berbangga jika anak saya membesar dengan sihat hasil dari kesungguhan saya menyusukannya. Saya juga menyatakan betapa susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi di mana segala nutrisi mencukupi untuknya mengikut perkembangan umurnya. Saya juga menyatakan, dengan memberi susu ibu, Alhamdulillah anak saya lebih tinggi imunisasinya. Dan saya memang tidak dapat melihat alasan mengapa saya perlu memberi susu formula untuknya sedangkan saya berkemampuan untuk menyusuinya dengan mencukupi kerana Allah telah memberikan rezeki susu untuk anak saya. Saya juga menyatakan Allah telah mengurniakan yang terbaik dalam ciptaanNya. Mengapa pula saya harus mencari ciptaan yang lain? Mengapa saya sanggup menggunakan masa terluang saya untuk mengepam susu? Kerana itu tanggungjawab saya untuk anak saya. Walaupun saya menghabiskan masa terluang saya dengan mengepam, saya tetap memastikan kerja-kerja di sekolah saya tidak terabai. Saya sentiasa memastikan kerja-kerja saya (selain dari mengajar) siap pada waktunya. Setakat ini, tidak ada sesiapa yang bersungut tentang ketidakberesan kerja saya. Malah saya merasakan saya lebih efisyen dan on time dalam melakukan kerja berbanding dengan orang lain yang tidak terkejar-kejar mengepam susu. Jadi setakat ini saya memang tidak ada masalah membahagikan masa kerja saya dengan mengepam susu. Apakah kerana kewangan saya dan suami membolehkan saya membeli susu formula, maka saya boleh menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak menyusukan anak saya? Bukankah lebih baik jika wang yang ada saya rancangkan untuk kegunaan pembelajaran anak-anak saya di masa akan datang? Bagi saya, memang saya tidak punya sebab langsung untuk tidak menyusukan anak saya.
Dan dengan jawapan saya itu, soalan-soalan provokasinya terjawablah sudah. Dia dapat menerima pendirian saya itu namun masih lagi beranggapan menyusukan anak itu melecehkan...Lecehkah kawan-kawan??? Bagi saya tentulah TIDAK...tidak leceh berbanding dengan perlu mengangkut bakul piknik berisi termos,botol air masak, botol susu,tin susu atau tupperware berisi susu....Renung-renungkanlah...
Oh ya..saya tidak memperkecil-kecilkan orang yang memberi susu formula kepada anaknya. Tidak, itu bukan motif entry saya ini. Saya cuma menyatakan jawapan dan pendapat saya kepada persoalan yang dikemukakan kepada saya. Harap-harap tiada yang berkecil hati..

8 comments:

Memory said...

saya setuju dengan pandangan cikgu.. susu ibu adalah makanan atau nutrisi terbaik buat bayi.

ketika ibu saya melahir kan adik saya yang ke-6, ibu tidak boleh mengeluarkan susu dengan banyak. dan ketika melahirkan adik yang ke-7 susu ibu telah pun tiada.. saya masih ingat lagi ketika itu.. saya memaksa atau lebih halusnya memberi motivasi pada ibu agar berusaha untuk memberi adik susu ibu... bukan susu formula..

apa pun.. saya merasakan susu ibu lebih baik dari susu formula.. kadangkala dalam jenaka saya bergurau dengan mengatakan.. agaknya masalah sosial dan masyarakat hari nie disebabkan masa kecik2 they all nie menyusu dengan lembu kot (minum susu formula) itu yang perangai entah apa2..

itu sekadar gurau sahaja.. tapi mungkin ada benarnya kerana apa yang di makan dan diminum itu akan menjadi darah daging kita.. akan menjadi sebahagian dari kita.. sekiranya ada sifat asal benda itu, tidak mustahil melekat pada kita..

wallahuallam..

Mommy Lyna said...

saya bermula dengan bf & skg top up fm.

mmg tak biasa mula2nya... dgn kene bgn malam nak bancuh susu. zaman2 bf takyah sesusah, selak je pepandai lar dia cari...

lia said...

kalau bab yg leceh 2... selalu la kena psl kalau kena tgk site @ course, usung backpack spectra3 tu, masing2 akan komen(lebih tepat kutuk) sbb sanggup skip mkn utk pump susu...

susu ibu adalah hak anak.... & mmg tjwb ibu pon utk pump susu...

CT said...

bravo..bravo..bravo...i'm so proud of u la sayangibu...those provocation question cuma salah satu dugaan dalam misi BFing our kids....memang kalo org tengok mcm leceh je...but those yg dah experience mesti rasa x leceh kan...especially bila nak keluar ke mana2...x payah nak bawak air panas la..susu tepung la...etc..d only thing nak bawak cumanye diapers je..:)

plus...investment in breastpump is much more saving than spending kat susu formula...btul x?

but still..for mommies yg nak BF tapi x berjaya..jgn la rasa kene condemn plak with my comments ni...

~ As ~ said...

salam... baby saya baru 2 bulan today, mmg semangat sangat nak bagi dia full BF.. hari2 buka susuibu.com utk naikkan semangat tu sebab kadang2 terasa tertekan sangat time nak pam susu tu...

http://mrsnoelkhairulniza.blogspot.com/

sayangibu said...

Memory..thanx coz agree with me. dan saya pon bersetuju gak..kdg2 mmg ada pikiran yg sama,masalah sosial yg berleluasa mungkin juga itu penyebabnya...:)
MommyLina..saya pon menghadapai masalah yg sama semasa 1st baby..dek krn kurangnya ilmu BF. skrg dgn ilmu BF yg ada (hasil dari susuibu.com) akan kuusahakan menyusui anak hingga 2 thn...:)
lia..mmg btol tu,part usung our 'second handbag' tu mmg kengkadang jadik kutukan org..tp biorlah..yg penting kita jauh lebih bertanggungjawab dari depa right..
TQ CT..btol..invest for the pump lebih jimat dari terpaksa spend RM200 sbln utk FM hingga baby besar...
Hai Mrs.Noel..saya wish selamat berjaya utk awak..jgn putus asa ok..kita mampu melakukannya...

Fid said...

awal2 memang orang akan nampak pam mahal tu 'pembaziran' tapi kalau udah 3 tahun???

satu pam avent cikai tu rm219...kalau 3 tahun 2 biji pam pun ok per?
baru 400+

mana algi jimat?

saya tetap sokong penyusuan susu ibu...by hook n by crook...

ar.nie said...

Intan,

Some of my relatives pon ingat kami tak cukup duit a.k.a KEDEKUT, bila kami suarakan hasrat utk exclusive + fully BFing our baby... hahaha... funny!

Then, bila saya mention harga pam, haa ternganga... Sape yg kedekut sekarang? :p