Monday, February 16, 2009

Tag Dari Mama Ealyie...

Ku di tag lagi...oleh ely..TQ bebsss... ari ni pon tak ada idea nak diblogkan, jadi jawab tag nih jek laaa...

Here are the rules -
post this list on your profile blog replacing my answers with yours.
Tag 25 people to do the same thing.If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1.WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Yezzaaa...Nama INTAN nih ramai orang pakai okehhh...

2.WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Erkkk...bile ekkkkk....last month kot... masa sakit ati tentang KISAH ini..huhuuhuuu

3.DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Yes...kalo tak suka..anak murid lagi nyampah pulak karang..;p

4WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Beaf steak...nyamnyamnyammmm

5.DO YOU HAVE KIDS?
2 lovely kiddos....Aina Suraya & Ainin Sofiya...

6.IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Definitely I would!!!!

7.DO YOU USE SARCASM?
Selalu sangattt...hehehhehee

8.DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Never

9.WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Maybe NOT!!!

10.WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Oats lah...wajib for BF moms!!!

11.DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
tak

12.WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Vienetta...nyamnyammmm

13.WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Muka lahhh...

14.RED OR PINK?
Pink lahhh

15.WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
My 'Spare tyre'...hahahhahahaaa

16.WHO DO YOU MISS THE MOST? (READ :WHO not WHAT)
Hubby lahhhhh...............huhuhuuuuuu....

17.DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Boleh jugak...

18.WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Not wearing pants..shoes..brown high-heels not shoes

19.WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Spa Q kat TV..watching & listening

20.IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Pink lorrrr

21.FAVOURITE SMELLS?
Aina & Ainin smells...so sweetttttttt.................

22.WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Mama Ealyie..hehheheee

23.DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Yes, definitely!!!

24.FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
F1...not really favourite lahhh..layan hubby yang suka sangat tengok nih

25.HAIR COLOUR?
hitam

26.EYE COLOUR?
hitam

27.DO YOU WEAR CONTACTS?
No...takde power yg boleh cover kerabunan ku ini..giler kronik okehhh

28.FAVOURITE FOOD?
So many to list down..

29.SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy endings

30.LAST MOVIE YOU WATCHED?
I am Legend

31.WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
Orange

32.SUMMER OR WINTER?
winter...

33.HUGS OR KISSES?
Both lahhh...hehhehee

34.FAVOURITE DESSERT?
Pudding Caramel..sama lah ely...

35.MOST LIKELY TO RESPOND?
kids edu & breastfed & SHOPPING!!!!!=> sama jugak

36.LEAST LIKELY TO RESPOND?
SPAM mails

37.WHAT BOOK ARE YOU READING?
PS I love you..(sket lagi nak abih)...Disney books & ABC books with aina..

38.WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
No mouse pad

39.WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Love comes softly

40.FAVOURITE SOUND(S)?
My precious 'A' sounds

41.ROLLING STONES OR BEATLES?
Beatles la

42.WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Bukit Merah

43.DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Takde kottt...ermmm..teaching kire talent tak???

44.WHERE WERE YOU BORN?
Hospital Daerah Muar (skrg Hospital Pakar Sultanah Fatimah) => sama laa ely

WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
No one...rasa cam ramai dah buat nihhh

Saturday, February 14, 2009

Misi Memantau Stok...


Sudah lama tidak update stok frozen EBM ku. Hari ini aku membuat misi memantau stok. Stok lama sudah dibereskan. Stok yang paling lama adalah stok bulan November yang nampaknya perlu digunakan dan diganti dengan stok baru. Macam nampak susut je stok nihhh??? Yelah..memang nampak susut sebab separuh stok November sudah ku hantar ke rumah mak. Ermmm..sebenarnya sejak naik sekolah aku tidak kerap menambah stok. Biasanya EBM yang ku pam di sekolah kugunakan untuk bekal Ainin keesokan harinya. Bila balik rumah, aku tak pam lagi tetapi kerapkan susuan bersama Ainin. Kenapa ye? Ermmm... sebab aku nak stimulate susu. Perlu kerapkan penyusuan bila bersama bayi..betulkan??? Jadi stok Januari dan Februari tidak banyak sangat sebenarnya. Nampaknya aku dah perlu mula substitute kan stok November dengan yang baru. Stok November memang banyak, sebab masa cuti sekolah lalu aku gasak mengepam sebab Ainin pun lebih banyak tido dari menyusu.
Bulan 4 atau 5 nanti mungkin aku akan dihantar berkursus untuk 'Perlabelan Guru'. Apakah??? Entah..aku pun tak tau sebab ni program baru yang nak tentukan guru opsyen sama dengan matapelajaran yang di ajar. Jadi kerja-kerja berprogram komputer nih, haruslah Guru Data yang mengendalikannya, sebab tu kena pergi bersama-sama dengan guru penolong kanan 1. Tempatnya tak tahu di mana. Paling dekat di JB saja...Paling jauh di Port Dickson. Namun kalo di JB pun, aku diperlukan duduk di hotel kerana malam pun ada course. Tempohnya 3 hari 2 malam. Wallaaa...aku mula tak senang hati memikirkan bagaimana nak arrange masa mengepam nanti. Hhuhuuhuuu...walopun lama lagi...tetap risau juga. Ainin nanti cemana??? Aku harap biarlah di JB saja...walopun kena duk hotel, tak laa jauh sangat kan. Mungkin nanti boleh juga hantar supply...wahhh...sungguh ku tak suka berkursus. Mintak-mintak tak jadilahhh...hehehhee

