Thursday, May 30, 2013

Budget Cuti-Cuti Tioman


Jumaat lepas aku bercuti ke Pulau Tioman bersama-sama seluruh keluarga aku. Percutian 4 hari 3 malam. Ini kali ketiga aku ke Tioman. Memang tak pernah jemu ke sana sebab Tioman memang bestttttt! 

Kali ni aku menginap di Johan's Resort, Kampung Air Batang Chalet (Kg ABC). Rombongan kali ni seramai 9 dewasa, 2 kanak-kanak, memang kira fully organized oleh aku dengan bantuan adik aku. Jenuh survey dan booking sejak bulan 3 lagi. Sebab nak pi time cuti sekolah, memanglah kena booking awal. Mula-mula dapat di Kg Juara, tapi tetibe masa nak bayar deposit, owner tu kenselkan sebab kata dia dah tima booking company lain... Suckkkssssss lahhhhh! Last-last dapat Johan's Resort ni, bila nego harga bagai, puas hati.. Tros bayo deposit.

Kat sini aku catatkan bajet utk holiday dengan jumlah 9 dewasa, 2 kekanak untuk panduan korang yang mungkin berniat nak bercuti ke Tioman. 

1. Ferry two ways :  RM 750 (Dewasa RM35, Kanak-kanak RM30) - naik di Jeti Tanjung Gemuk.
2. Quad Rooms sharing (3 rooms) : RM 1350  (RM 150/room/night)
3. Snorkeling : RM 850 (RM 85/pax)
4. BBQ : RM 300
5. Meals for 4 days 3 Nights : RM 900 - meals tidak diuruskan oleh resort, tapi dia tolong bajetkan RM300 untuk sehari. Ok gak gini, boleh try mana2 restoren yang ada ikut selera memasing.

TOTAL : RM 4150

Bos resort ni (Encik Johan) mintak RM 500 deposit, balance bayar masa datang. Cuma duit feri aku bayar sendiri kat Jeti, tapi En Johan dah bookingkan feri siap-siap sebelumnya. Duit makan aku pegang sendiri. Cuma bayar duit bilik, snorkeling & BBQ je lah pada En Johan tu. Senang berurusan dengan En Johan ni. Tak banyak citer. 

Cumanya, kalo korang mengimpikan resort yang sangat selesa, high class maybe this is not for u olls lah. Resort Johan ni selesa tapi bukan kategori high class. Yang penting toilet dia bersih.. Haha. 

Untuk aku yang sebelum ni pernah menginap kat Berjaya Apartments di Kampung Salang & Sun Beach Resort di Kamung Genting, opkos lah Berjaya Apartments yang paling best penginapannya diikuti Sun Beach Resort. Kira Johan's Resort ni jatuh no 3 lah. But still ok lagi pada aku dengan rate biliknya. Yelah kita pun kalo ke pulau kejadah nak duk memerap dalam bilik sangat kan? Bilik untuk tido di malam hari jer. 

Ok itulah bajet yang dapat aku bentangkan untuk reference korang. Aku akhiri dengan ucapan I Love Tioman! Hahahahaaaa.....

Adiossssssss......