Friday, October 31, 2008

'M' oh 'M'....

Post ini mengambil iktibar dari post umisufira berkenaan kemalasan yg melanda diri. Samalah dgn daku sekarang nih...malasnya ya ampunnn nak mengepam...sejak berseronot-seronot cuti dari hari khamis minggu lepas hingga selasa baru ni, sukahatihaku jek x mengepam langsung, mentang2 lah duk umah pastu p jalan-jalan carik pasal pulak...langsung tidak ku pam,just bg direct feeding jek. Apatah lagi bile kubukak freezer, stok EBM melambak2...lagi laaa langsung tidakku rasa bersalah x pam susu. Setelah dimonitor...nampaknya susu paling awal expired bulan 12 nanti...
Hari Rabu,bile naik keje balik...padanmukahaku!!!!....Morning session biasa pam dapat 8oz tp merudum jadik 5oz jek,tu pon setelah berhempas pulas ke titisan terakhir. Then...last session,tengahari before blk skolah...dapat 5oz lagi pun setelah berhempas pulas jua. Masih x cukup utk stok Ainin,kurang 2oz utk esok & kurang 4oz utk frozen...Maka blk skolah,sehingga malam lah daku mengepam bagi mencukupkan bekal Ainin & frozen stok. tu pon blh simpan cuma 3oz sahaja utk frozen. Maka haru-biru lah muke ibu Ainin sbb menyedari akibat tidak mengepam 6 hari yg lalu, susu berkurangan..apatah lagi Ainin pulak lebih byk tido...hadoiiiii!!!!

Hari ini kira hari paling bersejarah sbb terpaksa bawak Ainin ke sekolah. Pagi tadi, mak dapat call Pak Udaku meninggal dunia di Muar, maka mak & ayah nak blk kampunglah. setelah diperbincang, aku kompem x leh nak cuti sbb br cuti last week, abah Ainin lagi laaaa x dpt cuti sbb projeknya sdg on . Maka daku pun menebalkan muka mintak izin dgn Guru Besar utk bwk baby ke sekolah. GB ku itu begitu baik hati, dia kata "Bawaklah Intan, p letak kat PKG (pusat kegiatan guru) tu"... Maka dlm kul 9,mak pun dtg anto Ainin. Dgn tilam baby pun dihangkut letak kat PKG. Aina di bawa mak & ayahku balik kampung. Nasib baik laa hari ni kelas cuma 1 jam sahaja...maka blhlah babysit Ainin dgn bantuan kakak kerani PKG itu. Mujur gak xde meeting @ kursus kat PKG. Ainin pulak mmg x byk kerenah...sepanjang waktu aku mengajar, dia syok tido jek sampai kakak kerani pun geram sbb x dpt main2 dgn dia..harharhar...

Kebetulan jugak hari Jumaat blk pukul 12. Jadik x laa lama sangat...hehehee...rasanya x pernah dibuat cikgu2 lain bawak baby kecik p skolah ni. xpelah, asalkan x mengganggu waktu mengajarku cukuplah...Jadik kesimpulannya hari ni daku tidak mengepam lagik...huhuhuhuuuuu

Wednesday, October 29, 2008

Cuti-Cuti Melaka...

Tanpa dirancang, selepas menghadiri majlis reunion raya abah bersama ex-schoolmatenyer di SM Sains Muar, kami sekeluarga telah bercuti secara express rakyat di melaka. Express rakyat sbb x laaa lama sangat...just nak celebrate deepavali (errrkkkk...) di tempat org. Bukanlah x pernah ke Melaka tu..tapi sajer2 je nak cuti2 Malaysia. So...setelah abah mengsurfing melalui henponnyer yg canggih itu (canggih sket dari ibu punyer laaa), maka dapatlah kami senarai hotel2 di Melaka. Try & error, abah akhirnya dapat booking satu available hotel dalam Mini Malaysia. Maka kami pun check-in lah di hotel tersebut setelah memastikan terdapat swimming pool utk Aina di hotel tersebut. Acara malam itu ialah berjalan2 di Night Safari Zoo Melaka. Yg paling seronot tentulah si Aina. Walopun x lah kenal animalz2 sgt..tp nampak dia excited...(ibu yg lebeh excited sebenarnye..ahaksss). Zoo Melaka agak well-organized lebih dibandingkan dgn zoo johor yg ala-ala segan nak idup itu...eheheheee....Kami x larat nak berjalan2 (sebab ibu & abah sangat sayangkan lemak2 kami),so memilih utk naik tram (ker tren ekk...errrrkkk...).
Ibu & Aina cayang tgh tunggu tram@tren
Nampakkah sang leopard (yg boring) di atas pokok itu???

