Tuesday, December 9, 2008

Perlukah???...

Entry ini tercetus setelah membaca entry yuitsumuniini. Saya sangat bersetuju dengan pendapatnya tentang tidak perlu menghantar anak ke sekolah di umur 3 tahun. Ya..perlukah kita menghantar anak ke sekolah seawal usia 3 tahun???
Pendapat saya ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap anak-anak muridku di sekolah. Dua tahun yang lalu, saya telah mengajar subjek Bahasa Melayu bagi murid-murid Tahun 1 yang melepasi ujian KIA2M. Apakah KIA2M??? Secara ringkasnya, ujian KIA2M ini adalah ujian bagi kebolehan membaca dan menulis untuk murid-murid. Akan saya terangkan tentang ujian ini di masa akan datang. Jadi kesimpulannya, murid-murid yang saya ajar ini memang tahu membaca dan menulis serta bijak-bijak belaka.
Silibus Bahasa Melayu tahun 1 memang amat mudah. Di peringkat awal masih perlu mengenalkan huruf dan sukukata. Pemerhatian saya...anak-anak yang telah bersekolah seawal usia 3 tahun, memang hanya bersemangat belajar dalam tempoh sebulan sahaja. Waktu itu, mereka teruja dengan suasana persekolahan yang baru,kawan-kawan baru,cikgu baru...segalanya barulah!!!...Namun bila sesi persekolahan mula berjalan lebih lama, mereka ketara kelihatan bosan dan tidak bersemangat langsung. Suka bermain walaupun waktu guru mengajar, malas - malas belajar dan malas menulis. Tulisannya...ya Ampun....memang teruk sangat sedangkan belajar menulis seawal usia 3 tahun tu...Nyata mmg mereka bosan belajar...manakan tidak, dari umur 3 tahun dah ke sekolah. Mungkin ada yang kata, umur 3 tahun tu tak stress belajar sangat di tadika..tapi apapun,mereka masih perlu ke sekolah...terikat dengan jadual yang ditetapkan sedangkan sepatutnya ketika itu, mereka bebas berimaginasi tanpa perlu terikat pada jadual. Memang kasihan anak-anak itu. Kesudahannya mereka ketinggalan jauh dari anak-anak yang bersekolah di usia 5 tahun.
Mujurlah di sekolah saya, bilangan yang ke sekolah awal ini boleh dikira dengan jari. Mungkin kerana, mereka tidaklah datang dari golongan keluarga elit yang semuanya mahu advance.
Ingatlah...perkembangan kanak-kanak perlu dibentuk secara natural. Kanak-kanak di zaman manapun, hatta zaman batu sekalipun, keinginannya tetap sama. Bermain secara bebas tanpa diongkong pemikirannya. Hendak mendidik anak itu tidak salah sama sekali, namun pendidikan secara natural dan mengikut perkembangannya lebih berkesan. Jangan jadikan alasan bekerja
sebagai kekangan untuk mendidik anak. Jika hantar anak ke sekolah pun, tidak boleh lepas tangan begitu saja okehhh. Kecemerlangan anak-anak bukan 100% di tangan guru..ibu-bapa perlu memainkan peranan jua.
Jadi masih perlukah menghantar anak ke sekolah seawal usia 3 tahun? Fikir-fikirkanlah...Adapun, entri saya ini sekadar cetusan dari pemerhatian saya. Tidak bermaksud menyentuh perasaan sesiapa...maaf jika ada yang terasa...

8 comments:

mimielola said...

Thank you for sharing your observation on budak2 yg pi tadika awal ni.

Anyways, saya setuju dgn "perkembangan kanak-kanak perlu dibentuk secara natural". Kesian kat budak2 kecik.

Nanti share lg, ya?

lia said...

dari pemerhatian, family yg hntr anak terlalu awal ke tadika(3thn) MUNGKIN rasa bersalah xdpt habiskan masa (@ xde masa ajar anak) jadi utk ilangkan rasa bersalah, hntr anak ke tadika...

selain itu, nk anak CEPAT dlm segala segi...

tp kesian, sbb kanak2 adalah kanak2 wpon genius mcm mana pun...

::Umi Sufira:: said...

Nasib baik saya hantar syaura ke tadika 5 tahun..tapi tupon tak berapa tekankan sangat asyik suruh belajar aje...bagi gak peluang dia tengok TV...tupon silibus dia dah boleh tahan susah gak ek..sian budak2 zaman skarang...

salzahari said...

ya saya setuju...mak bapak zmn skrg bz sgt dgn kerjaya,sampai 'transfer tgjwb mendidik sepenuhnya pd pihak ke3'.biarlah budak belajar ikut usia dia! kalau semua nak advance,kan dah tak thrill? nursery takpe kan?

Fid said...

saya memang berkeras dgn pendapat sy hahahaaaaa

saya yakin saya boleh!

sayangibu said...

mimielola...welcome..:) itulah,kadang2 ramai yg x nampak keburukan di sebalik menghantar anak ke tadika awal2 ni. Just sharing some observation,mana tau kawan2 blh menilai semula btk pendidikan bagaimanakah yg sesuai utk anak.Ya..nanti saya share any informative issues..:)
Lia..setuju dgn lia.tp harus diingat,walopun menghantar anak ke tadika hatta ke sekolah sekalipun,tanggungjawab ibubapa mengajar anak2 tetap tidak terlepas begitu sahaja..yang jadi mangsa anak2 nantinya kan..
betul mimi..bagus pilihan menghantar syaura ke sekolah di usia 5 thn. dua thn sblm persekolahan sebenar adalah utk memperkenalkan sesi pembelajaran di sekolah kpd kanak2. penekanan terhadap pembelajaran kanak2 perlu lebih serius dibuat apabila kanak2 masuk darjah satu kelak.
ye Sal..betul tu..semua advance,takut x terkejar pula. nursery x apa kot..hehehee..:)

sayangibu said...

ya fid...fid boleh..Malaysia boleh...:)

rizza said...

salam...

bagus info ni...

awak cikgu ye? salam perkenalan...