Tuesday, March 31, 2009

Pesalah Juvana In The Making...

Aku sangat kecewa hari ini. Aku rasa minggu ni minggu frust untuk aku. Kalo semalam aku kecewa dengan manusia dewasa, hari ini dengan manusia kecil...anak-anak muridku.

Hari ini, aku duk wat hal sendiri kat bilik PPSMI. Malas nak berkuntau kat bilik guru, nanti ada lak yang tak senang hati kan tengok aku. Aku duk menyiapkan fail induk PEKA, prepare untuk pemantauan minggu depan.

Dalam pukul 12pm, aku tinggalkan semua kerja aku, bersama-sama dengan laptop di dalam begnya kat bilik tu sebab aku ada kelas muzik di tahun 6 mak ajar muzik tawww....ala-ala cikgu siti hajar nihhh...kuikuikuiiiii...

Selepas melatih vokal anak murid bagi kerja sikit, aku pun turun laa balik kat bilik tu,ingat nak amik laptop dan fail tu, siap ajak sorang anak murid aku tolong aku nih. Tapiiiiii.....laptop aku tak ada dalam beg..tinggal beg sahaja hokehhhhh.

Aku kontrol macho lagi sebab ingat sorang cikgu BM tu pinjam walopun hati aku berkata-kata apakah kaitan nak pakai laptop kerajaan yang aku pinjam nih??? Sebab laptop yang aku pakai ni memang tak digunakpakai oleh orang lain,coz aku menjaganya dari serangan virus disebabkan data-data penting yang ada dalam laptop ni.

Segeralah aku call cikgu tu,tanya kalo-kalo dia pinjam. Tapi negatif. Oww ohhhh...siapakahhhhh???? Apa lagi, aku pun berkeliling ke serata sekolah bertanya semua guru siapa yang nak buat pre-april fool kat aku hari nih. Sebelum aku maki hamun, baiklah pulangkan. Tapi nyata, tak ada sapa yang nak buat lawak bangang macam tu. Jam dah pukul 12.45, 15 minit lagi nak balik nih. Okeh.. Cikgu-cikgu lain dah mula tahan kelas masing-masing buat sport check untuk murid tahap dua. Tak mungkin lah budak darjah 1, 2, 3 yang buat kannn.

Tak ada bebbbbbbb.... Aku dah mengalir airmata nih. Hilang laptop dah satu hal. Segala data penting yang P&C kat dalam tu??? Owhhhhh..... sapa nak backup balik beb???

Tiba-tiba, GPK HEM yang standby kat tepi pagar untuk tengok budak balik, melambai kat aku. Alkisah, seorang anak murid aku p toilet. Dia jumpa laptop aku di sebalik pintu toilet, elok je terletak atas lantai. Dia amik dan bagi GPK tu.

See...anak murid sekolah rendah dah berani okehhhh...ambil barang guru, dalam beg pulak tu. Kami dah ada nama beberapa orang yang disyaki. Esok akan diambil tindakan. Aku kecewa mengenangkan sikap anak murid yang masih mentah ini. Kalau dibiarkan pasti menjadi p*jenayah kelak... Aduhaiiii...

Monday, March 30, 2009

Mulut Manis...

Kenapa mulut manis, hati menyimpan hasad dengki dan sakit hati? Di depan, cakap bukan main baik lagi, tapi di belakang tak puas hati rupanya.

Aku bila bersahabat, akan setia menyokong sahabat dalam susah dan senang. Aku tak mungkin memburukkan apatah lagi mengadu domba perihal sahabat ku kepada orang lain. Jika aku tak puas hati, aku akan berterus-terang dengan kata-kata yang terbaik supaya tidak mengguris hati. Dan aku mengharapkan perkara yang sama bila bersahabat. Tapi rupanya, dalam usia aku menjelang 30-an ini, aku masih silap dalam menilai suatu persahabatan.

Dan sekarang aku memahami, susahnya nak mencari sahabat sejati.

Dan sekarang juga aku lebih memahami, indahnya persahabatan di alam maya. Biarpun tidak bersua muka...keikhlasan lebih nyata.

Buat kawan-kawan yang telah memujuk hatiku yang lara dalam entri sebelum ini, CY, Ely, Mimie, As, Sha, Kak Iena, Nieta, Zety and Mrs Noba....terima kasih kuucapkan. Semoga persahabatan di alam maya kita ini lebih telus dan ikhlas............

Hipokrit...

Aku benci manusia hipokrit. Hari ini kemuncak perasan stress dan sedih aku. Sepanjang minggu lepas, telinga aku ni dah naik sebu di sindir-sindir oleh manusia-manusia hipokrit.

Aku... di sekolah ni, seorang Guru Data. Masa mengajar aku 21 waktu seminggu (dah dikira banyak gak, patutnya cuma 16 sahaja). Masa aku memang sikit nak dibandingkan dengan cikgu-cikgu lain yang mencecxah sampai 36 waktu seminggu. Tapi keistimewaan aku ini adalah kerana aku dibebankan dengan pelbagai tugasan lain yang aku rasa pernah aku kisahkan dalam n3 terdahulu. Jadi soal masa aku yang sikit ni, memang tak patut jadi hal dibandingkan dengan tugas-tugas aku yang lain. Selain dari guru data, aku pegang jawatan Ketua Panitia, yang menuntut aku update segala kejadah yang memang menyimpang dari tugas utama aku..MENGAJAR.

Baru-baru ni, ada seorang umat tu,diberi tugasan. Yang memang menjadi tugas dia sejak dulu lagi. Aku tau dia stress sebab bagi dia kerja dia menambun, waktu mengajar dia banyak. Tak macam aku. Dan aku tak paham nape dia nak sakitkan aku yang masa mengajar sikit ni tapi keje aku menambun jugak. Cumanya aku tak p heboh-hebohkan keje aku banyak. Aku tiptop bab pengurusan masa. Aku uruskan masa aku sebaiknya supaya aku tak stuck dengan segala kerja aku. Jadi mungkin orang nampak aku sangat senang hati sebab banyak masa free.. boleh oo laaa laaa...sampai boleh p mengepam susu dengan senang hati. Dan bermulalah episod sindir-menyindir aku, yang pada mulanya aku IGNORE kan saja. Tapi bila dah menyentuh bab-bab pam susu nih (macam fid kata, orang BF nih memang pantang diusik..wenggg!!!!). Jadi aku memang tak tahan.

Hari ni aku dapat perkhabaran, umat-umat itu telah mengadu domba rasa tak puas hati terhadap aku kepada guru besar. Owhhhh...giler kannn?? Tapi itulah, guru besar tetap menyebelahi aku, kerana di matanya aku memang seorang yang punctual, cekap membuat kerja dan tak pernah menolak kerja yang diberikan. Aku bernasib baik kerana itu. Kalo tak pastilah kerja mengepam aku terpaksa aku hentikan. Hari ini, aku pening kepala..sebab dari tadi menangis tak henti. Aku menaip sambil meleleh airmata. Aku dah menangis tak hingat depan guru besar meluahkan rasa stress aku terhadap persekitaran kerja aku ni. Guru besar banyak menasihat danmenenangkan aku. Dia tau aku tak salah..Alhamdulillah.

Dan yang aku sangat sedihkan ialah...kerana umat-umat itu adalah manusia yang kuanggap sahabat baikku. Tidakkah hipokrit mereka itu??? Owhhhhh..aku sangat sedih dan stress....





Friday, March 27, 2009

Supportive...