Abah & ibu telah berjaya menggoda kawan abah (Encik Lumi & Pn Ifa) utk sama2 join touring Malacca city ini. Sungguh gigih sahabat baik abah ini sbb dia baru aje sampai di KL selepas majlis reunion di Muar, dan kemudian tergoda utk patah balik ke Melaka malam itu juga...hahahhaaa...terima kasih Lumi & Ifa sbb sudi melayan idea yg x brp sihat ini... Kami menghabiskan masa di night safari ini sambil menanti (dgn penuh debar...ehehehee) ketibaan Lumi & Ifa yg dijangka tiba jam 10pm nanti...

Susah btol nak suruh Aina tengok kamera..siap kena pegang kapala. Adik asik layan tdo jek sambil icap jarinya yg berperisa strawberi itu...

Setelah meround zoo sampai kaki ibu pun dah penat, kami pun nak blk. Kebetulan Lumi & Ifa pun dah sampai. Balik ke hotel, settlekan check in mereka & balik bilik. Abah, Lumi & Ifa kemudian p pekena teh tarik @ mamak, tapi ibu & anak2 x ikut coz masa tdo derang dah sampai. Balik dari zoo itu, ibu baru terpikir alangkah selambanya ibu bawak adik yg kecik ini ke tempat yg agak horror seperti zoo itu. Kalau mak tok tau...mesti dia bebel bwk budak kecik mlm2 begini di tpt begitu...ehehheheee....dalam hati ibu berdoa adik x mengamuk2 manjer...dan Alhamdulillah adik tdo dgn tenangnya sepanjang mlm...Aina x usah citer lah...di dalam kesejukan aircond, lebih lenalah dia..
Pagi2 deepavali...Aina dah mintak "nak mandi tolammmm..." tolam@kolam. Kami pergi brekpes free dahulu...sambil menunggu pool dibersihkan & ditukar airnya...Aina dah x sabo2 lagi nak mandi tolam....... Aina standby kat tepi 'tolam' tunggu mamat hotel tu siap bersihkan pool...

Abah & Aina possing dlm 'tolam'


Selepas Aina puas berendam, barulah kami bersiap2 utk keluar melawat Mini Malaysia pulak. Lepak punye lepak..nak dekat pukul 12 baru gerak, so check out teruslah.

Alangkah coolnya kalo ibu duduk tunggu abah balik keje dgn goreng pisang panas & air kopi di beranda, sambil tengok anak2 ibu main2 di laman asmara itu...

Uncle Lumi (baju kuning) & auntie Ifa disebelahnya..Ibu tgh sibuk carik sikat dalam beg nak upgrade sket rambut Aina yg dah x tentu hala, sementara menunggu persembahan kebudayaan...

Jalan2 tengok rumah2 tradisional dalam Mini Malaysia agak menarikz juge. Tapi Aina tiba2 merengek nak bantal bucuknya..Last2 ibu & Ifa melayan Aina jalan2 sambil abah & Lumi masuk rumah2 itu satu persatu sbb nak amek gambau. Sampai kat pentas kebudayaan,ibu & ifa bersama Aina & Ainin lepak2..Owhhh...ada persembahan kebudayaan rupanya...layannn laahhhh jugak..........

Bukan main bulat mata uncle Lumi & encik Shamsul @ abah tengok punggung penari yg melentik itu..ggggrrrrrr...

Adik macam bowing jek tengok orang joget2 atas pentas itu...

Selesai persembahan kebudayaan, kami baru terasa lapau. Decide nak makan trus. Macam wasting time sket dlm Mini Malaysia nih...tp x apalah...

Possing bersama abah terchenta, Aina (yg penat) & adik Ainin yg tembam

Selesai makan, Aina pun dah mula ngamuk2 penat...so kami decide utk balik saja. Usaha Encik Lumi memujuk suamiku terchenta @ sahabat baiknyers utk menyambung cuti esok harinya telah gagal. Maka terpaksalah kami & mereka berpisah di situ..huhuhuuu... Sebelum balik JB, kami sempat singgah ke rumah Pak Usuku, kebetulah dia buat open house hari itu...

Banglo 3 tkt baru Pak usuku hasil usahanya sbg agen MCIS Zurich yg berjaya...

