Saturday, January 24, 2009

Obsesiku Part 2...

Ini susulan N3 saya yang INI. Saya telah berjanji dengan mama mirah untuk share gambar CD Brainy Baby, namun tidak berkesempatan. Hari ini barulah saya berpeluang untuk upload gambar CD tersebut. Jadi inilah dia gambar CD tersebut untuk dikongsikan. Semoga mama mirah dapat mencarinya di MPH bookstore.
Ok...set Grolier saya sudah sampai hari ini. Lihat dulu gambar keseluruhan set ini.

Set yang saya ambil, lebih kepada mind games. Ada 4 set, Set buku Disney Words, Set Fun Thinkers, Set Logico Primo dan Set Logico Piccolo. Set buku tu tak mahu saya kisahkan di sini. Yang menarik minat saya sehingga saya membeli set grolier ini ialah 3 set yang lain itu.

Ini set Fun Thinkers. Set ini mengandungi 10 buah buku (yang satu tak di snap pulak..)

Ada Mathematic, level 1-3 seperti gambar di bawah.....

Juga ada English, level 1-3 juga...............Fun Thinking Skills, level 1-3 juga.....Untuk peringkat usia Aina, bermula dengan Level 1 dahulu semestinya. Macammana nak guna set Fun Thinkers ini? Set ini dibekalkan dengan Match Frame seperti di bawah ini. Buka Match Frame ini pada mukasurat buku yang hendak digunakan. Contohnya untuk mengenal huruf. Penggunaannya seperti di bawah...........Dan setelah selesai, terbalikkan Match-Frame tadi. Owh..lupa nak cakap, di belakang nombor itu, fremnya berwarna ye. Jadi boleh periksa betul atau tidak jawapan dengan membandingkan warna-warna yang tersusun mengikut gambar warna di atas mukasurat buku tersebut.

Memang banyak sangat aktiviti yang boleh dimainkan di dalam set ini. Malahan, ianya sesuai sehingga ke peringkat sekolah rendah nanti. Untuk peringkat usia Aina Set Fun Thinker ini paling sesuai digunakan.

Seterusnya set Logico Primo. Set ini bersesuaian di peringkat usia seawal 3 tahun sehingga ke peringkat sekolah. Set ini juga mengandungi Math, Language dan Thinking Skill. Ada sepuluh set dengan 16 kad aktiviti setiap satu set. Satu kad ada 2 aktiviti yang berbeza (depan dan belakang kad).

Bagaimana menggunakan Logico Primo ini?? Set ini disertakan Button-Frame seperti di bawah ini. Pilih satu kad aktiviti dan masukkan ke ruang kad pada Button-Frame tersebut. Cara penggunaannya seperti di bawah....

Akhir sekali set Logico Piccolo.... Set ini mengandungi 20 set kad aktiviti. Setiap satu set mengandungi 16 kad aktiviti. Satu kad ada 2 aktiviti yang berbeza (depan dan belakang kad). Di dalam set ini ada Math - 8 level (merangkumi counting,addition,subtraction,multiplication dan division), Language- 4 level (merangkumi verbs, nouns dan sentences) dan Brain Development aktiviti - 8 level. Sama seperti Logico Primo, set ini dibekalkan dengan button-frame, tetapi buttonnya lebih banyak, seperti di bawah ini. Set ini sesuai untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.Harga keseluruhannya ialah RM1938 untuk bayaran tunai. Jika ansuran tambah hampir RM600. Ya memang mahal kawna-kawan. Bagi saya, setelah dipertimbangkan sedalam-dalamnya, barulah saya mengambil keputusan untuk membelinya. Amat berbaloi membelinya kerana penggunaannya sehingga ke peringkat sekolah kelak. Ini merupakan sebahagian kecil investment saya bukan hanya untuk Aina, tetapi untuk semua anak-anak saya. Bagi saya sangat berbaloi membelinya JIKA saya menggunakannya sepenuhnya. Kalau saya tak menggunakannya semaksimum mungkin, pelaburan saya sebanyak RM1938 itu, ibarat suka-suki buang duit dalam longkang sajalah....uhukkkksss.... Jadi semestinya saya akan menggunakannya dengan maksimum. Saya sudah merangka-rangka sesi pembelajaran yang akan saya adakan untuk Aina. Semoga pelaburan saya ini tidaklah sia-sia.

Oh ya??? Kenapa ye agaknya saya beria-ia membeli set yang mahal ini??? Kawan-kawan...ini bukanlah kerana saya banyak duit yang tak tau nak buat apa yerrr... Bukan sama sekali. Saya membelinya kerana saya ini seorang yang tidak kreatif (walaupun saya seorang cikgu). Saya tidak mampu mencipta alat bantu mengajar sendiri yang menarik untuk anak saya. Tidak mampu bukan sahaja kerana ketidakkreatifan saya, malahan juga kerana masa saya yang terhad. Masa kerja saya memanglah separuh hari, namun kerja seorang cikgu tidaklah habis setakat pukul dua sahaja ye. Jadi saya memang memerlukan sesuatu yang cepat dan mudah untuk saya gunakan ketika mengajar anak saya. Saya mahu sesi pembelajaran anak saya berlangsung di dalam suasana yang menarik supaya dia selaku kanak-kanak yang lebih gembira bermain, dapat belajar dalam permainannya. Kawan-kawan pastinya punyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak kan.. Jika sudi, kongsi-kongsikanlah...mungkin boleh menjadi panduan untuk saya.

P/S...Adapun N3 ini bukanlah entri menunjuk-nunjuk yer...sekadar berkongsi sesuatu yang menarik bagi saya... Bagi orang lain saya tak tahu lah...:D Peace.......

8 comments:

~ As ~ said...

budak zaman skrang...best..

::Umi Sufira:: said...

Syaura pon ada set grolier tuh..umminya siap bayar ansuran RM150 tetiap bulan sampai 2 tahun kekeke...nasib baik dah berzaman habis bayar..tapi tulah kalu umi malas tak menjadi jugak kan..nak kena rajin..

sayangibu said...

as...tulah mmg untung budak2 skang nih

mimi...tu lah,memula ingat nak ansuran gak,tp kensel last minit.. mmg kena rajin laaa kan...:)

Ealyie said...

Beb, pasni aku nak daftar Iris join kelas Grolier Aina ngan ngko bulih x...ekekekeke..

ar.nie said...

waah, thanks a lot for this entry! saya mmg teringin nak tau aper isi grolier nie, tp malas nak menyinggah ke booth dier kat Giant tue... sebab, karang kalau singgah, sure terbeli.. heheh...
yep, mak mmg tak tahan dugaan sales assistant nih...

ye lah, kalau dekat, nak hantar Hakim join kelas grolier dgn aina... ekekek...

sayangibu said...

ely..bulih ajer..tapi aku nih cikgu yg garang..mau si iris sekali jek nak blajo ngan aku kang...pastu trus trauma...kekekkeee

arnie...mmg pon, kalo menyinggah kat booth tu, mmg kompem tergoda..hehheee..tapi tulah, kalo mmg btol2 mempergunakan set2 nih...worth it laaa kalo beli @ terbeli pun... Walla..nih kena buat quotation nih kalo ramai2 nak hanto anak...hahahahhaaaaaaa...

mirah said...

intan, wah baru baca entry nih.
thanx sudi share gmbr tu.
Harus kena cari cd tu, belum sempat pg mph lagi ni..

ena said...

bagus ar sayangibu..rajinn..
kalo dekat, leh antar anakku sekali ekekeke