Kalian... Aku diajak berbincang oleh seseorang berkenaan perkara ini....

Apakah tindakan anda jika sang arjuna hati suami mengambil keputusan bertukar kerja tanpa meminta pandangan anda???
Apakah anda akan...
a) Meroyan Marah dan berkecil hati ---> nyatakan mengapa
b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral ---> nyatakan mengapa.

Jadi ku ingin bertanya pendapatan anda juga.

Pendapat aku????

Jika aku, aku memilih........
(b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral sepenuhnya.
Kenapa??? Kerana aku yakin dan percaya pada suamiku. Aku yakin dan percaya dia pasti sudah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan yang diambilnya. Aku tahu suamiku pasti tahu apa yang terbaik untuk keluarganya. Jika keputusan yang diambilnya itu mendatangkan kesilapan di kemudian hari, I will never blame him. Aku akan memberikan sokongan moral kepadanya. Aku mahu menjadi isteri yang supportive. Aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa menyokong keputusannya yang baik-baik sajalah yer... cik abang jangan salah paham statementku nihhhhh...
Aku berkahwin dengannya semestinya kerana kepercayaanku sila jangan salah gunakan yang tidak berbelah bagi kepadanya. Owhhh....baik hati sangatkah aku???? Aku memang mahu jadi tulang belakang kepada suamiku... I am very supportive...yes I am!!! Abang..I lurve u....apa kaitan???!! ;p

Jadi kalian bagaimana??? Cuba fikirkan.... :)


Thursday, March 26, 2009

Jadik B*angla...

Minggu ini aku jadik B*angla...sebab...kerja 7 hari straight takde cuti. Sabtu ada raptai Mesyuarat Agung PIBG. Ahad pula majlis Mesyuarat Agung PIBG. Nasib baik lah lepas mesyuarat agung ada acara geng meroyan suka-suki yang mengujakan.

Tadi aku p JCard Day kat Jusco Permas bersama 'si dia'... Aku ada baucer Jusco bernilai RM75 yang ku perolehi ketika Sale di Jusco Tebrau tempoh hari hasil dari perabih duit tak hengat. Jadi dengan baucer itu, aku dapat selai seluar Applemint dan dua helai blouse Voir..berbaloi kan..hahhahaaaa... Aku jugak beli cadar untuk hadiah cabutan bertuah masa mesyuarat agung nanti. Sebab aku nih AJK giler kuasa PIBG, jadi kena sponsor satu hadiah untuk cabutan bertuah. Puas hati sebab aku bershopping tanpa habis duit....hahhahahaaa....

Tapi badan aku lenguh-lenguh.. tak ada sapa-sapa nak tolong bagi massage treatment untuk aku kah???? ;p


Wednesday, March 25, 2009

Peminat-Fanatik-Ibu...

Kalian..sejak akhir-akhir ini, aku diselubungi keresahan. Hidupku tidak setenang dulu. Ke sana-sini, sentiasa ingin diekori. Arggghhhh...kadang-kala aku merindui ketenangan yang dulu. Hidupku jadi tak keruan kerana tiba-tiba aku mempunyai seorang Peminat-Fanatik. Dan lebih haru lagi kerana aku tidak mampu menghindarinya walau apapun yang berlaku. Sebelum kuteruskan kisah peminat-fanatik misteri ini, biarlah aku perkenalkan dulu wajahnya.....


**




Jeng...........jeng.................jengggggggggggg..................
*
****
*****
Peminat-Fanatik-Ibu yang comel dan tembam..bagaimanakah mampu kuhindarinya????

Aku mengesan peminat-fanatikku ini sebelum cuti sekolah hari tu. Dan terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Pantang ternampak kelibat aku, pastinya dia menggediks-gediks nak dapat aku. Tak peduli laaa ketika tu dalam dukungan siapa. Dan lebih dahsyat lagi, kalo aku ada dan tinggalkan dia sekejap, maka dia akan melalak macam kena dera dan akan senyap sambil tersengih-sengih kesukaan bila aku kembali memegangnya...huhuhuuuuuu....
Masa bercuti ke KL aritu makin menjadi-jadi. Almaklum, perjalanan yang lama, ditambah asik menghabiskan masa dalam kereta, maka makin seronok lah dia dalam pelukan ibu. Bila-bila nak, pastinya dapat nenen kesukaannya. Maka bila di hotel, aku nak ke jamban pun tak boleh okehhh... Pantang kelibat aku hilang dari pandangannya, maka akan merengek lah dia mencari aku. Mr Hubby pun fenin melihat peminat-fanatik aku yang sorang ni. Bila aku tak ada, dia nampak sesiapa pun pakai tudung munawwarah pastinya dia akan tergediks-gediks meliang-liuk dalam dukungan abahnya.
Sekarang ni, dah boleh bergerak ke sana-sini. Semestinya, ke mana jua aku pergi...ke dapur, hatta bilik air sekalipun..sekejapan saja dia sudah ada dekat denganku. Aduhai Ainin.... habislah satu rumah ibu ko lap ye nak.... Aku sekarang memang terkejar-kejar buat keja padan muka aku. Balik dari sekolah lebih kurang pukul 3, memang perlu menenenkan dia di samping membuat sesi mengepam. Mesti nak nenenkan hingga aku dia tertido. Lepas tu, bila dia tido jek, haruslah aku cepat-cepat bersilat di dapo sebelum dia bangun. Kalo dia tak tido-tido, pukul 5 aku mesti pergi masak jugak. Dan pastinya acara bersilat di dapo memasakku lebih ganas lagi kerana diselang-selikan dengan adegan meroyan yang tidak ingin anda lihat memujuk dan melayan dia. Aku mesti siap memasak pukul 6, kerana setelah itu aku nak mandikan Aina dan Ainin. Kemudian sesi bagi makan sambil menonton SpaQ menyusul selepas itu. Itu belum masuk nak kemas umah yang biasa aku buat sambil curik-curik masa (kalo ada) atau kalo tak malam jek laaaa aku kemas umah...sapu apa yang patut...huhuhuhuuuu. Jadi acara memblog memang susah nak diselitkan di antara aktivit-aktiviti yang disebutkan itu. Malam...bila anak-anak dah tido, kalo aku masih larat..barulah boleh bukak blog.
Kelmarin dia demam tiba-tiba. Makin tak nak berenggang lah dari aku. Kesian tengok si bam-bam yang masih ada hati nak menggediks walopun demam. Badan je panas, tapi aktifnya sama je. Cumanya, aku mesti di sampingnya, kalo tak merengek laaa dia. Hari ni dia dah sihat. Tapi masih belum berhenti menjadi peminat-fanatikku. Apakah ini lantaran air hikmat seperti kata mama ealyie yang kuberikan padanya?????