Award Lagi...


Comel sungguh award yang ku dapat dari Rozamimi a.k.a umisufira kali ini. Dah beberapa kali dapat award darinya ni...Thanks a lot dear... Makin bertambah laaa award ibu kat sidebar nih... Suka sangat tawwww...


Dan seterusnya ingin kupanjangkan award ini kepada rakan-rakan blog yang tershayang
- mama ealyie
- mamadhea
- fid
- yan
- mimielola
- iszan
- kak iena hamdi
- kak ina hashim
- sue diyaluna
- mama zety
- capT
- mummy H&H
- sweetdarling
- ciklinn
- mrs noba
- as a.k.a mrsnoel
- mamamirah
- kak rizza
- kak sue ading
- sitilina

Friday, February 13, 2009

Jatidiri Seorang Guru...

Ada beberapa kisah yang memualkan yang ingin kubebelkan di sini. Adapun kisah ini biarpun ibarat membuka pekung di dada atau mungkin ada pula yang merasakan aku mengutuk rakan seperjuanganku sendiri...namun itu bukan niatku. Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan juga mungkin bakal-bakal guru (jika ada) atau guru-guru lain yang terbaca entri ini. Boleh juga dijadikan iktibar bagi semua yang bekerja supaya janganlah sesengal ini...

KISAH 1...

Latihan sukan sedang giat dijalankan setiap petang bagi persediaan menghadapi sukan yang bakal menjelang minggu hadapan. Bukan hanya melatih murid-murid berlari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru, malahan juga perbarisan. Aku tahu tak ada siapapun yang pernah jadi askar wataniah yang boleh tahu semua 'command' perbarisan dengan perfect nya. Aku sendiri pun tak tahu sangat. Tetapi aku tidaklah dengan mudah dan selambanya berkata "Eh, ko handle lah ye...aku tak tau laaa" Lalu dengan senang hati duduk bersantai ria di tepi longkang dan membiarkan rakan lain berhempas pulas mengendalikan perbarisan bersendirian. Hellooo....Kalau tak tau ye tak apa..bukanlah bermakna kau boleh bersantai kat tepi longkang tu. Mari laa sini tolong-tolong kawal murid ke hape. Ko ingat haku nih bekas askar ke yang terer command?? Blasah jek laaa..janji budak paham dan perbarisan boleh dijalankan. Hangin sungguh aku okehhhh....

