Thursday, November 20, 2008

Bila isteri dah tak cantik...

Berikut ialah kisah yang ibu dapat dari email seorang kawan. Mari sama-sama baca sebagai renungan....

Sian kaum isteri....
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya. ...InsyaAllah. ......

Macammana kawan-kawan? Masih cantikkah kita di mata suami???

p/s...abang...masih cantikkah saya di mata abang yer???? huhuhuhuuu.....

6 comments:

mirah said...

wah bahaya kan kalau suami kita juga macam ni, hnya mementingkan fizikal dan lupa bahawa perkahwinan itu bukan sekadar bersifat fizikal atau appearance je..

tp apap pun blh lah diambil pengajaran moga mudah2 an tak berlaku pd kita. nauzubillahiminzalik...

Fid said...

hubby saya kata saya tetap cantik walaupun makin gemuk kahkahkahkah...bodek kah itu???

Zety Zin said...

saya tak cantik
huhu

razlyen78 said...

Sedih la bila baca entry cikgu kali ni, selalu saya singgah x tinggal jejak tp kali ni rase x tertahan hati...... adik saya pun mengalami nasib yg sama dgn cikgu tp malangnya masih lg bersama, dia masih lg jadi bahan tempat melepaskan kemarahan di sepak, di terajang, dan yg buat saya geram tu adik saya x nak pun melaporkan hal ni kepada pihak berkuasa.....

ena said...

sayang ibu...
selamat berkenalan..hehehe.. suka saya baca kisah ni.. jadi pengajaran,kan?

kami penah bincang hal ni suami isteri.. sejak ada anak kedua.. suami rasa kami perlukan pembaharuan kerana katanya diri saya sangat sibuk untuknya...

akhirnya kami ambil maid untuk pastikan saya sentiasa tak sibuk untuk dia.. adakah??????

sayangibu said...

mirah..btol tu, harap2 suami2 kita semua tidak begitu hendaknya kan.perkahwinan tu bukannya berlandaskan fizikal semata.

fid..x kisah laa cemana pun,janji kita ttp cantik dimatanya..gemuk pon sexy apa...heheheee...

zety..kecantikan adalah hak milik setiap insan..ahaksss..

razleyn78...adapun kisah itu bukanlah kisah sedih saya. saya just tempekkan email kisah dari seorg kawan di blog saya sebagai renungan kita semua. kesian adik razleyn..apapun,dia perlukan sokongan moral dari seluruh ahli keluarga. razleyn..selalu2lah tinggalkan jejak di blog saya...hehehee

ena..slmt berkenalan juga. baguslah kalo dapat bincang hal2 begitu suami-isteri. ada suami yg tammo bincang pe2,terus carik layanan lain. kita isteri mmg x lh elak dr bz dgn anak2. ambil maid pun bagus juga tu...