Ainin....Ibu sayang Ainin.... Tak kisahlah kalo jadik peminat fanatik ibu sampai ibu penat pun... Jadi ibu memang lah penat kan....hehehheheheee

Tuesday, March 24, 2009

Aina's Teat - *Entri Khusus Untuk Umi Sufira*

Berikutan membaca masalah UmiSufira berkaitan dengan Sufia yang tidak mahukan puting barunya, aku terpanggil untuk berkisah tentang Aina dan putingnya.
Aina kan reverse cycle sewaktu masih BF. Jadi bila aku terpaksa mix susunya dengan susu formula ketika dia berusia setahun lantaran aku preggie lagi ketika itu, memang bermasalah hendak mencari puting yang sesuai dengannya. Pelbagai puting telah dicuba. Dari yang semahal-mahal hinggalah yang murah-murah. Dan setelah letih mencuba, akhirnya aku malas nak bagi susu pakai botol sebaliknya guna cawan saja. Ada satu cawan, diberi puting dan straw sekali. Aku saja-saja test Aina minum guna puting pada cawan itu, wahhhh...dia nak pulak. Jadi kan, kalo pakai cawan kan tak banyak yang boleh dia minum, jadi aku pun transfer lah itu puting ke botol. Jadi bermula dari itu, kekallah puting jenama JAPLO menjadi pilihan Aina sehingga kini. Putingnya pun murah saja, dua bijik hanya RM4.50 dan mudah dibeli di pasaraya-pasaraya yang berdekatan....
Inilah puting JAPLO pujaan hati si Aina....
Jadi Mimie, cuba lah try puting nih...mana laa tau kot Sufia berkenan... :)


Monday, March 23, 2009

My First Concerto...

Cubaan mendownload videoclip... saksikanlah konsert ulung Aina Suraya sepanjang perjalanan dari Pontian ke Seri Alam.

Sila abaikan gambo yang bergegar serta suara latar konduktor konsert...hahhahahaaa


Friday, March 20, 2009

Main Bersama...

Anak-anak aku sekarang dah boleh main bersama. Tengok laaa.................


"Jom adik kita sepah-sepahkan menan kita sama-sama....."
" Best nyer kakak..amik laaa menan banyak-banyak lagik...gegegegee"


" Jap ek adik, kakak amik lagi menan semua nih...."
" Ehhh... we are on candid camera laaa kakakkkkk............"

Nampak je aku amik gambo, terus si kakak ubah posisi...giler kamera btol anak aku nih, sama macam aku..iskkk..GILER lagik ibu nih..hepppp
" Isyy...mana boleh candid... kena possing ni adik..."
" Alaaa kakak.... jangan laaa peluk adik kuat-kuat sangat...."

" Ibu amik lagi skali...kakak duk kat sini baru laa nampak muka kontrol comel kakak nihhh..hehehheee"
" nganga molot laaa kakak macam adik nih..baru lagiiiii comelllll..........."


GILERRRR!!!!!?.....

Aina Suraya dalam proses penyerapan. Proses penyerapan??? Heheheee...yelah, dia sekarang nih menyerap segala apa yang kita cakap dan diulang-ulang semula. Dia anak yang bijak dan cerdas...aku pun nak puji anak aku jugak..hehehe Apa yang aku ajar memang cepat dia dapat.. itu yang bagusnya lah. Tapi korang tau... Susah jugak okeh bila dia cepat tangkap camtu.
Aku prasan, tiap kali aku dan Mr. Hubby berborak, Aina akan duk diam-diam dengo apa yang kitorang borakkan. Masa on d way p kl...dalam kete, biasa laaa duk borak-borak. Mesti ada kuor perkataan.." Laju GILER, beso GILER, terer GILER dan bermacam-macam GILER" lagi yang terkuor dari mulut ibu dan abah Aina nih... Tiba-tiba... si Aina pun boleh repeat perkataan GILER itu berulang-kali. Alamakkkk....huhuhuuuuuu...aku dan hubby cepat-cepat cakap oopppssssss!!!! But then.. asik laaa Oppsss I did it again kannnn.. Korang pun tau laa kan, perkataan GILER nih dah macam sinonim dalam perbualan kita. Tapi nampaknya anak dara aku nih dah absorb perkataan itu dan pantang dengo kitorang tersasul, dia pun sebut jugak. Aku cakap kat dia,"kakak jangan laa cakap GILER, tak baik tauuuu..."
Tak baik?? yer memang tak baik, tapi kejadahnye nape ibu dan abah asik sebut je kan???
Jadi..agak terseksa lah kami sepanjang perjalanan itu, sebab terpaksa nak tapis perkataan GILER itu di depan Aina. Seksa u ollsssssss.... penat okeh otak aku nak tapis-tapis ayat yang kuor..kihkihkihhhhh.... Hubby pulak gantikan perkataan GILER itu dengan WOWWWW!!! Hahahahhahaaaa............. Ni yang orang kata bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Sekian saya melaporkan berita untuk ini hari...ahaksss..........

Muka innocent Aina Suraya.... Love you baby.....:)
Muka cheeky Aina Suraya.... hehehheheee..........;p


Thursday, March 19, 2009

Misteri Kewujudan Blog...

Dengan penuh kasih sayang lagi aku di tag oleh As dan DatinSufiera hehehee... thanks my dear.... Sayanggggg korang...;)

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
My Precious - Ku pilih nama itu kerana di blog inilah ku kisahkan milikku yang paling berharga selain dari kenyiangrapikkan aku iaitu anak-anakku, suamiku dan kehidupanku.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://myprecious-sayangibu.blogspot.com/ - hmmm...tambahan sayang ibu tu kerana aku kan dipanggil ibu oleh anak-anak dan suamiku kadang-kadang jadi 'my precious' itu menjadi kesayangan 'ibu' @ aku lah...kerana itu digabungkan jadi myprecious-sayangibu... hehehee

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method??? Takde pakai method hape nye... penulisanku adalah berkisar tentang anak-anak, suami dan kehidupanku. Juga apa-apa saja yang terlintas di pemikiranku.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Waduhhhh...ngapain mau ku hapuskan??? Ini kan semacam diari hidup aku.. Sebolehnya biar laaa selamanya ada...

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
As - Owhhh...ibu Azam yang comel, dari Sabah. Suka baca penulisan sempoi As ni. As ni kepingin nak anak dara, sama laa macam aku yang dah kepingin jugak nak anak bujang..hhahahahaaa...As jugak selalu tinggalkan jejak dalam blogku... Makasih bah... ;)

Mimi a.k.a Datin Sufiera - Wahhh..senyap-senyap dah ada title yer?? hehheheee.... Mimi nih kurasakan teman maya yang rapat walopun tak pernah bersua muka. Ku teringin nak jumpa dia in person tauu...biler laa gaknye yer...? Umi kepada dua orang anak dara...sama lah macam aku kannn...:)


6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

Aku kan...kepoci gak nak tau pasal kewujudan blog mereka ini....

- Cik Yan a.k.a CY apa-apa aje

- Cik Ealyie

- Cik Mimielola

- Cik Iszan Slurp
- cik Mrs Noba





Hajaba VS' Munawwarah 2..

Yeahhh bebs I'm back!!!! Betapa rindunya aku kat kat dunia memblogging nihhh...huhuhuuuu...Aku tak berpeluang nak jenguk blog korang sesungguhnya dan meninggalkan jejak. Ada tak de untuk melepaskan gian rindu yang teramat, aku pun jenguk-jenguk gak blog korang melalui henpon ajer..sambil-sambil dalam kete nak beronggeng tu...hahahahhaaa...jadik laa kannnn...;p
Aku malas laaa nak stori-mori pasal percutian aku kali nih. Apa sangat kan...just p KL perabih duit jalan-jalan jek. Korang pun ramai yang memang duk KL...kompem dah tak heran...hahahahhaaa............
Apapun aku tetap menggediks nak buat entri ini. Dulu aku pernah stori mori pasal Hajaba Vs' Munawwarah kat N3Ini. Dan aku dah pun membeli Munawwarah sempena lawatan sambil belajar aku ke KL. Dapat laa beli 3 helai, sebab ada kaler yang aku nak takde. Tak banyak pilihan... almaklum tudung nih kan laris cam goreng pisang panas.. Aku rembat selai Munaw belah, dan 2 lai Munaw pendek. Yang best sebab dapat kaler itam...hehehhee


