Thursday, January 29, 2009

Reunion Ex-RKA Batch 92 Girlz...

Isnin malam yang lepas, aku sempat berjumpa dengan geng-geng lama. Kami sama-sama di kelas RKA a.k.a Rancangan Khas Agama SMK Sultan Ismail @ SSI JB, tahun 1992. Aku masuk situ masa form 1 sampai form 2. Bila naik form 3, aku pindah ke SMK Pasir Gudang 1 coz tak baper nak catch up ngan subjek Bahasa Arab tu. Lagi pulak cikgu nyer asik bertuko-tuko...eheheee...aku tak salahkan cikgu lah yer...aku yang malas nak belajo Arab tu...kuikuikuiii... So kami budak-budak RKA nih memang rapat. Duduk pulak hostel..Asrama Pusat Puteri @ ASPURI yang menghadap hutan bandar JB tu. Kiranya kitorang lah batch pertama RKA di sekolah itu. All girls you... Boys diletakkan di SMK Tasik Utara.
Jadi malam itu, kami berjanji lah nak berjumpa. Alkisah memang dah lama giler tak jumpa beb. Ramai jugak yang dah merantau, kerja di KL. Ada jugak yang masih di Johor. Kami try kontek member-member lain, tapi yang lain tak dapat join sebab ada hal lain. Jadi, hanya kami berempatlah yang dapat jumpe. Tak leh laa nak panggil reunion pun sebab sikit sangat kan..hehehehee. Lagi pulak member-member aku tu pun keseorangan. Ada yang laki kat offshore (macam aku & Mahani), ada yang lakikeje shift malam dan ada yang lakinya balik lambat. Kire masing-masing kepaknya terbukak luas lah malam ittew. Yang bawak anak cuma aku dan Mahani. Aku pun bawa Aina je..Ainin tinggal. Seronok bercerita kisah lama-lama. Tapi yang tak syoknya satu, bising sangat. Lain kali kalo nak minum-minum harus carik tempat yang aman damai sket lah. Baru laaa best nak story mori...

Ni anak Mahani, namanya Nini bersama anak aku lah..Aina. Petah btol si Nini nih. Dia gtau kat aku, "Auntie, kite nak jadik Princess Barbie.." wahahahhahaaa......

Wokeh ni lah member-member aku.. Yang rambut pendek sebelah aku tu, Siti Zubaidah..tengah pregnant first baby 8 bulan. Sebelah dia Erni, pun tengah pregnant tapi anak ketiga, 3 bulan. Sebelahnya Mahani bersama anaknya. Dia ni pun cikgu macam aku, mengajar di KL. Erni dan Siti Z masing-masing di Johor lagi.

Mungkin kalo lebih ramai lebih seronok. Apapun..we all have fun juga malam itu. Tak sangka masing-masing dah jadik mak orang....hehheheheeeeeee....

3 comments:

ena said...

ehehe...
aku pon ex-RKA juga, tapi sekolah ku di Muar.. dan aku tak suka RKA!! ehehehehehe

sayangibu said...

wahhh..ye ker..sam laaa aku pon x suka RKA okehhh...hehehheee

Anonymous said...

ekeke..da lama baru sempat ku buka entry nih..huuhuh..
bila ek nk jumpa lagi..reramai lg syiok..mmg tpt tu bising n very the happening..pas ni kita jumpa kat kedai kopi ujung2 kg je..baru sesuai nk borak panjang..haha