Lagi 10 hari Ainin Sofiya akan berusia genap 6 bulan!!! Yessss...maknanya juga, lagi 10 hari my breastfeeding journey mencapai target pertamanya...Alhamdulillah!!!
Dari minggu lepas lagi ibu dan tok mak telah berbincang-bincang ingin memperkenalkan makanan pejal a.k.a solid food kepada Ainin. Sebenarnya dari bulan lepas Ainin dah mula menunjukkan minat bila tengok orang makan. Mulalah mulutnya pun ternganga-nganga dan kadangkala dikecap-kecap.
Masa Aina dulu, ibu kenalkan Aina dengan biskut Farley Rusks. Kemudian perlahan-lahan home-made porridge. Namun untuk Ainin, ibu sebolehnya tak mahu kenalkan makanan segera kepadanya.
Hari ini, Ainin makan untuk pertama kalinya. Apa yang Ainin makan ye???
Ainin makan potato puree:
1/2 biji kentang yang direbus dan dilecek, kemudian ditambah sedikit susu ibu untuk mengurangkan kepekatannya...
Kata tok mak Ainin sukakan makanan pejal pertamanya itu. Dia makan sampai habis!!!! Alhamdulillah anak ibu ni sama macam kakaknya, tak banyak kerenah masa makan..kira-kira tolak batu ngan kayu jek laaaa...rasanya sifat ni diwarisi secara genetiknya dari ibu dan abah laaa...hahahhahahaaaa....
Untuk hari-hari seterusnya, akan ditukar-tukar menu Ainin... Antara menu yang ibu rancangkan....
- Carrot puree
- Pumpkin puree
- Brocolli puree
Dan bila Ainin dah semakin pandai makan nanti, seperti kakaknya, Ainin akan makan bubur nasi + sayur-sayuran + ikan....InsyaAllah...
1 comment:
oh ainin dh start mkn yea.. Oklah tu mkn smpai licin. Khadijah ni mcm tak nak mkn pun ada, siap luahkan balik ada lah..
Post a Comment