So aku dah try lah melaram itu Munawwarah. Tapi aku lom lagi pakai Munaw belah, sebab ermmm...aku macam lom bape pandai nak pakai beb. Macam tak berapa kemas aku pakai. Aku siap bukak Tutorial Mrs Noba untuk blajo cara pakai tudung nih, tapi still tak terer lagik..huhhuuuu...so anyone expert??? Silalah tunjuk ajar ye... :)

Aku pun dah jatuh chenta ngan ini Munawwarah okehhh... Memang best. Sebab sangat kemas (ni testimoni untuk yang pendek) dan mudah. Kalo nak dibandingkan antara Hajaba dan Munawwarah. Pendapat aku kedua-duanya aku suka. Cuma untuk tudung pendek, Munawwarah lebih point sikit aku bagi, sebab tudung pendeknya tidak terlalu pendek...menutupi dada. Tetapi tudung pendek Hajaba...atas dada gitteww...kalo nak pakai ke sekolah dengan baju kurung agak malu-malu kucing sikit lah aku. Tudung pendek Munawwarah lebih sempurna menutupi aurat berbanding Hajaba.
Untuk tudung panjang... Hajaba pun best juga cuma tidak banyak cara yang boleh digayakan. Tetapi dengan Munawwarah macam-macam gaya boleh dibuat kan... Bagi mereka yang suka simple & nice...Hajaba will be the best choice. Untuk yang sukakan gaya pelbagai, pastinya Munawwarah menjadi pilihan.

Alangkah baiknya kalo Munawwarah ada cawangan di Johor juga. Ariani dah bukak butik kat sini...akan ku redah juga nanti untuk melihat koleksinya pula.. hehehheee...

Okeh kalian..itulah komenku setakat ini. Mengharapkan tips-tips dari kalian untuk pemakaian Munawwarah yang cepat dan mudah... Thank you!!!.... ;)

Nak tempek jua aku dan Munawwarahku bersama Aina yang cumil....hehehhehehee

Wednesday, March 18, 2009

Mum Of The Year...


Owhhh CikMimi... nampaknya anda memang penge'tag' dan penganugerah award tegar kepada saya...hehehheee...apapun...me sangat suka okehhhh... Kiut award nih...thanks bebe...:)


1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Owhhhh..aku kan selalu raise voice kat Aina (Setakat nih Aina laaa kan...kalo kat Ainin, cam sewel pulok aku nih...hehhee...Let's Ainin have her own 'sweet' time dulu...)
Actually I feel very BAD when raising my voice to her. Seriously...aku tak suka. Tapi aku memang susah nak kawal emosi bila dia buat perangai yang aku tak berkenan. Bila tengok dia dah cebik-cebik then bawak diri nangis, pastu aku yelling lagi.."STOP CRYING!!!!" dan dia pun tercebik-cebik lagik tahan nangis...then I realized....Oh God!!!! Teruknya aku nihhhh.... Aku pun rasa nak nangis...huhuhuuuu.... Teruk kan aku??? Dengan anak pun garang gilors....
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
Aina Suraya...
1. She is so lovely - manja sebenarnya dan lately ni aku nampak dia penyayang. Take care dan boleh jaga adik dia.
2. She is so bright - aku nampak dia cepat sangat tangkap apa yang diajar..Alhamdulillah... Buat aku suka nak ajar dia.
3. She is so-like-me - memang aku nampak dia macam aku beb...kuat berangan...kahkahkahhhh.... pastu suka melaram..kalo aku nak ikatkan rambut dia, pakaikan baju dia cantik-cantik...owhhh dia sangat suka...aku buat lama-lama pun tak apa janji cantik... Ke mana nak tumpah kuah kalo tak ke lantai,kalo Aina yang tumpahkan memang ibu jadik mak lampir.. nasi..
4. Suka berjalan - eh nih pun macam aku lagik nih....erkkkk....;p
5. She likes to buy books - mungkin sebab aku yang trained dia gitu, aku tak pernah bawak dia p kedai dan suruh dia pilih nak mainan apa. Tapi bila kat kedai buku, aku mesti belikan dia buku. So now..pantang lalu kat depan kedai buku, harus cakap nak buku. Kalo dah kat dalam kedai, apatah lagik...hehhehe
6. She loves my cook - owhhhh...dia mesti cakap, "pandainya ibu masak..sedap...", tak kira lah makan apa pun, kat mana pun... Janji bila ada dengan aku, maknanya aku laaa yang masak okehhhhh...Bagus kan anak aku nih....hahahhahaaa
7. Sekarang ni aku suka siram pokok, bagi pokok baja bersama Aina..sebab dia sangat rajin dan suka tolong aku...hehehhee
Ainin Sofiya...
What to tell about her??? ....hmmmm.....
1. She is so cute and lovely - bagi aku dia comel yang amat dengan ketembaman dia tu.
2. She is so huggable - kerana ketembaman dia juga, aku asik nak peluk-peluk dan cium-cium dia ajer sampai ada orang jeling-jeling jeles..hehhee
3. She loves my milk - perlukan di terangkan dengan lebih lanjut??? hehehhee....
4. Now she has a new 'syndrom' - Sindrom-tak-boleh-nampak-ibu .... memang dia dah jadik peminat fanatik aku sekarang. Tak peduli sapa pun dengan dia... bila tak nampak kelibat aku dia mula resah, bila nampak aku memang menggediks nak dapat aku... ;p
5. Orang asik tanya aku "boy ke girl" - "macam baby boy lah"... sebab Cik bambam aku nih, rambut dia ala-ala botak sket okeh...pakai gaun pun orang lagi mau tanya laki ke pompuan...apakah????....grrrrrr....
6. Dah pandai show-off-tantrum okehhhh - dulu masa kecik kecik sangat asik tido jek... pastu tak pandai nak nangis-nangis nih....sekarang tidak lagi...huhuhuuu
7. Dah pandai berebut barang dengan si kakak - pastu kalo kalah (biasanya kalah laaaa) dah pandai ngadu kat ibu atau abah... hehehehheeee
*** perggghhhh beb....nasib baik laa ada 2 anak jek...kalo lagik ramai, jenuh gak nak pikir...hahahahaa
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
So the next 5 moms will be ....
1. Mama Ely
2. Mama Dhea
3. Kak Iena Hamdi
4. Mimielola
5. Kak Sue Ading
And...Mimi.... you deserve it also... :)


The Sister Hood Award *updated*

** owhhh...rupa-rupanya mama zety pun ada bagi gak award nih. Thanks yer..juga mungkin ada org lain yg bagi, tp aku tak perasan...many thanks dear... :)



Orang lain dah lama tempek ini award, tapi aku baru nih nak tempek...hehheheee.... Apapun, many thanks to my dear Mimi for giving me this award....lebiu....awwwww.... ;p

Dan...walopun ku tahu ramai yang dah dapat award ini...aku tetap ingin menganugerahkannya kepada kesemua 27 followers ku di side bar blog aku nih. So silalah ambil kalo masih ada yang belum dapat yer....




