Friday, December 26, 2008

Cuti-Cuti @ Bukit Merah...

20 Dis 2008
Kami tiba di Bukit Merah lebih kurang pukul 4.30pm. Setelah check-in, kami lepak-lepak sahaja sementara menunggu ketibaan kawan abah...uncle lumie & auntie ifa. Kami menyewa apartment 3 bilik dengan kadar sewaan RM300/hari. Puas hati jugalah dengan apartment tersebut. Apartment tersebut berkonsepkan home-stay, jadi dilengkapi dengan kemudahan dapur yang lengkap. Kiranya petang itu tiada sebarang aktiviti melainkan rehat-rehat sahaja (kecuali Aina & abahnya dah tak sabar-sabar mandi 'tolam' okehh....Malamnya, kami keluar jalan-jalan carik makan. Mula-mula cadangnya hendak ke R&R berhampiran sahaja. Tetapi di sana ada pula satu majlis sambutan kedatangan Pengarah Plus, jadi tak banyak pilihan makanan. Jadi kami pun carik makan di tempat lain sajalah. Redh punye redah, tibalah di Warung Aslah. Agak ramai orang, mungkin kerana makanannya sedap atau tak banyak kedai makan di situ. Kami pun berhenti makan di situ. Ibu order kuetiau kerang..emmm sedaplah!! Sate yang diorder pun tak menghampakan..nyam...nyam... 21 Dis 2008
Pagi-pagi lagi Aina dah bangun...tuntut dengan abahnya "nak mandi tolam". Okeh...jadi pagi itu, Aina, Mr Hubby & Uncle Lumie menghabiskan masa di kolam sajalah. Memang Aina suka betul mandi kat kolam ittew...sampai matanya dah ngantuk-ngantuk pon dia masih syok berendam lagik...huhuhuuhuuuuu.....Nak kena hantar p kelas renangkah anak ibu nih??? ;)

Tengahari kami kami ke Taman Tema Bukit Merah. Selepas lunch di kafe (pakai kupon okeh kat sini...terasa macam hari kantin laa pulok...hehhehehee), kami memilih untuk mengambil pakej EcoCombo yang termasuk lawatan ke Pulau Orang Utan dan EcoPark. Memandangkan ibu dengan si kecik dua orang ini dan auntie ifa dengan perutnya, serta ibu Mr. Hubby yang turut serta, macam tak sesuai pulak nak ke wet park.
Lawatan Ke Pulau Orang Utan..
Untuk ke Pulau Orang Utan, kami perlu menaiki bot. Tak jauh...dalam 10 minit je dah sampai.
Kagum....itulah satu perkataan yang ibu gambarkan di sini. Ibu respek sungguh dengan pemilik Bukit Merah Lake Town Resort ini iaitu Tan Sri Mustaffa Kamal kerana telah mewujudkan pusat pemeliharaan orang utan di sini. Kita tahu spesis Orang Utan semakin pupus, dengan adanya pusat pemeliharaan orang utan ini, boleh menyelamatkan spesisnya. Di sini, ada 2 ekor orang utan jantan yang senior. Yang paling senior namanya Mike. Mike ni ada 4 isteri tawww kawan-kawan. Semua spesis betina nak dijadikan bininya. Kemudian, yang muda sket dari Mike namanya Vicky. Mike dan Vicky diletakkan dalam kawasan yang berbeza kalo tak derang akan bergaduh nak menunjukkan kekuatan masing-masing. Di sini, anak-anak orang utan yang baru lahir akan diasingkan di dalam wad kanak-kanak (siap ada Paed okehhhh..hehehhee). Baby orang utan yang paling kecik umurnya baru 21 hari, lom abih pantang lagik maknya...ni anak Mike dengan bini mudanya, Nafsiah. Di dalam wad ini, baby orang utan ini akan dilayan seperti baby manusia. Dipakaikan pampers (brand fitti yer..hehheee) dan diberi minum susu formula, diorang minum similac tawwww kawan-kawan....juga kolustrom. Tapi ibunya tidak breastfeed bayinya kerana menurut penjaga di situ, ibu orang utan ini agak hampeh kerana mereka lebih suka minum susu sendiri dari bagi anaknya..huhuhuuhuuuu...hampeh kannnn??? hehehheeee.....Anak-anak orang utan yang dah besar sket, akan dihantar ke sekolah rendah. Di sini mereka diberi latihan di dalam kandang. Di sini mereka belajar memanjat, minum air dari sumber air, mencari makanan dan juga membuat sarang, seperti dalam hutan. Tetapi mereka masih lagi diberi makan oleh penjaganya (makan cerelac macam baby). Selepas usia mereka makin besar, mereka akan dilepaskan ke dalam hutan (tetapi masih diasingkan dari Mike & Vicky). Anak-anak orang utan yang telah besar sket ini diberi latihan kehidupan di dalam hutan. Di situ ada beberapa ekor anak orang utan iaitu Adam dan Paulina. Oh ya...nama-nama orang utan ini diberi oleh Tan Sri Mustafa Kamal sendiri okehhh... Memang seronok berada di sini. Kita boleh mengetahui bagaimana pemeliharaan orang utan ini dijalankan. Penjaga-penjaga di sini juga sangat friendly. Mereka menerangkan segalanya dengan begitu detail.
Lawatan ke EcoPark

Kami seterusnya ke EcoPark. Eco Park ni macam zoo lah kawan-kawan. Banyak spesis haiwan di sini. Tapi haiwan-haiwan ganas macam harimau,singa, gajah tu tak adalah. Sekali lagi yang paling seronok tentulah Aina. Tak penat langsung dia. Yelah..kalo penat dia kata "Aina penat jalan dahhh..." pastu suruh abahnya dukung lah...hihihhiiiii... Sempat juga kami menonton pertunjukan haiwan...Best jugak tengok pertunjukan haiwan nih. Mr. Hubby sempat enterprem kat sini okehhh...

Habis lawatan di Eco Park, kami balik ke rumah. Agak kepenatan. Malam itu Mr Hubby & Mr Lumie keluar bungkuskan makanan untuk kami di rumah. Jadi malam itu kami lepak-lepak di rumah sahaja.

22 Dis 2008

Hari terakhir di Bukit Merah...huhuhuuuuu...Pagi-pagi, Aina seperti biasa mandi di kolam. Tengahari kami check-out pukul 1pm. Sempat lagi singgah di Taman Tema. Cadangnya hendak makan dan mencuba fish spa yang tak sempat dicuba semalam. Oh ya...soto di kafe itu sangat sedap....nyamnyammmm....Sebelum ini tak pernah mencuba fish spa. Mula-mula rasa geli gilerrrr...huahuahuaaa...sakit perut geak menahan geli. Ibu duduk satu kolam dengan Lumie & Ifa. Tapi...tak berbaloi tawwww duduk dengan diorang..sebab...semua ikan tu lebih suka geget kaki si Lumie. Yang geget kaki ibu sikit ajer...huhuhuhuuuu...Len kali tammo satu kolam ngan diorang okehhh...hahahhahaaa.....


Lebih kurang pukul 3pm, baru kami bertolak meninggalkan Bukit Merah dengan 1001 kenangan. Keseluruhannya seronok bercuti di sini. Kawasannya indah dan banyak aktivit yang boleh dibuat walaupun tidak ke wet park. Selamat tinggal Bukit Merah.... Terima kasih untuk Lumie & Ifa sebab bersama-sama dalam percutian kali ini. Ini merupakan percutian kedua kami bersama-sama. Kali pertama ke Melaka. Semoga selepas ini, kami akan dapat bercuti bersama-sama lagi. Mungkin tahun hadapan nanti....dah boleh plan okehhh...ehehheheee...masa tu nanti tentu Ifa dah bawak baby...Semoga Ifa selamat melahirkan dan berjaya mem'breastfeed' babynya nanti...insyaAllah....

Panjang lebar entri percutian ibu ini. Tapi belum habis lagi tawwww...akan diupdate kemudian nanti...;)

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Wahha! sudah tangkap rindulah sama dia...lama tak dgr crita kan...seronoknya tengok bercuti ke Bukit Merah! laporan percutian yang complete.Okeh mimi tunggu sambungannya lagi nih!=D

sayangibu said...

huhuhuuu..rindu jugak kat blog mimi tawwwwww....nanti ku hapdet lagik yer..:D

Zety Zin said...

wah bestnyaaa

alamak pakai diaper fitti ke? anak-anakku pakai fitti lah. hahahaahha

sayangibu said...

hahaahaaa..kelasss kan baby O.U nihhh..minum pon similac okehhh...maklum laa Tan Sri sponsor...huahuahuaaa