KISAH 2

Bulan ini pelbagai pertandingan permainan giat dijalankan di peringkat sekolah. Termasuklah bola jaring dan badminton. Aku salah seorang guru penasihat badminton. Jadi tanggungjawabku memilih dan melatih murid-murid untuk mewakili sekolah. Umum mengetahui semua sekolah di Malaysia tidak dibenarkan mengutip yuran pada tahun ini. Hanya bayaran insuran takaful murid bernilai RM1.50 sahaja boleh dikutip. Tiada yuran, bermakna sekolah tiada duit. Bagi menyertai pertandingan, kos yang diperlukan lebih kurang RM200 termasuklah, yuran penyertaan, pengangkutan, dan makan-minum murid (ini tak termasuk nak sewa court badminton untuk latihan). Yang memualkan bila pihak pentadbiran boleh lepas tangan bila tiba bab duit ni. Seolah-olahnya..pandai-pandai cikgu lah ye..Aku dan kawan-kawan paham,sekolah tak ada duit..tapi tak bolehkah pihak pentadbiran kumpulkan semua penyelaras permainan, dan nyatakan masalahnya, dan minta guru-guru dahulukan bayaran yang kemudian boleh dituntut bila duit sudah ada. Atau mungkin,minta bantuan pinjaman kewangan dengan PIBG. Ini tidak, buat tak tahu sahaja. Jadi kami guru-guru ni pun keluarkan duit poket sendiri kongsi-kongsi untuk menghantar juga murid ke pertandingan. Tak apalah kan..takkan tak jadi nak hantar, kesian kat murid-murid yang dah beria-ia berlatih. Tapi yang lebih membengangkan, ada pula guru senior yang berkata, "buat apalah penat-penat nak latih dan hantar budak? Kalau i memang tak kan hantar. Budak-budak kita memang tak ada talent..." Owhhh..sakit hati nya mendengar statement itu. Tak ada talent?? Apakah talent itu memang ada sejak dilahirkan? Tidakkah talent itu perlu dilatih dan dipupuk? Tanpa bimbingan dan latihan, wujudkah talent itu??? Memang lah nak cari bakat di sekolahku sangat susah kerana murid kami hanya 431 orang sahaja. Nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang beribu-ribu murid..namun itu bukan alasan untuk tidak menghantar murid ke pertandingan. Itu adalah hak murid. Guru sepatutnya bersemangat untuk menggalakkan murid, bukannya bersikap seperti itu...Owhhh...sungguh memualkan okehhhh...

Dua kisah di atas menunjukkan sikap menjelikkan segelintir guru. Mereka bagaikan telah tiada jatidiri seorang guru. Aku bukanlah nak mengatakan aku bagus sangat. Tapi, aku berpendapat bila menjadi seorang guru, fahami dan selamilah tanggungjawab dan erti kerjaya guru itu sepenuhnya. Jadi guru bukan setakat nak pung pang pung pang dalam kelas sahaja, lebih dari itu. Menjadi guru menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Bukan hanya tenaga malahan masa dan wang juga. Mungkin ada yang berkata, ahhh..kau cikgu baru..yelah baru 4 tahun mengajar, memanglah semangat membara lagi..cuba dah berbelas-belas tahun, dah puluh-puluh tahun nanti?? Tidak bagiku, ada guru-guru yang dah senior pun semangatnya masih membara. Aku memang respek habis dengan mereka. Tahniah Kak Midah, Kak Ila, Kak Ma, Kak Pidah, Kak Ton (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun mereka tidak membaca blogku, tetap ingin kupahatkan nama mereka di sini. Mereka lah inspirasi bagi guru-guru 'baru' sepertiku. Semoga jatidiriku juga tidak akan berubah seperti mereka...insyaAllah...

Tanggungjawab...

Aku memang tak akan berkompromi pada anak muridku yang tidak menyiapkan homeworknya. Masuk tiga kali tidak siap homework, aku akan menelefon ibu atau ayahnya supaya masalah tak siap homework ini dapat diatasi dengan kerjasama ibu-bapa. Yelah..itu lebih baik dari murid itu harus menerima 'habuan' setiap kali tidak siap homeworknya.
Kelmarin aku menelefon ibu seorang murid ini. Korang hayatilah perbualan kami ini...
(Selepas mukadimah bagai...)
"Inilah puan, saya nak beritahu puan, anak puan ni asik tak siap homework aje. Dah banyak kali dah macam ni,"
"Eh ye ke? Selalunya saya tanya dia, dia kata dah siap..kadang-kadang dia kata cikgu tak bagi homework,"
"Emm..betul puan, dia memang tak pernah siapkan homeworknya. Puan tak tengok ke buku dia? Lagipun kalo puan cuma tanya sahaja, mestilah dia kata dah siap"
"Tulah saya tak tengok, Lagipun mengajar kan tanggungjawab cikgu..."
Owhhh..aku terkesima..apakah kaitannya dengan suruh tengok homework anak dengan tanggungjawab mengajar seorang guru????
"Ye, betul puan..mengajar tu memang tanggungjawab cikgu, menyiapkan homework itu tanggungjawab murid dan memastikan homework anak benar-benar siap tu tanggungjawab ibu-bapa,"
"Macam nilah cikgu, apa kata cikgu tahan je dia lepas balik sekolah suruh dia siapkan semua homework dia?"
Aku terkesima lagi...kenapa pulak yer aku kena pastikan anak dia siapkan homework??? Aku dah rasa panas hati pulak nihhh...
"Tak boleh macam tu puan, walaupun sekolah habis pukul 1, lepas habis sekolah tu saya ada banyak lagi kerja lain nak dibuat, macammana nak tunggu dia pulak?"
"Kalau macam tu cikgu suruh laa, sape-sape cikgu masa akhir tu tolong tunggu?"
Owhhh...makin panas nihhh...
"Cikgu lain pun ada kerja masing-masing,"
"Macam nilah...cikgu suruh aje dia duduk dekat kelas sorang-sorang siapkan homework dia. Dah siap, baru balik,"
"Puan, saya tak boleh biar murid sorang-sorang macam tu. Kalau apa-apa terjadi kat dia nanti, puan salahkan pihak sekolah pulak. Kecuali kalau puan buat surat menyatakan yang puan suruh buat macam tu dan tidak akan menyalahkan mana-mana pihak jika apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, mungkin kita boleh buat macam tu..."
"Ohhh...macam tu ke?"
"Ye puan..lagipun...homework tu kan kerja rumah, maknanya kena siapkan di rumah..bukan di sekolah. Apapun..terima kasih lah puan ye...Assalamualaikum..."

