Thursday, December 4, 2008

Modem Router Baru..

Kawan-kawan...seperti yang telah saya maklumkan pada N3 saya yang ini , semalam saya telah mendapat ganti modem router yang saya musnahkan ittew. Perkhidmatan Pos Laju telah bersusah-payah menghantar bungkusan berisi ini....


kepada saya. Saya dengan terujanya tidak sabar-sabar menanti kepulangan Mr. Hubby supaya dia boleh meng'set-up' modem router baru ini. Modem router baru ini Mr. Hubby telah beli dari lelong.com di mana harganya jauh lebih murah dari di kedai-kedai komputer yang saya kunjungi sewaktu membuat survey. Harga yang saya perolehi ialah RM286, tetapi di lelong.com,boleh dibeli dengan harga RM220 termasuk pos. Menurut Mr. Hubby, jenis Belkin ini lebih best dari modem router kami yang lama..apa-apa sajalah sayang..janji ibu boleh guna streamyx balik..huhuhuuuuu..........Ini kotak modem router lama yang telah ibu punah-ranahkan. Modem routernya entah mana Mr. Hubby campakkan...tak dapat ku ambil gambarnya...

Dan setelah Mr. Hubby bersusah-payah kerja overtime malam tadi (nanti ibu bagi upah ye sayang...ehehheee)... akhirnya taraaaaaaaaaaaa..................
Siap jua lah Mr. Hubby setting modem router ini. Maka di pagi yang indah dan hening ini, dapatlah ibu menggunakan wireless streamyx kembali. Terima kasih abang..lebiu....

Enterprem sket muka Encik Engineer saya bersama anak gadis sulungnya bersama pesanan manja darinya "Lain kali jangan main masa hujan okehhhhh..."
Sekian dulu update saya tentang modem router baru ini. Bolehlah ibu terus mengupload gambo dalam blog ini tanpa semput-semput lagi seperti ketika menggunakan jaring ikan tempohari...:)

No comments: