Monday, December 1, 2008

Aina's Precious Things...

Anakku Aina Suraya sudah genap berusia 2 tahun. Hari ini ibu kemas-kemas bakul mainan Aina sambil asingkan buku-buku Aina dengan mainannya. Oho kawan-kawan...tahukah anda...Aina tidak mempunyai banyak mainan pun!!! Ini baru kusedari jua kawan-kawan.... hahahaa...Memang tak banyak, yang ada pun hanyalah soft toys (yang beberapa ekor soft toys ini dapat free sebab beli barang okeh..) Lainnya...beberapa jenis mainan yang ibu rasa boleh menjana minda.
Dan kerana mainannya tidaklah sebanyak mana, maka ibu bolehlah letak di dalam sebuah bakul (yang emakku gunakan untuk isi telur masa haku kawen yerrr...) dan letakkan di satu sudut di ruang tamu,di mana di situlah Aina akan bermain. Tempat lain Aina tidak digalakkan bermain sebab nanti ibu marah okehhhh...hehehheheee...

Selain dari itu, koleksi Aina yang ibu tambahkan dari hari ke hari adalah ini...Buku-buku dan juga flash cards.


Memang ibu akui, ibu tak membiasakan Aina dengan membeli permainan. Kejamkah ibu??? Kenapa??? Sengaja ibu buat begitu kerana tak mahu berhadapan dengan situasi anak yang 'pantang' lalu kat toys department,mesti nak grab something kalo tak menangis tak hingat. Setakat ini,Alhamdulillah...kalau bawa Aina lalu ke toys department, tidaklah dia heran sangat nak mintak apa-apa. Sebaliknya, dek kerana ibu yang terlalulah amat suka ke kedai buku, maka Aina juga terbiasa mengikut ibu ke sini. Di sini, setiap kali ibu membeli buku-buku kesukaan ibu,pastinya akan ibu belikan satu juga untuk Aina. Dan dengan itu, Aina...setiap kali mengikut ibu ke kedai buku, tidak dapat tidak pastinya dia akan mengambil satu buku untuknya. Dengan itu, ibu kenalah carikan satu buku yang bersesuaian dengannya okeh..Ibu memang sangat kedekut untuk membeli mainan tetapi tidak untuk buku.

Adapun kawan-kawan, ini adalah satu set flash cards yang sangat ibu suka. Ini merupakan hadiah dari seorang parents anak murid ibu yang amat baik dengan ibu (Thanks a million Kak Wati!!!). Dia menghadiahkan ini ketika melawat ibu sewaktu ibu melahirkan Aina dulu. Flash cards ini memang sangat menarik. Ibu masih belum lagi menggunakan set ini, kerana buat masa ini ibu belum menekankan pembelajaran secara serius kepada Aina. Setakat ini, pembelajaran Aina hanya ringan-ringan sahaja, di mana ibu akan membacakan untuk Aina dan dia ikut. Bila dia bosan dia tak nak ikut lagilah. Pun begitu, Aina sudah boleh mengira 1-10 versi Melayu. Ibu mula merancang untuk memulakan sesi pembelajaran secara efektif kepada Aina di musim cuti sekolah ini. Aina pun sudah berusia dua tahun. Ibu merancang untuk memperkenalkan alphabets A-Z kepada Aina. Tahun hadapan, ibu akan lebih aktif mengajar Aina di rumah, InsyaAllah.
Menarikkan set ini? Menurutnya set flash cards yang menarik boleh didapati dari MPH bookstores.

Kawan-kawan, Kak Wati juga telah memberi ibu beberapa set flash cards learning words in English yang amat menarik untuk ibu gunakan semasa sesi pembelajaran Aina nanti. Flash cards ini sangat membantu.

Kak Wati merupakan contoh ibu yang amat mengambil berat soal pembelajaran anak-anaknya. Menurutnya, anak-anak mula belajar dengan berkesan seawal usia 3 tahun. Walaupun ibu seorang guru, ibu merasakan agak berdebar-debar juga untuk memulakan pembelajaran bersama Aina. Akan cepatkah penerimaan Aina nanti? Almaklum...Cikgu Intan ni dah lah garang...Mungkin ibu perlu menurunkan level kegarangan ibu ini, kalo tak asik berairmatalah si Aina nanti..huhuhuhuhuuuu. Dalam soal mengajar anak,saya ini masih baru belajar. Maka jika kawan-kawan ada tips terbaik dalam mengajar anak, silalah berkongsi denganku...terima kasih...:)

6 comments:

::Umi Sufira:: said...

Mimi pon garang kalu ajar anak...lagi2 part tulisan terbalik..tapi takleh nak salahkan dia..Syaura kidal and then mimi expect dia nak tulis macam mimi yang tangan kanan nih..hihi...

Anonymous said...

bagi jek si aina tu kulit rambutan klu dia xmo blajo...kompem rajin dia nnti...hahaha...aina mcm kakak ku...amat tkt dgn menda yg berbulu ms kecik2 dulu..har..har..har...x gitu sayangibu???

sayangibu said...

huhuhuu..mmg laa kan...ada x ibu2 yg tinggi thp kesabarannya ekkk

sayangibu said...

wakluzzzz laa anonym...siap ko haku luku nanti

mamaaina said...

sama yer nama anak kita..nasib baik tang belakang nua lain...tp panggilan tetap Aina ...

sy pun suka belikan buku drp toys....buku2 skg pun dah macam2 jenis..masuk jer MPH tu...macam2 rupa buku ada.....semua colorful..geram tgk

meh masuk blog sy ambik tag....

liwaniel said...

wanie pun lebih suka beli buku dari toys..tapi si irfan ni mmg pantang nampak toys kat kedai...terpaksa la guna skill memujuk..tak nak la asyik belikan toys je