Masih di KL...It is our last nite here. Aku nak bebels pasal hotel, sebelum bercerita tentang hal-hal lain. Sampai kat sini Ahad lepas, stayed kat Grand Cont*inental (GC) KL for 2 nites sebelum pindah ke Crystal Cr*own (CC) PJ pulak malam ni. Apsal sampai pindah-randah??? Aku rasa patutnya habiskan semalam jek kat sana. Sebab the hotel was suck!!! Nama jek Grand...tapi ampeh. Biliknyer kecik beb. Sian anak-anak aku tak begitu free dalam bilik, nak-nak si debab tu nak memantau bergolek-golek ke sana sini pun limited. Brekpes tak best..huhuhuuuu... Actually susah gak nak booked hotel time cuti sekolah nih. Most hotels dah full. So we have not much choice lah. Tak payah laaa nak citer lain-lain hotel yang berbintang-bintang tu kannn..heheheee... But at this GC, aku boleh guna government rate. So the price is quite ok lohhh... from RM250++, we able to get RM180. Pastu yang lebih suck..air dia tak bersih beb, yellowish...dunno y. Rasa payau jek. So then hari ni, kitorang blah carik other hotel. Dapatlah kat PJ nih...Crystal Crown. The price from RM230 (promotion price), boleh dapat RM190 for government rate. Dan sangat puas hati beb. One single bed and one double. Bilik besar..Hotelnya nampak lebih indah berbanding dengan yang satu lagik tu. Brekpes...not sure, sebab besok pagi baru nak terjah...hahhahaaa....Apapun, puas hati dengan ini hotel. Kalo tau..dari aritu lepak sini jek.

Ok lorr...nanti ku hapdate lagik yer...

pssttt..adapun ini merupakan entri malam tadi yg ku publish pai nih...:)


Friday, March 13, 2009

Here I Come...

Esok mula cuti sekolah. Tapi aku masih belum bercuti lagi sebab ada kelas tambahan. Mungkin blog aku akan berhabuk sekejap sebab aku mungkin tak sempat nak hapdate..memandangkan hari Ahad atau Isnin aku akan ke KL...hehehheeee.... Cadangnya nak jalan-jalan carik pasal di KL sehingga hari Rabu. Hari Khamis aku ada peksa PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)...alaaa..peksa untuk kakitangan gomen tuh...huhuhuuuu...harammmm aku tak baca menda nih sebab kan jawapan dah ada,tinggal nak pilih ajer dalam kepala nak bercuti-cuti ajer...

So kalian silalah merindui aku yang perasan nih....hahhahahhaaaaa............... Owh ya...entri yang aku nak war-warkan pun tertangguh jua lantaran kerana aku busy yang amat lupa nak charge bateri kamera, so tak boleh nak amik gambo, tak de gambo..tak de lah entri...

Emmm...Kalian di KL...ada sesiapa nak mencadangkan kat aku hotel yang ok-ok dan affordable.. tak payah laaa bertwinkle-twinkle little STAR bagai...nanti bajet lari bayo hotel ajer....hahhahahhaaa...

So KL...Here I come.... ;)




Thursday, March 12, 2009

Intraurine Contraceptive Device... *EDITED*

Ermmm....kawan-kawan....

An intrauterine device (IUD) or intrauterine contraceptive device (IUCD) is a small device made of plastic or copper that is placed into the uterus as an effective method of contraception.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk DiSini ye.... ;)


Sapa pernah try??? Sila angkat tangan dan komen...



Pengumuman...

Aku kan...ada sesuatu yang nak diwar-warkan kepada u'olls tawwwwwww...tapi kan... aku nih tengah buat-buat busy sekarang nih...Jadi ku peram dulu lah yer..Juga ada tag yang masih belum berkesempatan nak ku buat...Nanti akan ku buat juga yer...;)

Oh ya...lihatlah signature ku hasil tutorial maya Kak Rizza yang ku baca di blog Cik Mimi... Mekacih yer....hehhehehe

Tuesday, March 10, 2009

Hitamkan Jawapan Yang Betul...

The RULES:
Ok...being tagged again by Arnie & Mimi..thanks you bebes...:)

Bold the statements that are true to you.
Italic the statements that you WISH are true.
Leave the Fibs alone.
Then, stab 5 guys/ladies to do the same test.

I miss somebody right now.
I don't watch TV these days.
I own lots of magazines.
I wear glasses or contact lenses.
I love to play video games.
I've tried marijuana.
I have been in a threesome.
I have been the psycho-ex in a past relationship.
I believe honesty is usually the best policy.
I curse sometimes.
I have changed a lot mentally over the last year.
I carry my knife/razor everywhere with me.
I'm totally smart.
I've broken someone's bones.
I'm paranoid sometimes.
I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
I need money right now.
I love sushi.
I talk really, really fast.
I have long hair.
I have lost money in Las Vegas.
I have at least one sibling.
I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past.
I couldn't survive without Caller I.D
I like the way I look.
I am usually pessimistic.
I have a lot of mood swings.
I have a hidden talent.
I'm always hyper no matter how much sugar i have.
I have a lot of friends.
I am currently single.
I have pecked someone of the same sex.
I enjoy talking on the phone.
I practically live in sweatpants or PJ pants.
I love to shop.
I enjoy window shopping.
I would rather shop then eat.
I don't hate anyone. I dislike them.
I'm completely embarrassed to be seen with my mother.
I have a cell phone.
I believe in God.
I watch MTV on a daily basis.
I have passed out drunk in the past 6 months.
I've rejected someone before.
I have no idea what i want to do for the rest of my life.
I want to have children in the future.
I have changed a diaper before.
I've called the cops on a friend before.
I'm not allergic to anything.
I have a lot to learn.
I have been with someone at least 10 years older or younger.
I am shy around the opposite sex.
I have tried alcohol before.
I have made a move on a friend's significant other or crush in the past.
I own the "South Park" movie.
I would die for my best friends.
I think that Pizza Hut has the best pizza.
I have used my sexuality to advance my career.
I love Michael Jackson, scandals and all.
Halloween is awesome because you get free candy.
I watch Spongebob Squarepants and i like it.
I have dated a close friends's ex.
I am happy at this moment!!
I'm obsessed with guys (on TV).
I study for tests most of the time.
I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met.
I can work on a car.
I love my job.
I am comfortable with who I am right now.
I have more than just my ears pierced.
I walk barefoot wherever i can.
I have jumped off a bridge.
I love sea turtles.
I spend ridiculous money on makeup.
I plan on achieving a major goal/dream.
I'm proficient in a musical instrument.
I worked at McDonald's restaurant.
I hate office jobs.
I love sci-fi movies.
I think water rules.
I went college out of state.
I like sausage.
I love kisses.
I fall for the worst people.
I adore bright colours.
I can't live without black eyeliner.
I don't know why the hell i just did this stupid thing.
I usually like covers better than originals.
I can pick up things with my toes.
I can't whistle.
I can move my tongue in waves, much like a snakes slither.
I have ridden/owned a horse.
I still have every journal I've ever written in.
I can't stick to a diet.
I talk in my sleep.
I try to forget things by drowning them out with loads of distractions.
Climbing trees is a brilliant past-time.
I have jazz in my blood.
I wear a toe ring.
I have a tattoo.
I can't stand at LEAST one person that i work with.
I am a caffeine junkie.
I have been to over 15 conventions.
I will collect anything, and the more nonsensical, the better.
I'm an artist.
I only clean my room when necessary.
I like a person of the same sex.
I love being happy.
I am an adrenaline junkie.

And the next 'vicims' will be.....

1. Puan Ealyie
2. Puan Sue Ading
3. Puan Iena Hamdi
4. Puan Sha
5. Puan As

Silalah buat ye puan-puan di atas...;)

Sunday, March 8, 2009

Mual Dan Muak...

Aku malas nak ambil tahu sangat tentang suasana politik yang huru-hara di negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Namun menonton berita di TV*3 malam tadi membangkitkan emosiku untuk meluahkan rasa terhadap apa yang berlaku.

