Saturday, December 20, 2008

Kenduri Kawen..

Ya Allah lamanya tak update blog. Rindu rasanya nak bloghopping blog kawan-kawan. Emmm...Ibu baru sahaja pulang dari bercuti-cuti Malaysia di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak. Mulanya merancang hendak ke Cameron Highlands tapi last minit tukar plan sebab join percutian bersama kawan Mr. Hubby. Lagi pula rentetan dari tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Mr Hubby pun rasa tak best pula nak ke kawasan tanah tinggi itu. Tapi sebelum itu kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu Mr. Hubby, Nora di Taiping, Perak. Sebenarnya ini majlis menyambut menantu belah lelaki.
Kami bertolak ke Perak pada hari Jumaat lebih kurang jam 4.30pm dan tiba di Perak jam 12 tgh mlm. Kami bermalam di rumah Pak Su di Setiawan. Saudara-mara Mr. Hubby telah ramai yang tiba. Esoknya jam 10am, kami bertolak ke Taiping untuk menghadiri majlis perkahwinan Nora.
Lebih kurang pukul 1pm kami tiba di rumah pengantin. Kat perak ni rupanya bersanding cepat..pukul 1 dah bersanding. Kalau kat johor, bersanding dalam pukul 2. Ibu tak join sangat majlis persandingan, biasalah kan bawak budak kecik. Siap tumpang lepak kat rumah jiran pengantin...hanya p makan saja...huhuhuhuuu...Lebih kurang kul 3pm, semua dah settle...barulah kami bertolak ke Bukit Merah.. So..layan laaa gambo pengantin nih orait...



No comments: