Owhhhh tidakkk.... pukul 3.30 pagi ku terbangun. Golek kanan, golek kiri...cuba untuk melelapkan mata lagi, tapi tak boleh. Ainin Sofiya pun terbangun juga. Beri susu dia sekejap, kemudian dia tak mau lagi. Siap meniarap, sambil bising mumbling kepadaku yang mungkin bunyinya sebenarnya begini, "ibu..kenapa tak tido nihhhh?? Ainin pun nak main lahhhh..." Lalu ku dan Ainin Sofiya main-main sama. Ku geletek dia, dia gelak. Ku letak dia atas dadaku, huhuuu..dia baring-baring penuh aman sambil seperti biasa menghisap ibu jarinya... Ku pegang tangannya sambil meletakkan tangan-tangan kecil itu di mukaku. Dia kesukaan. Main-main pukul 3.30 pagi??? Apakahhh....
Ainin Sofiya kemudian baring-baring di sisiku. Owhhh..tak boleh tido balik jugak. Lalu ku buka laptop dan melompat-lompat di blog kawan-kawan yang tak sempat ku jengah siang tadi.
Kemudian menaip pula di blog sendiri yang tiada update semalamnya. Owhhh..sudah pukul 5.35 pagi sekarang. Ainin Sofiya sudah tertido semula. Entah bila dia tertido, tiba-tiba senyap sahaja. Ku cium-cium dia. Kenapa baby sangat wangi walaupun waktu macam ni ye? Haruskah ku tido lagi??? Pukul 6 pagi, alarm selalunya berbunyi. Mungkin ku tak patut tido lagi lah... Atau akan liat nak bangun semula nanti.
Kawan-kawan...ku telah jatuh cinta.... Dan mungkin kerananyalah ku terbangun dan tergolek-golek tak tentu arah ini. Owhhhh..saspenkah???? Akan ku ceritakan nanti....;)
1 comment:
rindu sangat yer...sian dia
Post a Comment