Wednesday, December 31, 2008

Far Away...

Akhirnya... Pagi ini jam 11 pagi, hubby dan teamnya telah berangkat ke Kelantan. Esok insyaAllah hubby akan ke offshore. Offshore maknanya...tiada talian handphone, maknanya tiada calling-calling mahupun sms atau mms jua. Hanyalah menunggu panggilan dari hubby dua tiga hari sekali...huhuhuuuuu...Daku hanya mendoakan keselamatan hubby di tengah lautan. Semoga segala kerja hubby dipermudahkan urusannya. Semoga hubby sihat-sihat selalu. Tau kah kalian...berjauhan itu sendiri sudah begitu mencabar maksudnya. Dapatkah kalian bayangkan apabila berjauhan dan tidak dapat kerap saling menghubungi? Setiap hari resah saja...tahu kerja si dia di tengah lautan bukanlah semudah di daratan. Di sana pastinya lebih risky ye kawan-kawan. Hanya doa yang mampu menenangkan jiwa. Apabila kedengaran suara Aizat mendendangkan lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' dari handphoneku, apakah daku akan begitu teruja dan gembira menyambut deringan itu?? Tidak ye...risau jika bukan panggilan dari si dia, berdoa semoga yang memanggil itu memberikan khabar gembira sahaja...Aduhai....resahnya menghitung hari. Kalau boleh daku tidak mahu sedih-sedih bila hubby telefon. Tak mahu dia risau memikirkan isteri & anak-anak. Biarlah dia buat kerja dengan tenang dan penuh fokus.

Malam tadi sampai pukul 2am menemankan hubby mengemaskan pakaian yang hendak dibawa. Agak lewat mula mengemas kerana bawak Ainin berjumpa Paed nya untuk disuntik. Pagi tadi sedih juga kerana tidak dapat menghantar hubby ke terminal. Apakan daya, terpaksa ke sekolah. Sedih pula tengok hubby kiss Aina dan Ainin....huhuhuuuuu....
Hubby jangan risau, ibu akan jaga Aina & Ainin baik-baik...dan akan menjaga diri sendiri baik-baik juga. Kami akan tinggal di rumah mak sepanjang ketiadaan hubby, rasa lebih selamat tinggal bersama mak & ayah.
Gosh..I miss him now...it just 7 hours we've being apart...at least another 720 hours to go through without him....huhuhuuhuuuu....Paling cepat sebulan hubby akan pergi, mungkin juga boleh jadi lebih lama dari itu..

Semoga daku diberi ketabahan. Semoga tiada sebarang masalah sepanjang ketiadaan hubby. Ya Allah...Kau selamatkanlah perjalanan suamiku..Permudahkanlah segala urusannya. Kurniakanlah kesihatan ke atasnya. Lindungilah dia..semoga dia pergi dan kembali dalam keadaan yang selamat....Aminnnn.............

Backpacks, Helmet, Boots hubby semua dah tersandar tepi dinding menunggu saat keberangkatan.....Inilah projek platform yang hubby dan teamnya kerjakan. Menurut hubby, platform ni seluas dua padang bola sepak...besar tuuuuu...Ni gambar masa platform nak diangkut ke offshore Kelantan Sabtu lepas.

Hubby di hadapan platform setinggi lapan belas tingkat. Selalu turun naik platform ini namun belum slim jua hubby ku ini...uhuhhuuuuu....jangan marah ye hubby... tak slim pon ibu sayang okehhhhhhhhhhhh.......................;)

Hubby dan team gagak hitamnya (kekekkekeeeeeeee) sewaktu mengiringi pemergian platform.

5 comments:

Ealyie said...

beb, kalo ko kesunyian meh la calling2 haku keh... bole lagi aku menyengkit ke rumah ko lagi..ekekeke..

sayangibu said...

sudah pasti beb...sape lagi nak teman aku kannn..kekekeke

~ As ~ said...

..blm pernah pisah jauh2 dengan hubby...

iena hamdi said...

ooo sama la kita yang... suami iena pun jauh... nun di labuan.... sebulan sekali kalau ada rezeki balik la... huhuhuu

sian kita ni kan

sayangibu said...

mrs noel..blom pernah ye...bagusnye...:)
iena..kirenya hubby iena permanent laa di labuan ye? huhuhuuu...mmg sian kite kan..x pe laaa demi mencari rezeki kan