Aina & Ainin tertido kepenatan di rumah pak usu. Selepas maghrib baru kami bertolak balik. Seronok jugak cuti express ini walo nampak mcm unorganized sgt...apapun terima kasih suamiku cayang sbb bawak ibu & anak2 bercuti...Jgn lupa janji nak p holiday lagi bln 12 nanti...masa tu, mesti holiday btol2...barulah ibu x rindu2 sgt bile abah p offshore nanti...(uwaaaaaaa...............). Ok Sekian saja update percutian utk kali ini. Oh ya....ibu telah mempromosi kehebatan susu ibu kat Ifa yg sdg pregnant 6 bln..siap promote SI.com lagi..semoga terbuka pintu hati Ifa utk meng'breastfeed'kan babynya nanti...Aminnn...

Friday, October 24, 2008

Batu Belah Batu Bertangkup...

"Batu belah, batu tantup, matan atu...ibu..ibu..adik pecan lapar cucu"
nak tergolek ibu bile dengar Aina tiba2 nyanyi lagu ni...memula x paham bijik butirnya...tp last2 baru paham..."batu belah, batu bertangkup, makan aku...ibu..ibu..adik pekan lapar susu"
rupa-rupanya...ini kes mak lah ni...biasalah org lama2...bedtime storynya bukanlah citer cinderella ker...snow white ke...tapi batu belah batu bertangkup, si tanggang...etc....hehehheee...yg kelakonya...si Aina boleh pulak hapal lagu tu..hadui....
Lagi satu lagu peberet yg Aina slalu nyanyi ..."buai laju-laju,sampai potot...dalam baju...setuntum munye naa...." @ "buai laju-laju, sampai pokok (senanya ilang)...dalam baju..sekuntum bunga cina"....ha...ni pun omak den lah yg ajar,sambil memain buai kat umah tok maknya itu...Aina...Aina....

Sunday, October 19, 2008

Stok EBM utk AInin

Inilah stok frozen EBM utk Ainin, hasil penat lelah ibu mengepam sepanjang kat sekolah. Adalah dalam 160 oz. Sekarang ni sepanjang waktu kerja ibu, Ainin blh habiskan 12oz utk 3 kali minum. biasanya sehari ibu akan pam dalam 16-18oz. 12oz utk bekalan Ainin dan selebihnya utk top up frozen stok. Harap2 Ainin x macam kakak Aina yg reject bottle masa 6 bln then terus buat reverse cycle. Bimbang jugak ibu, takut nanti stok byk2 terbuang gitu jek...nak guna utk campur dlm solid food pun, byk mane sgt laaa leh guna kannn. Bile ibu buka freezer skang, berbunga-bunga hati ibu tengok frozen stok yg makin byk. Semoga rezeki utk Ainin akan berpanjangan hendaknya...Amin....

Tuesday, October 14, 2008

Fridge baru...yeyehhh!!!


Akhirnya dapat gak beli fridge baru. Tujuan utamanya ialah utk simpan stok susu espeacially time cuti skolah yg panjang nanti. Selama ni, ibu dah penuhkan fridge kat umah mak dgn stok susu utk Ainin. Jadi bile fridge baru ni dah ada, x yah laaa menghuru-harakan fridge mak lagi...hehehee...si comel kecik yg kat sblh fridge baru tu mungkin akan dihantar balik kampung... Ada 2 fridge kat dapur ni, rasa sempit laaa pulak... almaklum dapur ibu pun comel jek...x beso mane pun... x sabo ibu nak penuhkan freezer ngan stok EBM baru utk Ainin...

Tuesday, October 7, 2008

Adoiiii...penatnya raye...

Suka tengok gambo ni...anak2 ibu tergolek kepenatan lps beraya sehari suntuk...dari dlm kereta dah 'pengsan' sampai laaa angkat letak atas katil...hehehheee....sian anak-anak ibu...

Raya 2008...


Dah lama x update blog. Sibuk beraya lah katakan...mmg penat btol beraya ke sana-sini, tp seronok. Yang paling seronok Aina lah...dah pandai kumpul duit raya. Tapi satu yg x brp best, bile Aina bersalam dgn org dpt duit..dia pandai pulak, tiap kali salam cakap.."wit...wit" boleh pulak mintak duit raya..Adoi..haru tolllll............Raya kali ni..mlm raya ada di Pasir Gudang, umah my mom. Then raya pertama...tengahari gerak ke Pontian, kg hubby. Jumaat p raya umah makcik2 ibu kat muo...program beraya mmg non-stop sepanjang cuti sampai laaaa abis cuti. sekarang ni pun x abih lagi basuh baju masa cuti, asik ujan jek..baju pun lambat kering...hehehe...
Apapun...Selamat hari raya utk semua....Jemput lah beraya ke rumah...