Aku kecewa. Sikap sambilewa ibu itu membuatkan aku tak heranlah anak dia bermasalah begitu. Tujuanku adalah supaya masalah anaknya itu dapat diatasi untuk kebaikan anaknya juga. Apa yang aku dapat simpulkan di sini, ibu itu kelihatannya mahu melepaskan tanggungjawabnya sepenuhnya kepada cikgu.

Aku ingin menyeru kepada kawan-kawan yang mempunyai anak yang telah bersekolah. Hatta yang bakal bersekolah juga. Pantaulah kerja sekolah anak-anak anda. Memantau bukan hanya dengan bertanya, semak segala kerjanya. Pendidikan anak-anak bukan setakat di sekolah sahaja, pastinya di rumah juga pendidikan itu berterusan. Semoga kita-kita tidak terlepas pandang dengan masalah sebegini...

GGGGRRRRRR............

OWHHHHH....aku sudah membebel panjang-panjang...ideaku mencurah-curah bagaikan air paip. Sungguh bersungguh-sungguh aku menaip entri itu. Tiba-tiba...hanged laaa pulakkkk!!!!! Sakit hatiku. Bukak-bukak balik, rupanya autosaved pun tidak berfungsi dengan baik kerana line internet yang sewel... sungguh turn off okehhhhhhhhh.................Serabut sungguh!!! Taip semula???? sungguh aku malas sebab feelingnya sudah lari...jadi biarlah entri itu di simpan dahulu. Ada mood nanti, ku sambung bebel lagi...

Wednesday, February 11, 2009

My Precious 'A'...

Dah agak lama aku tak berkisah-kisah tentang buah hatiku, anak dara yang dua orang itu...Aina dan Ainin. Hari ini aku ingin kisahkan perkembangan puteri-puteri kesayanganku itu...
Aina Suraya....

Si kakak Aina yang semakin hari semakin petah bercakap. Dari hari ke hari aku perhatikan pertuturan Aina sudah mencapai ayat yang lengkap. Dan Aina juga kini semakin patuh pada arahan. Aina juga sudah pandai memujuk, juga meminta maaf. Paling tak tahan, bila kena marah dengan aku, dia akan cepat-cepat peluk aku (sambil menangis) dan cakap..."ibu..mintak maaf ibu.."...huhuhuuu...Luruh hatiku mendengar kata-kata itu. Dan seringkali bila Aina sudah meminta maaf, level kemarahanku akan turun bagai disimbah air..dan aku akan bertanya padanya.."kenapa Aina minta maaf? Aina buat salah apa?" dan dia akan menyebut apa kesalahannya. Kemudian akan kutanya lagi, "lain kali nak buat lagi tak??" dan dengan mulusnya dia berjanji tidak akan mengulanginya. Itu pendekatanku dengan Aina. Buat salah, memang kena marah sesungguhnya. Bila sudah habis marah, aku akan cakap kenapa dia dimarahi. Dan setakat ini, cara ini berkesan dalam aku melentur Aina, Alhamdulillah. Biasanya, bila dia melakukan sesuatu yang tidak ku sukai, aku akan bertanya, "Kakak, boleh ke buat macam tu?" Dan Aina pun sudah faham jika pertanyaan itu sudah ku tanyakan, dia akan jawab, "tak boleh,nanti ibu marah"...dan jika dia berdegil juga kadangkala, memang lah akan kena marah denganku. Namun Aina memang manja. Ada ketikanya dia mahu aku memeluknya selalu. Tapi dapat kuperhatikan dia juga semakin independence.