ISU PPSMI
Perlukah demonstrasi dilakukan untuk mengubah PPSMI ini? Perlukah membawa isu seperti ini ke tepi jalan seperti orang yang tidak bertamadun? Oh...sungguh aku tak faham, kenapa ini harus berlaku. Aku sebagai rakyat Malaysia MALU dengan sikap mereka yang berdemonstrasi ini. Apakah akan selesai 'perjuangan' mereka dengan berarak beramai-ramai di tepi jalan seperti itu??? Apakah pula ini yang mereka laung-laungkan sebagai 'perjuangan'???

PPSMI...Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Di Dalam Bahasa Inggeris.

Anda setuju? Anda tidak setuju? Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Namun setelah aku membaca BlogKakRizza, aku secara peribadinya menyokong pendapat beliau. Kini, setelah lebih 6 tahun, perlaksanaan Sains dan Matematik ini di dalam Bahasa Inggeris...pastilah ada kelebihan dan kekurangannya. Di dalam apa-apa jenis pembaharuan pun, pasti ada bahagian yang positif dan negatif. Kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit bagi program PPSMI ini. Buku teks, alat bantu mengajar, notebook kepada para guru, kursus untuk memantapkan guru-guru dan pelbagai lagi. Alangkah besarnya pembaziran yang bakal berlaku jika segala-galanya terpaksa diubah semula. Dan yang paling kasihan pastilah anak-anak kita. Merekalah mangsa keadaan sebenarnya.

Memang diakui, masalah penguasaan Bahasa Inggeris ini berleluasa di kawasan pedalaman. Di sana mereka tidak terdedah dengan Bahasa Inggeris. Ibu-bapa dan persekitaran mereka juga tidak terdedah dengan Bahasa Inggeris. Namun kerana itulah, kerajaan telah menghantar para guru yang berkaliber yang ditugaskan untuk menyahut cabaran ini. Di sinilah letaknya tanggungjawab para guru untuk memantapkan penguasaan anak-anak murid ini.

Pendapat aku sebagai seorang guru... ambil ia sebagai cabaran. Jangan salahkan bahasa bila kita mengajar murid tak faham. Tugas kita sebagai guru mengajar dan beri kefahaman kepada murid. Bahasa hanyalah sebagai medium perantara sahaja. Tak kisahlah bahasa apa pun yang kita gunakan, pastikan anak-anak murid faham apa yang kita ajar. Tak perlu bising-bising salahkan bahasa yang digunakan. Apakah kita boleh yakin 100% kalo kita gunakan bahasa ibunda, anak murid akan dapat faham 100% juga? Tiada jaminan kan??? Itulah aku nak tekankan...biar apapun bahasa yang digunakan, yang penting guru-guru sendiri kena ambil cabaran memahamkan anak-anak murid. Tugas kita sebagai guru adalah melaksanakan dasar. Maka sekarang ini dasar yang perlu dilaksanakan adalah mengajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris..maka laksanakanlah ia dengan sepenuh jiwa dan raga. Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kita sebagai individu, sebelum melangkah ke kelas. Penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum bereksperimentasi di dalam kelas. Kalau guru penuh konfiden sewaktu mengajar, murid pasti akan memberi tumpuan. Sebelum ke kelas, rancangkan dengan teliti apa yang hendak dilakukan di dalam kelas, supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Gunakanlah segala kemudahan yang telah kerajaan bekalkan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik perhatian murid-murid. Apabila murid-murid tertarik dan berminat untuk belajar, pastilah pemahaman mereka akan lebih mudah tercapai.

Tak perlulah berdemonstrasi di jalanan kerana isu PPSMI ini. Nampak segala kepincangan dan kelemahan kita bangsa Melayu apabila ini dilakukan. Sudahlah suasana di Perak masih hangat lagi, kini di tambah lagi kehangatannya. Tidakkah kita merasa ditertawakan bangsa lain,dek kerana kelantangan kita bersuara di tepi jalan ini??? Sungguh aku mual dan muak dengan orang-orang yang mengaku diri bijak pandai ini tetapi kurang rupa-rupanya... Hentikanlah semua kepincangan ini. Lebih baik kita bangsa Melayu duduk dan berfikir,bagaimanakah hendak menyatukan bangsa kita yang kian berpecah-belah ini...

Friday, March 6, 2009

Many Thanks To Cik Yan...:)

Yezzaaaa.... Akhirnya aku berjaya menemui penyelesaian bagi problemku yang Ini. Berkat saranan apa-apa ajelah dari Cik Yan. Cik Yan telah mencadangkan aku merujuk ke
LinkIni bagi mendapatkan penyelesaian kepada masalahku. Dan akhirnya setelah pening-pening lalat menggodam kejadah itu dan ini, berjaya juga.
Selama ini, kalo ada masalah berkaitan IT ini, yang jadi mangsanya adalah Mr Hubby. Tapi disebabkan kaunter pertanyaanku itu tak gheti-gheti nak balik cepat masih berpergian, maka aku meroyan lah sendiri settlekan masalah ini...gegeggeee

Ok..sebagai ingatan untuk diriku... penyelesaiannya adalah mudah saja sebenarnya...heheheheee...
1. Go to Tools di antara button favourite & help kat atas tu haaaaaaa
2. Pilih Internet Options
3. Pilih Delete
4. Pilih Delete Homemade Butter Cookies

Taraaa...settle masalah gue....

Jadi...tersangatlah berterima kasih pada Cik Yan yang bijaksana atas saranannya ittew...nanti kalo you datang JB, I blanja you aiskrim paddlepop okehhhh...ehehhehee...

Sabelum & Selepas...

Ku di tag oleh MamaZety.. Macih yer... Tag sebelum dan selepas ini membuat ku tersengih sendiri...Hokeh...apa yang terjadi pada aku Sebelum dan Selepas ini??? Layannnzzzz....

KES 1
SEBELUM ADA ANAK...
Owhh...sangat rajin bawa balik buku atau kertas soalan untuk ditanda di rumah atau bawak balik apa juga kerja-kerja yang tak siap di sekolah.

SELEPAS ADA ANAK...
Rajin juga kadang-kadang bawak balik, tapi memang duk dalam kereta jek lahhh..Tak de mana nyer haku nak buat...kkihkihikihhh...;p

KES 2
SEBELUM ADA ANAK...
Pantang ada movie baru kat wayang, memang midnight saja lah dengan Mr Hubby...

SELEPAS ADA ANAK...
Midnight juga...tapi kat umah ajer lah jawabnya....huhuhuuu...

KES 3
SEBELUM ADA ANAK...
Biler shopping tak hengat tu memang kat Ladies Department ajerrr...

SELEPAS ADA ANAK...
Shopping kat Baby Department, pastu kena balik dahhh sebab over bajet pulak kalo redah Ladies Department...gegeggegeee...

KES 4
SEBELUM ADA ANAK...
Biler makan kat luar, begitu tenang sekali.. u tenung i, i tenung u..owhhhh...heavennya sambil bergurau manjer...;p

SELEPAS ADA ANAK...
Tak de maknanya nak heaven heaven... makan macam keretapi ekspress...sungguh huru-hara...penyudahnya balik umah lapo balik hokehhhh.........

KES 5
SEBELUM ADA ANAK...
Sambil tengok tv kat umah, bolehlah bermanjer-manjer ngan si dia...

