Apakah mungkin ibu harus menimbangkan untuk membeli deep freeer yang comel seperti yang dicadangkan oleh mama Ealyie??? Masalah yang ibu terfikir jika ibu membeli deep freezer ialah.. Di mana akan kuletakkan deep freezer ittew memandangkan dapur ibu yang kecik comey. Bilik??? Bilik pun sudah penuh jua okeh...ruang tamu yang luas ittew??? Bolehkah??hahahha..... Lagi pun kawan-kawan...freezer ibu nih baru ajer ibu beli okeh...Wawawaaa....haruskah???? Atau mungkin ibu boleh kembali menumpang kasih, menyemakkan freezer mak ku pula seperti dulu...huahuahuaaaa.... Actually, ibu dah bergurau-gurau manjer ngan Mr. Hubby tentang deep freezer itu...tapi feedbacknya pun ala-ala gurau manjerlahhhh jua...hahahhahaaa..... Ermmm...sungguh dalam dilema EBM ibu ini....
Malam tadi Aina begitu beria-ia nak ibu amik gambo dia ngan Ainin. Semenjak begitu pandai membina ayat ini, macam-macam permintaan yang terkeluar dari mulutnya, seperti .... "Aina nak ikut abah,boleh tak?" "Adik kecik lagi,adik tak boleh mamam ni,adik minum susu ibu" dan banyak lagilah... Kali ini untuk sesi penggambaran yang dimintanya. Aina berkata secara berulang-ulang lagi dan lagi, "Ibu,duduk adik atas Aina,ibu amik gambar" Dan kerana ibu pun dah penat mendengarnya maka, ibu layankan jua...Kawan-kawan layan jualah gambo ini okehhhh.....
Erm...baju adik sudah ketat yer...nampak 'muscle' adik di sanasini juga perut adik yang muncits ittew...