Perkembangan pembelajaran Aina juga memberangsangkan bagiku. Alhamdulillah..dia kini sudah menghafal A-Z dan dalam proses mengenal keseluruhan huruf itu. Aina belajar dengan mudah dari tontonannya terhadap CD ABC Brainy Baby. Sepanjang Mr Hubby balik bercuti tempoh hari, aku tidak dapat mengajar Aina secara efektif lantaran terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah hingga ke petang dan menguruskan rumahtangga. Namun, mujur Mr Hubby mengambil-alih mengajar ABC kepada Aina di masa terluangnya. Dan Aina pun lebih seronok belajar dengan abahnya berbanding dengan ibunya yang garang ini...hehehheheeee....Memang encik abah lebih tinggi tahap kesabarannya berbanding dengan aku..;p Apapun, sepanjang ketiadaan hubby kali ini akan ku gunakan untuk melebihkan masa belajar bersama Aina...insyaAllah...

Aina masih belum mahu di 'potty-train' kan. Dia menangis-nangis nak pakai pampers jugak...huhuhuuu... Bilalah mau berenti pakai pampers ni?? Mungkin aku pun belum bersedia nak mem'potty-train' kan dia, lantaran sibuk dengan pelbagai aktiviti sebagai isteri dan ibu terutamanya memBFkan si adik dan mengepam untuk bekal adik di masa terluang. Buat masa ini, biarlah Aina berpampers lagi..Lagipun ibu sudah menjimatkan duit abah untuk adik Ainin kannnn...heheheheee...

Ainin Sofiya...

Lihatlah si comelku yang berambut ala-ala profesor ittew...hehehheeee. Memang rambut Ainin hanya melebat sekelompok di tengah sahaja, depan dan belakang agak kureng. Ainin sudah cekap meniarap dan kini dalam proses mengangkat-angkat dada dan montotsnya sebagai persediaan untuk merangkak. Owhh..ada bayang-bayang gigi sudah mahu tumbuh di gusi bawahnya. Sebab itulah kini dia gemar menggeget manjer puting ibu..ohohohoooo....

Oh ya...Ainin juga kini sudah fully CD'ing...Alhamdulillah. Sejak dari bulan 11 Mr Hubby tak perlu membeli dispo diapers untuk Ainin. Memang sangat menjimatkan. Tak perlu beli dispo diapers dan susu untuknya. Boleh bayangkan kah berapa penjimatan yang dapat dibuat. Hanya perlu mengeluarkan belanja untuk Aina (dispo diapers) dan susu..perbelanjaannya menjangkau RM300 sebulan. Cumanya, kerjaku lah makin bertambah. Yelah kan...nak BF dan pumping lagi...kemudian menguruskan CD lagi..(di samping dengan kerja-kerja lain yang ada...) Tapi tak apalah...jadi ibu kan memang penat. Redha sajalah...:) Namun aku memang senang dengan aktiviti CD'ing Ainin. Puas hati dengan kemantapan CD Coolababy yang kubeli dari PuanSuraya ini, murah dan sangat puas hati. Kini Puan Suraya tidak lagi menjual CD Coolababy, tetapi telah ada produk CD baru iaitu Lunatots yang boleh didapati dari Sini. Harganya masih murah lagi berbanding dengan CD yang lain walaupun tidaklah semurah coolababy. Aku belum mencuba CD ini, kerana coolababy yang kubeli sebanyak 10 helai itu masih mencukupi untuk kegunaan Ainin.

Aina & Ainin...

Lihat gambar di atas. Mereka sudah semakin ngam berdua. Si adik sudah pandai memberi respon bila si kakak mengagahnya. Si kakak pula semakin seronok bila tengok adik tergelak-gelak sakan dengannya. Si kakak juga dah semakin sayang pada adik dan sudah kurang 'membulinya'. Cuma satu, agak kedekut sikit dengan barang-barangnya. Adik tak boleh main dia punya okehhhh...huhuhuuuu... Namun melihat kedua-dua beradik itu bergelak ketawa, amatlah menghiburkan hatiku. Inilah permata hatiku. Dua 'A' yang ibu kasihi sepenuh jiwa....:)