SELEPAS ADA ANAK...
Kena tidokan anak-anak dulu, baru laaa boleh bermanjer-manjer...kalo tak ada jek yang menyelit kat tengah tak pun sibuk nak nenen ntahapehapentahhhhh....

Kahkahkahhhhh...banyak lagi beb kalo nak senaraikan....tapi kan...mak tak kisah walomacammana berubah pun keadaan sebelum dan selepas ada si kecik comey tu, sebab tak de maknanya kehidupan tanpa kehadiran anak-anak. Cuba kita pejam mata dan bayangkan...betapa tak berseri dan sunyi sepi nya kehidupan kita tanpa anak. Tak de maknanya ketenangan tanpa jerit pekik suara anak-anak kalo selamanya macam tu kan??? Ku bersyukur dengan kurniaan ini....Alhamdulillah....:)

Thursday, March 5, 2009

Makan Owhhh Makannn...

Hmmm... aku di tanya oleh Puteri Kiut @ Nita tentang supplement yang bagus untuk breastfeeding bagi menambah berat badan susu, selain dari Fenugreek yang aku sebutkan dalam entri yang lepas. Aku tidak pernah mencuba supplement lain. Owhh..ada, Mama Ealyie pernah memberiku cuba minum milkmaid Tea dan ia juga memberi kesan. Cumanya aku lebih senang mengambil Fenugreek kerana ada diskaun selalu lebih senang nak beli. Selain dari itu aku dengar Shaklee juga ada keluarkan supplement untuk menambah susu. Namun aku tak pernah mencubanya. Boleh rujuk BlogKakN untuk maklumat mengenai Shaklee ini. Beliau ialah BF mommy yang merupakan pengguna/pengedar tegar produk ini...:)

Jika ingin berkisah tentang makanan untuk BF mommies selain supplement ini, ku percaya telah ramai mommies yang menyenaraikannya. Namun aku juga kepoci ingin menyenaraikan makanan yang telah ku cuba dan akui keberkesanannya...
1. Oat + Susu/Horlicks ---> Breakfast wajib untuk aku
2. Lobak putih
3. Jantung hatiku pisang
4. Sayur Pucuk manis
5. Makanan berhalba

Itu di antaranya lah yang memang selalu ku amalkan. Namun yang pasti, pesanan untuk diriku (juga mommies lain) jangan sekat makan, minum air sebanyak yang mungkin sampai perut kembung dan jangan stress walopun laki aku slalu tak ada

Ok..harap sedikit info ini boleh membantu Nita dan mommies yang baru ingin menjinakkan diri ke dunia Breastfeeding. Untuk kawan-kawan mommies yang berpengalaman sila lah tambah nasi apa yang kurang di ruangan komen yer..terima kasihhhh...:)

Berita Gumbira...

Aku ada berita gumbira untuk Aina dan Ainin untuk diri sendiri sebenarnya....ahakssss...

Mr Hubby sudah naik ke darat dengan selamatnya hari ini...YEAY!!!!!

Tetapi...dia hanya akan sampai ke sisiku pada hari Isnin nanti atau paling lewat Selasa. Kenapa??? Kerana dia telah meroyan pergi ke Pulau Perhentian untuk mengambil Diving Course bagi mendapatkan Diving Licence yang telah lama diidamkannya. Course itu mengambil masa 4 hari 3 malam. Isk..aku sangat jeles sebab tak dapat pegi ke pulau itu....huhuhuuuuu....

Walaupun begitu..tak kisah lah..ku sudah tahu bila dia akan balik..tidak lah tertanya-tanya lagik... Dan Aina pun sudah excited bila tahu abahnya sudah mau pulang. Owhhhh...cepatlah hari Isnin...Aina haku dah tak sabar nih...kihkihkihhhhhh..................

p/s..terima kasih kepada Cik Lola di atas tunjuk ajarnya potong memotong perkataan..almaklum saya mak orang budak baru belajar...;p

Wednesday, March 4, 2009

I Can't Live Without...*UPDATED*

***Untuk yang ingin mengetahui rupa Fenugreek yang ku kisahkan di bawah ini, silalah buka LinkIni. Pernah kukisahkan di situ sebelum ini...:)


Owhhhh.... I really can't live without..... FENUGREEK...

Yer...ini pengalaman aku 3 hari kebelakangan ini. Di samping rutin harian mengambil oat + susu @ horlicks sebagai sarapan pagi, aku memang tidak pernah melupakan Fenugreek ini. Namun, 3 hari lepas, bekalan Fenugreek ku telah terputus. Dan memandangkan aku memang malas nak ke GNC di Jusco Permas, maka aku tak lah mengambil supplement ini.

Dan akibatnya, supply ku mula merudum perlahan-lahan. Elok-elok biasanya boleh dapat dalam 7 oz sekali pam, tiba-tiba merosot ke 6 oz saja. Dan hari ini lagi teruk...4 oz sajer hokehhh...Owhhh.... tak cukup untuk sekali minum. Ainin biasa minum 5 oz per sesi. Dan aku terus berdezupppp ke GNC hari ini sepulangnya dari sekolah. Tak kuasa aku nak stress esok pagi kalo aku pam merudum lagi.

Aku tak tahu lah mommies lain. Maybe korang, tak perlu ambil fenugreek ini untuk maintainkan supply, cukup dengan pemakanan natural. Aku juga mengamalkan pengambilan makanan yang boleh menambah susu. Sayur-sayuran dan sebagainya...Dan yang paling rutin oat lah, namun aku tetap memerlukan fenugreek. Nasib baiklah aku dah ada member card GNC, jadi..dapatlah potongan tetap 25% yang mana menjadikan harganya.. RM47.20 daripada harga asalnya, RM62.90. Sebulan aku memerlukan sebotol fenugreek ini dan hasilnya tidak menghampakan aku.

Jadi kalian, kalo ada yang ingin menggunakan keahlianku..sila beritau yer..kalian hanya memerlukan nombor ahli ku saja untuk mendapatkan potongan... Jangan segan-segan..:)

Tuesday, March 3, 2009

The Orange Flowers..

Ehem... Aku tuko skin baru beberapa hari ini. Aku pilih ini, sebab suka..kaler nyer meriah...sangat nampak ceria. Tetapi... Apakah kalian suka dengan kaler yang terang ini?? Atau sakit mata, seksa jiwa bila merenung lama-lama blog merapu aku nihhh??? Aku dah besokan dan bold tulisannya supaya lebih senang untuk dibaca. Aku sebenarnya nak cari kaler-kaler yang soft macam pink ke...(memang giler pink kan aku nih..), nampak sweet jek...tapi yang kaler pink designnya tidak berkenan pulak di mataku. Ikut aku, suka lah skin ini..nak-nak bunganya yang banyak-banyak tu...tapi meaningless lah kalo aku sorang jek yang syok sendiri suka kan walopun sukati aku lah kan, blog aku...kihkihkihhhhh... seriously....pendapatan opsss... pendapat kalian amat ku perlukan... macih yerrrr....

Mac Menjelang...

Aku suka sangat bila bulan Mac sudah menjelma... Apatah lagi, minggu ini pastinya berlalu dengan cepat sebab budak-budak tengah ujian. Dan bila minggu depan menjelma..aku lebih kesukaan lagi....

Kenapa??? Korang rasa kenapa??? hhehehehheeeee..............

Bad Request???...

Aku pelik bin ajaib... Dah lama jugak masalah ni sebenarnya. Nak dekat sebulan aku tak dapat nak bukak favourite forum semua orang ittew... Yang mana??? Alahhh.....YangIni. Setiap kali bukak...ini yang kuor.............

Bad Request

Your browser sent a request that this server could not understand.Size of a request header field exceeds server limit.

Ada sapa-sapa yang tahu kenapa ini berlaku??? Silalah bantu aku yer.... Terima kasih....:)

UJIAN....

Minggu ini minggu ujian. Bukan untuk aku yer.. tetapi untuk murid-murid sekolahku. Jadi bila minggu ujian, cikgu-cikgi relax sikit lah. Tak perlu masuk kelas mengajar macam biasa. Cuma menjaga kelas ujian mengikut giliran. Giliran aku hari ini dari pukul 7.30-10.00. Lepas rehat pukul 10.30 sampai balik nanti free lah....Yahooooo!!!! Sesi mengepam terpaksa ditunda selepas rehat nanti.

Owhhh...sambil menjaga kelas, sempat jugak aku berblogging...kihkihkihhhh...Yer..kalo tak ngantuk beb, duk diam tak buat hape selama 2 jam setengah...

Lambat lagi pulak ujian untuk subjek yang ku ajar. Sains, hari Khamis nanti. Tak sabar nak tengok hasil pertama anak-anak didikku. Biasa memang time ujian, aku excited sebab nak tengok sejauh mana kefahaman anak-anak didikku. Manjang kalo kat dalam kelas, time ngajo..bila tanya "faham tak??"....kompem "FAHAAAAAMMMMMMMMMMMMMM"...
Yer lah tu...tengok sket time ujian boleh buat ke tak...

Untuk murid darjah 6, aku meletakkan syarat, siapa yang dapat A dan B sahaja yang terlepas 'habuan' dariku...ihiksss..kejamkah???? Mereka sudah tahu memang itu menjadi syaratku sejak tahun lepas lagi ketika belajar denganku. Jadi...sendiri mau ingatlah yer murid-murid.... korang belajarlah sampai tak tido malam pun, yang pasti aku mahu hasilnya hanya A dan B. Oh ya...murid-murid darjah 6 ni semestinya kelas yang bijak. Kalo yang lemah... memang kejamlah aku kan. Untuk murid kelas lemah, syaratnya mestilah lulus. Hanya yang tidak lulus akan ku denda... Tidak lupa untuk murid-muridku yang mendapat markah tertinggi, ada hadiah yang menanti. Memang itu yang sering ku berikan sebagai ganjaran bagi usaha mereka. Semoga anak-anak didikku akan berjaya dengan cemerlang...Aminnnnn...............

Monday, March 2, 2009

Playland...

Hari nih penat rasanya melayan Aina. Balik dari sekolah, ambil dia kat umah mak. Then sampai kat umah, dia ajak p main kat playground...uhuks uhuksss..baru pukul 3 nak oooiiiiiii.... Jenuh aku pujuk dia, cakap kat dia next time lah kita p yer...Dia dah mula menangis dah. Entah nape laaa pulak hari ni, tiba-tiba meroyan nak ke playground. Selalu kalo aku kata 'next time', dia okeh jek. Yang lagi haru...dalam nangis-nangis tu..korang tau apa yang dia cakap....????
"Aina sedih abah tak ada... Aina nak abah...." huhuhuhuuuuu...apakah kaitan playground dengan Encik Abahnya???? Bukannya selalu ke playground dengan abah pun??? Aku suspek nih mesti kes rindu kat abah dia lah nih..tu yang buat perangai. Last-last diam juga dia bila aku pujuk...
"yelah..yelah..nanti petang, kakak mandi, adik mandi, lepas tu kita pergi ye?? Dah..don't cry..Aina kan good girl..."
Hai Encik Abah..bilakah nak balik nih??? Jenuh dah ibu melayan anak manja awak nihhhh....;)
Pukul 4.30 dia dah mintak nak mandi. Okeh aku mandikan, skali ngan Ainin... Satu besen mandi tu aku letak anak dara tu dua orang...kuikuikuiiiii...kemain seronok lagi derang main air. Usahkan si kakak, si adik pun over-excited...sampai aku pun lencun skali dikerjakannya...;p
Dah siap mandi, ingatkan Aina lupa pasal playground. Sekali dia boleh cakap...
"ibu..jom ibu....dah petang ni...jom ibu..." huahuahuaaaaa...
Hari dah gelap pulak tu, nak ujan laaa kejap-kejap lagi.
"Ala Aina...dengar tak bunyi guruh tu...dah nak ujan laaa...kita pegi next time lah yer.."
"Belum ibu, tak ujan pun..tu tengok..tak ujan ibu, jom laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
huhuhuhuuuuuua...suara punyalah lembut memujuk. siap datang kat aku, peluk aku, cium-cium, ajak pergi jugak. How to say no??? Tak sampai hati okehhhhh....
Tapi mengenangkan nak ujan, instead of going to playground, aku bawak diorang pegi playland kat tesco jek lah...Nasib baiklah Tesco belakang umah, kalo tak manalah aku nak meroyan bawak Aina dalam pada nak ujan macam ni?? Kuikuikuiiii....
Beli token RM3, dapat lah Aina main kereta dua round... dah cukuplah tu...Lepas tu kitorang balik ajer.... ujan pun dah mula turun....:)
Bayangkan...aku p Tesco untuk ke playland, main kereta dua round ajer....hheehehheeeee..... Layan jek laaaa si kakak nih kannnn...kalo ibu tak layan, sapa lagi nak layan...kesian anak aku tu.
Korang tengok lah gambo si kakak kat bawah ni. Aku rasa cam poyo jek, asik-asik amik gambo Aina tengah main. Orang lain tengok aku semacam jek...huhuhuuuuuu....

Sunday, March 1, 2009

Kejohanan Olahraga Kali ke-17

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009 telah pun berlangsung dengan jayanya di sekolahku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, meskipun suasananya agak tidak selesa kerana hujan lebat pada hari sebelumnya dan menyebabkan padang berlopak dipenuhi air di sana-sini. Di khemah urusetia berlonang air... sampaikan cik puan pengacara majlis (aku laa tu...) terpaksa membuka kasut dan berkaki ayam saja okehhhh.... Kami sebenarnya kekurangan tenaga kerja disebabkan bilangan guru yang sedikit. Ada pulak cikgu yang kena p kursus tiba-tiba. Makin berkurang lah kakitangan. Jadi yang tinggal nih terpaksa lah berkejar-kejar ke sana sini. Aku sebagai pengacara majlis, memang kena duk diam je laa di tempat juruacara..
Apapun..segalanya sudah selesai. Itu yang paling penting okeh. Oh ya...rumah sukanku, rumah merah a.k.a Satria, telah mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan dan juga naib johan keseluruhan... Alhamdulillah....:)
Jadi..layan ajerlah gambo-gambo yang sempat aku ambil nih. Tak banyak yang dapat ku ambil sebenarnya sebab tak boleh tinggalkan mikrofon..kihkihkihhhhhh....
Dimulakan dengan cik puan pengacara majlis yang giler 'mic' (mikropon lah)..cikgu Intan dan cikgu Zaharah....
Cikgu-cikgi berposing dulu apa-apa hal pun okehhhhh....hehehhehehheeeeeeeeee
Persembahan 'poco-poco' oleh murid Tahun 3, dibimbing oleh cikgu Zailah... nampak cikgu nyer tu???? hehheheheheee..................
Barisan rumah merah a.k.a Satria dari kejauhan....

Bersama anak-anak murid rumah merah. Nampakkah yang mana satu cikgu, mana satu anak murid???? ;p